بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Setelah Tiga (3) Bulan Kau Ku Tinggalkan: Tanpa disedari, sudah tiga bulan Blog Relaks Minda berhenti operasi. Jika setelah dua bulan ia ditinggalkan, kelihatan prestasi blog mulai menurun, bagaimana pula pada bulan ke tiga? Adakah ianya semakin terus menurun?

Blog Relaks Minda masih dapat anda akses tanpa sebarang masalah. Kalau ada yang rindu dan ingin mendapat serba sedikit ilmu yang telah dikongsikan di sana, jangan segan-segan untuk singgah ke relakssminda.blogspot.com.

Blog Relaks Minda juga tidak dibiarkan bersawang. Ianya masih dipantau dan telah bertukar template agar tidak kelihatan sama seperti blog-blog Bin Muhammad yang masih aktif. Setiap hari masih ada lagi komen yang masuk walaupun kebanyakannya komen spam.

Setelah Tiga Bulan Kau Ku Tinggalkan

Prestasi Relaks Minda

Berbalik semula pada prestasi blog Relaks Minda pada bulan ke tiga iaitu di bulan Ogos. Seperti yang telah diketahui sebelum ini dan dicatat dalam entri INI, prestasi blog Relaks Minda pada bulan kedua mulai menurun namun pada bulan ketiga ia berlaku sebaliknya!

Blog Relaks Minda telah menunjukkan peningkatan prestasi. Walaupun tanpa sebarang entri baru yang diterbitkan tetapi jumlah pengunjung serta prestasi keseluruhannya telah meningkat semula.
  • Julai 335,708 PV kepada Ogos 427,814 PV 
  • Julai 107,653 UV kepada Ogos 135,193 UV
  • Julai 19.37% BR kepada Ogos 16.15% BR
Syukur Alhamdulillah... Mungkin ianya bersifat sementara namun biarkanlah bulan-bulan mendatang akan menjadi saksi jatuh bangun blog Relaks Minda ini.

Setelah Tiga Bulan Kau Ku Tinggalkan - Prestasi Blog Relaks Minda
Perbandingan prestasi Relaks Minda July vs August 2015 - Google Analytics 
p/s: Di penghujung bulan Ogos trafik menurun adalah normal berikutan cuti sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 58/2015.

Tingkatkan Semula Trafik Blog

Bagaimana hendak menguruskan blog yang sudah tidak menerbitkan entri baru? Jika anda sudah lama mempunyai blog tetapi dah tak tahu nak tulis apa tetapi masih mahukan blog tersebut terus dikunjungi, selain cara INI, cara yang paling mudah adalah dengan mengemaskini entri lama.

Blog Relaks Minda mempunya 1,027 entri yang telah diterbitkan. Ada diantaranya sangat relaven sepanjang masa tetapi ada juga yang hanya relaven pada masa ia diterbitkan. Maka entri-entri ini ada yang perlu dikemaskini isi kandungan agar lebih segar, berkualiti dan terkini mengikut peredaran masa.

Selain dikemaskini isi kandungan, ianya juga perlulah digarap semula agar mengikut format karangan yang lebih teratur, tersusun dan mengikut format serta aplikasi yang mesra SEO. Jika ada, boleh masukkan pautan terkini link luaran yang berkaitan.

Apabila selesai proses kemaskini, entri tersebut perlulah ditukar tarikh terbitannya kepada tarikh baru tanpa perlu menukar URL dan terbitkanlah semula. Menukar URL bermakna anda telah membuat entri baru dan entri lama akan hilang (Error 404).

Panduan 'setting' untuk kemaskini entri lama - blogspot
Panduan 'setting' untuk kemaskini entri lama - blogspot

Entri yang dikemaskini ini selalunya amat digemari oleh robot enjin carian berikutan tambahan isi kandungan dan perubahan yang telah meningkatkan kualiti serta terkini. Ianya amat mudah untuk berada dikedudukan yang baik di SERP lalu akan mengundang semula trafik.

Namun harus diingat, tidak semua entri perlu dilakukan kemaskini. Cuma pilih yang mana perlu, bersesuaian dan wajar dilakukan kemaskini. Sesetengah entri punya nilai tersendiri di mana semakin lama menjadi semakin berharga dan semakin dicari.

Setelah 6 Bulan

Akan datang, kita akan lihat pula bagaimana prestasi blog Relaks Minda untuk tiga bulan dari sekarang iaitu setelah enam bulan ia ditinggalkan tanpa entri baru. Adakah prestasinya akan meningkat, menurun atau kekal stabil? Amat menarik untuk dijadikan bahan kajian dan ujian.

Blog Relaks Minda, kau tetap di hati ini dan kekal selamanya... Semoga "ilmu terus dikongsi bersama"

11 comments - "Setelah Tiga Bulan Kau Ku Tinggalkan"

Rindu juga pada blog relaks minda sebab banyak info kat sana..

jie xprnah pun masukkan sesuatu kat tempat permalink dan seach description.. bgus dpt blajar deduatu yg baru di blog BM ari ni..

paridah delete icon 10:34

blog relaksminda banyak n3nya sereleven situasi semasa n mesra SEO.

semoga terus berjaya meningkatkan traffic!

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula blog pertama...huhu

Permalink itu boleh di edit untuk URL blog. Kadangkala tajuk terlalu panjang maka URL tak capture sepenuhnya jika secara automatik maka disinilah kegunaan permalink sama ada untuk penuhkan perkataan dalam URL atau mengurangkannya.

Mungkin itu adalah salah satu sebab trafiknya kekal stabil lagi. Entri akak pun saya lihat dah semakin banyak yang naik di SERP sebab kerajinan akak sentiasa aktif terbit entri dan blogwalking.

Kita lihatlah nanti...Pada jangkaan saya, bulan2 akan datang, trafiknya akan mula menurun...

Relakssminda akan selalu di hati..sebab mula mengenali penulisan BM melalui blog RM..

saya baru tahu bab search description tu. selama ni biar kosong aje.
sekarang ni pun saya dah start update entry lama. sebab dah nampak kepentingan dia.

masih boleh access ye blog relaks minda

Ohh...ini blog kedua bro BM rupanya. Apapun, bro BM dah lakukanbyang terbaik. Tahniah.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap