بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tools Semak (Check) Prestasi & Masalah Blog: Bagi seorang blogger baru, apabila siap sahaja sesebuah blog pasti anda ingin mengetahui prestasinya selain dari memberikan paparan yang menarik dengan pelbagai dekorasi tambahan serta widget yang perlu.

Anda juga pasti mahu mengetahui yang ianya tidak mengalami sebarang masalah dan gangguan (error) sama ada dari sudut paparan, kod html, loading, seo dan sebagainya.

Adalah menjadi satu kemestian untuk membuat semakan kerana sebarang masalah (error) yang berlaku pasti akan mengganggu akses pengunjung dan sukar untuk memikat enjin carian untuk berada dikedudukan terbaik di SERP.


Berikut adalah 7 cara atau tools yang biasa digunakan untuk membuat semakan prestasi dan masalah blog anda. Ianya adalah percuma secara online dan digunapakai oleh kebanyakan blogger termasuklah BM sendiri.

Mungkin ianya dapat mengenal pasti masalah serta membantu anda untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi blog dari masa ke semasa.  

1. Structure Data Testing Tool 
"Structured data markup" ini merupakan asas yang penting untuk robot enjin carian Google mengenali dan memahami keseluruhan isi kandungan blog anda untuk di indek. 

Ianya memberi pengaruh besar kepada SEO blog melalui On Page SEO dan Off Page SEO bagi memberi maklumat lengkap seperti yang diinginkan oleh Google dan seterusnya memberi impak besar ke atas paparan dan kedudukan blog/entri anda di enjin carian Google.

Melalui tool ini anda akan ditunjukkan kod html sebenar dan setiap arahan yang telah di set di blog sama ada ianya valid serta mematuhi format yang betul dan tepat. Setiap masalah (error) yang dipaparkan bolehlah anda perbaikinya.

Structure Data Testing Tool 
Result setiap blog mungkin berbeza 'structure data' bergantung kepada setup yang ada atau telah dilakukan pada template.

2. Markup Validation
Ia merupakan tool terbaik dan paling mudah untuk menyemak sama ada sebarang kod HTM template anda valid ataupun tidak. 

Ianya mengesan setiap masalah (error) bagi setiap kod HTML di dalam template. Selain itu, tool ini juga menunjuk ajar bagaimana cara untuk memperbaikinya.

Markup Validation Tools 
Blog ini juga masih banyak html error namun belum berkesempatan untuk melakukan pembetulan.

3. PageSpeed Insights
Ianya adalah tool kepunyaan Google yang digunakan untuk menguji kepantasan loading blog melalui paparan mobile dan juga desktop. 

Ia juga memberikan input data akan masalah yang mengganggu loading blog sebagai informasi untuk anda memperbaiki bagi mendapatkan score yang lebih baik.
Sukar sebenarnya untuk mengawal 'loading speed' ini jika blog anda banyak menggunakan script pautan luar atau banyak gambar. Paling sukar apabila masalahnya berpunca dari server terutama buat pengguna blogspot, tiada jalan penyelesaiannya...huhu.

4. GTmetrix
Seperti PageSpeed Insights, GTmetrix juga menguji kepantasan loading blog. Ianya memberikan data report yang lebih terperinci bagi setiap setting dan source yang anda gunakan dalam template yang memberi kesan ke atas kepantasan loading. 

Melalui report tersebut bolehlah anda mengenalpasti bahagian bermasalah yang boleh untuk anda perbetulkan bagi meningkatkan score.

GTmetrix Tools
GTmetrix adalah tool terbaik untuk melihat performance blog anda dari sudut kepantasan 'loading'. Report datanya sangat terperinci sehingga terlalu banyak error akan terlihat...hehe

5. Mobile Friendly Testing Tools
Kepentingan paparan di mobile kini tidak boleh diabaikan lagi kerana lebih 65 peratus pengunjung blog menggunakan peranti mobile dan tablet untuk melayari internet. 

Tool ini berfungsi untuk menguji sama ada susun atur dan kecekapan blog anda sama ada mesra pengguna mobile (smartphone dan tablet) atau pun tidak.

Mobile Friendly Testing Tools
Ingat! Jangan jadi jahil sangat macam saya dalam entri berikut : masalah-paparan-blog-melalui-smartphone. Belajarlah melalui kesilapan.

Contoh paparan di enjin carian mobile bagi blog yang sudah mendapat status Mobile Friendly

Setiap blog yang mesra mobile akan dipaparkan status Mobile-Friendly pada enjin carian mobile dan ianya memberi impak besar kepada pengguna enjin carian mobile ini.

6. Online Broken Link Checker
Ianya salah satu tool untuk mengesan sebarang 'broken link' yang wujud disetiap entri anda. Penting untuk memastikan setiap pautan url yang anda letakkan berfungsi dengan baik kerana ianya akan mengganggu prestasi blog dan menyusahkan pengunjung.

Selain memberi senarai 'broken link', tool ini turut menunjukkan dengan terperinci kedudukan 'broken link' tersebut di page (entri) yang terlibat bagi memudahkan anda untuk melakukan semakan dan pembetulan.

Online Broken Link Checker
Masih terdapat empat broken link di blog ini yang perlu di perbaiki. Hanya klik src, anda akan ditunjukkan page dan broken link tersebut. Mudah sekali!

7. Chkme
Tools SEO ini merupakan antara yang paling meluas dijadikan rujukan oleh blogger. Ianya memberikan anda data ringkas akan penilaian prestasi SEO blog. 

Input dari report tersebut boleh dijadikan panduan untuk anda mengenalpasti bahagian apakah yang perlu diperbaiki bagi meningkatkan score.

Chkme Tools
Kelemahan paling ketara tool Chkme ini adalah ianya hanya boleh membuat semakan untuk halaman utama (homepage) sahaja. Tiada pilihan untuk semak Seo untuk page (entri).

Blog Yang Terbaik

Bagi blogger baru, jika anda berjaya memenuhi semua peraturan dan memperoleh score yang baik melalui tools asas di atas, anda telah berjaya membuat blog yang terbaik bagi memenuhi kehendak enjin carian dan memberi kepuasan kepada pengunjung untuk melayari blog anda tanpa sebarang masalah atau gamgguan.

Setelah itu, tumpuan yang penting adalah untuk menerbitkan entri yang berkualiti secara konsisten dan melakukan aktiviti rutin sebagai seorang blogger. 

Selain itu, bolehlah anda mengaplikasikan teknik-teknik SEO (jika perlu) untuk meningkatkan prestasi blog anda di SERP dan seterusnya beroleh trafik yang tinggi.

Semoga berjaya mencapai impian dan matlamat anda... 

37 comments - "7 Tools Semak Prestasi & Masalah Blog"

100% tahnai BM..blog terbaik sekali ni..heebat

akan cuba tips ilmu blog ini tq kongsi ya

Html saya pun sangat banyak error. Info yang sangat penting dan berguna bagi blogger..

paridah delete icon 11:14

assalam ...blog kak pun banyak error r broken link..tq tutorialnya..kena mai selalu ulang baca baru fhm ni heh..heh..

Untuk memahamkan tools yg ada pun masih kelabu BM
Itu sebab blog kakak terus kelabu..:(

Nao Mei delete icon 12:30

banyak tools nie..cik akak main redah je..hihi

banyak tolls kena study nie... tak terikut juga

jamkho delete icon 14:37

good info

jamkho delete icon 14:38

makasih penjelasannya yang baik

Mrs. A delete icon 16:51

Perkongsian yang bermanfaat untuk blogger macam Mrs. A ni..
ada juga diantara tools tu Mrs. A pernah buat.
Blog Mrs. A memang banyak error pastu yang sadis nak betulkan pun tak reti sobss..sobbs..sobss sedih dan kasihan kanss

dah lama aku tak check markup validation tu

Ia bukan satu keperluan tetapi jika mahu melihat dan membuat penambahbaikan, bolehlah cuba ya...

Html tu memang sukar nak jadikan zero error... Hanya yg betul2 pakar bolehlah...

Boleh lakukan pelan2...dan yg penting sahaja didahulukan... Kadang kala ada yg error tu tidak menjadi gangguan apa pun

Akak xperlu lakukan apa2... Matlamat akak berblog rasanya tidak memerlukan semua ini. :)

I know you... hehe

Study.... jangan tak study ya! :)
Pelan2... Mana boleh hadam semua sekali gus.

Alahai kesiannya... Kalau boleh saya bantu, saya akan bantu... ikhlas ni, PM jer :)

Bro nak check apa lagi... Semuanya dah OK

sangat menarik dan saya juga tengah membaiki masalah blog yang saya hadapi sekarang ini terutama melibatkan SEO

menarik tools begini.. aiza tidak pernah menyemak prestasi blog.. terima kasih kerana BM berkongsi tools yang berguna ini.. ;)

banyaknya tools...blog saya masih kena banyak perlu diperbaiki nampaknya..

titan delete icon 05:36

itu kira benda basic tu kena buat kalau nak blog kita strong kat search engine.

hoho

Semua tools yang dicadangkan memang amat penting dan berguna untuk check blog

Assalammualaikum... BM,

Alhamdulillah... dalam banyak2 tu... tool yang bermasalah... Markup Validation ..

mselim3

Waalaikumsalam,
Alhamdulillah... nanti ada masa, perbetulkanlah MV tu ye...

Boleh mencuba untuk blog MV juga selepas ni...untuk penambahbaikan

percaya tak saya cuba semua yang disenaraikan di atas..hehe
walau tak paham satu apapun kecuali kesemua tiga di bawah...saya cuba juga
tapi hak Markup Validation Tools...kenapa dia kata invalid ye
banyak sangat merahnya...cam dapat result exam plak...hehe

abg jay delete icon 13:25

untuk tools no 1 dan 2 gua banyak fail.....huhu

MV tu menyemak kod html... Kalau banyak merah tu maksudnya tidak valid iaitu tidak mengikut format yang sebenarnya.
Kalau ianya tidak menggangu paparan dan bukan pada kod-kod penting, biarkan jer lah...

Tools 2 tu kalau banyak fail masih tidak memberi kesan besar tetapi kalau Tools 1 tu sebaik2nya diperbetulkan kerana ia adalah diantara aplikasi penting utk SEO blog.

onlajer delete icon 10:56

Patut pun sekarang susah nak menang contest seo , benda - benda macam ini pun aku tak reti

Fuyoo Tahniah tahniah 100% mesra SEO..All the best ..teruskan menulis ..semoga ramai insan diluar sana mendapat manfaat dari penulisan BM

Tank for the info, memang membantu sangat untuk tahu prestasi blog kita

Salam - minta penerangan, jika tools 1 mempunyai 12 errors dlm blogposting, adakah penting untuk ceo sbb dri ape yg saya check cuma gambar yg jadi masalah...Tq

Waalaikumsalam,
Sebenarnya terlalu subjektif untuk menyatakan bahawa error tersebut akan memberi kesan besar pd SEO kerana faktor2 lain turut memainkan peranan.

Error berkaitan gambar selalunya berkaitan dengan missing alt tag. Sila pastikan setiap gambar mempunyai alt tag.

Tidak dapat saya katakan tidak, sememangnya jika terdapat error pada tools 1 akan memberi kesan kepada SEO namun saya ulang kembali bahawa ianya bukan faktor penentu mutlak kerana SEO saling berkait dgn faktor lain bergantung kepada penilaian yang mana lebih diutamakan oleh robot enjin carian.

Andai anda hanya error pada gambar tapi orang lain kurang dalam pengisian content, sudah tentu entri anda akan diutamakan oleh enjin carian...

Terima kasih singgah...semoga anda mendapat manfaat.

Mcm2 tools ada yerp.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap