بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dilema Kenaikan Harga Barang Keperluan & Perkhidmatan Asas. Kenaikan harga tambang Monorel, LRT dan Komuter. Pemansuhan subsidi minyak masak dan bil elektrik. Pengurangan bajet untuk bantuan pendidikan.


Dilema Kenaikan Harga & Pemansuhan Subsidi

Tanpa disedari, masa sungguh pantas berlalu dan kini hanya tinggal dua bulan sahaja lagi untuk kita menjengah ke tahun 2016.

Tahun yang dijangkakan lebih mencabar dan penuh dengan pelbagai tekanan serta bebanan buat rakyat berpendapatan sederhana dan rendah untuk meneruskan kehidupan.

Baru sahaja lagi Bajet 2016 dibentangkang dan bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" pada 23 Okt 2015. Akan sejahterakah hidup dengan apa yang telah dirancang untuk kita di tahun 2016?


Kenaikan Sebelum Bajet 2016

Belum pun pembentangan Bajet 2016, kita telah dijamu dengan kenaikan harga tol sehingga 100 peratus di 15 Lebuhraya.

Ianya adalah lanjutan daripada kenaikan harga tambang bas (22%) dan teksi (49%) pada bulan Mei 2015 yang lalu.

Setelah pembentangan Bajet 2016, apa yang diharapkan berakhirlah segala berita kenaikan dan pengurangan subsidi setelah negara mempunyai tampungan pendapatan melalui perlaksanaan GST pada April 2015 namun ianya tidak terhenti di situ.

Setelah gula-gula pemanis poket BR1M dinaikkan sebanyak RM50, kesejahteraan hidup rakyat marhain terus terganggu. Berita kenaikan harga tetap berterusan bak selaras dengan kenaikan nilai USD berbanding RM.

Kenaikan Tambang LRT & Monorail

Tambang LRT dan Monorail akan meningkat sebanyak 102 peratus dan 40 peratus yang dijangkakan bermula pada 2 Disember 2015.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Azmi Abdul Aziz, semakan itu perlu bagi memastikan struktur tambang berdasarkan jarak jauh yang bakal berkuat kuasa 2 Disember ini. "Semakan itu perlu untuk memulihkan struktur tambang yang selama ini . Kita akan memperkenalkan formula yang lebih konsisten,"  kata Azmi.

Beliau juga berkata dengan struktur tambang baru ini, 79 peratus penumpang LRT dan Monorel dijangka menyaksikan kenaikan tambang. 13 peratus pula akan menikmati penurunan dalam tambang, manakala lapan peratus tidak akan mempunyai perubahan. - sumber

Link - Harga Baru Kadar Tambang LRT dan Monorail


Kenaikan Tambang Komuter & ERL

Begitu juga dengan tambang KTM Komuter yang akan meningkat sebanyak 58 peratus bermula pada 2 Disember 2015.

Kadar baru perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan naik dari 4 sen satu kilometer dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan mulai 2 Disember ini bagi laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

Presiden KTMB, Lt. Kol. (B) Sarbini Tijan berkata, kadar kenaikan tambang baharu itu mengikut perjalanan stesen ke stesen, tetapi harga tambang komuter bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak mengalami sebarang perubahan.

“Kadar tambang baru ini adalah bagi menampung kos operasi serta kos penyelenggaraan yang meningkat setiap tahun," katanya pada sidang media pengumuman kadar baru itu di Stesen KL Sentral di Kuala Lumpur - sumber

Tidak ketinggalan, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) juga mengumumkan struktur tambang baharu bagi perkhidmatan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang akan bermula dari 1 Januari 2015.

Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor, berkata melalui penstrukturan kadar baharu itu, tambang bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit naik kepada RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2. (sebelum kenaikan berharga RM35)

Link - Harga Baru Kadar Tambang KTM Komuter & ERL KLIA Ekspress


Subsidi Beras ST15 Di Mansuhkan

Subsidi Beras Nasional Super Tempatan dengan kadar hancur 15 peratus (ST15/ S15) kini ditarik balik dan dimansuhkan. Beras Super Tempatan (kadar 15% hancur) adalah beras yang disubsidikan oleh kerajaan namun dimansuhkan berkuatkuasa mulai 31 Disember 2015

Dengan penarikan subsidi beras tersebut, harga beras subsidi ini kembali pada harga asal RM23.00 berbanding harga selepas subsidi RM17.50.

Pengurangan Dan Pelupusan

Berikut pula adalah pengurangan peruntukan dan pelupusan subsidi yang telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2016 dan akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2016.
  1. Pelupusan subsidi bil elektrik, yang dahulunya diperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk golongan miskin bagi bil elektrik yang berjumlah kurang dari RM20,
  2. Pelupusan subsidi minyak masak sebanyak RM950 juta yang pasti akan meningkatkan harga minyak masak (sawit). Kesannya sudah tentu amat besar ke atas harga makanan. Dijangka akan berkuatkuasa bulan November 2016
  3. Pengurangan 95 peratus dalam peruntukan dalam Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta. Semakin sukarlah golongan kurang berkemampuan mendapat bantuan melanjutkan pelajaran.
  4. Pengurangan peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4 bilion, kepada RM1.378 bilion. Kesannya sudah pasti yuran pengajian dinaikkan dan segala pemberian biasiswa akan dihapuskan.
Semua senarai di atas telah pasti berlaku tatkala tahun 2016 belum lagi kita tempuhi. Selain itu beberapa lagi jangkaan kenaikan akan berlaku sepanjang tahun 2016 iaitu:
  1. Kadar tol Lebuhraya Plus yang perlu disemak semula pada 2016.
  2. Harga minyak dunia dijangka akan naik semula dipasaran antarabangsa yang turut memberi kesan kenaikan harga petrol dan diesel.
  3. Tarif air juga dalam proses penilaian untuk dinaikkan.
  4. Harga ubat-ubatan akan terus meningkat andai ringgit masih terus menyusut.
Serentak dengan kenaikan kadar dan tarif segala keperluan dan perkhidmatan asas maka sudah tentulah kesannya akan secara terus kepada peningkatan harga makanan dan keperluan harian penduduk negara ini.

Tempat Letak Kereta Hospital Berbayar 

(Kemaskini 1 Disember 2015)
Kerajaan akan mengenakan bayaran kepada setiap kenderaan awam yang parkir (parking) di dalam kawasan hospital kerajaan. Buat masa ini hanya Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sultanah Aminah melaksanakan parkir berbayar ini.

Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengenakan caj bagi tempat letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung bagi mengelak salah guna kawasan parkir, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata langkah ini adalah untuk mengelak mereka yang tidak mempunyai urusan di hospital daripada menggunakan tempat parkir di hospital.

Beliau berkata kementerian sedang menawarkan tender terbuka bagi syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan kementerian. "Kadar tempat letak kereta akan kita tetapkan dan penender yang ingin libatkan diri kena ikut kadar yang telah ditetapkan," katanya.
sumber - Bernama


Adakah dengan mengenakan bayaran parkir adalah jalan penyelesaian terbaik?


Menempuh Tahun 2016 Yang Sukar

Tahun 2016 pasti akan menjadi satu cabaran yang amat getir buat rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah. RM50 seperti bernilai RM5 apabila keluar berbelanja barang keperluan.

Semoga kita semua dapat menempuh segala cabaran ini dan diberi rezeki tambahan untuk menampung segala bebanan kekurangan. Berusahalah mencari dan meneroka peluang baru agar ada sinar bahagia yang lebih baik.

Sesungguhnya ada rahmat disebalik setiap kejadian.

Berdoalah... kerana ia adalah senjata utama kita dan doa insan marhain yang tertindas amat mustajab. InsyaAllah... Walaupun kita tidak dapat mengubahnya pada masa kini, diharapkan anak cucu kita tidak merasai apa yang kita rasai

Semoga kita semua dapat meneruskan kehidupan ini dengan aman, sejahtera dan bahagia...amiin.

Nikmati luahan kebenaran dalam video ini...


Ketahuilah dan percayalah... Semua kenaikan itu benar!
Posted by Ipoh Online Port on Monday, November 9, 2015

27 comments - "Dilema Kenaikan Harga Dan Pemansuhan Subsidi 2016"

Inilah padahnya bila banyak sangat berjanji. Nampak baik diluaran tapi rupanya busuk didalam. Mungkin anggapan 'orang' tu rakyat masih bodoh macam dulu-dulu dan setia membabi buta macam hang tuah..

paridah delete icon 10:33

assalam...la ni media berita arus perdana hanya menyajikan berita2 yg manis indah tentang situasi semasa langsung tidak berpijak di bumi nyata..kebenarannya hanya diperolehi drpd blog yg diyakini jujur ikhlas memperkatakan isu terkini tentang masalah kehidupan yg xsedikit sdg menjerut marhaen yg xberupaya....walau sukar hendak meluahkannya kerana kekangan tertentu..

Memang jadi dilema menjadi rakyat Maaysia ni kan...barang keperluan naik tapi tiada apa yang diturunkan

Sesak nafas kakak bila baca hal ini semua BM
Kakak dgn abang tak ada masalah tapi anak-anak macam manalah nak menghadapi masa akan datang yg kalau kita tengok semakin tenat dan sempit di sana-sini.

Pengurangan peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4 bilion, kepada RM13.378 bilion. Kesannya sudah pasti yuran pengajian dinaikkan dan segala pemberian biasiswa akan dihapuskan.

inilah yg sangat2 akak kesalkan..

Walau apa yang terjadi harus teruskan hidup.. Aiza yang masih bujang pun terasa sangat dengan perubahan kos sara hidup yang drastik ini.. Terbayang juga bagaimana keluarga yang ada 5 orang anak nak survive.. Betul tu, nilai RM50 sekarang sama dengan RM5 dulu.. ;(

bila kesukaran hidup terus melanda masyarakat maka gejala sosial akan meningkat juga..rompakan,bunuh dan sebagainya..

memang betul kata tuan BM..berdoa untuk tambah rezeki dan kembali menjalani kehidupan Islam secara total

Marah betul SP... hehe
Tapi itulah realitinya. Sakit hati dan marah tapi kita xmampu nak buat apa2 buat masa ini... Sabarlah...

Waalaikumsalam...
Berita arus perdana semuanya manis belaka... tetapi hakikatnya...
Hanya kita sendiri yg rasa...

Sekarang ni sudah mula musim turun....
Hujan jer la y turun, hehe...

Tak tahulah bagaimana keadaan akan datang... Sama2 kita doakan semoga keadaan tidak bertambah sulit dan menjadi lebih baik.

Itulah yg peliknya... Peruntukan yg yg penting dikurangkan tetapi peruntukan buat mereka dinaikkan. Percaya atau tidak tapi itulah hakikatnya, JPM dapat tambahan peruntukan 1.3b! Sabar jer la...

Benar kata Aiza...
Kita sendiri terasa susahnya, apatah lagi mereka yg berkeluarga besar...

Itulah kesan apabila kehidupan semakin terhimpit. Demi kelangsungan...terpaksa melakukan perkara yg tidak sewajarnya.
Hidup sudah tidak aman dan sejahtera lagi pada masa kini...

Tanpa Nama delete icon 10:45

Nampaknya kerajaan sekarang tak kisah diaorang hilang kuasa.. yg penting masuk poket masing2.. tak apalah... dh xde cara lain lg nk buat perubahan.. tpaksa tgu PRU yg akan datang..

Memang pun semua naik....tapi nak buat macamana takkan nak pindah negara kot. Kang karam kat lautan kang ......Mak, tak pe lah jugak jilapah leher tinggi, tapi mak kesian hippo....

Mrs. A delete icon 12:07

Sedih mengenangkan nasib rakyat marhain macam kita ni.
Kalau diteliti kebanyakkan bajet yang naik, yang kurang, yang lupus tu semuanya terkena kepada rakyat yang berpendapatan biasa-biasa.
Mereka yang kaya-raya tu manalah nak naik lrt, monorail dan komuter semua tu.

kehidupan mendatang selepas kita lebih tingi cabarannya ..dunia semakin maju

Apa buleh buat... paras-paras hidung jer la...
"Beginilah nasib diriku yg malang... ohh hippo..."

Kita adalah pihak yang paling teruk menerima kesannya. Tiada daya untuk melakukan apa2 buat masa ini. Apa yg perlu... siap sedialah untuk menghadapinya...

Dunia semakin maju sepatutnya semakin senang tetapi realitinya majoriti rakyat semakin kebuluran...huhu

Sedihlah dgn pemerintahan skang ni. Semuanya naik serentak dan mendadak. Yang kaya bertambah kaya yang miskin makin papa kedana.

Nao Mei delete icon 16:07

Orang terima brim..cik akak pun dapat..hahaha..
Malas nak ambik tahu...marah pun tak dapat nak selesaikan masalah kenaikan..
Apa yang penting bagi cik akak...rezeki Allah bagi tetap bersyukur...biarpun ada pihak yang tidak bertanggungjawab soal isu pelupusan bagai nie.
Jangan kata tak terbeban...apa boleh buat...redha je..insyaAllah ada rezeki lain Allah bagi kan

Tanpa Nama delete icon 20:51

rakyat terus dihimpit dengan pelbagai alasan pemerintah..yg miskin akan bertambah miskin nampaknya.

Tanpa Nama delete icon 18:36

KAMI YANG BERKERJA KILANG KELUAR PAGI BLK MLM DENGAN GAJI TAK SEBERAPA TERPAKSA HADAPI SEGALA KENAIKAN HARGA BRG AMATLAH KAMI DIKESALI.
.....

Tanpa Nama delete icon 12:41

Syukur Alhamdulillah, kilang saya bagi 2.5 bulan bonus. Saya belanja keluarga saya makan ikan bakar.

nervous nak hadapi tahun 2016. suara rakyat yang tidak diendahkan. hmmm

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap