بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Hanya Tiga Tahun Views 100 Juta!: Sebut sahaja nama Bin Muhammad, pasti ramai yang geleng kepala. "Siapakah Bin Muhammad ini?" Beliau adalah seotrang blogger... Oooo Blogger! Kalau blogger Fatin Liyana, Ben Ashaari, Abang Ensem, Yuyu Zulaika, Hasrul Hassan tu kenallah.

Itu adalah suatu situasi yang normal dan biasa serta tidak mengundang persoalan yang luar biasa. Namun... Bagaimana pula Google+ Bin Muhammad ini boleh mencecah 100 Juta Views?

Hanya Tiga Tahun Views Mencecah 100 Juta!

Itu adalah satu situasi luar biasa yang mengundang pelbagai persoalan! Sendiri view ke apa? Apa yang hebat dan menarik sangat? Jadi bahan viral ke? dan macam-macam lagi persoalan...

Apabila G+ Mencecah 100 Juta Views

Untuk makluman, Google+ (G+) Bin Muhammad wujud seiring dengan Blog Relaks Minda yang kini akan berusia genab tiga tahun pada 12 September nanti.

Jika pada artikel sebelum ini Google Plus (G+) Kayu Ukur Populariti Blogger (di blog Relaks Minda - 25 Mei 2015), G+ views Bin Muhammad adalah sebanyak 80 juta. Ini bermakna dalam tempoh 3 bulan lebih sahaja ianya telah bertambah sebanyak 20 juta!

Google+ views

Apakah yang menjadikan jumlah G+ views Bin Muhammad begitu tinggi? Kita cuba lihat perbandingan ini :

1. Jumlah Follower
Jika dibandingkan dengan jumlah followers, G+ Bin Muhammad cuma baru ada 2,747 berbanding Hasrul Hassan yang sangat popular dengan 6,866 orang followers. Namun G+ Hasrul Hassan yang telah wujud sekian lama baru sahaja mencatat hampir 70 juta views.

Maka jelas sekali di sini bahawa jumlah followers bukanlah faktor penentu kepada jumlah G+ views.

2. Populariti
Fatin Liyana Asri - Satu nama yang tidak asing lagi di dunia blogging negara. Boleh dikatakan semua blogger dan pengguna media sosial mengenali beliau. Jika dibandingkan dari sudut populariti, Fatin Liyana dan Bin Muhammad bak langit dan bumi.

Maka adalah sesuatu yang tidak menghairankan jika jumlah G+ views beliau sehingga kini telah mencecah 250 juta. Tiada sesiapa pun boleh mempersoalkannya.

3. Response
Khalid Kyle? Siapa pula dia ni? Pastinya tidak semua blogger yang mengenali beliau. Namun populariti blogger ini di pentas G+ sangat hebat!

Lihatlah jumlah followers beliau! Malah setiap post beliau di G+ mendapat response yang sangat hebat. mendapat komen yang banyak, G+1 yang beratus-ratus serta share yang tinggi!

Jika dibandingkan dengan post di G+ Bin Muhammad yang sunyi sepi adalah tidak menjadi sesuatu yang luar biasa apabila melihat jumlah G+ views beliau sehingga kini telah mencecah hampir 130 juta!

Google Plus Views

4. Jumlah Post di Google+
Tiada perbezaan ketara antara jumlah post Bin Muhammad berbanding blogger lain. Sudah semestinya apabila ada entri terbaru maka akan adalah post baru di G+ ini kerana post di G+ telah menjadi satu kewajiban buat blogger sebagai salah satu cara untuk promosi dan juga untuk menaikkan entri tersebut di SERP. 

Makna Google+ Views

Oleh itu, apakah sebenarnya yang menjadi faktor kepada pertambahan jumlah G+ views ini?

"See how many times your Google+ profile & content have been viewed by other people. When you look at your profile, you can see your total number of views. That means you can tell how many times your content has been seen by other people, including your photos, posts, and profile page." Google plus views meaning by Google

Selain dari faktor jumlah mereka yang melihat terus akaun G+ anda, setiap aplikasi Google terutama Google Search akan dipaut terus sebagai jumlah G+ views maka tidak hairanlah apabila G+ Bin Muhammad mendapat views yang tinggi kerana dibantu oleh blog posting terutama melalui gambar.

Inilah pentingnya setiap entri perlu ada gambar yang menarik dan bersesuaian disamping penggunaan alt text yang bertepatan dengan kata kunci yang menjadi carian ramai.

Pentingkah Google+ Views?

Setiap orang ada pandangannya yang tersendiri dan tiada yang salah dalam hal ini. Jika tiada keperluan kenapa jumlah views ini digunakan dan dipaparkan di Google+?

Ianya bukanlah satu algoritma yang dapat memberi penilaian yang tepat mengenai seseorang itu. Namun melaluinya anda akan dapat mengetahui apakah yang membuatkan mereka beroleh jumlah views yang luar biasa ini.

Bagi BM, mencapai angka G+ views yang tinggi itu bukanlah satu matlamat. Namun ianya kini dilihat amat membantu dalam meningkatkan status dan pencapaian agar tujuan utama "ilmu dikongsi bersama" mencapai sasarannya.

Mungkin ianya kurang menjadi perhatian seperti jumlah pageviews blog tetapi ia juga dilihat sebagai salah satu penilaian dan promosi pemasaran yang bagus untuk memperkenalkan blog disamping memberi status populariti dalam merintis jalan mudah untuk menjana pendapatan online.

Akhir kata, kepada anda semua yang telah menaikkan jumlah G+ Views Bin Muhammad, jutaan terima kasih diucapkan. Andailah nilai tersebut bernilai RM... Saya belanja anda semua... :)

16 comments - "Hanya Tiga Tahun Views 100 Juta!"

paridah delete icon 09:35

tahniah dah melebehi 100juta views g+...tumpang berbangga ...seluruh maya dunia sudah mengenali BM...kak g+ 1juta lbh jer..oklah juga kan walau sikit sgt heh..heh..

tuan BM antara yang popular dan saya sendiri mengakui sejak beberapa tahun yang lepas..walaupun blog sentiasa bertukar namun bloggernya orang yang sama.

Nao Mei delete icon 16:38

Hebat..cik akak dah lama tak semak view,.hahaha..

wahhhh... tahniah...

aslam BM..wow sangat hebat..tahniah

antara yg klik ialah yag drop komen ni ..hehehe

Tanpa Nama delete icon 14:26

salam boleh x BM share mcm mn dpt byk sgt views dlm masa yg begitu cepat. jeles rina . Congrats BM :)

Huhu..terkejut, ingatkan pv blog tadi.pe pun, tahniah.blog hebat ni :)

Tahniah encik BM. sudah tentu ianya hasil usaha yang berterusan :)

Tahniah.. Semoga semua orang pun boleh berusaha ke arah itu...

mak ai! tu kalau PV begitu tu, masyuk tu
saya setakat ni baru 2 juta aje yang view G+

pasni buat entry pasal blogspot.com ke blogspot.my ye =)

http://madey09.blogspot.my/2015/09/blogger-terkenal-di-malaysia-masa-kini.html
sila klin ni ya BM..tq

dah lama tak gi blog fatin liyana.. ok bai

Assalammualaikum... BM,

blog sahabat sudah dikenali dan begitu gah. Moga terus sukses k.. Aaminnn...

mselim3

Giler. SP baru 34 juta. Kecuali akaun yang lagi satu, tinggi sikit hehe

Tahniah bro BM. Memang terbaik usaha bro. Semoga lebih berjaya.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap