بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Adakah blog anda mempunyai sebarang masalah paparan melalui telefon pintar atau smartphone (mobile) dan tablet? Kadang kala kita tidak menyedari masalah ini sehinggalah ada insan-insan prihatin yang sudi memaklumkannya.

Sebenarnya, sejak dari minggu lepas lagi, terdapat beberapa komen tentang masalah untuk akses blog ini melalui smartphone. Agak sukar untuk mengenal pasti masalah tersebut kerana melalui beberapa cara, ianya tidak menampakkan gambaran masalah yang berlaku.

Masalah Paparan Blog Melalui Smartphone (Mobile)

  1. Melalui reponsive view - Dengan mengecilkan saiz paparan pada skrin komputer, tiada masalah yang dapat dilihat. Semua saiz dapat dipaparkan dengan sempurna
  2. Melalui smartphone - Beberapa kali mencuba akses menggunakan smartphone juga tiada masalah. Melalui Samsung S3 (fully smartphone) dan Samsung Y (separa smart). Mungkin sesetengah jenis smartphone yang ada masalah kot.
  3. Mobile Friendly Test - Check status melalui Google Mobile-Friendly Test. Keputusannya OK... Awesome! This page is mobile-friendly.
  4. Menggunakan beberapa website yang menyediakan perkhidmatan melihat paparan di pelbagai jenis smartphone dan tablet juga tidak menunjukkan sebarang masalah.

Takkan nak tukar paparan guna setting Mobile template view pula... Kalau begitu, tiada maknalah menggunakan responsive template! Bingung juga... Bagaimana nak atasi masalah yang sendiri tidak ketahui apa masalahnya.

Namun semalam, dengan secara tidak sengaja semasa membuat semakan lagi di Google Mobile-Friendly Test, barulah perasan akan paparan di smartphone tersebut nampak pelik. Sebelum ini tak kesah sangat sebab yang penting keputusannya...Awesome! This page is mobile-friendly.

Jelas sangat kejahilannya...hehe

Google Mobile-Friendly Test

Bila dah terlihat masalah, apa lagi... masa untuk mencari punca masalah. Punyalah susah mencari punca masalah sehingga pening kepala mengodek-godek dan mengedit code css HTML untuk paparan responsive tu! Tanpa disedari sehingga hampir pukul 3 pagi... namun masih tidak jumpa akan punca masalahnya.

Hari ini sambung lagi... tetapi yakin, ianya bukan sebab kesalahan code css responsive. Nah! Tak sampai 10 minit dah jumpa... Rupa-rupanya ada sedikit kesilapan pada meta tag untuk viewport!

Setelah code meta tag tersebut dibetulkan, barulah terlihat paparan yang betul apabila check semula melalui Google Mobile-Friendly Test. Barulah betul-betul...Awesome! This page is mobile-friendly.

Google Mobile-Friendly Test

Diharapkan semua sahabat dan tetamu dapat melayari blog ini melalui smartphone (mobile) atau tablet dengan mudah tanpa sebarang masalah lagi...

Mobile View vs Responsive

Paparan blog melalui mobile sangat penting kerana pada masa kini, lebih daripada 65 peratus sumber trafik blog adalah melalui pengguna mobile maka ianya perlu diberi perhatian yang lebih.

Pilihan untuk menggunakan Blog Mobile View adalah.yang terbaik kerana ianya pantas namun paparan kandungan adalah terhad dan kurang menarik. Maka, pilihan yang paling sesuai adalah dengan menggunakan Responsive Template.


Paparan Blog melalui Mobile Template vs Responsive Template

Terlalu banyak template responsive percuma di pasaran dengan pelbagai pilihan. Paling penting selepas anda pasang, pastikan paparannya benar-benar responsive untuk semua saiz dan tidak bermasalah untuk diakses dan dilihat.

Jangan jadi macam saya... Pening kepala dibuatnya! Haha...
Terima kasih kepada mereka yang telah memaklumkan masalah ini.

13 comments - "Masalah Paparan Blog Melalui Smartphone (Mobile)"

Kesilapan html memang sangat memeningkan. Memang terbaik dari BM..:)

paridah delete icon 09:30

ASSALAM BM...BERBLOG DGN SP NI MEMENINGKAN DGN GANGGUAN SAMPAH YG MCM2 MENYUSAHKAN SAJA...TAPI BAGI YG TAU NK ATASINYA XDER MASALAHPUN..

Jika HTML problem memang pening kepala... Rasa terus nak tukar template jer!

Waalaikumsalam,
Saya teramat jarang guna SP... Tak puas kalau nak berintenet! Paling xsuka, asyik salah tekan jer! hehe.

akak tersangat jarang buka blog kat hp..kecik ..tak puas..

Thanks for sharing BM. Selesai masalah. Untunglah pakar dalam HTML code. Saya ni apa pon tak tau ☺

Kita serupa... :)

Kalaulah pakar,dah tentu sekejap jer boleh jumpa punca masalahnya...huhu

hebatnya tuan..sanggup berjaga sehingga 3 pagi.

banyak kelemahan saya dalam blog ni BM kena belajar terus dan terus semoga akan ada ilmu bertambah hal blog. Saya tak suka updated gun hanphone lenovo ja murah..

sebelum ini aiza pernah blogwalking dengan smartphone.. paparan yang keluar untuk blog BM seperti yang BM tunjukkan tu.. Alhamdulillah kini masalah ini sudah selesai..

ilmu baru untuk aiza berkenaan kena disable mobile tu jika guna responsive template.. semoga BM terus success.. ;)

kalau kena pada saya...mau lagi pening
tak pandai langsung walau tak nafikan tangan ni gatal juga dok usik...hehe
sekarang pun dah start pakai responsive template
konon nak melangkah setapak lagi...hehe

mintak tolong BM aritu...senyap aje...hehe
tak apa, dah settle pun =)

Bab2 ni kita mmg fail laaa huhu..bab2 suh godek kena cari yg pakar.kalau tak habis silap sikit tatau nak buat pe nnt...tapi BM pro ok laaa..kita mudah pening main code html .

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap