بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pada 17 Oktober yang lalu, sebanyak 17 Lebuhraya di antara bandar telah menaikkan kadar tol dengan kenaikan diantara RM0.10 hingga RM6.00. Ianya telah menjadi isu hangat dan membangkitkan kemarahan rakyat.

Pilihan untuk menggunakan perkhidmatan awam pula tidak cukup efisyen. Ditambah pula dengan kenaikan tambang KTM Komuter, ERLLRT dan Monorail maka di mana pilihan untuk pengguna berjimat!

Kini, ura-ura tentang kenaikan kadar tol Plus pada tahun 2016 sudah mula menjadi isu yang hangat diperkatakan.

Walaupun pihak Plus belum membuat sebarang pengumuman rasmi namun kenyataan dan fakta membuktikan bahawa ianya sesuatu yang akan berlaku jika tiada usaha kerajaan untuk menyekatnya atau memberi pilihan lain buat pengguna.

Kenaikan Kadar Tol Lebuhraya Plus 2016

Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus) Malaysia Bhd boleh menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus di semua lebuhraya laluannya mulai tahun 2016.

Kenyataan Media - Kenaikan Kadar Tol PLUS

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, syarikat itu juga berhak mengkaji semula kadar tol  setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

“Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan Plus yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan Plus Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi temph lima tahun daripada 2011 hingga 2015.”

“Perjanjian terkini tersebut juga menetapkan kenaikan kadar tol lima peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038,” katanya menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa), mengenai kenaikan kadar tol di lebuh raya Plus.

Menerusi sesi soal jawab lisan, Rosnah juga berkata Plus hanya membuat keuntungan selepas cukai RM8.4 juta daripada kutipan tol RM2.61 bilion tahun lalu.

“Hasil kutipan Plus bagi tempoh tahun 2014 adalah sebanyak RM2.61 bilion dengan dengan melibatkan jumlah bilangan trafik tahunan 506 juta kenderaan.”

“Bagi setiap ringgit hasil kutipan yang diterima digunakan untuk membayar faedah faedah pinjaman, dan naik taraf seperti membina persimpangan bertingkat, ”
katanya menjawab soalan Datuk Idris Jusi (PKR-Batu Pahat).

Idris menerusi soalan tambahan memohon penjelasan menteri mengenai keresahan rakyat berhubung kenaikan kadar tol pada tahun depan.

Menurut Rosnah, kerajaan prihatin dengan keresahan rakyat dan telah membuat pelbagai inisiatif untuj meringankan beban itu.

“Antaranya termasuk penyelerasan kadar tol yg dibuat lepas 8 tahun ditangguh.”

“Selain itu kerajaan juga laksanakan penutup awal dan pemansuhan di beberapa plaza tol. Tindakan lain termasuk tiada kenaikan dibuat untuk Jambatan kedua Pulau Pinang, ”
katanya.
sumber: sinar

Betapa malangnya kita sebagai pengguna lebuhraya Plus yang terpaksa membayar tol untuk tempoh 22 tahun lagi sebelum ianya dimansuhkan! Tak sempat kot nak merasa lalu lebuhraya Plus secara percuma ni!

Setiap kali kenaikan berlaku, ianya pasti menimbulkan kemarahan rakyat apatah lagi di kala ini segala harga perkhidmatan dan barangan keperluan semuanya meningkat naik!

Jika kadar tol Plus naik pada 2016, maka sekali lagi kenaikan harga perkhidmatan dan barangan keperluan akan berlaku. Ianya sesuatu yang pasti tidak akan mampu dipantau dan dikawal oleh kerajaan.

Para pemimpin pula janganlah mengeluarkan kenyataan yang hanya mengundang kejelekan dan menaikkan lagi kemarahan rakyat tetapi perlu bekerja dengan membuktikan hasil kerja yang menggembirakan hati rakyat.

Kenaikan Kadar Tol Lebuhraya Plus 2016


Prihatin Kepada Rakyat

Jika kerajaan benar-benar prihatin dan sudah sedia maklum akan perjanjian yang telah dimeterai ini akan membebankan pengguna, seharusnya kerajaan melakukan jalan penyelesaian segera kepada masalah ini.

Jalan-jalan raya Persekutuan sekarang ini jika dilalui, keadaannya amat menyedihkan. Entah bagaimanalah Malaysia boleh diiktiraf antara jaringan jalanraya terbaik dunia tetapi realiti sebaliknya. Sudahlah tiada naik taraf, kelihatan seperti langsung tidak dipantau dan diselenggara dengan baik.

Para Pemimpin naik kereta mewah memanglah tak terasa, tetapi bagi kami yang naik Proton dan Perodua ni, rasa macam nak roboh dan tercabut semua skru kereta! Sebulan sekali balik kampung pun tak sampai setahun dah berlaku pelbagai kerosakan pada kereta.

Kenapa pengguna tetap menggunakan lebuhraya walaupun terpaksa membayar tol dan menempuh kesesakan dan jem? Inilah yang perlu dikaji dan diselesaikan oleh para pemimpin!

Pilihan Alternatif

Sewajarnya kerajaan sejak dari dulu lagi menaikkan taraf jalan-jalan raya Persekutuan dan Negeri agar lebih selesa dengan melakukan pelebaran jalan kepada beberapa lorong dan membina persimpangan bertingkat bagi mengatasi masalah kesesakan di persimpangan utama.

Jalan alternatif ini akan menjadi jalan pilihan sekiranya ia mampu menyaingi keselesaan dan kelancaran perjalanan melalui lebuhraya. Kenapa ianya tidak dilakukan? Takut lebuhraya tidak ada kenderaan yang nak lalu dan akan rugi?

Jika tiada peningkatan jumlah pengguna lebuhraya pun, apa nak risau... Setiap tiga tahun, harga tol akan naik! Plus tetap akan menjana keuntungan. Tiada siapa pun akan marah. Kata..."rakyat didahulukan" maka buktikan!

Apa pun, kita nantikan apakah tindakan kerajaan dan adakah kenaikan kadar tol lebuhraya Plus akan berlaku pada tahun 2016 ini nanti...

p/s: Nama PLUS ni kena tukar kepada MINUS barulah kadar tol akan turun... :)

33 comments - "Dilema Kenaikan Kadar Tol Lebuhraya Plus 2016"

Nao Mei delete icon 12:21

asyik naik je nie uncle...bila masa lagi nak turun...adoi...

Di Malaysia ketika ini segala-galanya adalah untuk mencapai status taraf negara maju, lalu semuanya di'maju'kan setinggi-tinggi, rakyat pula menderita, malangnya pemimpin enggan mengakui penderitaan rakyat..

Emm...mgkin btul apa yg dikatakan oleh Bro Bm..pemimpin yg xfikir keadaan rakyat..

paridah delete icon 14:33

assalam...setiap kenaikan kos apapun siap dgn alasannya n diharapkan rakyat marhaen konsider n menerimanya dgn penuh sabar...

Naik jer la... Hujan jer yang turun...huhu

Status negara maju hanya atas kertas... Hakikatnya, hanya kita sendiri yg tahu...

Pemimpin dipilih oleh rakyat... Adakah kita juga bersalah apabila memilih pemimpin yg salah... ?

Waalaikumsalam...
Apa yg kita boleh buat lagi... Hanya mampu memberi peringatan dan bersedia menghadapi segala kepayahan...

Apa nak jadi dengan kerajaan kita ni, semakin menghimpit rakyat dengan kenaikan harga tol dan pembatalan subsidi

Assalammualaikum... BM,

kesian rakyat dengan kenaikan harga tol nie...

mselim3

Kata kalau tol naik suruh cari alternatif lain tapi pagi ini berita pulak kenaikan tambang KTM 100% naik bayangkanlah BM macamanalah rakyat tak menjerit. Kakak tak dapat bayangkan anak-cucu kita kelak kalau kita tak prepare dari sekarang membina aset utk anak-cucu demi masa depan.

picit kepala!sobss..

banyak juga tu BM..banyakkan sabar ya..apa kan daya ..maknannya nilai duit syiling amat berharga

tgk kat RnR dah baik pulih cantik ja... tambah pokok pokok bagai.... harus nak naik tu....

bila pemimpin yang dipilih tidak lagi mengutamakan rakyat, rakyat yang memilih mereka tentu rasa menyesal

Apa nak jadi... dah terjadi...
Segala yang di janji, hanya tinggal janji...

Waalaikumsalam,
Rakyat tu bukan orang lain... kite le... kesian kat kite semue... huhu

Entahlah kak... Akan datang bagaimana keadaannya...
Kita doakan semoga masa depan akan berlaku sebaliknya, kehidupan lebih senang dan aman...

Apa nak risau, Eady kan ada boleh tolong picitkan... :)

InsyaAllah...
Tiada yang mampu dilakukan, bersabar, berdoa dan tawakal ajer le...

Dah lama tak singgah mana2 RnR... Dah baik pulih ye... bagus lah...
Alasan kukuh tu nak naik!

Siapakah rakyat itu?

suri delete icon 17:52

nak kata apa yang tak naik akan naik juga lambat dengan cepat sahaja..kita yang bijak menyimpan berjimat mana part yang perlu..sekarang nak bising apa tak guna kita sebagai pengguna kena ambil peluang menyimpan sedikit atau lebih untuk masa terdesak akan datang...

Malaysia paling banyak tol. Negara jiran kita seperti Thailand, tk nampak plak pondok tol nya. Jalan pun cantik je.

Yang naik banyak...yang turun hampir tak ada.. begitu juga umur kita...

Lebuhraya di semenanjung malaysia kena bayar tol.. lebuhraya pan borneo dengarnya tiada tol..

kerajaan skrg tak prihatin dah pasal rakyat ni

Tanpa Nama delete icon 12:18

Sebelum ianya naik inilah masa untuk kita nak bising. Lihat apakah tindakan pemimpin kita... Adakah mereka mendengar segala rintihan rakyat atau sebaliknya.
Jika pemimpin prihatin...pasti mereka akan bertindak. Nilaikan mereka kerana kita yang memilih mereka untuk membantu kita.
Jika tidak... pada pilihanraya akan datang, kalau kita masih termakan janji2 manis...memang kita bodoh ler...

Tanpa Nama delete icon 12:24

Ya... kita perlu berjimat cermat dan memang terpaksa juga menempuh segala kepayahan.
Tapi, Adilkah kita yg terpaksa menanggung beban? Dimanakah janji2 dulu? Kenapa kata, rakyat didahulukan tetapi hanya di bibir?

Alhamdulillah... hujan masih turun... :)

Benarkah ini! Huhu... ini sungguh tidak adil dan kejam!
Beruntunglah rakyat Sarawak dan Sabah...

titan delete icon 03:52

sana-sini naik sekarang.

pening tengok keadaan sekarang.

Dexx delete icon 08:36

Lebih cabaran, lebih tinggi pengorbanan, lebih banyak pahala menjenguk ibu bapa di kampung. Nasib anak perantauan macam ni la. Setiap tahun semakin banyak kena tabur duit atas jalan bayar tol - Pheww terpaksa-rela-redho...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap