بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Teknik Naikkan Semula Trafik Entri Lama Blog: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apabila telah lama berblogging dan sudah beratus-ratus malah beribu-ribu entri atau artikel diterbitkan sudah semestinya entri-entri lama tersebut semakin kurang dikunjungi malah ada yang langsung tiada trafik.

Entri sebegini biasanya hanya relaven pada masa ia diterbitkan dan tidak menjadi carian sepanjang masa. Adalah menjadi satu kerugian jika ianya amat bermanfaat dan berkualiti.

Teknik Naikkan Semula Trafik Entri Lama Blog

Oleh itu, bagaimana hendak mengekalkan entri lama blog anda kekal relaven sepanjang masa dan seterusnya menaikkan semula trafik serta terus mengundang atau menjana trafik berterusan?

Mungkin ianya sangat penting bagi sesebuah artikel berbentuk informasi atau panduan yang berguna dan bermanfaat agar sentiasa berada dikedudukan terbaik di enjin carian serta kekal relaven kepada orang ramai (pengguna internet).

Malah, ianya juga amat berguna sebagai satu teknik pemasaran secara online yang berkesan untuk mengekalkan perolehan tanpa had masa. Bagaimana semua ini boleh dilakukan?

Selain dari teknik menjadikan entri tersebut sebagai internal backlink (meletakkan url entri tersebut di dalam entri lain yang terkini - bagus untuk SEO), berikut adalah salah satu cara untuk menaikkan semula trafik entri lama tersebut.

Kriteria Pemilihan Entri di Enjin Carian

Andaikan diri anda seorang pengguna internet yang sedang mencari maklumat melalui enjin carian. Setelah anda menaip perkataan diruangan search tersebut... Maka akan keluar satu senarai website yang relevan dengan perkataan yang anda cari. Website manakah yang anda akan pilih dan klik?

Biasanya pasti kriteria berikut menjadi pilihan :
  1. Tajuk artikel yang tepat dengan apa yang inginkan.
  2. Penerangan di bawah tajuk berkait rapat dengan carian.
  3. Artikel dihelaian pertama jika ada... jika tiada barulah akan ke helaian seterusnya.
  4. Artikel yang terkini (updated)
Kriteria 1, 2 dan 3 amat memerlukan penguasaan dan penggunaan teknik SEO untuk membolehkan artikel anda mudah terpilih.

Namun jangan sesekali lupakan kriteria No 4 yang juga sangat penting! kerana yang mengekalkan entri tersebut kekal relaven adalah tarikh entri yang dipaparkan.

Tarikh Entri Petunjuk Penting

Tarikh entri yang terkini sudah pasti menarik perhatian kerana ianya memberi petunjuk awal bahawa itulah artikel terbaru yang relaven dengan topik carian anda. Ada kalanya ianya betul dan ada kalanya anda tertipu. Ini adalah salah satu teknik atau tips SEO yang perlu anda ketahui.

1. Meminda tarikh terbitan entri 
Anda juga tahu bahawa tarikh entri boleh dipinda atau diubah kepada mana-mana tarikh yang dikehendaki. Oleh itu untuk mengekalkan entri lama anda kekal relaven sepanjang masa adalah dengan meminda tarikh entri kepada tarikh terkini.

2. Menyembunyikan tarikh terbitan entri
Salah satu cara lain pula adalah dengan menyembunyikan tarikh entri tersebut diterbitkan daripada terpapar di enjin carian.

Melalui cara ini, anda akan dapat mengekalkan momentum entri tersebut kekal menjadi carian dan beroleh trafik yang berterusan. Manakala, jika ianya berkait dengan pemasaran, maka peluang untuk anda meraih perolehan berpanjangan juga amat cerah.

Teknik Naikkan Semula Trafik Entri Lama Blog
Contoh di atas adalah carian melalui Google dengan kata kunci : Prosedur Poligami di Selangor. 
  • Daripada 4 pilihan yang dipaparkan di atas, artikel dari website mana satukah yang akan anda pilih untuk dibaca? 
  • Kriteria apakah yang menjadi penentu untuk anda klik artikel (website) tersebut?

Kebarangkalian untuk pembaca klik pilihan yang keempat adalah amat besar kerana entri yang lain memaparkan tarikh yang menunjukkan entri tersebut telah lama dan mungkin kurang relaven pada masa kini.

Ingat! Teknik ini perlukan kejujuran kerana walaupun tanpa tarikh yang tertera tetapi artikel tersebut mestilah terkini, relaven dan lengkap.

Jangan Menipu Pembaca Dan Pengguna... 

Sebelum anda melakukan teknik-teknik di atas, pastikan entri anda benar-benar relaven dan telah diedit, dikemaskini atau dipinda mengikut kesesuaian, kehendak dan situasi semasa agar pencari maklumat atau pengguna mendapat seperti apa yang mereka cari atau inginkan.

Jangan sesekali lakukannya hanya kerana mahu meraih trafik atau keuntungan sehingga anda sanggup menggadai etika dan maruah dengan menipu pembaca atau pengguna...

Kelebihan yang ada akan bermanfaat jika digunakan untuk kebaikan bersama tetapi ia akan menjadi sebaliknya jika hanya mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk kepada orang lain. Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui...

Teknik Naikkan Semula Trafik Entri Lama Blog

p/s: Bagaimana cara, tips dan tekniknya untuk menyembunyikan tarikh entri ini? Tutorialnya telah banyak didedahkan oleh blogger lain, Anda boleh cari sendiri ya!

3 comments - "Teknik Naikkan Semula Trafik Entri Lama Blog"

Baru saya tau macam tu rupanya ye,dapat lagi ilmu baru hari ni..nak kekalkan entri lama

Sy xtau plk tarikh entri blh dipinda. Baru tau ni. Tp mmg perlu kne sentiasa update info utk memastikan artikel tu kekal relevan mengikut peredaran masa.
Tq BM

sejak blog lama saya kena auto copy paste rss , saya ambil entry yg miliki pageview tinggi utk diserapkan ke dlm blog baru dgn re- edit utk lbh lengkap . sayang klu terbiar gitu je sbb blog lama dah gantung utk tatapan sendiri je ... disamping itu , saya standby 2 blog lain dgn niche berbeza sbg backup ... hehehee

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap