بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Cara Semak & Memanjangkan Semula URL Yang Dipendekkan: Servis memendekkan URL atau "URL Shortener" merupakan salah satu perkhidmatan yang amat membantu terutama dalam mempermudahkan serta mengurangkan penggunaan aksara.

Namun, selain dari itu, ia juga seringkali dieksploitasi serta disalah gunakan sehingga membawa kesan negatif kepada pengguna internet. Ianya telah diterangkan dengan lebih mendalam melalui artikel sebelum ini di sini; Kesan Positif & Negatif URL Shortener.

Servis Memendekkan & Memanjangkan Semula URL

URL Shortener

Pengendali perkhidmatan URL Shortener ini seperti t.co, goo.gl, bit.ly, amzn.to, tinyurl.com, ow.ly, youtu.be, lynk.my dan banyak lagi tidak dapat mengekang perbuatan ini melainkan hanya mampu menyekat jika digunakan untuk tujuan penyebaran virus, phishing, malware dan lain-lain. Itu pun kadang-kala terlepas juga.

Masalah yang timbul kepada kita apabila link URL pendek ini muncul dipaparan sama ada melalui media sosial, email atau sebagainya.

Jika digunakan atau dihantar oleh seseorang yang kita kenali dan percayai, mungkin syak wasangka buruk itu rendah namun jika dari seseorang yang tidak kita kenali, bagaimana?

Sebagai contoh, anda diminta untuk klik link berikut:
BM yakin, anda pasti akan timbul rasa curiga untuk klik link di atas... Betul tak?

Memanjangkan Semula URL

Selalunya kita tidak akan mengendahkan pautan link tersebut namun kadang kala mungkin juga ianya sesuatu yang penting, bermanfaat dan berguna. Oleh itu, bagaimana kita hendak mengetahui yang URL pendek tersebut adalah selamat?

Jika servis memendekkan URL wujud, maka sudah tentulah ada juga servis untuk memanjangkan semula URL tersebut. Apa yang pasti, kedua-dua servis ini bukan dikendalikan oleh pengendali yang sama secara serentak.

Antara pengendali servis memanjangkan URL ini adalah :
  1. www.checkshorturl.com/
  2. www.knowurl.com/
  3. www.getlinkinfo.com/
  4. urlex.org/
  5. unfurlr.com/
Semua perkhidmatan ini adalah percuma dan amat mudah digunakan. 

Servis Memendekkan & Memanjangkan Semula URL

Sebagai contoh :
Kini anda sudah tahu, link pendek tersebut akan menuju ke laman apa. Maka tiadalah lagi keraguan untuk klik link tersebut.

URL Expender

Servis memanjangkan semula URL atau URL Expender ini memberikan perkhidmatan untuk kita mengetahui akan alamat sebenar URL yang telah dipendekkan. Selain itu, ia turut memberikan beberapa informasi seperti tajuk, keselamatan dan pautan lain URL pendek tersebut.

Maka melalui kemudahan ini, dapatlah kita melihat gambaran sebenar ke mana laman web sebenar yang akan kita tujui sekiranya link atau pautan tersebut ingin di klik.

Oleh itu, perkhidmatan memanjangkan URL ini merupakan satu servis yang amat berguna dan penting sebagai langkah berjaga-jaga atau keselamatan andai ada rasa curiga terhadap pautan URL pendek tersebut.

Hati-Hati Sebelum Terkena

Manusia di depan mata pun kita tidak akan dapat meneka apa yang ada difikirannya, inikan pula di dunia maya yang tanpa rupa dan jasad.

Oleh itu, ada kalanya langkah berjaga-jaga itu perlu bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku kerana menyesal kemudian itu tiada gunanya.

Selepas ini, jika ada curiga terhadap sesuatu pautan yang menggunakan URL pendek, maka gunakan servis memanjangkan semula URL untuk tujuan semakan.

OK, sampai di sini saja... Jangan kata tak tahu pula sebab dah diberitahu ya... :)

17 comments - "Cara Semak & Memanjangkan Semula URL Yang Dipendekkan"

Syed delete icon 7/11/15

Hi Bin Muhammad,

Thanks sharing. Tapi saya lebih selese guna Pretty Link.

Bukan sahaja boleh guna starting domain sendiri, boleh juga check click rate. Yang lain pun boleh. Tapi yang ni dalam wp-admin kita sahaja. so lebih cepat nak access.

tq

Itulah... wp memang banyak kelebihannya...

tq for sharing
ilmu baru ni :)

http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my

paridah delete icon 7/11/15

assalam dh dipanjangkan nk dipendekkan pula ya...boleh jer asal tahu n ada ilmunya...tq berkongsi info.

Terima kasih sudi singgah... :)

Macam-macam ade demi memenuhi kehendak dan keperluan. Semoga tidak disalahgunakan, itu yg paling penting...

Mizz Aiza delete icon 7/11/15

maksudnya kita boleh tahu url yang sebenar selepas dipanjangkan? ilmu baru untuk aiza..

Bm nampaknya kena study bukan sepintas lalu ja ..inshaAllah akan belajar di blog BM terbaik lah

Salam...nampaknya kita guna template yg sama...tuan BM, semoga berjaya dlm kontest ni.

thanks for sharing this...maklumat dan imu baru nie.

Ya... kita sebenarnya boleh tahu url asal yg telah dipendekkan. Semoga berguna.

Template sama tapi paparan tak serupa...hehe
Ini informasi, bukan entri contest :)

Bukan ilmu yang perlukan kajian atau kena study...cikgu, cuma informasi untuk mengetahui apakah link sebenar url yang telah dipendekkan.

Lepas ni jangan terus klik sebarang url pendek tu ye... Check dulu!

Oh ada juga laman web yang boleh panjangkan balik link yang kita pendekkan ya...bagus info ni..memanjangkan yang pendek..hihi

Hoho... Memanjangkan yang dipendekkan!?? Agak sensor gak ayat tu...
Hishhh...Otak kuning pulak BM nih!

Fiza Rahman delete icon 24/11/15

Baru tau pasal nih.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap