بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Yang mana satukah pilihan kereta sedan nasional pilihan anda? Antara Perodua Bezza, Proton Persona atau Proton Saga? Wah! Mesti sukar hendak memilih! Mesti juga pelbagai perbezaan, kelebihan dan kekurangan dijadikan rujukan sebagai perbandingan.

Model kereta sedan mempunyai pasaran dan permintaan yang tinggi di negara ini berikutan bersesuaian untuk sebuah keluarga yang sederhana dan kecil. Malah individu bujang dan syarikat juga memilih kereta sedan sebagai kereta pertama atau kedua.

Jika sebelum ini, Proton cuba untuk bersaing dengan Perodua apabila model Proton Savvy dan Iriz dikeluarkan tetapi kini, Perodua pula melakukan sebaliknya apabila cuba memasuki segmen sedan pula.

Bezza adalah sedan pertama dari Perodua dan merupakan satu-satunya model terbaru yang dilancarkan oleh Perodua pada tahun ini. Manakala Proton sudah pun melancarkan Proton Perdana Baru dan akan menyusul model kereta baru selepas ini adalah Proton Persona (generasi ke-2) dan Proton saga (Generasi ke-3).

Model kereta baru Perodua Bezza Vs Proton Saga Vs Proton Persona

Tiga buah model sedan yang berada dalam dalam saiz yang hampir sama namun mempunyai rekabentuk serta keistimewaan yang tersendiri untuk bersaing bagi merebut hati para pembeli.

Perbezaan model mengikut segmen kenderaan. (contoh untuk model sedan sahaja)
  • Segmen A - Perodua Bezza, Proton Saga
  • Segmen B - Proton Persona, Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera, Ford Fiesta, Mazda 2, Kia Rio
Jika sebelum ini Proton Saga dan Persona amat selesa menakluk pasaran kategori ini, namun dengan kehadiran Perodua Bezza, ia pasti akan merubah lanskap keseluruhan jualan kereta baru di Malaysia.

Perodua Bezza yang berharga dari RM37,300 hingga RM50,800 kelihatan amat kompetitif bagi sebuah model baru yang segar dipasaran berbanding Proton Persona dan Saga yang masih dengan model lama.

Jika Proton terlalu lambat melancarkan model baru mereka bagi menyaingi Perodua Bezza, ianya amat merugikan buat Proton.

Namun jika anda masih ingin menunggu, adakah penantian akan berbaloi? Ya... Jom! Lihat dulu perbandingan rekabentuk, spesifikasi, kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap model sedan pilihan ramai ini dari pelbagai sudut; rekabentuk (design), spesifikasi, kualiti, luaran serta dalaman. Yang mana satukah akhirnya akan menjadi pilihan terakhir anda....

Perbandingan spesifikasi Perodua Bezza 1.3L, Proton Saga 1.3L (2016) dan Proton Persona 1.6L (2016)

Perodua Bezza 1.3L
Proton Saga 1.3L (2016)
Proton Persona 1.6L (2016)
Harga OTR
RM42,800 ~ RM50,800
RM37,000 ~ RM46,000
RM46,350 ~ RM59,800
Saiz (PxLxT)
4,150mm x 1,620mm x 1,510mm
4,331mm x 1,689mm x 1,491mm
4,387mm x 1,722mm x 1,554mm
Jarak Roda
2,455mm
2,465mm
2,555mm
Suspensi
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Sistem Brek
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Berat
900kg – 930kg
1,017kg – 1,080
1,155kg - 1,210kg
Enjin
1.3L Dual VVT-i
1.3L VVT
1.6L VVT
Transmisi
4 Speed Auto & Manual
Auto CVT & Manual
Auto CVT & Manual
Kuasa (HP)
94HP
94HP
107HP
Ruang But
508L
420L
510L
Tangki Minyak
36L
40L
40L


Proton Persona

Walaupun dalam segmen B, ianya tetap menjadi saingan berikutan saiz dan julat harga yang lebih sedikit dari Proton Saga dan Perodua Bezza. Ia juga boleh dikatakan sebagai Proton Iriz Sedan kerana menggunakan platform dan rekaan Iriz sebagai asas.

Proton Persona menawarkan rekabentuk yang sangat menarik dan terkini umpama fluid design pada kereta buatan Korea. Ianya pasti memikat pengguna yang inginkan gaya muda dan mahukan kelainan. Transformasi dari Iriz kepada Persona juga kelihatan tidak begitu janggal. Nampaknya Jurutera Proton bijak mengubah rekaan sama seperti Gen2 kepada Persona sebelum ini.

Berikut adalah harga rasmi Proton Persona Baru 2016 mengikut varian:
  • Proton Persona 1.6 Standard (Manual) - RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
  • Proton Persona 1.6 Standard (Auto CVT) -RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
  • Proton Persona 1.6 Executive (Auto CVT) - RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
  • Proton Persona 1.6 Premium (Auto CVT) -  RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic) 
Proton Persona 2016
Proton Persona
Proton Persona 2016

Kekebihan
Kelebihan utamanya sudah tentulah pada kuasa enjin yang lebih besar dan berkuasa berbanding Saga dan Bezza. Enjin 1.6L sudah tentu akan digunakan oleh Proton untuk model Persona ini.

Sebagaimana Iriz, Persona juga sudah tentu memiliki segala kelebihan yang ada pada Iriz diantaranya adalah:
  • 5 stars Asean NCAP
  • 6 Airbags
  • ABS, EBD, TCS, BA, EPS, VSC dan AHS
  • Sistem infortainmen, touchscreen dan navigasi
  • Seatbelt reminder dan Isofix
  • Steering audio control
  • Push start button
  • Auto fold wing mirror
  • Reverse camera
Satu pembelian yang berbaloi kerana dari penawaran harga serta kelebihan yang diberi, ianya hanya akan diperoleh pada kereta-kereta mewah yang berharga beratus ribu!

Kendalian pemanduan jentera Proton tidak boleh dipertikaikan kerana ia antara yang terbaik dan menjadi salah satu tarikan serta promosi utama. Begitu juga dengan keselesaan seperti rekabentuk tempat duduk dan sistem hawa dingin yang sangat cemerlang!

Kekurangan
Kekurangan yang nyata adalah mungkin penggunaan enjin serta transmisi lama yang sama seperti Iriz, ia kurang diyakini pengguna, diragui walaupun telah dipertingkatkan serta untuk berdaya saing terutama dari sudut penggunaan bahan api dan kos maintenance.

Selain itu, kualiti kereta Proton yang masih diragui (sebenarnya dah ok) serta servis dan mutu perkhidmatan lepas jualan yang kurang memuaskan.

Walaupun harga jualan semula (RV) adalah subjektif namun ianya sering menjadi rujukan utama pembeli dan kereta Proton amat kalah berbanding Perodua.

Perodua Bezza

Pada keseluruhan rekabentuk, ianya kelihatan biasa bagi sebuah model sedan. Rekaan yang masih terikat dengan gaya Toyota serta belum menampakkan identiti tersendiri Perodua walaupun ia dibangunkan oleh jurutera tempatan. Namun itu bukanlah menjadi fokus utama bagi Perodua Bezza dalam menarik minat pembelinya.

Pujian wajar juga diberi berikutan rekaan rekabentuk yang kemas hasil transformasi dari model Axia kerana tidak kelihatan pelik dan janggal sebagai sebuah kereta sedan.

Berikut adalah harga rasmi Perodua Bezza OTR untuk setiap variant:
  • Perodua Bezza 1.0L Standard G - Manual: RM37,300
  • Perodua Bezza 1.0L Standard G - Automatik: RM39,300
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X - Manual: RM42,800
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X - Automatik: RM44,800
  • Perodua Bezza 1.3L Advance - Automatik: RM50,800
Perodua Bezza
Perodua Bezza
Perodua Bezza 2016

Kelebihan
Sudah tentu kelebihan utama yang menjadi tarikan adalah penarafan Status EEV pada kereta ini. Ianya sangat diperlukan pada zaman harga minyak yang tinggi dan tidak menentu dan seringkali jem.

Selain itu, keluasan ruang dalaman serta ruang bagasi (508 liter) begitu menonjolkan keistimewaan Bezza. Papan pemuka juga tidak nampak murah dan agak kemas. 

Bagi model 1.3L premium, ianya menampilkan spesifikasi yang amat hebat dan berbaloi! Antara yang ditawarkan adalah:
  • 5 stars Asean NCAP
  • Sistem ”Eco-Idle”
  • ABS, EBD, VSC, HSA
  • Reverse camera
  • Sistem infortainmen dengan touchscreen
  • Steering audio control
  • Smart Entry & Push start button
  • Isofix
  • Fold Rearseat (60:40)
Kelebihan yang diberikan sangat menarik dan berbaloi bagi sebuah kereta sedan dalam kategori harga antara yang paling rendah. 

Selain itu, kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap ketahanan dan kualiti enjin serta maintenance kereta Perodua yang murah, merupakan satu kelebihan yang tidak mampu ditandingi Proton akan memacu jualan Bezza ini!

Kekurangan
Enjin berkuasa 1.0L untuk sebuah kereta sedan!? Harga untuk varian ini sangat menarik pembeli namun mampukah enjin ini membawa dengan selesa apabila Bezza ini diisi penuh dengan penumpang dan barangan? Begitu juga dengan spesifikasi, kalau beli variant 1.3L Premium... OK, Tapi variant lain... Macam kosong dan tak selamat jer!

Rekaan tempat duduk kereta Perodua pula masih jauh ketinggalan dari sudut ergonomik dan keselesaan. Terutama kerusi belakang yang menegak dan terlalu rata hingga kelihatan seperti sekeping papan! Keluasan tempat duduk penumpang juga sedikit sempit berikutan telah digunakan untuk meluaskan ruang but bagasi.

Proton Saga

Proton Saga masih mengekalkan rekaan konvensional sama seperti model Saga generasi ke-2. Tiada keistimewaan dari sudut rekabentuk namun kelihatan lebih kemas dan tidak terlalu meninggi terutama pada bahagian C pillar. Berikutan itu, rekaan Saga baru ini dilihat lebih menarik dan tepat bagi sebuah model sedan.

Bentuknya kini lebih membulat dan besar dari sudut saiz. Rekaan lampu belakang yang memanjang memberi imej baru buat Proton Saga. Ianya juga tidak nampak murah dan lebih bergaya!

Harga Proton Saga Baru 2016:
  • Proton Saga 1.3L Standard MT - RM36,800
  • Proton Saga 1.3L Standard CVT - RM39,800 
  • Proton Saga 1.3L Executive CVT - RM42,800
  • Proton Saga 1.3L Premium CVT -  RM45,800
Proton Saga 2016
Proton Saga
Proton Saga 2016

Kelebihan
Kereta sedan paling kecil keluaran Proton ini tidaklah kecil dari sudut saiznya. Seumpama model Saga sebelum ini, keluasan dan keselesaan dalamannya amat mengagumkan. Kelebihan yang jauh lebih baik berbanding Perodua Bezza.

"Saga" akan meneruskan legasi model ikon Proton sebagai kereta sedan paling mampu milik iaitu paling murah di Malaysia dan juga di Asia Tenggara! Selain itu ianya tetap mengekalkan kualiti pemanduan Proton yang hebat dan menyeronokkan serta tahap keselamatan yang tinggi merupakan standard yang ditetapkan bagi setiap model baru keluarannya.

Ia sudah pasti akan dijana oleh enjin berkuasa 1.3L dan sekiranya Proton ingin bersaing dengan Bezza 1.0L, mungkin tidak mustahil jika Proton akan menggunakan enjin Suzuki berikutan adanya usahasama (JV) antara Proton-Suzuki.

Spesifikasinya juga mendapat penambahbaikan dan peningkatan seperti mana Persona Baru. Ianya kini lebih jimat minyak, berprestasi dan tiada lagi masalah gear CVT seperti sebelum ini. Kabinnya juga lebih senyap dengan rekaan papan pemuka yang baru dan kemas. Kehebatan pengendalian dan keseronokan memandu memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Spesifikasi Proton Saga 2016
  • Varian : Standard, Executive, Premium
  • Ciri ciri keselamatan : Dua beg udara, Kawalan Kestabilan (ESC), Bantuan Brek (BA), Kawalan Cengkaman (TCS), Brek Anti-kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Mendaki (HHA)
  • Keluasan but : 420 liter
  • Kemasan dalaman : Satu tona warna sahaja (hitam), kemasan fabrik untuk semua varian
  • Reverse camera dan ecodrive - varian Premium
  • Isofix
  • Fold Rearseat (60:40)
  • Asean NCAP 4 Bintang

Kekurangan
Proton Saga 2016 ini tidak lagi menggunakan lampu belakang LED. Selainnya, kekurangan yang sama sebagaimana Persona, kekurangan model Saga baru ini adalah sama iaitu menggunakan enjin dan transmisi lama yang mungkin diragui masalah yang sama, maintenance yang tinggi, kualiti diragui, pusat servis yang kurang memuaskan dan harga RV yang jatuh mendadak.

Rumusan 

Dari perbandingan ini dapatlah kita lihat akan kelebihan serta kekurangan model sedan tempatan ini. Perodua Bezza, Proton Persona dan Proton Persona, masing-masing punya keistimewaan dan perbezaan yang tersendiri.

Jelas, Proton lebih menumpukan kepada rekabentuk, keselesaan dan kehebatan pada teknologi pemanduan. Perodua pula lebih menekankan kepada kehendak pengguna yang mahukan sebuah kereta yang boleh bergerak dari point A ke point B dengan lebih jimat/ekonomi serta luas ruang bagasi. Selain itu perodua juga menitik beratkan pada kualiti dan perkhidmatan servis lepas jualan.

Bagaimanapun kedua-duanya kini semakin memberi lebih perhatian kepada soal keselamatan dan kecanggihan teknologi seiring dengan kemajuan serta keperluan undang-undang semasa.

Dari sudut harga, ia tidak banyak bezanya dan merupakan antara pilihan yang paling murah dipasaran pada masa kini maka persaingannya di sini adalah seimbang.

Perodua mungkin mendahului sedikit Proton buat masa ini berikutan keyakinan pembeli terhadap kualiti dan kos jangka masa panjang. Sekiranya Proton mampu merubah persepsi pengguna terhadap produknya, tidak mustahil Proton akan menjadi pilihan dan seterusnya menguasai kembali pasaran tempatan.

Perodua Bezza Vs Proton Saga Vs Proton Persona
Perodua Bezza Vs Proton Saga Vs Proton Persona
Mana satukah pilihan anda? Persona? Bezza? Saga?

Satu persaingan sihat yang akan menguntungkan pengguna. Tiada siapa yang mampu mendesak pembeli dan terpulang kepada pilihan masing-masing. Antara Perodua Bezza, Proton Persona atau pun Proton Saga, setiap satu ada kelebihan dan juga kekurangannya. Apa pula pilihan anda?

Proton saga photo credit from asyrafkangoo.wordpress.com

47 comments - "Perodua Bezza Vs Proton Saga Vs Proton Persona"

Assalammualaikum Bro BM...alhamdulillah semakin berkembang Perodua dengan pengeluaran Perodua Bezza..pasti menarik ramai pengguna untuk memilikinya..yang PC perasan..baik Perodua mahupun Proton setakat ini menawarkan harga mampu milik..selain bekalan barang atau alat ganti yang mudah didapati..

ooo tak sangka sedan perodua pertama..

emmm nampaknya pilihan di tgn kita la..

nice sharing

Tanpa Nama delete icon 21/7/16

copy paste from other people. please ask permission before published the article.

Sila buktikan dakwaan anda bahawa artikel ini adalah copy paste.

Shark Kay delete icon 21/7/16

saga mmg out dah...
antara persona dan bezza je.
susah nak pilih.
mcm nk pilih jodoh pulak.

Bezza ni nampak lebih mantap... lebih macho, tapi pesona masih elegan... kena fikir masak2 juga klu nak beli ni... :)

Tanpa Nama delete icon 26/7/16

Satu kelebihan Produa adalah mereka akan menekankan perkara2 kecil yang kurang penting menjadi eklusif dan seolah kereta mereka berada pada range yang tinggi. Contoh masa saya pergi show room pelancaran MyVi mrk kata model mrk mcm Honda Jazz... Masa pelancaran Alza mrk kata model mrk mcm Honda Streem. Kini bila bezza kua mrk kata mcm Vios..... Mrk juga mendakwa Bezza ni dapat 5star ncap, (sebutan mcm ANCAP) tapi sebenarnya Asian NCAP....Masa tu saya tanya model manual 1.0 pun dia belasah 5 star....sungguh tak ber etika...menipu pengunjung

Ye susah nak pilih..dah biasa bawa saga, wira, persona, Honda dan Toyota..kalau berduit pilih hondalah..tapi nak selesa dan murah..saga tau persona.

saudara ada info ttg harga persona n saga baru?

Harga proton saga diantara 35k-45k, harga proton persona diantara 45k-55k. Ini hanya anggaran shj mengikut spekulasi semasa

Tanpa Nama delete icon 5/8/16

Saya dah pandu uji bezza, model 1.3 . Agak ringan kalau dibandingkan dgn saga . 5 star ncap tu hanya terdapat pada model 1.3 advance sahaja.

Tanpa Nama delete icon 5/8/16

Saya dah pandu uji bezza, model 1.3 . Agak ringan kalau dibandingkan dgn saga . 5 star ncap tu hanya terdapat pada model 1.3 advance sahaja.

fuza mn delete icon 12/8/16

Agak2 bila ye keluar persona n saga baru ni?

Persona dijangkakan akan dilancarkan pada 23 Ogos atau hujung bulan Ogos 2016 ini juga, manakala Saga pada penghujung bulan September 2016 nanti.

Tanpa Nama delete icon 23/8/16

nak pilih ape n... saya dah riki2 bezza 2.. mmg dihati.. pandu sudah, nak sediakan dokumen je n... hmmm.. proton saga baru 2 cam best je... ape yang terbaik dan berbaloi sebenarnya.. pendapat semua bagaimana?

Tanpa Nama delete icon 23/8/16

Saya pilih Pesona. Reka bentuk terkini. Tk Tn.

me delete icon 25/8/16

Tktau mana terbaik...bezza atau persona.nk jgk dgr pndapat ramai yg lbh arif ttg kereta,dn yg dh pandu uji.ati bbelah bagi.t.kasih.

Unknown delete icon 26/8/16

Betul ke bezza 101hp? Mcm salah je

Ya... kesilapan yg tidak disengajakan. Telah diperbetulkan. Terima kasih ya

Unknown delete icon 26/8/16

persona mmg lawa lah

Unknown delete icon 26/8/16

persona mmg lawa lah

Az delete icon 28/8/16

Setelah memandu uji persona 2016,ternyata satu kelainan.enjin cvt yg senyap dan responsif,tahap NVH terbaik,handling yg mantap.kerusi penumpang belakang juga selesa untuk perjalanan jauh..ciri2 seperti esc..hill hold tidak dapat d cuba kerana jarak pandu uji yg dekat dan tiada berbukit

Tanpa Nama delete icon 31/8/16

so dh panjang2 cite ni conclusion mana pilihan anda admin?
kite tanye die balik haha

R delete icon 31/8/16

Bagus abam ni buat review, kebanyakannya fakta yg betul
Aku dh test drive dua kete ni, walaupun aku masih mude 25 tahun n still cari first car but i know the differences, Dari segi pemanduan jujur aku cakap persona mmg perghhhh terbaik giler. selessa gler. Bezza x best sgt tuk drive. Tapi bila fikir punya fikir satu sajalah masalah proton, lepas beli sgt takut for maintenance n minyak. Banyak duit untuk keluar, selesa mmg selesa tetapi adakah mampu aku yg muda ini untuk bayar maintaenance yg tinggi..??

Conclusion... haha! Tepuk dada tanya selera lah...

Tanpa Nama delete icon 4/9/16

First car saya adalah proton. Dah 10 tahun saya guna. Memang sedap bwk tambah klau jln jauh. Tapi bila rosak maintenance memang mahal kdg2 sampai 1k++ dgn gaji yg cukup2 makan pilihan kereta kedua perodua bezza.

Tanpa Nama delete icon 7/9/16

mula mula memang senyap cvt lama2 bunyi bising. Macam saga flx saya, lepas 50k dah start bunyi g/b cvt. hrmm

Zool delete icon 8/9/16

Bezza masih guna gear auto 4 gear lama. Proton semua dah guna CVT 6 gear. Preve saya turbo dan 7 gear CVT. Civic baru pun 6 gear CVT? Jadi pada saya Persona 2016 lebih advance, body pun high tensile steel.

Zool delete icon 8/9/16

Pasal maintenance, sebelum ini pakai Waja dan Wira, tidak pernah melebihi RM500 pun.

Tanpa Nama delete icon 22/9/16

Waiting for new saga 2016.

Proton dan perodua memenuhi kriteria mengikut keperluan dan penyesuaian fungsi logistik masing-masing. Pengguna yang harus bijak menentukan model dari pengeluar mana yang sesuai dengan tahap kemampuan kewangan dan tujuan utama pembelian kenderaan.
Pandangan peribadi sy, proton berpadanan bagi tujuan perjalanan jauh beserta penumpang lebih dari seorang. Ini disebabkan pemanduan proton yg selesa dan meyakinkan ditambah penghawa dingin yang bagus.
Manakala, perodua memberikan impak terbaik pada permanduan jarak dekat terutama jalan yang mempunyai kesesakan trafik yang tidak lancar dan banyak lampu isyarat. Di mana perodua memberikan nilai penjimatan dari faktor penggunaan minyak yang efisyen dan ketahanan serta kualiti enjinnya untuk kegunaan harian dan lasak.

Tanpa Nama delete icon 30/9/16

Terbaik...Bezza utk Bini...Saga 2016 utk aku (Suami)...dua2 pakai p kerja

Tanpa Nama delete icon 5/10/16

TERBAIK PROTON

Tanpa Nama delete icon 5/10/16

SAYA PAKAI PERSONA 2007 DAH HABIS BAYAR...CUMA NAK BELI KERETA KEDUA ..DLM DILEMA EXORA ATAU SAGA..BERKENAAN DENGAN SAGA

Zool delete icon 5/10/16

Saya juga ada Iris 1.3 CVT 6 gear yang boleh jalan dekat juga jauh sebab suspension dia mantap input lotus serta chasis yang mantap.

Zool delete icon 5/10/16

Iris saya juga ada VSC, traction control dan Hill hold assist dengan discount hanya RM40 k

Unknown delete icon 10/10/16

mna ok bezza ke persona..sya test drive personna mmg mntap..x pernah pkai proton..dri segi maitnace dan mnyk persona mcm mna yer..boleh bgi pnerangan sket x

Tanpa Nama delete icon 10/10/16

Saya syorkan anda sertai kelab Proton Persona VVT. Anda boleh ketahui pelbagai informasi tentang Persona baru ini.

Tanpa Nama delete icon 11/10/16

aku sebenarnya dah hilang trust dgn proton. aku dah pakai 2 model proton, mmg mengecewakan. dari segi kualiti dan perkhidmtan lepas jualan. proton byk songel dan tak tau dgn terperinci apa masaalah. aku tak banding dgn kete impot tp dgn perodua jer. perodua bila ada masaalah mereka berusaha keras menyesaikan masaalah dan bukan menyalahkan masaalah.

Tanpa Nama delete icon 13/10/16

Saya pernah pakai Perodua Kelisa, tak boleh jalan jauh, beli baru tetapi selepas 1 tahun, shock adsorber pecah, fomen perodua kata biasalah encik kereta perodua. Pakai Proton waja 10 tahun pun ok je jalan jauh.

UnknowsACER delete icon 17/10/16

hello admin, setahu saya bezza 1.0 standard G (MT/AT) dilengkapi dgn ABS dan EBD, tetapi ketika saya melihat ayat tersebut,'Tapi variant lain... Macam kosong dan tak selamat jer!' di bahagian Perodua Bezza..Melainkan Saga 1.3 Standard (MT/CVT) tidak langsung dilengkapi dgn ABS+EBD..

Tanpa Nama delete icon 27/10/16

Pada saya ciri keselamatan yg terbaik jika ada VSC dan traction control. Semua varian Persona ada, semua varian Proton Iriz pun ada VSC dan TC.

Tanpa Nama delete icon 26/11/16

pengalaman ngeri guna viva... baru guna x sampai 2 bulan kereta buat hal.. jem x blh jln... bukan sekali.. 5 kali rasanya.. rosak kt tgh jln plak tu... serik dgn perodua.. servis x bagus pun...

Mezz Rock delete icon 27/11/16

Xtw nk plih kete ape

Zool delete icon 29/11/16

Proton Saga yg harga RM45,000 sangat berbaloi. Gear 6 CVT, ada Electronic Stability Control (ESC), Traction Control (TC), Hill Hold Assist, Kamera tengok belakang (reverse camera) antara spec keselamatan yang menarik.

Tanpa Nama delete icon 30/11/16

Nk komen dkat blog lelaki 2 xdpt2 asyik loading je kata nk mnta pndapat. Dkt sni je lah. Bezza gaya & rupa sperti vios model baru juz agak pdat sdikit bbanding vios. Body mmg rngan. Mnyak mmg jimat juz tngki kcik skit bbnding saga mknanya saga boleh jln jauh skit r KM nya sbb tngki besar skit. Klau prasan bezza bhgian blkag bila naik rmai2 agk mendap bbnding saga. Mybe absober agak lembut. 2.2 ni jimat je mnyak coz tknologi vvt/vvti juz nk bbaloi amik saga sbb hrga bpatutan klau amik bezza full spec mhal smpai 50k atas baik ambil vios trus/city tpi bukan full spec r juz tmbh dlam 10k-15k lgi je dri 50k. Nk jimat amik saga nk bgus cc pun bsar amik persona pun dlm 50k++ gak. Mengapa perlu byar lebih utk kmudahan yg sdia ada pda hrga yg murah. Plihan dtangan anda. Pngguna bijak plihan bijak. (Slogan plak hihi)

Tanpa Nama delete icon 1/12/16

bezza/myvi 1.3cc 94hp myvi 1.5cc 102cc sma ngn waja first gen. Almera 101hp, vios 107hp sma ngn iriz n persona baru 1.6 city 110hp sma ngn persona elegance juz cps 125hp cfe 135hp

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap