بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bagi memudahkan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu (BM) di sekolah-sekolah Kebangsaan, buku panduan jawapan (contoh berserta cadangan) mengikut setiap halaman buku teks Bahasa Melayu bagi tahun 4, 5 dan 6 sedia membantu guru-guru menyediakan perancangan dan untuk mengajar di dalam kelas.

Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu ini menepati standard pembelajaran DSKP, KSSR dan KBAT yang berhasrat untuk mentaksir pencapaian pembangunan kemahiran seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan kreativiti.

Sehubungan dengan itu, ianya memerlukan tenaga pengajar yang cukup terlatih bersama bahan bantuan mengajar yang tepat serta dapat disampaikan dengan jelas dan berkesan kepada murid-murid.

Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu

Idea Penerbitan Buku

Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu ini merupakan hasil cetusan idea Cikgu Mat Ariffin Ismail apabila sering mendapat pertanyaan dan rungutan dari guru-guru yang bermasalah dan sukar untuk menepati kehendak jawapan pada buku teks Bahasa Melayu tahun 6.

Berikutan itu, Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu diterbitkan dengan objektif memberi panduan dan cadangan jawapan yang bertepatan bagi memudahkan guru-guru untuk mengajar dan menjimatkan masa untuk menyediakan perancangan pengajaran agar tidak tersasar dari matlamat sebenar.

"(DEMI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN UPSR) Semua sedia maklum, kini soalan UPSR berpandukan buku teks dan DSKP. Oleh itu, panduan jawapan buku teks amat penting supaya dapat memudahkan para guru dan murid serta ibu bapa sebagai rujukan. 
Masih belum terlambat... UPSR pasti ada setiap tahun dan buku ini relevan selagi buku teks Bahasa Melayu tersebut masih digunakan." - Cikgu Mat Ariffin Ismail
Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu

Kualiti Dan Kandungan Buku

Bagi menjaminkan kualiti dan ketepatan isi kandungan, maka hanya penulis-penulis yang berkelayakan dan bertepatan sahaja mampu memberikan panduan jawapan serta cadangan yang tepat dan bersesuaian. Maka, tidak ada orang lain yang lebih berkelayakan selain dari mereka yang pakar Bahasa Melayu serta penulis buku teks Bahasa Melayu itu sendiri.

Oleh itu, Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu ini merupakan panduan, contoh dan cadangan jawapan yang paling tepat untuk setiap isi kandungan buku teks Bahasa Melayu sebagai bahan bantu mengajar untuk guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan.

Senarai Buku Panduan Jawapan

Berikut adalah senarai buku Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu yang telah di terbitkan dan tempoh ianya boleh diguna pakai.

1. Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 (SK) - (2016~2021)
  • Tarikh diterbitkan - Januari 2016
  • Penulis: Mat Ariffin Ismail - Penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 SK
2. Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 (SJK) - (2016~2021)
  • Tarikh diterbitkan - Februari 2016
  • Penulis: Mat Ariffin Ismail - Penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 SJK
Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu-Tahun 6

3. Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 (SK) - (2015~2020)
  • Tarikh diterbitkan - September 2016
  • Penulis 1: Siti Sarah Abdul Malek - Penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 & 5 SK
  • Penulis 2: Mat Ariffin Ismai - Penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 SK & SJK
4. Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 (SK) - (2014~2019)
  • Tarikh diterbitkan - Jun 2016
  • Penulis 1: Siti Sarah Abdul Malek - Penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 & 5 SK
  • Penulis 2: Mat Ariffin Ismail - Penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 SK & SJK
Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu-Tahun 4 & 5

5. Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 (SK) - Buku teks baru 2017
  • Tarikh diterbitkan - Awal Tahun 2017
  • Penulis 1: Mat Ariffin Ismail - Penulis Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 SK (2017)
Namun begitu, buku panduan ini TIDAK dijual secara komersial dipasaran atau di kedai-kedai buku. Ianya hanya boleh didapatkan terus melalui penulis dan agen-agen yang dilantik kerana beliau hanya mensasarkan kepada mereka yang benar-benar perlukan buku ini untuk digunakan sebagai keperluan dan kegunaan peribadi agar isi kandungan ekslusif buku ini tidak terdedah dan diciplak oleh orang lain.

Ianya juga tidak terhad untuk jualan kepada warga pendidik sahaja kerana beliau berharap agar hasil kerja dan idea penerbitan buku ini dapat membantu sesiapa sahaja termasuklah ibu bapa dan calon-calon UPSR yang bersungguh-sungguh mahukan kejayaan dalam UPSR

Cara Dapatkan Buku Panduan Ini

Kepada warga pendidik, ibu bapa mahupun pelajar yang berminat untuk membeli dan memiliki buku ekslusif "Buku panduan dan cadangan jawapan buku teks Bahasa Melayu tahun 4, 5 dan 6 - SK, SJKC & SJKT" ini boleh menghubungi saya melalui cara berikut:
Sila berikan maklumat berikut:
  • Nama
  • Alamat
  • No. Telefon
  • Jumlah Order
Semua maklumat di atas diperlukan untuk tujuan penghantaran dan pengiraan harga sekiranya jumlah order lebih dari sebuah buku.

Buku Panduan Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu-Tahun 4,5 & 6

Harga standard bagi sebuah buku (SK & SJK) termasuk kos penghantaran (pos ekspress) : RM16.00 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak

Makluman Penting: 
  • Harga mungkin berbeza bergantung kepada jumlah order, berat dan juga jenis packaging.
  • Penghantaran pula hanya akan dilakukan sekiranya bukti bayaran penuh telah lakukan.
Nota
Penghasilan buku ini memerlukan pengorbanan besar penulis sama ada dari sudut idea, kerja, masa dan orang-orang tersayang. Diharapkan tiada salinan tanpa kebenaran dilakukan sama ada secara softcopy atau hardcopy. Tindakan tidak bertanggungjawab ini pasti akan mematahkan semangat penulis untuk menghasilkan buku-buku seterusnya.

7 comments - "Buku Jawapan Buku Teks Bahasa Melayu (BM)"

paridah delete icon 22:45

BUKU YG MEMBERI KEMUDAHAN PENGAJARAN N PEMBELAJARAN KPD GURU N MURID N PATUT DIMILIKI.

Bagus miliki buka BM macam ni.

Ada buku panduan macam ni insyallah boleh bantu pelajar belajar dengan mudah.

nice sharing

jamkho delete icon 10:09

buku panduan yang baik

Asalam..teman blog selamat hari raya ya...maafkan jika pernah menyakiti hati..
Blog terbaik ku

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menaja Book Giveaway by Abam Kie and Friends tempohari. Keputusan GA berkenaan sudah pun diumumkan. Untuk melihat senarai pemenang sila klik pautan di bawah. Jutaan terima kasih Abam Kie ucapkan.

http://www.zukidin.com/2016/09/senarai-pemenang-book-giveaway-by-abam.html

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap