بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Memendekkan URL (URL Shortening) adalah satu teknik di mana alamat Uniform Resource Locator (URL) sesebuah laman web dipendekkan dengan mendapat satu alamat URL baru tetapi masih menuju ke laman yang dikehendaki.

Ianya menggunakan lencongan (redirect) menerusi nama domain yang pendek bagi menghubungkan ke laman web yang mempunyai URL yang panjang.

Sebagai contoh, URL "http://www.dammahumnib.com/2015/10/contest-review-lynkmy-2015.html" boleh dipendekkan kepada "http://lynk.my/GhQ".


Servis URL Shorterner
Antara pengendali servis URL Shorterner yang dikenali ramai adalah:
Selain dari senarai di atas yang memberikan perkhidmatan secara global, kini ada pengendali servis URL Shorterner khusus untuk pengguna Malaysia iaitu: lynk.my


Kesan Penggunaan Sevis URL Shortener

Apabila menggunakan servis URL Shortener ini bermakna URL tersebut akan menjadi pendek dan ringkas. Selain dari itu ia juga akan kehilangan identiti domain dan tajuk asal secara visual. Maka pembaca dan pengguna tidak akan lagi mengetahui ke laman manakah arah sebenar link tersebut.

Kelebihan dan kelemahan inilah yang mudah untuk dimanipulasi dan disalah gunakan bagi mereka yang mempunyai tujuan tertentu.

Kesan daripada memendekkan URL ini akan memberikan impak positif dan juga negatif yang mungkin membawa kebaikan dan mungkin juga keburukan kepada pengguna servis tersebut.

Berikut adalah kesan positif dan negatif yang biasa akan berlaku namun mungkin ianya belum lengkap sepenuhnya. Diharapkan ianya dapat menjadi penambah ilmu dan pengetahuan anda tentang servis Link Shortener ini.

Kesan Positif & Negatif Servis URL Shortener

Kesan Positif

Ianya sudah tentu berbalik kepada matlamat asal servis ini diwujudkan. Satu barisan panjang URL menjadi pendek dan ringkas untuk kemudahan. Berikut adalah beberapa kesan positif penggunaan servis URL Shortener:

1. Mengurangkan jumlah penggunaan aksara
  • Teknik URL Shortening ini sesuai digunakan untuk teknologi pesanan yang mengehadkan bilangan aksara yang boleh digunakan dalam mesej, seperti Twitter. Mudah, padat dan ringkas. 
2. Mempercepatkan menaip
  • Mengurangkan jumlah aksara bermakna cepat menaip terutama di teks media social.
3. Menjimatkan masa dan ruang
  • Apabila cepat menaip dan pendek pula, maka dengan mudahnya dapat menjimatkan masa serta ruang yang digunakan.
4. Memudahkan membuat salinan
  • Apabila ringkas dan pendek, maka senanglah untuk membuat salinan semula terutama jika ingin menyalin URL daripada sumber cetakan.
5. Mengurangkan kesilapan
  • Sebarang kesilapan ketika menaip dan menulis juga dapat diminimumkan
6. Kelihatan lebih kemas
  • Sudah tentu, URL yang pendek dan ringkas kelihatan kemas dan mesra pandangan.

Kesan Negatif

Disebalik kesan positif, servis URL Shortener ini juga akan membawa kesan negatif yang mungkin akan memberi masalah dan kekeliruan.

1. Salah guna untuk kepentingan dan tujuan tertentu:
  • Memperdaya pengguna dan pembaca oleh mereka yang ingin mendapat keuntungan dan menjana pendapatan secara online yang tidak jujur dan ikhlas. Ayat power, bergegar-gegar dan menarik tapi bila klik link... kelain perginya! huhu... terutama link iklan & affiliate.
  • Walaupun dinyatakan kebal dengan pelbagai perisian terkini untuk menghalang namun URL shortening ini tetap menjadi tempat terbaik untuk spam/malware/spyware bersembunyi sama ada untuk menghantar virus atau mencuri data dan trafik.
  • Menyembunyikan link ke website porno
2. Menambah tempoh masa loading website
  • Menambahkan tempoh loading akibat pemesongan yang berlaku telah memakan sedikit masa untuk diproses.
3. Penyebab Broken Link
  • Sesetengah servis Link Shortener ini mempunyai tarikh luput (expired date) ini bermakna dalam jangkamasa tertentu ianya tidak boleh digunakan lagi. Ini akan menyebabkan 'broken link' pada URL yang telah menggunakan servis tersebut.
4. Blocking Post
  • Sesetengah negara (contoh: Arab Saudi) dan perkhidmatan (contoh: Yahoo Answer) telah menghalang penggunaan URL Shortening ini di dalam artikel.  
Kesan Positif & Negatif Servis URL Shortener
Jangan mudah terpedaya

Kejujuran & Penilaian

Namun bukan sahaja servis Link Shortener malah apa jua perkhidmatan tetap mempunyai kesan positif dan negatif. Ianya bergantung kepada matlamat serta tujuan ia digunakan.

Jika tujuannya baik maka baiklah hasilnya dan begitulah juga sebaliknya. Namun di dunia maya yang tidak punya rupa dan fizikal, ianya ternyata amat sukar kita untuk memastikan yang mana benar dan yang mana tidak.

Terpulanglah di atas kejujuran yang menggunakannya dan penilaian anda untuk menilainya. Jangan kata tak tahu... sebab dah diberitahu ye... :)

20 comments - "Kesan Positif & Negatif Servis URL Shortener"

paridah delete icon 11:04

ASSALAM ADA PRO N KONTRANYA GUNAKAN KHIDMAT SHORTNEING URL NI YA...NAMPAK MCM LBH KPD BERMASALAH PULA KPD PENGGUNANYA...TAPI BAGI YG RETI N TAHU MENGURUSNYA XSALAH DIADAPT..

saya baca aje lah..tak berapa pandai lagi bab nie..thanks sebab kongsi.

syaz delete icon 13:36

baru sy tahu de keburukan n kebaikan,,,bgs perkongsian nie..

Mrs. A delete icon 17:28

Oh ok baru Mrs. A tahu.
Selalu ada bit.ly dan jugak goo.gl singgah di shoutbox Mrs. A
Ingatkan iklan selalu jer...Mrs. A ignored.
Hahhaaaa...gelak untuk diri sendiri.

Kathy belum pernah try lagi utk pendekkan link ni.

Berbalik kepada tujuan kegunaannya... Namun masalahnya kita yang nak klik ni pun tak akan tahu...

Tidak memerlukan sebarang kepandaian... Kat Media social selalu akan nampak url pendek ni... Nak bagi tahu jer, jangan terkena pula ye.

Semoga bermanfaat untuk pengetahuan bersama... :)

Kadang kala kita tak begitu alert... Maklumlah, bukan semua benda kita nak ambil tahu...

Jika tiada sebarang keperluan, memang kita tak akan guna servis ni.

Aiza perasan selalu iklan guna short link ni..

mana ada dalam dunia ini sangat sempurna...mesti ada kesan positif dan negatifnya

Itulah matlamat artikel ini agar tidak hanya nampak yg positif jer...

Adoiiii cukuplah untuk hari ni otak mak bekerja tukat meta tag bagai tu...yg ni kita pikir esok pulak hihi

Etuza agak tertarik ..akan buat kajian bil punya wakyu

Baru sikit jer tu...hehe

Ianya sangat mudah untuk diaplikasikan. Cikgu boleh cuba...

baik atau buruknya bergantung kepada tujuan nak guna url shortener nie...kita mabil yang jernih je bro

Pakai jer lah link yg ada ni even panjang ☺☺

Baru je study pasal url shorter ni tadi..ingat nak guna la juga tapi risau sesetengah kesan buruk tu..ermmm kena fikir dulu la kalau macam ni..lagipun rasa macam annoying la plak even boleh generate income..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap