بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Jana Pendapatan Blog - Review Iklan Bidvertiser: Jika sebelum ini telah didedahkan cara dan review untuk jana pendapatan blog melalui pengiklanan Mobicow dan perkhidmatan URL Shortener Lynk.my. Kalau anda terlepas, boleh ikutinya di sini:
Di kesempatan kali ini, sedikit perkongsian informasi buat blogger yang ingin menjana pendapatan melalui satu lagi pengendali pengiklanan antarabangsa untuk website iaitu Bidvertiser.

Jana Pendapatan Blog - Review Iklan Bidvertiser

Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogging, iklan Bidvertiser sudah tidak asing lagi. Banyak review sebelum ini boleh anda jadikan rujukan namun ini adalah informasi terkini sebagai perkongsian buat mereka yang ingin mengetahui prestasi iklan Bidvertiser ini.

Iklan Bidvertiser

Pada masa ini tidak ramai ramai blogger Malaysia menggunakan iklan Bidvertiser mungkin kerana beberapa masalah sebelum ini di mana terdapatnya iklan-iklan Bidvertiser yang telah diserang malware turut memberi kesan ke atas prestasi blog.

Namun sejak itu, Bidvertiser telah meningkatkan langkah keselamatan dan memperketatkan setiap website yang memaparkan iklan mereka mesti bebas dari sebarang masalah melalui security check di Google Webmaster.

Selain itu, paparan iklan Bidvertiser juga agak membosankan kerana kebanyakannya berkaitan permainan online dan download software. Ianya agak tidak bertepatan dengan majoriti niche blog di Malaysia.

Oleh kerana Bidvertiser adalah iklan Pay Per Click (PPC) dan bergantung kepada jumlah 'impressions' maka paparan iklan seperti ini agak kurang berkesan dan menarik perhatian pengunjung.

Maka cara untuk menjana pendapatan melalui iklan Bidvertiser ini tiada jalan lain selain dari menggunakan format iklan 'Pop-up Under' atau 'Slider Ads'.

Ya! Tidak dinafikan, ada yang menyatakan iklan berformat sebegini agak menjengkelkan namun ini sahajalah cara untuk mendapatkan peluang pendapatan yang tinggi dengan Bidvertiser. Anda pasti tidak kisah akannya apabila melihat jumlah yang akan anda perolehi!

Bagi pandangan peribadi, iklan Pop-up Innity lagi menjengkelkan apabila terpaksa menunggu masa yang ditetapkan sebelum iklan tersebut boleh dihilangkan.

Iklan Pop-up Bidvertiser ini hanya muncul sekali untuk setiap visitor, maka ia tidak mengganggu pengunjung sekiranya mereka ingin klik ke halaman-halaman lain.

Jumlah Pendapatan Bidvertiser

OK... Paling ingin anda semua ketahui adalah jumlah perolehan yang boleh anda dapat sekiranya menjadi Publisher pengiklanan Bidvertiser ini kan... Khas untuk review ini, BM telah mencuba menggunakan iklan Bidvertiser ini di salah sebuah blog kendalian BM.

Hasilnya sungguh mengujakan! Berikut adalah screenshot pendapatan menggunakan iklan Bidvertiser dalam tempoh sebulan.

Jana Pendapatan Blog - Review Iklan Bidvertiser

Lihatlah... Hanya dalam tempoh sebulan sudah beroleh USD166.15 bersamaan RM664.60 (tukaran USD1 = RM4). Mungkin sesetengah blogger, ianya satu jumlah yang sedikit dan belum mampu menandingi pendapatan iklan Google Adsense.

Namun sesiapa pun pasti tersenyum sampai ke telinga bila melihat ada 'income' harian masuk tanpa perlu bersusah payah... dengan hanya letak iklan di blog jer.

Sebelum itu, perlu anda ketahui.. Jumlah pendapatan di atas adalah melalui blog yang mempunyai trafik dalam lingkungan 15K~20K pageviews sehari (statistik blogger start). Cuba bayangkan kalau blog anda mempunyai trafik yang lebih dari ini!

Panduan Memohon Bidvertiser

Ini hanyalah pilihan pengiklanan yang boleh anda cuba. Salah satu pilihan yang BM rasakan terbaik selain Google Adsense dan Innity untuk menjana pendapatan dalam nilai USD.

Bagaimana untuk memohon Bidvertiser? Untuk menjadi Publisher Bidvertiser syarat-syaratnya tidak seketat Google Adsense. Tiada jumlah trafik minimum diperlukan. Namun ianya ada konflik sekiranya diletak bersama dengan iklan Google Adsense.

Sila klik banner ini untuk memohon (apply) Pengiklanan Bidvertiser


Pastikan blog anda bebas dari sebarang masalah malware atau spammer kerana blog anda akan melalui proses website verification oleh Bidvertiser.

Selain itu, anda perlu ada akaun Paypal untuk proses pembayaran. Had minimum bayaran pula hanyalah USD10 dan akan dibayar setiap hujung bulan mengikut jumlah yang anda dapat dalam bulan tersebut secara automatik.

Untuk proses selengkapnya bagaimana memohon dan menggunakan iklan Bidvertiser, anda boleh rujuk halaman berikut : Panduan Iklan Bidvertiser

Pilihan Di Tangan Anda

Ini hanyalah review dari apa yang telah BM cuba sendiri. Semoga ianya dapat menjadi rujukan buat mereka yang memerlukan. Mungkin juga jumlah pendapatan akan berbeza buat orang lain...Wallahualam.

Sekiranya anda ingin mencuba atau kecewa kerana gagal untuk mendapat kelulusan Google Adsense atau Innity maka Bidvertiser adalah antara pilihan yang ada. Pilihan hanyalah di tangan anda.


p/s: Bagi blog peribadi, mungkin iklan Bidvertiser kurang sesuai berikutan pengunjung utama adalah dikalangan blogger yang amat menyampah dengan iklan Pop-up ini namun terpulanglah... Income anda yang dapat kan.... :)

Nota: Terkini (Ogos 2016) Iklan Pop-up Bidvertiser akan menyebabkan blog anda disingkirkan dari enjin carion Google kerana ia dikesan sebagai "Sneaky mobile redirects"

19 comments - "Jana Pendapatan Blog - Review Iklan Bidvertiser"

paridah delete icon 10:16

assalam...bagi yg berminat menjana income melalui blog bolehlah cuba pasang iklan ni...

ooohh entry ni nak kene parking dulu..nak baca mase tgh bertenang..hehe..ilmu berduit ni bagus nie..tq tq tq

hehe..masyuk dh tu bm..alhamdulillah..

jie bleh cuba nanti..

Nao Mei delete icon 15:58

Cik akak nak cuba mohon..tapi sayang nuffnang..lagi pun akaun paypal cik akak dah lama tak ingat paswor bagai....insyaAllah...selagi ada rezeki nuffnang cik akak guna dulu nuffnang...nanti cik akak bisik2 ngan uncle..haha

Tanpa Nama delete icon 07:15

Boleh jer guna serentak dgn nuffnang...xde masalah. Boleh dapat 2 income serentak, kayo cik akak

Wah memang pulangan yang amat menarik juga tu BM

jo jo delete icon 23:20

Iklan ni sangat buruk untuk pengujung dari telefon pintar..sekarang ramai orang melayari internet dengan telefon bimbit je..kita akan kehilangan pengunjung setia.

Waalaikumsalam...
Jika tidak kesahkan sgt pelayar blog anda, pilihan terbaik utk income lebat melalui iklan.

Semoga berguna... Kalau nak cuba bolehlah, tapi saya syorkan untuk blog peribadi agak kurang sesuai

Jika JS ada blog lain, boleh cuba letakkan iklan ini. Kalau blog peribadi, mungkin kurang sesuai

Betul tu...tapi tak pasti tentang status Glitterati tu...

Pulangannya agak lumayan jika punya trafik yang tinggi.

Betul tu...sebab itu saya tidak syorkan ia untuk blog peribadi. Nak income tetapi kesannya, lain pula yang kurang...

titan delete icon 08:48

sesuai untuk pengguna yang guna laptop atau pc, tapi kalau nak masuk site guna smartpon, memang hancur sikit la iklannya nih.

Nao Mei delete icon 12:12

amboi.....percaya konsep rezeki..insyaALLAH...rezeki barulah berkat..tak gitu uncle

berita baru delete icon 16:58

betul ke ni. saya punye blog 4k-5k sehari . income dah 2 bulan baru usd 11 je.

Ya..Ini adalah data yang benar tanpa sebarang edit!
Biasanya sebelum ini jika 4-5K sehari boleh dapat 1-2USD. Perlu guna setting iklan Pop-up dan Mobile untuk lebih income tapi anda sedia maklumlah kesannya kepada pengunjung ya...

Tanpa Nama delete icon 17:39

Boleh tak ajar cara guna akaun bank untuk terima payments dari bidvertiser please :) thanks uncle

Payment Bidvertiser adalah melalui Paypal (dalam nilai USD)... Dari Paypal baru boleh transfer/withdraw ke akaun bank tempatan (dalam nilai RM)

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap