بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman: Sempena cuti Hari Kemerdekaan baru-baru ini, sempatlah juga pulang bertandang ke kampung halaman MIL. Bagi mereka yang dulunya sering mengikuti blog Relaks Minda pasti telah mengetahui lokasi kampung MIL.

Sebelum ini telah banyak dikongsikan tentang kisah dan gambar pokok-pokok bunga dan ulam-ulaman yang ditanam mahu pun yang tumbuh sendiri di sekeliling rumah MIL.

Itulah untungnya tinggal di kampung di mana segala jenis pokok boleh ditanam dengan mudah kerana kawasannya yang luas berbanding rumah di kota. 

Pokok-pokok bunga MIL masih elok terjaga dan semakin bertambah. Jika dulu hanya pokok-pokok bunga unik dan asli yang biasa tumbuh di kampung tapi kini sudah mula menambah koleksinya dengan bunga-bunga yang dibeli dari 'plant nursery'.

Namun MIL cukup memilih orangnya. Hanya bunga-bunga tertentu yang unik sahaja menjadi pilihan. Satu lagi, beliau juga cukup minat menanam kaktus. Kini sudah ada pelbagai jenis kaktus menjadi hiasan di sekeliling rumah.

Pokok Keladi Hiasan

Pokok Keladi Liar

Entri kali ini bukanlah hendak memperlihatkan koleksi bunga-bunga terbaru MIL tetapi sebaliknya memperlihatkan pelbagai jenis pokok keladi hiasan yang tumbuh meliar di sekeliling rumah.

Ada diantaranya telah diubah MIL ke dalam pasu tetapi kebanyakannya dibiarkan saja meliar di tanah. Ada juga jenis keladi yang boleh dimakan turut tumbuh.

Pelbagai jenis dan spesis pokok keladi hiasan tumbuh meliar di sekitar rumah MIL. Sangat cantik dijadikan hiasan penyeri halaman dan taman. Anda tataplah sendiri... Nak sebut nama satu-persatu tidak tahu, maka anda namakanlah sendiri ye...

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
1. Jenis pokok keladi berurat putih ini antara yang banyak tumbuh meliar. Daunnya tidak berapa besar, lebih kurang sebesar tapak tangan.

Pokok Keladi Hiasan
Keladi hiasan tetapi tumbuh meliar di sekeliling rumah dan kebun

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
2. Ini pula merupakan spesis pokok keladi yang paling banyak sekali tumbuh. Hampir di sekitar rumah dan kebun ada. Daunnya boleh membesar lebar jika berada di tempat yang cukup cahaya dan bajanya.

Pokok Keladi Hiasan
Tumbuh sendiri dengan banyaknya! Melata menutupi tanah!

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
3. Daun keladi putih berurat hijau ini sangat cantik sekali. Daunnya juga lebar. Malangnya, tidak banyak spesis pokok keladi ini yang tumbuh.

Pokok Keladi Hiasan
Walaupun serumpun tetapi warna putih pada daunnya ada yang penuh dan ada pula yang sedikit. 

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
4. Ini juga antara spesis pokok keladi yang banyak tumbuh melata di sekitar rumah dan kebun. Daunnya hijau berbintik putih, kuning dan merah. Sesetengah tempat daun hijaunya kelihatan berwarna sedikit kekuningan. Mungkin disebabkan perbezaan mineral.

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
5. Spesis pokok keladi yang boleh dimakan batang dan ubinya. Selain dari tumbuh meliar, ada juga yang memang sengaja dibiakkan oleh MIL.

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
6. Ada yang menggelarnya keladi gajah, mungkin kerana saiznya yang besar. Jika di bandar, ianya memang menjadi pokok hiasan laman yang ekslusif tetapi kat kampung ini pula, ia hanya tumbuh meliar di belakang jamban! 

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
7. Satu lagi spesis pokok keladi yang sangat cantik. Biasanya mesti tanam dalam pasu tetapi tumbuh sendiri di pinggir rumah. Bentuk daun dan jalur uratnya sungguh menyerlahkan kecantikan spesis keladi ini.

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
8. Ini salah satu spesis pokok keladi yang telah diubah ke dalam pasu. Warna daunnya yang merah dan berurat hijau sungguh mempersonakan sekali. Daunnya mempunyai sedikit bintik-bintik putih tetapi tidak begitu menyerlah.

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
9. Ini antara spesis pokok keladi yang biasa di tanam oleh orang-orang bandar. Bentuk daun dan warnanya begitu memikat hati. Mungkin baru sahaja dipindahkan ke pasu, sebab tu baru hanya ada dua helai daun.

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
10. MIL kata ini namanya pokok keladi batik berikutan corak daunnya yang seperti corak batik. Spesis ini juga tidak banyak yang tumbuh. Ianya sangat cantik dan kalau jual ni, ada harga...hehe. 

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
11. Spesis pokok keladi yang hampir sama seperti No.2 di atas tetapi tompok putihnya sangat sedikit. Mungkin sebab cahaya, baja dan mineral.

Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman
12. Antara spesis pokok keladi yang menarik perhatian dan unik. Ianya juga tidak banyak tumbuh. Kalau tanam dalam pasu dan diberi baja, mesti lagi menarik apabila daunnya membesar dengan lebar!

Pokok Keladi Hiasan
Warna putih yang menjadi sempadan pemisah antara warna hijau dan merah menyerlahkan keunikannya!

Pokok Keladi Hiasan
13. Satu lagi spesis pokok keladi berurat merah. Hampir sama dengan no. 11 tetapi bezanya teramat sedikit bintik putihnya. 

Pokok Keladi Hiasan
14. Hampir sama dengan spesis no. 12 cuma tiada warna putih yang menjadi sempadan pemisah warna merah dan hijau. Unik betul spesis-spesis keladi ni. Nampak sama tapi tak serupa!

Pokok Keladi Hiasan
Tumbuh sekelompok-sekelompok meliar di kebun

Pokok Keladi Hiasan
15. Spesis pokok keladi ini pula sangat kecil. Daunnya hanya selebar ibu jari kaki! Ianya tumbuh sekelompok sekelompok di dalam kebun. Sangat cantik kalau ditanam dalam pasu yang kecil... Warnanya juga sangat menyerlah dan menarik!

Pokok Keladi Hiasan Menawan

Itulah diantara spesis pokok keladi hiasan yang tumbuh liar di sekitar rumah dan kebun MIL. Jangan ingat halaman rumah sahaja berhias cantik, tetapi di sini, dalam kebun pun ada penyerinya.

Lain kawasan mungkin lain spesis pokok keladi yang tumbuh dan berbeza corak dan bentuknya. Pasti di tempat anda juga mempunyai spesis lain yang lebih menarik.

Tidak dinafikan, pokok keladi hiasan ini memang cantik untuk dijadikan tanaman hiasan di dalam pasu. Namun ianya perlu diberi penjagaan khusus kerana agak sensetif dengan kepanasan, cahaya dan perlukan siraman yang kerap disamping baja yang mencukupi.

BinMuhammad

18 comments - "Pokok Keladi Hiasan Penyeri Halaman & Taman"

Etuza delete icon 06:01

Asalamualaikum..cantik2 keladi..corak memang menawan kalbu..Allahuakbar
dah link kan..

Unknown delete icon 06:46

Emak cik akak ada juga bunga keladi tu uncke..hihi...

Waalaikumsalam...cikgu.
Terima kasih dan amat2 menghargainya :)

Kat Serawak mesti ada pelbagai jenis pokok keladi yang unik dan menarik!

paridah delete icon 08:37

ya semua pic yg dipaparkan adalah jenis keladi yg banyak tumbuh meliar sekitar laman..kalau dibersih ditebas pun akan tumbuh semula.

banyak jenis rupe nyer...dah dpt info baru :)

akak takut nak mendekati pokok keladi..sbb ulat beluncas suka bertenggek kat daunnya tu hehe

Banyak jenis rupanya keladi ni. Selalu nampak semua jenis2 keladi kat entry ni tapi buat-buat tak nampak perbezaannya. Hehehe. Yang ada jalur putih tu lawa kalau letak dalam pasu tinggi. Elegan.

Jemput sertai segmen di blog VitaminSuci. TQ!

Alaa... kakak tertarik sangatlah BM. Kalau dekat kakak nak minta sikit benihnya. Ada dua species yg kakak ada tapi lainnya kakak tak ada. Kalau MIL BM rajin lagi boleh buat business sebenarnya sebab kalau di nursery tempat kakak sepasu kecil dia jual RM 5/- adalah daun baru 3-4 helai. Cantik tau kalau tanam dalam pasu.

Unknown delete icon 13:02

Banyak jenis rupanya keladi ni ye, yang MV tahu hanya satu dua jenis sahaja...bagus la info ni..

Tanpa Nama delete icon 20:37

Nostalgia jugak ni BM.. Dulu ada antaranya adadi akwasan rumah Kathy..

Unknown delete icon 08:44

saya suka dgn pokok keladi ni . berwarna warni . saya ada 3 diantaranya . pokok keladi ni senang tanam . asalkan masin ada ubinya , pokok tu masih oleh keluarkan daun baru ... saya klu balik kg , pokok keladi seberang parit pu saya nampak ... heheheeee

Unknown delete icon 07:17

Cantik pokok keladi hiasan corak batik tu.
Kalau dekat memang saya dah mintak sepohon dua.
Setakat ni tak pernah jumpa lagi di nursery. :)

kenapa saya tahu pokok keladi ni ada macam2 jenis
saya belajar benda baru ni
cantik2 ye...suka tengok. tapi nak tanam tu kerajinan tak ada =)

dlm beberapa hr ni sy jumpe byk anak pokok keladi. cadang sy, klu boleh dimakan sy bela, pindahkan di tanah yg lebih baik. klu tak boleh dimakan, bo layan. & akhirnya ia etrnyata dlm kategori yg boleh dimakan. haha suka saya. dah lama xmakan keladi

Unknown delete icon 22:08

Salam
Saya berminat utk menanam semua pokok keladi tu. Bgmn nak hubungi tuan untuk dapatkan pokok keladi tu.tk.

Unknown delete icon 11:49

Kt mane nk beli benih keladi ni, cantik

Unknown delete icon 21:11

lawa semua,sy pminat pokok keladi,suka tgk sbb cantik & mudah d jga...mil awk xjual ke pkok tu?

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap