بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
SUV Crossover Baru Honda BRV 2017 Malaysia: Masih ingat pada model kereta Toyota Rush? Sebuah SUV Kompak 7 tempat duduk yang dikeluarkan oleh Toyota pada 29 Jan 2008 yang menggunakan platform dan enjin 1.5L dari model MPV kompak Avanza.

Kini, idea tersebut diguna pakai oleh Honda dengan mengeluarkan model SUV Kompak 7 tempat duduk Honda BR-V yang menggunakan platform dan enjin 1.5L dari model MPV kompak Mobilio.

Ianya merupakan pilihan kepada SUV HR-V untuk lebih ruang dan jumlah penumpang. Saiznya kecil sedikit dan lebih murah dari Model CR-V.

SUV Crossover Baru Honda BR-V 2017

Honda BR-V ini baharu sahaja dilancarkan di Malaysia pada 5 Jan 2017. Ia merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Honda, Pegoh, Melaka dan kini boleh dapati di kesemua cawangan sah Honda Malaysia di seluruh negara.

BR-V dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna bagi pasaran ASEAN dan India. Ia menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC dengan janaan kuasa 120 PS dan 145 Nm tork yang dipadankan dengan sistem transmisi Earth Dream CVT, sama seperti Honda City dan Jazz.


Harga Dan Varian

Honda BR-V Baru 2017 hadir dengan dua varian dengan 7 tempat duduk. Berikut adalah varian dan harga rasmi Honda BR-V Malaysia 2017. (Harga atas jalan termasuk insuran)
  • Honda BR-V Gred E - Harga RM85,800
  • Honda BR-V Gred V - Harga RM92,800
Honda Malaysia menawarkan waranti selama lima-tahun dan tanpa had perbatuan serta tempoh servis diperpanjang kepada 10,000 km,

Spesifikasi Honda BR-V

Berikut adalah spesifikasi luaran, dalaman serta enjin Honda BR-V 2017 Gred E.
  • Saiz : 4,456 mm panjang, 1,735 mm lebar dan 1,666 mm tinggi
  • Jarak roda : 2,662 mm
  • Enjin : 1.5 liter SOHC i-VTEC
  • Transmisi : Automatik CVT
  • Kuasa : 120 ps pada 6,600 rpm 
  • Tork maksima : 145 Nm pada 4,600 
  • Sistem keselamatan : 2 beg udara, ABS, EBD dan VSC serta 5 bintang ASEAN NCAP
  • Stereng : Berkuasa elektronik (EPS)
  • Radius pusingan : 5.5 meter
  • Suspensi : MacPherson di hadapan dan torsion beam di belakang
  • 2nd Row Seat : Boleh dilipat dengan nisbah 60:40 (One Touch Tilt & Tumble) bersama Isofix
  • 3rd Row Seat : Boleh dilipat dengan nisbah 50:50
  • Kapasiti Ruang Kargo : 233 liter (539 liter sekiranya tempat duduk 3rd Row dilipat)
  • Lampu hadapan : Projektor bersama lampu posisi LED
  • Lampu belakang : LED berbentuk-C
  • Penghawa dingin manual dan corong penghawa dingin pada 2nd Row 
  • Unit hiburan dengan Bluetooth, port bagi USB, HDMI dan Aux, fungsi telefon bebas tangan, empat-pembesar suara dan 11 tempat meletak cawan
Berikut adalah spesifikasi tambahan Honda BR-V Gred V (berbanding Gred E)
  • Lampu kabus hadapan
  • Pemegang pintu krom, pelindung sisi krom dan hiasan pada bampar bawah.
  • Butang penghidup enjin (start button) dan kemasukan pintar, 
  • Stereng balutan kulit lengkap dengan suis kawalan audio
  • Tombol gear balutan kulit
  • Sistem penghawa dingin auto 
  • Tempat duduk balutan kulit
  • Skrin sesentuh 6.1-inci bersama sambungan iOS, Android, HDMI, USB serta Bluetooth.
  • Kamera undur.

Honda BR-V Malaysia 2017 ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu:
  1. Taffeta White, 
  2. Lunar Silver Metallic, 
  3. Modern Steel Metallic, 
  4. Dark Ruby Red Pearl
  5. Golden Brown Metallic.

Exterior Honda BR-V
Berikut adalah gambar-gambar luaran (exterior) Honda BR-V
SUV Crossover Baru Honda BR-V 2017 - Exterior
SUV Crossover Baru Honda BR-V 2017 - Exterior

Interior Honda BR-V
Berikut adalah gambar-gambar dalaman (interior) Honda BR-V
SUV Crossover Baru Honda BR-V 2017 - Interior
SUV Crossover Baru Honda BR-V 2017 - Interior
SUV Crossover Baru Honda BR-V 2017 - Interior

Video Honda BR-V

Review Honda BR-V 2017

Kepada peminat jenama Honda pasti teruja dengan pengenalan model terbaru SUV Crossover BR-V ini. Begitu juga bagi mereka yang inginkan pilihan sebuah SUV tujuh tempat duduk pada tanda harga yang boleh dikatakan mampu milik. 

Namun jangan menaruh harapan terlalu tinggi kepada jentera Honda ini kerana ianya sudah pasti tidak mampu memberi kuasa pecutan yang jitu serta kepuasan dalam pemanduan.

Ianya bukanlah faktor utama Honda membina model SUV ini. Honda BR-V adalah sebuah kenderaan untuk keluarga maka kuasa pecutan dan kehebatan pemanduan bukanlah fokus utama sebagai daya penarik.

Honda BR-V menumpukan kepada gaya, keselesaan, santai, flexible dan lebih ruang untuk sebuah SUV bersaiz kompak pada tanda harga yang berpatutan untuk sebuah keluarga.

Dari sudut rekabentuk, ianya agak kurang menarik serta sedikit janggal pada sudut pandangan sisi terutama lengkuk pada cermin pintu belakang yang kelihatan seperti cacat.

Logo Honda sahaja sudah cukup memberi impak kepada BR-V walaupun rekaannya secara peribadi, BM pasti akan menganggap ianya sebuah model kereta dari negara China jika tidak terlekat Logo Honda!

Bahagian dalaman pula, cuma rekaan dashboard agak menarik, moden dan kemas. Selain dari itu, ianya sama seperti model-model MPV kompak tujuh tempat duduk yang lain yang menumpukan kepada keselesaan dan ruang untuk semua penumpang.

Kualiti material yang digunakan juga kelihatan agak berkualiti. Pemilihan warna gelap untuk ruang dalaman adalah pilihan yang tepat bagi sebuah kenderaan untuk keluarga.

Teknologi dan aksesori yang ditawarkan juga agak minimal. Sewajarnya Honda memberikan lebih atau hampir sama dengan apa yang ditawarkan oleh Toyota Sienta untuk lebih kepuasan kepada pembeli.

Begitu juga dengan spesifikasi keselamatan pada kadar "OK" sahaja. Mungkin ianya hanya menumpukan pada pasaran ASEAN dan India yang tidak seketat Eropah.

SUV vs MPV

Walaupun BR-V sebuah Crossover SUV namun persaingannya di pasaran tempatan lebih kepada model MPV kompak seperti Perodua Alza, Proton Ertiga, Toyota Avanza dan Sienta. Model seangkatan seperti Toyota Rush sudah ketinggalan zaman maka BR-V pasti akan menerajui segmen ini secara total!
SUV Crossover Baru Honda BR-V 2017 - transformasi rekaan Mobilio
MPV Mobilio di tranformasi rekaannya untuk menjadi sebuah SUV Crossover BR-V

Honda cukup bijak menghidu peluang pasaran di mana model SUV pada masa kini amat digemari ramai, maka BR-V menawarkan pilihan sebuah SUV bersaiz sederhana dengan lebih kapasiti dan ruang pada tanda harga yang berpatutan.

BM amat yakin, model Honda BR-V ini pasti akan mendapat sambutan hangat apabila dilancarkan kelak sebagaimana sambutan terhadap model Honda HR-V sebelum ini.

Bagaimana pendapat anda pula akan Model Baru SUV Crossover Honda BR-V 2017 ini?

22 comments - "SUV Baru Honda BR-V 2017 Malaysia"

Pha Is delete icon 16:52

luas.. nice share..
kereta2 macam ni mampu pandang je la.. nk beli tak mampu.. hehehe

Suka yang warna merah. Mengancam dan sexy. Fuhhh kalau dapat ni ...ex-cent lebih huhuh ..

Salam ziarah BM...lawa keta

Cantik kereta ni. Suka tengok

Boleh nak try bila keluar nanti.

Mnarik..harga pun masih lg ok..huhu.

paridah delete icon 16:22

Honda pengeluar kereta dgn kualiti tersendiri

Sharifah Qaisara Syed Ilham delete icon 15:10

Cantik kereta ni. Minggu lepas pergi la ziarah2 kereta ni n berkenan dekat warna putih. Order yg putih. Harga dia memang murah. Harga mampu milik.

Berkenan tengok kereta ni.

Honda memang selalu menggoda, tapi apa daya modal tidak ada

insyaAllah smoga d prmudahkn urusan...

Rahim delete icon 22:27

Citarasa Ku tetap terpaut pada MPV Toyota Innova 2.0G
Sangat 'Puas Hati' Dan lebih sesuai buat 'Keluarga Besar'

Saya just nak update,Waiting period @ Tempoh menunggu model Honda BRV nie dlm 4-8 minggu(bergantung kepada specs).So far,tempahan memang tinggi sebab kena kena taste & kuasa beli sesetengah golongan di Malaysia.

rosdie delete icon 11:38

MPV yg. paling mengancam diabad ini, luaran menarik, ruang dalam sesuai dengan yang berkeluaraga,teknologi terkini,kos maintanance berpatutan dan ruang letak barang lebih luas, harga dibawah RM100k , masih mampu milik, tempahan sudah dibuat, warna Dark Ruby Red Pearl jadi pilihan.

Assalamualaikum hai.... Jika memerlukan banyuan utk memudahkan proses pembelian boleh hubungi saya... Asia 0122257060 ...
CTOS

Tanpa Nama delete icon 22:27

BRV Dengan kuasa kuda hanya 120 hp, boleh ke bawa 7 penumpang? Dulu bila Exora keluar CPS dgn kuasa kuda 125 hp orang bising? Sekarang Exora turbo dah 138 hp.

Harga berpatutan dan ia amat menarik serta pattern dia pun boleh tahan. Waiting for my loan to approve and nk amik red ruby vspec... tq for ur information.

Zool delete icon 14:31

Kurang power dengan hanya 120 kuasakuda.

Tanpa Nama delete icon 12:28

Mantop! sudah lama menunggu kini sudah tiba...masih dalam proses kelulusan pinjaman.

zana70 delete icon 22:40

Okeylah utk famili ....tk perlu nk laju2..bawak lek2 jer...tp apakn daya...kalo ada rezki adalahkann....

Tanpa Nama delete icon 14:55

Exora lagi berbaloi, 138 kuasakuda, ada VSC dan cruise control.

Tanpa Nama delete icon 08:42

Body cantik harga pn menarik. Hrp loanku lulus. Golden brown metalic jd pilihan

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap