بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Contest hebat hujung tahun 2015, contest review lynk.my 2015 menawarkan hadiah lumayan yang bernilai RM4,000 dalam tiga kategori contest berasingan iaitu Top SEO, Top LynkUNDI dan Top CREATIVE melalui "Write A Review Contest" oleh Lynk.My.

Berikut adalah artikel penyertaan contest. Contest ini memerlukan peserta untuk menyampaikan informasi (review) mengenai Lynk.my iaitu pengendali Url Shortener No. 1 di Malaysia dengan cara yang kreatif dan tersendiri.

Review ini bertajuk "Lynk.my - Shorten Your Need" merangkumi informasi yang diperlukan untuk anda mengenali tentang Lynk.my dan kenapa ianya diperlukan oleh pelayar internet terutama para pengguna media social.

Lynk.my - Shorten Your Need

Jika dahulu... Sekiranya anda ingin ke Georgetown Pulau Pinang, mesti perlu menaiki ferry dari Butterworth. Satu tempoh masa yang panjang perlu diambil disamping terpaksa pula menunggu giliran.

Kini, segalanya sudah menjadi mudah apabila ada jalan pintas melalui jambatan. Masa yang diambil untuk ke seberang juga menjadi lebih singkat. Segala urusan menjadi semakin cepat dan kemajuan pun semakin pantas.

contest-review-lynk.my-2015

Begitulah impak apabila teknologi digunakan sebaiknya untuk kemudahan dan manfaat bersama.

Dalam dunia maya ini juga tidak terkecuali. Ada kalanya perkara yang serupa juga perlu dilakukan untuk menjadikan sesuatu itu lebih mudah, ringkas dan mampu pula memberi pulangan.

Lynk.My - Malaysian URL Shortener

Perkhidmatan pantas inilah yang diwujudkan oleh lynk.my sebagai satu jambatan kemudahan untuk kita semua.

Sedikit berbeza dengan pengendali global lain seperti goo.gl, atau bit.ly, lynk.my merupakan penyedia servis 'URL Shortening' No.1 dan terunggul di Malaysia hanya khusus untuk pengguna di Malaysia.

Bagi yang belum mengenali perkhidmatan ini, Servis URL Shortener adalah satu perkhidmatan untuk memendekkan atau meringkaskan URL artikel anda menjadi satu URL baru yang sangat pendek tetapi tetap menuju (redirect) kehalaman URL artikel asal.

Melalui review ini anda akan dijelaskan dengan terperinci akan panduan, kegunaan, kelebihan serta keistimewaan perkhidmatan lynk.my ini.

Panduan Menggunakan Lynk.My

Cara menggunakan servis URL Shortener dari lynk.my ini sangat mudah. Hanya beberapa langkah sahaja anda boleh terus menggunakannya.
  1. Masuk ke halaman website Lynk.my
  2. Isikan URL artikel yang anda ingin pendekkan di ruangan yang disediakan
  3. Klik [LYNK IT]. Nantikan dalam beberapa saat dan kini URL anda telah pun dipendekkan.
  4. Salin URL baru tersebut dan gunakanlah ia mengikut kehendak anda.

Review-lynk.my-2015
Cara menggunakan URL Shortener lynk.my - contest review lynk.my 2015

Kegunaan URL Shortener

Kenapa perlu memendekkan URL artikel? Apakah kegunaan URL Shortener lynk.my ini? Ya... Itu adalah soalan cepu emas yang sememangnya memerlukan jawapan. Sudah pasti ianya punya sebab kenapa perkhidmatan ini disediakan.

Antara kegunaan dan keperluan lazim kemudahan ini adalah:

1. URL Shortener - lynk.my untuk pengguna Media Social
URL Shortener ini sering digunakan untuk kemudahan terutama di media social. Bukankah pada zaman ini segala perkataan sering diringkaskan agar pantas ditaip, begitu jugalah dengan URL.

Kita semua sedia maklum bahawa media social seperti Twitter mempunyai had jumlah huruf yang boleh digunakan.

Jika URL sahaja sudah melebihi separuh penggunaan maka, tinggal berapa patah perkataan yang boleh ditulis! Bukankah ianya satu kerugian apabila apa yang ingin disampaikan tidak sampai sepenuhnya.

Lagi pun pada masa kini, manalah ada masa nak baca pesanan atau message yang panjang-panjang.

2. URL Shortener lynk.my menyembunyikan tajuk Artikel
URL Shortener mampu menyembunyikan URL asal (termasuk domain dan tajuk artikel) sepenuhnya sehingga sukar untuk mengetahui apakah URL sebenar. Ianya sangat berguna bagi mempromosikan produk, bisnes atau perkhidmatan melalui website tanpa menyerlahkan pautan tersebut.

Ianya satu teknik memperdaya secara kreatif yang sangat berjaya berikutan URL tersebut langsung tidak diketahui (tanpa tajuk artikel), maka peratusan untuk URL tersebut di klik amatlah tinggi.

3. URL Shortener lynk.my untuk kemudahan
Apabila link URL telah menjadi pendek dan ringkas ianya mudah diingati dan tidak berlaku kesilapan yang memungkinkan berlakunya 'broken link' apabila di salin semula.

Selain dari itu, ianya amat berguna buat cetakan atau 'hard copy' kerana link URL yang pendek dapat menjimatkan penggunaan ruang dan lebih kemas.

Kelebihan lynk.my

Servis lynk.my ini adalah percuma dan jika anda berdaftar dengannya, terdapat beberapa kelebihan khusus untuk ahli. Inilah keistimewaan mendaftar dengan lynk.my...

Untuk mendaftar Lynk.my, sesiapa pun boleh dan tidak semestinya perlu ada blog atau website. Anda hanya perlu klik [JOIN NOW] dan isikan informasi yang diperlukan kedalam borang permohonan. Setelah anda mendapat balasan e-mail, maka akaun anda sudah pun diaktifkan.

Kini anda telah menjadi ahli berdaftar lynk.my dan seterusnya mendapat kelebihan-kelebihan berikut:

1. Percuma
Jika anda menggunakan jambatan Pulau Pinang untuk memendekkan tempoh perjalanan keseberang, anda akan dikenakan tol tetapi dengan lynk.my, servis memendekkan URL anda dilakukan secara percuma.

Sudahlah tanpa bayaran menggunakannya malah menjadi ahli juga percuma! Tidak cukup lagi... Lynk.my turut akan memberikan anda pulangan pula! Bukankah ianya sesuatu yang hebat!

2. Publisher lynk.my
Apabila menjadi ahli dalam lynk.my, secara automatiknya anda layak menjadi Publisher. Sebagai Publisher, anda akan mendapat peluang menjana pendapatan pasif.

Contest Review lynk.my 2015 - Publisher

Caranya amat mudah iaitu dengan menggunakan servis URL Shortener lynk.my dan gunakan URL yang telah dipendekkan tersebut di dalam blog, kongsikan di media social atau di mana-mana sahaja yang akan memungkinkan pelayar internet untuk klik link tersebut.

Berikut adalah kemaskini penggunaan perkhidmatan URL Shortener Lynk.My sebagai Publisher. Percubaan dengan hanya meletakkan beberapa link di dalam entri berikut : Jana Pendapatan Online Dengan Lynk.My

Contest Review lynk.my 2015

Maklumat ini membuktikan bahawa Lynk.My memberikan informasi jelas tentang jumlah pendapatan yang boleh diperoleh. Hanya dengan 4 klik, sudah dapat RM0.04. Jika seratus klik, boleh dapat RM1.00!

Bayangkan jika anda ekploitasi sepenuhnya perkhidmatan Lynk.my untuk semua link URL di blog anda dan juga di media sosial! 1,000 klik sehari (RM10) bukanlah sesuatu yang mustahil! Satu peluang mudah untuk menghasilkan pendapatan tambahan di zaman yang serba-serbi naik harga nih!

Mereka dah dapat... Anda bila lagi?

[PENGUMUMAN]Assalaamualaikum, Salam sejehtera dan selamat petang :D Untuk makluman publisher yang telah membuat proses...
Posted by Lynk.my : Malaysia URL Shortener on Friday, December 11, 2015

3. Proses Pembayaran
Oleh kerana lynk.my dikendalikan di Malaysia, maka proses pembayaran juga secara terus ke dalam akaun peribadi bank anda! Satu sistem pembayaran yang amat mudah.

4. Advertiser lynk.my
Pengiklanan melalui pelbagai media dan perkhidmatan memerlukan pelaburan yang besar namun hasil pulangannya belum tentu berbaloi.

Menjadi ahli lynk.my anda diberi keistimewaan untuk beriklan melalui rakan-rakan media lynk.my dengan bayaran hanya RM10! Tidak percaya... Ya! dijelaskan sekali lagi... Hanya RM10! dan tanpa sebarang yuran pendaftaran atau cas bulanan!

Iklan anda pasti akan dipromosikan dengan berkesan kerana lynk.my hanya menumpukan target pemasaran di Malaysia maka produk, perkhidmatan dan bisnes anda akan terus kepada sasaran (target audience).


Panduan Advertise dengan Lynk.my


5. Selamat Dan Tanpa Was-Was
Jangan ada keraguan kerana Lynk.My juga menggunakan 'smart filtering'. Di mana Lynk Pet, Mr BotBot akan sentiasa mengekang dan menapis agar setiap klik benar-benar datangnya dari manusia dan bukannya robot pencuri seperti web spider atau proxy yang akan merugikan pihak pengiklan.

6. Monitoring URL
Servis lynk.my bukan sekadar terhenti apabila anda menggunakan perkhidmatan mereka. Anda diberi kemudahan untuk melihat, mengawasi (monitor) serta menjejaki setiap link URL yang telah dipendekkan dengan terperinci melalui data statistik, graf dan pengunjung yang disediakan khusus untuk ahli lynk.my .

Malah sistem data lynk.my ini boleh digabungkan sekali ke dalam data Google Analytic anda.

Contest Review lynk.my 2015
Antara informasi data yang boleh anda ketahui dengan perkhidmatan Lynk.My ini

7. Komunikasi
Ini adalah kelebihan utama apabila pengendalinya adalah bumiputera maka setiap komunikasi boleh dilakukan dengan mudah dan cepat pula mendapat maklum balas. Begitu juga dengan pihak Lynk.my, kemudahan komunikasi ini penting agar dapat menyalurkan informasi dan maklumat dengan mudah.

Selain melalui melalui e-mail, sebarang informasi dan pertanyaan atau persoalan ringkas, anda boleh terus ke Facebook Page Lynk.My. Anda boleh lihat sendiri bagaimana mesra, peka dan pantasnya pihak Lynk.My memberi maklum balas. Paling penting... komunikasi dalam Bahasa Melayu! Inilah baru betul-betul Malaysia!

Ada lagi... buat ahli, Lynk.my telah menyediakan ruangan forum khas dikenali sebagai Lynk.my Support sebagai medium untuk perkongsian informasi serta perbincangan dengan lebih terperinci dan jelas.

Di Lynk.My Support, anda akan boleh mendapat informasi seperti Pengumuman, Tutorial, Tips, Aduan dan Perbincangan mengikut topik. Anda boleh berkomunikasi dengan pihak Lynk.My dan sesama ahli secara terus di sini. Rujukan mudah dan sangat berguna buat semua ahli Lynk.My!

Apa yang lebih menariknya, terkini! Perkhidmatan komunikasi bersama Lynk.My juga boleh dilakukan melalui WhatsApp dan Telegram! Kemudahan berkomunikasi masa kini yang telah diekploitasi sebaik mungkin oleh pihak Lynk.my dalam meningkatkan servis terbaik buat setiap ahli.

Kelebihan Dan Kekurangan

Oleh itu, tiada alasan untuk anda tidak menggunakan perkidmatan lynk.my ini. Jambatan penghubung yang memendekkan segala urusan disamping memberikan anda pulangan yang amat berpatutan. Lynk.my - "shorten your need"

Namun begitu, setiap kelebihan tetap mempunyai kekurangannya. Kesan positif dan negatif penggunaan servis URL Shortener ini boleh anda ketahui melalui artikel berikut: Kesan Positif & Negatif Servis URL Shortener

Selain itu ketahui juga bagaimana hendak mengetahui link asal setiap URL yang telah dipendekkan ini melalui artikel berikut: Memanjangkan Semula URL Yang Pendek

Contest Hujung Tahun 2015

Review link.my ini tidak berakhir di sini. Sebagai menghargai pengguna IT di Malaysia, Pada penghujung tahun 2015 ini, lynk.my dengan bermurah hati menganjurkan contest dengan hadiah lumayan sebanyak RM4,000 kepada anda.

Melalui Contest Review lynk.my 2015, pihak lynk.my menganjurkan contest dalam tiga kategori berasingan iaitu:

Contest Kategori Dan Hadiah
1. Kategori TOP lynkUNDI - Pemenang contest ditentukan melalui jumlah undian tertinggi (melalui klik Contest ID)
  • Tempat Pertama - RM500
  • Tempat Kedua - RM300
  • Tempat Ketiga - RM100
2. Kategori TOP SEO - Pemenang contest ditentukan melalui kedudukan teratas di enjin carian google.com.my dengan menggunakan Chrome Incognito dengan kata kunci "Contest Review Lynk.My 2015".
  • Tempat Pertama - RM500
  • Tempat Kedua - RM300
  • Tempat Ketiga - RM100
3. Kategori TOP CREATIVE - Pemenangcontest  ditentukan oleh pihak lynk.my berdasarkan artikel review yang paling kreatif, menarik dan memenuhi kehendak pihak juri.
  • Tempat Pertama - RM1,000
  • Tempat Kedua - RM500
  • Tempat Ketiga - RM200
4, Istimewa kepada 50 penyertaan terawal
  • Akan menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com yang bernilai RM40
Contest Review lynk.my 2015

Write A Review Contest

Menariknya contest ini... dengan hanya melalui satu penyertaan, anda layak untuk ketiga-tiga kategori contest! Amat lumayan kalau menang ketiga-tiganya sekali gus!

Contest bermula pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. dan para pemenang akan diumumkan pada 29 Disember 2015. Untuk maklumat dan syarat-syarat penyertaan yang lebih jelas dan terperinci, sila ke link berikut: Write A Review Contest

Sila klik sini >> CONTEST ID << jika anda rasakan penyertaan "Contest Review lynk.my 2015" ini layak mendapat undian untuk Top LynkUNDI... Terima kasih :)

95 comments - "Contest Review lynk.my 2015"

saya kene baca balik nie..

tapi saya nak tnaye..kenape kat google analystic tu xde tertulis UV kiter perday? susah nyer takde benda tu biler ade job masuk...saya cari tapi tak jumpe.

UV di Google Analytic didefinasikan sebagai 'Users'
Boleh lihat data 'Users' melalui Audience --> Overview

Nao Mei delete icon 11:11

bila agaknya cik akak nak join kontest macam nie..hahaha...
menaip artikel perlukan kesahih fakta...

Mrs. A delete icon 17:34

Adoi!!! susahnya Mrs. A nak hadam.
Takpe nanti datang lagi

Lmyan gk conteksnya..

Smoga bertuah..

Boleh ajer join... semua fakta dah ada cuma perlu kreatif nak mengolahnya aje.
Sahutlah cabaran... bukannya rugi apa2 pun...

JS tunggu ape lagi... Kitab SEO dah ada di tangan, inilah masanya mencurahkan ilmu yg ada! Buktikan apa yg dipraktikkan berkesan... Jom sertai Contet Review lynk.my 2015 ini!

lagi ramai yang sertai lebih meraih pertandingan ini ;-) semoga sama-sama berjaya tuan! :-)

paridah delete icon 22:17

kak nak cuba undi BM jer dlm contest ni moga berjaya.

Semoga berjaya. Saya pun join juga. Hehe.
http://www.sufferedge.my/2015/10/contest-review-lynkmy-2015.html

Terima kasih,
Semoga berjaya juga buat tuan dalam contest lynk.my ini

Tak payah susah2 nak hadam Mrs A...
Url panjang jadi pendek...itu jer kisahnye...hehe :)

Terima kasih di atas sokongan akak, amat-amat menghargainya :)

Terima kasih,
Semoga berjaya juga buat anda :)

Assalamualaikum dan Salam kenal daripada saya.

Sama2 kita mengejar matlamat untuk menang dalam contest ini :) Nice blog

Tahniah tuan bagi penyertaan contest review lynk.my 2015!

Mungkin tuan salah seorang dari pemenang contest ini...ameen!

Tak berapa pandai sangat tentang contest ni...nanti dah pandai dan faham sikit...boleh cuba...

Waalaikumsalam,
Sekadar mencuba dan memenuhi jemputan untuk memeriahkan contest lynk.my ini. Kalau menang... satu bonus hujung tahun. Hadiah lumayan...harap tersangkut gak le... :)
Semoga berjaya utk anda juga!

Terima kasih di atas doanya dan semoga tuan juga berjaya...ameen!


Contest ini mudah, hanya perlu buat entri review lynk.my tapi sebelum itu saya syorkan anda baca dulu maklumat dan syarat2nya...

semoga berjaya BM . otai dah join , seo mmg tak de harapan lah ... heheheee

titan delete icon 17:43

fuhh..

memang ramai yang join rupanya.

patut la heboh kejap benda nih.

ramai betul join..

Menarik contest ni kan Bro BM :).. Semoga berjaya ya kalau menang, belanja lah saya haha

jalan2 dari segmen yang sama CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015

Kali ni agak sukar sebab blog baru dan yang sertai ramai yang hebat2 dengan ilmu SEO.

Menantikan penyertaan sifu pulak... Tengah kumpul idea dan cek timing lah tu...

Tak sampai seminggu ni... Dah dekat 50 penyertaan. Memang hebat sambutan review lynk.my nih!
Tapi tengoklah tarikan hadiahnye juge... hehe

CP dah masuk... Pakar SEO muda kita ni mesti mudah berada dalam senarai top SEO tu...
Semoga berjaya!

ramai banget

Salam perkenalan tuan. Tahniah atas penyertaan. Post yang menarik. Mudah-mudahan bakal memenangi hadiah yang ditawarkan.http://lynk.my/xCC

Sangat menarik contest ini, ada tiga kategori dipertandingkan. Bukan itu saja dapat freegift utk penyertaan 50 terawal. Semoga berjaya bro BinMuhammad.

Bagus idea & entri Tuan, dari jambatan pulau pinang yang panjang terus jadi pendek mcm feri. Maksud yang sangat tersirat dan tersurat...anyway good luck yer..

Contest Review Lynk.my 2015

Miaoo...Miaoo...Miaoo
Jalan-jalan singgah cari makanan dalam blog tuan...
Miaoo-miaoo nak ucapkan Semoga berjaya untuk kontes ni...

Jangan lupa klik yer (untuk tabung si miao-miao)--->Contest Review Lynk.my 2015

good luck.. dari contest review lynk.my 2015 jugak...

contest yang menarik
moga berjaya...

jom jenguk sini pulak: http://www.anakulucheka.com/contest-review-lynk-my-2015/

Semoga berjaya ye dengan Contest Review Lynk.my ni .. mana tahu leh dapat hadiah akhir tahun 2015 ... boleh jadi pembakar semangat tahun depan ...

Wishing you the very best on this Contest Review Lynk.my 2015

Salam bro BinMuhammad. Wah ramai dah beri komen dan sokongan moral. Semoga berjaya dengan Contest Review Lynk.my 2015.

hi, wawa datang dari contest yg sama ingin memberi sokongan utk awak ^^
semoga berjaya ye! jemput datang ke blog wawa

Salam kembali...
Terima kasih di atas sokongan. Semoga berjaya juga buat tuan...

Hadiah lumayan kalau menang tapi kalau tak menang pun...dah dapat free gift tu. Berbaloi gak... :)
Semoga berjaya buat tuan juga

Terima kasih... Selamat dan semoga berjaya buat anda juga

Pakar review dan SEO hebat dah join nih! Semoga berjaya juga buat Tok Puteh... :)

Semoga blog baru ini mampu memberi saingan kpd otai2... Nak menang memang xde harapan le...
Semoga berjaya buat HH...

Terima kasih di atas sokongan anda.. Good luck for you 2 bro!

Terima kasih Wawa... Sama-sama kita bersaing secara sihat disamping mengeratkan ukhuwah... Semoga berjaya buat anda juga...

singgah http://lynk.my/b9N

Memang lumayan. Semoga berjaya dan memenangi hadiah utama contest review lynk.my nanti

Assalamualaikum...

Hebat entri Tuan BM...Bukan calang-calang blogger....Anyway good luck yer dalam kontes ni.

Terima kasih singgah... Semoga berjaya buat anda.

Wah... Pakar juga sudah sertai, makin tipis le nak menang...
Semoga berjaya juga dalam contest ini.

Hanya juri yg akan menilainya... kalau anda, mungkin dah menang kot...hehe
Terima kasih singgah dan semoga berjaya juga buat anda...

Tahniah join dan good luck dalam contest review lynk.my ini..

Balas kunjungan....semoga berjaya tuan BM....

Yeah...saya pun baru join contest ni...semoga berjaya... :)

entri ni ranking tinggi kat serp. ada peluang ni.. good luck tuan dalam contest ni.

Penjelasan yang jelas dan cool.. Semoga berjaya :)

Bukan main-main tu. baru naik tiba2 dah kat atas.

selamat berjaya tuan.

Perghh terus naik atas ... template catatan.info ni memang power .. rasanya saya menang kontest seo dulu pun sebb gunakan template ni.

Teruss meluru kehadapan gamaknya entri ini hehe..semoga terus kekal hingga ke penghujungnya hehe :-)

Pakar SEO datang singgah...terharu pula deh!
Good luck for u tooo... :)

YA! Terima kasih... Semoga kejayaan dalam contest review ini milik kita bersama... :)

Tahniah! Semakin meriah contest lynk.my ini...
Semoga berjaya buat anda juge

harap-harap ada peluang untuk beri saingan... Tapi entri tuan sangat kuat untuk di atasi.
Terima kasih dan semoga berjaya buat tuan juga ye...

Semoga berjaya juga buat anda dalam contest terhebat hujung tahun 2015 ini!

Ye ke...
Alah, biasalah tu...Google ni suka-suka jer turun naikkan sehinggalah dah tepu nanti, masa tu, tengoklah...Entri tuan le kat atas tu.

Agak sukar sebuah blog baru nak bersaing dgn otai2 dan pakar2 nih!
Sajer jer Google nak bagi happy sikit tu... tak lama lagi turun ler... hehe

Masih terlalu awal... Mungkin sementara jer tapi harap2 kekal le...hehe
Terima kasih...semoga doa dimakbulkan... :)

Semoga suksess. Memang lynk.my memendekkan url tetapi tiada jln pendek menuju jaya. Good luck!

Semoga berjaya Tuan...blog yang ramai follower macam anda mesti menang punya.

Cantik sekali ungkapan anda dan tepat.
Semoga suksess juga buat Aynora :)

Jumlah Followers bukan penentu kemenangan. Lagipun hanya satu kategori sahaja yg perlukan bantuan orang lain, selebihnya adalah atas daya usaha dan kreativiti sendiri.
Kita semua punya peluang yang sama! Semoga berjaya ya...

Semoga berjaya Tn Bin..
Awesome..blog ni tersenarai First Page Google..
Blog Aya baru no 4 di page tu.. Masih berusaha..hehe

http://www.bloggerwanita.com/contest-review-lynk-my-2015/

Selamat bertanding...semoga berjaya....

Wah!...ada peluang ni tuan BM, entri tuan di berlegar-legar di rank 1 google....semoga berjaya tuan...

good luck ya

Lumayan hadiah tu. Good luck ☺

All the best abg BM... Sangat menarik entrinya ^-^

Sani delete icon 22:36

Artikel yang menarik dan lengkap ni . moga Berjaya dalam contest review lynk.my 2015 ni ya. Saya baru nak belajar cuba cuba joint contest macam ni.

Turun naik kedudukan sepanjang contest adalah biasa...
Semoga berjaya juga buat Aya :)

Terima kasih... Selamat bersaing!

Dapat beri saingan dalam contest review ini pun dah cukup bagus buat blog baru nak bertatih ni.
Semoga anda juga berjaya!

Good luck to u too...

Hadiah contest memang lumayan! Syukur kalau dapat sangkut salah satu...

Entri Zumal pun apa kurangnya... Semoga berjaya juga buat umal dalam Contest terhebat hujung tahun 2015 ini!

Tahniah kerana mencuba... Semoga berjaya dan beroleh manfaat serta ilmu disepanjang contest review lynk.my ini berlangsung!

Tanpa Nama delete icon 07:01

Semoga berjaya dalam contest terhebat hujung tahun 2015 ini. Hadiah lumayan tuu

Info yang padat..dan menarik..insyallah ada peluang utk mng...btw..nice blog bro..

Nice artikel....

salam, semoga berjaya dalam Contest Review Lynk.my 2015

Bahrain delete icon 15:35

Semoga berjaya ya semua.. :D

onlajer delete icon 09:48

semoga suksess untuk contest review ini tuan :)

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap