بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Cabaran Blog Baru Bersaing Di Dunia Blogging: Kewujudan sebuah blog baru umpama kelahiran seorang bayi di dunia. Tiada siapa yang mengenali. Segalanya mesti bermula dari kosong.

Sedikit demi sedikit akan mula mencorak arah dan tujuan serta memperkenalkan diri di dunia blogging dan enjin carian. Bukan mudah untuk bersaing di dunia blogging masa kini.

Begitulah juga dengan situasi di mana blog Relaks Minda mungkin sudah dapat berdiri dengan sendiri dan dikenali di dunia blogging serta di enjin carian tetapi blog BinMuhammad @ www.dammahumnib.com adalah satu nama yang terlalu asing!

Cabaran Blog Baru Bersaing Di Dunia Blogging

Untuk makluman, blog ini diwujudkan pada 13 Ogos 2015. Walaupun blog ini terdapat entri yang diterbitkan sebelum 13 Ogos 2015 namun kesemuanya adalah entri yang telah di 'import' dari http://binmuhammad2.blogspot.com yang sebelum itu menggunakan domain relaksminda.com. yang telah diserang virus.

Maka blog BinMuhammad adalah baru sepenuhnya dan tidak sampai pun satu bulan kewujudannya di dunia blogging ini.

Cabaran Baru Bermula

Baru 18 hari berlalu, bagaimanakah prestasi blog BinMuhammad ini? Jika sebelum ini anda dapat melihat prestasi terkini blog Relaks Minda yang mencatat lebih dari 400K PV sebulan, ianya ibarat langit dan bumi.

Blog BinMuhammad hanya mampu mengundang trafik hampir 6K sahaja pada bulan pertamanya namun ukuran prestasinya adalah lebih baik berbanding permulaan blog Relaks Minda yang hanya dapat mencatat kurang dari 4K walaupun sudah di bulan kedua ia beroperasi..

Prestasi Blog BinMuhammad (August 2015) - by Google Analytic

Buat masa ini, blog BinMuhammad belum ada topik dan entri yang benar-benar mampu menjadi tunjang trafiknya. Blog ini masih diperingkat pengenalan serta beramah mesra dengan robot enjin carian dan anda semua.

Inilah cabaran yang paling besar buat blog baru untuk mula bersaing terutama blog yang tidak punya niche seperti blog ini.

Cabaran Mencapai Matlamat

Sebuah blog peribadi perlu mencari kekuatan dan keunikan sendiri agar menjadi sebuah blog yang bukan sekadar hebat di SERP dan dengan trafik yang tinggi tetapi juga berkualiti dengan gaya serta identiti tersendiri.

Blog ini perlu diperkukuhkan dahulu dengan entri yang berkualiti serta perlu konsisten. Mahukan jalan singkat, boleh sahaja tingkatkan trafik dengan mendadak melalui terbitan topik-topik isu hangat semasa, namun itu bukanlah matlamat utama kewujudan serta identiti blog ini.

Blog BinMuhammad adalah blog perkongsian peribadi disamping artikel-artikel dengan topik terpilih yang dapat memberi manfaat bersama. Maka melalui tag line "ilmu dikongsi bersama" akan menjadi garis panduan asas kepada setiap entri yang diterbitkan. 

Oleh itu, jutaan terima kasih di atas segala sokongan serta kunjungan dari sahabat dan tetamu blog BinMuhammadInsyaAllah... semoga segala urusan dipermudahkan dalam menempuh cabaran untuk bersaing di dunia blogging ini.

p/s: dikemaskini dan dterbitkan semula dari entri asal di blog relaksminda.com

20 comments - "Cabaran Blog Baru Bersaing Di Dunia Blogging"

apa dah jadi sebenarnya, patut lama tak nampak
jenuh juga nak bermula dari mula setelah sekian lama selesa
saya doakan yang terbaik buat BM ye

Terima kasih YY... Kini segalanya kembali seperti permulaan. Semoga doa dan harapan akan dimakbulkan.
Sokongan dari YY amat2 dihargai.

saya terlalu kebelakang jika dibanding dengan ilmu tuan dalam bidang blogging..sekiranya blog ini masih belum power untuk menyaingi blog yang lama tu...jomlah beralih ke wordpress.

dalam platform wordpress kekuatan menarik organik visitor lebih cepat berbanding blogspot kerana sistem WP yang mesra SEO..

saya akui sendiri bila melihat blog HB masih tertinggal jauh berbanding mrhanafi.com

Terima kasih HB...
Beralih ke wordpress, satu idea yang menarik...boleh tambah ilmu baru.
Buat masa ini, terlalu awal untuk menilai kekuatan blog baru ini. Setakat ini ianya mula menunjukkan peningkatan dan mula meraih kedudukan di serp.

Tanpa Nama delete icon 22:58

boleh saya tahu apa sebenarnya yg jadi kt blog lama tu, sy akses boleh n ok je. supposely boleh update tanpa masalah.maybe kalau BM dpt cerita ape yg jadi a-z saya dpt tau apa masalahnya. x de apa yg x dpt diselesaikan.sy byk dh betulkan blog2 member yg ada malware.rugi lah rasanya nk mula dari 0 blk..


-mat kargo-

Malware hanya akan kena pada entri terbaru sahaja... Anda boleh akses sebab yang tinggal tu semua entri yang bebas dari malware. Dah tak tau nak buat macam mana lagi.
Jika berminat nak tahu dan bantu, boleh contact melalui email (khairi2nua@gmail.com) atau pm di FB Relex Minda atau Bin Muhammad. Saya boleh cerita dari A to Z.
Keprihatinan anda amat2 dihargai.

Bukan mudah nak bermula sesuatu semula.. saya dah merasai realitinya walaupun berbeza situasi.. penat. Tapi takpelah.. perancangan Allah lebih baik.. ada sesuatu yg lebih baik pastinya buat BM, in shaa Allah..

Semoga terus sukses buat BM dengan blog 'baru' ni..:)

reezluv delete icon 09:41

dh lama pakai WP, memang dah tak reti langsung nak optimize blogspot ni..huhu

Nao Mei delete icon 19:34

Cik akak sentiasa sokong uncle

tetep rame kok udah punya modal di blogspot

Assalammualaikum... BM,

Insaallah BM... semoga anda terus maju dan terus maju... kami disini kekawan sentiasa sokong BM...

mselim3

Biasalah kalau blog baru.. Kurang page view Myer..nak kena update selalu..Dan buat promosi

Assalamualaikum. Saya baru mulakan usaha berblogging. Semoga blog BM menjadi panduan.

alhamdulillah..setelah 3 bulan menunggu..akhirnya terbit jua blog baru ni

Kathy doakn BM terus maju jaya dalam dunia blogging..

MV mengenali BM pun melalui blog relaks minda..sayangnya blog tu kan

terima kasih...artikelnya sangat bermamfaat dan telah membantu kami yang lagi belajar ngeblog

terima kasih artikelnya sangat bermamfaat sekali buat kami yang lagi belajar

artikelnya sangat berguna sekali dan menambah ilmu dan wawasan kami

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap