بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Honda adalah satu jenama besar dalam industri automotif. Salah satu model kereta Honda yamg paling popular adalah Honda Civic. Ianya berada dalam kategori segmen C dan bersaing dengan model antaranya adalah Toyota Altis, Mazda 3, Proton Preve, Nissan Sylphy serta Volkswagen Jetta.

Syarikat Honda baru-baru ini telah mendedahkan secara rasmi model kereta terbaru "Honda Civic Baru 2016" (All New Civic 2016) untuk pasaran Amerika Utara. Ia merupakan Honda Civic generasi ke 10 sejak dilancarkan kali pertama pada Julai 1972. (Update: Honda Civic Baru 2016 ini sudah dilancarkan di Malaysia pada 9 Jun 2016)

Ulasan Dan Pandangan

Honda Civic ini memang ramai peminatnya di Malaysia. Ianya sering menjadi kereta idaman bagi setiap individu sama ada bujang mahupun berkeluarga. Memiliki sebuah Honda Civic Baru bagaikan gambaran status seseorang yang mempunyai ekonomi yang stabil.

Model Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10

Bagi peminat Honda Civic, setiap kali model baru dilancarkan, ianya pasti mendapat perhatian dan menjadi perbandingan sama ada dari sudut rekabentuk luaran dan dalaman mahupun spesifikasi serta teknologi baru yang ditawarkan.

Mari kita lihat akan rekabentuk luar dan dalam, spesifikasi dan teknologi terbaru Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10 ini. Adakah ianya menepati citarasa anda atau sebaliknya. Adakah ianya lebih menarik dan baik dari model terdahulu, anda nilaikanlah sendiri. (Ulasan dan pandangan berikut hanyalah berdasarkan pendapat peribadi penulis)

All New Honda Civic 2016 - Rekabentuk Luaran

Rekabentuk Honda Civic Sedan 2016 ini sangat berbeza dan telah lari dari rekabentuk kebiasaan Honda yang tidak menggunakan garis-garis lengkuk. Ianya kelihatan lebih berotot berbanding rekaan model sebelum ini.

Jika diperhatikan, gaya rekabentuk sebegini telah diadaptasikan oleh model-model Mazda terlebih dahulu. Adakah Honda melihat kejayaan Mazda sebagai inspirasi untuk rekaan Honda Civic Baru ini?

Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10) - pandangan sudut belakang dan sisi
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10) vs Mazda 3
Mazda 3 - pandangan sudut belakang dan sisi


Sebagai perbandingan, anda nilaikan sendiri gaya rekabentuk model Honda Civic Baru ini dengan model Mazda 3. Jelas ianya seperti penambahbaikan rekaan Mazda kepada bentuk yang lebih moden, tegap dan gagah.

Rekaan rekabentuk belakang Honda Civic Baru ini adalah paling menonjol kerana ianya rekaan terkini dan canggih dengan lampu led melengkung. Ianya amat berbeza berbanding model sebelum ini yang kelihatan agak ketinggalan zaman.

Dari sudut pandangan hadapan pula, Honda Civic Baru ini dilihat mewarisi rupabentuk Honda Accord Generasi ke 9. Ianya satu rekaan identiti terkini yang semakin sinonim buat Honda. Jika dibandingkan, rekaan ini lebih menarik berbanding model terdahulu.

Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10) -pandangan hadapan

Dari sudut pandangan sisi, rekaan simple dan tajam sudah tidak kelihatan. Honda Civic baru ini mempunya garis lengkung yang menjadikan ianya sangat unik pabila terkena pancaran cahaya.

Lengkungan bak otot mempamerkan teguhan dan kekuatan mungkin agak subjektif bagi pandangan setiap orang. Ada yang menyukainya dan pasti ada sebaliknya.

Model Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10
Honda Civic - Generasi ke 10 - pandangan sisi
Model Honda Civic Generasi ke-9
Honda Civic - Generasi ke 9 - pandangan sisi

Pada keseluruhan rekabentuk luaran Honda Civic Baru ini adalah satu perubahan terbesar bagi Honda dan menjadi taruhan yang sukar dijangka akan sambutannya.

Bagi BM, rekabentuk Honda Civic Baru ini lebih menarik dan mengujakan serta berkarektor berbanding model Civic sebelum ini yang agak membosankan.

All New Honda Civic 2016 - Rekabentuk Dalaman

Bahagian ini juga agak menonjol mungkin kerana rekaan dashbord sebelum ini sangat tidak memuaskan hati serta berkualiti rendah. Mungkin Honda mendengar rungutan ramai maka kali ini para juruteranya telah mengubah keseluruhan rekaan dashboard untuk Honda Civic Baru 2016 ini.

Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10) - dashboard
Model Honda Civic (Generasi ke-9)
Model Honda Civic (Generasi ke-9) -dashboard

Paling ketara adalah kehilangan 'dual tier dispay' pada dashbord yang menjadi identiti atau 'trademark' Honda Civic sejak dua generasi sebelum ini. Pasti ada peminat Honda Civic yang mengeluh...

Rekaan dashbord terbaru ini pada keseluruhannya lebih moden dan kemas serta rata tanpa lebih tertumpu kepada pemandu sahaja. Kelihatan juga materialnya lebih berkualiti!

Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10) - dashboard

All New Honda Civic 2016 - Spesifikasi Dan Teknologi

Honda menjanjikan yang model Civic terbaru ini adalah yang terbaik dalam kelasnya dari segi keselamatan, ruang kabin yang besar, pengalaman pemanduan dan penjimatan bahan api.

Honda Civic 2016 ini dibina di atas platform baru dan menggunakan reka bentuk binaan sportsback. Ianya 50mm lebih lebar dan 25mm lebih rendah serta mempunyai tambahan wheelbase sebanyak 30mm.

Tempat duduk kereta ini juga diletakkan 25mm lebih rendah untuk pengalaman pemanduan lebih sporty.

Enjin yang ditawarkan bagi model ini di AS ialah enjin petrol 2.0-liter 16 injap DOHC i-VTEC dan juga enjin petrol 1.5-liter direct injection turbocharged. Enjin 2.0-liter ini pula bukan enjin terdahulu tetapi enjin teknologi terbaru dari  Honda.

Enjin 2.0-liter ini dipadankan dengan pilihan transmisi 6-kelajuan manual ataupun CVT manakala varian 1.5-liter turbo itu pula dipadankan dengan transmisi CVT sahaja.

Honda Civic Baru ini menjanjikan jarak perjalanan sejauh 17km/l bagi pemanduan di atas lebuhraya (diuji mengikut kitaran pemanduan US EPA). Secara lazimnya, pemanduan di bandar pula akan memberikan jumlah km/l sedikit berkurangan.

Honda belum lagi mengeluarkan spesifikasi penuh untuk kereta 2016 Honda Civic ini, namun mereka yakin yang kereta ini mampu meletakkan petanda aras baru dalam aspek keselamatan.

Casis kereta ini diberikan pembaharuan dari segi keteguhannya di mana ianya dikatakan 25 peratus lebih baik berbanding sebelum ini kerana menggunakan besi kekuatan tinggi.

12 peratus daripada badannya diperbuat dari besi kekuatan tinggi berbanding 1 peratus yang digunakan pada model semasa namun Honda mempu menjadikan ianya 30kg lebih ringan walaupun saiznya bertambah besar.

Kereta ini juga turut diberikan pembaharuan dari segi sistem suspensi di mana bahagian depan dengan suspensi ubahsuai dan belakang pula menggunakan multi-link yang disambung ke rangka yang sangat kuat. - sumber: arenakereta.com

Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)


BinMuhammad

Nantikan Kemunculan Honda Civic Baru

Bagaimana dengan pendapat dan penilaian anda terhadap model Honda Civic Baru 2016 ini? Suka atau tidak, tiada yang salah dalam mengutarakan pandangan kerana ianya adalah hak peribadi.

Honda Civic Baru ini masih belum dipastikan bila akan dilancarkan di Malaysia. Malah, rekabentuknya juga belum tentu akan 100% serupa dengan apa yang dipertontonkan di US ini.

Namun ianya tidaklah banyak berbeza. Biasanya hanya hadapan dan belakang sedikit berbeza dan kita hanya akan mengetahuinya setelah kemunculannya di Australia dan Thailand terlebih dahulu.

Model Honda Civic Baru ini pasti akan menjadi model terhangat yang akan dinanti-nantikan pelancarannya di Malaysia 2016. Namun dengan keadaan ekonomi semasa dan tanda harga yang pasti akan meningkat dari model sekarang, mampukah ianya meledak dipasaran... sama-sama kita nantikan.

Model Honda Civic Baru 2016 (Generasi ke-10)
sumber gambar - Google dan paultan.org


Honda Civic 2016 Serba Baru kini dilancarkan di Malaysia... (9 Jun 2016)
3 Variant ditawarkan di Malaysia iaitu - Civic 1.8L i-VTEC, 1.5L Turbo dan 1.5L Turbo Premium. Ketahui akan Harga, Spesifikasi, Variant dan Galeri Gambar lengkap di sini: Harga & Spesifikasi Honda Civic FC Baru 2016


Honda Civic Hatchback
Honda Civic Hatchback adalah versi baru yang sedang hangat diperkatakan. Model Civic sedan yang dipendekkan but belakang dan diberi sentuhan lebih sporty ini sangat menarik dan mengujakan! Tambahan pula ianya ditawarkan dalam pilihan 5 pintu. 

Mungkinkah Honda Civic Hatchback 2017 ini akan dipasarkan di negara-negara Asean termasuk Malaysia? Ianya pasti mendapat sambutan hangat kerana rekaan segar dan sporty dari Honda ini akan memikat dan menggoda sesiapa sahaja yang memandangnya!

Honda Civic Hatchback

43 comments - "Model Honda Civic Baru 2016 Generasi ke-10"

side back nampak cantik

comelnya! nak beli satu...In Shaa Allah..

memang cantik dan elegan.. setakat ini aiza belum mampu untuk memilikinya..

Honda mmg futuristik rekaannya. Ambe hanya beli toyota saja. Honda mahal. Hehehe...blog baru ka bro BM?

Wow, menarik la design dan warnanya, ada ala-ala BMW

memang sangat cantik..tegap lah jika ia lelaki..nampak sangat brand.Pasti ramai nak tengok infor kereta dalam laman ini BM

BM belum masa nak ke FB ..apapun terima kasih bagi cadangan dan tips2 dunia blogger

Rasanya kekuatan design Civic baru ini dari angle tersebut!

Wah! Dah boleh mula menabung dari sekarang...
Semoga tercapai impian.

Kita pandang sahaja lah Aiza...hehe
Tapi kena pasang impian juga kerana dari impianlah akan menjadi kenyataan

Harga Honda sekarang ni dah lebih kurang Toyota jer malah ada yang lebih murah.
Namun, masing2 ada pilihannya tersendiri... :)

Ala2 BMW pula... Namun tidak dinafikan bahagian hadapannya ada mirip2 BMW

Betul tu, ianya tampak gagah dgn otot2 yang tersembul...hehe
Abang2 sado mesti minat Civic baru ni!

Wah..sangat anggun dan menawan. Macam Bumble Bee versi 2016..:)

Cantik tu. Tapi tak mampu nak beli :-(

Yg ni mmg mantap... no komplen2... menarik.. :)

tanya saya yang buta pasal benda gini...saya nampak part body aje
cantik sangat rasanya...tapi mampu tengok aje
dulu suami saya pakai juga civic...tapi model lama punya.
tahun 92 tak silap...entah mana pergi si merah tu agaknya =)

Hehe...plan nak amik satu lagi nanti-nanti. Cantik betul design kereta Honda.

cantik betul design. memang maju kehadapan

Kalau boleh bertukar jadi robot lagi best kan...hehe

Kita sama-sama tengok sajalah ye...

Bolehlah KK sambar satu bila dilancarkan nanti!

Maklumlah...yang dipakai sekarang ni lagi hebat, mana nak ingat kat si merah tu lagi... hehe

Ramai yang suka dengan design baru Honda Civic ni...

memang catik sgt hoda civic ni....

Tanpa Nama delete icon 22:59

Sebenarnya Proton dah lama pakai besi kekuatan tinggi (high tensile steel) iaitu kepada Proton Savvy (2005). Sekarang ia digunakan (ultra High Tensile Steel, lebih baik) kepada Proton Exora, Preve, Suprima dan Iriz.

Tak tau la..mcm2 versi civic org suma dok debate... sumber dr jiran saya merangkap manager kilang honda melaka... mmg akan kluar civic 1.5, 1.5turbo dan 1.8 tp rupa tak pasti samada hatchback mcm type r atau sepertimana gmbr diatas... yg pasti manager tu kata 2016 launch... and price confirmed lg murah dr varian civic yg ada skang... crv stop production and tak tau nasib city lps ni ..sbb price wise

Assalam.blh sape2 yg ada info kt cni yg tau psal honda spirior.adakah model spirior akan msuk pasaran mlysia

Waalaikumsalam,
Honda Spirior adalah sama model dgn Honda Accord tetapi direka khas dgn nama lain untuk pasaran negara China sahaja. Ianya tidak mungkin akan masuk ke pasaran Malaysia.

Zool delete icon 00:17

Mungkin Honda perlu masuk Civic yang menpunyai spec yang lebih baik. Ini perbandingan saya di antara Civic, Altis dan Preve Turbo. Civic 1.8S (141 hp), Altis 1.8G (139hp) dan Preve 1.6 Turbo (138 hp). Civic (5 gear), Altis (CVT 7 Gear) dan Preve (CVT 7 gear). Civic suspension belakang (Multi Link), Altis (Torsion beam dan Stabiliser), Preve (Multi Link dan Stabiliser), Civic (Ada ESC), Altis (tiada ESC), Preve (ada ESC dan ada Traction Control). Civic (2 air bags), Altis (2 air bags), Preve (6 air bags). Jelas sekali Preve turbo lagi baik.

T.kasih utk info bro.melopong jer la tgk spirior.

T.kasih utk info bro.melopong jer la tgk spirior.

Zool delete icon 22:58

Honda Spirior memang hanya dijual di China. Ia mungkin sama dengan Accord Euro dan Honda Acura. Spec dia Engine 2.4 (FWD) dgn 8 speed Dual Clutch Gear atau 3.6 V6 (AWD) dgn 9 speed automatic. Suspension belakang multi link. Mungkin tak masuk Malaysia kerana harga tentu lebih mahal dari Accord yang ada di Malaysia. Mungkin harga sama dgn VW Passate CC?

Tanpa Nama delete icon 09:31

Kalau harga macam VW Passat CC, baik beli Audi A4 atau BMW 3 series. Tentu ia Low volume sales, tidak untung bawa masuk.

agak2 berapa harga honda civic yg baru ni?

Agak2 bila masuk malaysia..?kalau sebelum raya cun le..

bln 6 ni civic fc ni

Tanpa Nama delete icon 15:48

bila nak lancar honda sivik baru d malaysia...

Pelancaran Honda Civic baru pada bulan Jun 2016, Tempahan sudah di buka mulai 1 Mei...

pergh !! menitik airliur kakak nengok nye.. huu~

Tanpa Nama delete icon 09:26

dah pkai seminggu... mmg best

luar bisa impian mau beli ahh ganti ....

harus optimis pasti bisa

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap