بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bermulanya Perjalanan Sebuah Blog Baru: Kecewa, tawar hati dan geram serta pelbagai lagi perasaan negatif mengusai diri tatkala mendapati sebuah blog yang sudah beroperasi hampir tiga tahun dan punya kekuatan tersendiri terpaksa ditinggalkan begitu sahaja akibat dari kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Blog pertama yang telah membuka pintu diri ini untuk meneroka dunia blogging. Mengenali asam garam, pahit panis dan suka duka sesama komuniti blogger. Dari tanpa sebarang ilmu, sedikit demi sedikit belajar dan akhirnya beroleh beberapa kejayaan. Namun, dikala sedang enak merasai nikmat tiba-tiba Allah SWT menarik balik segalanya.

Kini, segala kemarahan dan kekecewaan telah hilang. Tidak lagi menyalahkan sesiapa malah bersyukur atas nikmat sementara yang diberi. Redha dan bermuhasabah di atas ketentuannya kerana sudah tentu perancangan Allah SWT itu yang terbaik dan ada hikmah disebaliknya.

Melalui blog Relaks Minda @ relakssminda.blogspot.com, ilmu dikutip dan dikongsi bersama. Walaupun tanpa sebarang entri terbaru yang boleh diterbitkan, blog Relaks Minda tetap boleh diakses dan dikunjungi tanpa sebarang masalah melalui entri-entri yang telah diterbitkan sebelum masalah berlaku. Semoga ianya terus memberi manfaat kepada yang memerlukan.


Relaks Minda Menjadi BinMuhammad

Lupakan kepada kisah duka. Sekarang adalah masa untuk melihat kehadapan. Mulai 13 Ogos 2015, Blog BinMuhammad @ www.dammahumnib.com secara rasminya beroperasi dan menjadi kesinambungan entri-entri seterusnya buat blog Relaks Minda.

Untuk makluman, Blog BinMuhammad sebelum ini menggunakan url: binmuhammad2.blogspot.com telah diimport sepenuhnya entri terdahulu ke www.dammahumnib.com. Maka, blog BinMuhammad ini adalah baru sepenuhnya dan entri ini merupakan entri kedua selepas entri : Cara Memilih Nama Dan Domain Blog.

Bermulalah perjalanan sebuah blog baru yang akan cuba untuk menempatkan dirinya di dunia blogging negara. Semoga kehadiran Blog BinMuhammad dapat diterima sebagaimana Blog Relaks Minda. InsyaAllah... pengisian tetap sama serta meneruskan tagline : "ilmu dikongsi bersama". 

Terima kasih bersama Relaks Minda dan kini teruskan pula bersama BinMuhammad. Kehadiran dan kunjungan anda semua amat-amat dihargai...

32 comments - "Bermulanya Perjalanan Sebuah Blog Baru"

Assalamualaikum BM ...wah! diam2 dah lama tak nampak tiba2 dah muncul dengan Blog baru...tahniah..bunda juga dengan Blog yang lama tu..

Kenapa tukar Blog?

paridah delete icon 09:42

ASSALAM...SELAMAT KEMBALI BLOGGING DGN LBH BERSEMANGAT SEMOGA AKAN MENEMPA KEJAYAAN SEHEBAT RELAKSMINDA...INSYA ALLLAH...KAK MMG SETIA MENADAH CURAHAN ILMU BLOGGER YG MESRA SAHABAT ALAM MAYA LEWAT BLOGNYA TANPA MENGIRA SIAPA....SEMOGA PERSAHABATAN KITA LESTARI ABADI..

Kerana terpaksa Bunda... Terima kasih terus menyokong :)

Bunda boleh ketahui mellalui entri berikut : http://www.dammahumnib.com/2015/06/relaks-minda-vs-bin-muhammad.html

Assalamualaikum adinda beta:)
Alhamdulillah dapat bertemu lagi walau sekadar di alam maya
Salah satu blogger yg kakak hormati dan selalu singgah
Selamat kembali berblog - biarpun link tak sama tapi empunya yg sama.

Assalamualaikum BM...La tahzan..
Moga blog baru ini terus sukses.

Terima kasih kak Paridah. Selamat kembali...
InsyAllah...semoga ukhwah berpanjangan

Waalaikumsalam kaka Zakie,
Terima kasih kerana masih sudi bersama di blog yg lain pula. Semoga ukhwah kekal berpanjangan... :)

Waalaikumsalam cikgu,
Terima kasih atas kunjungan. :)
Semoga ukhwah berkekalan... InsyaAllah...

Assalammualaikum... BM,

semoga blog baru BM nie sukses dan terus maju yer... Amin,,,. :)

mselim3

Waalaikumsalam sahabat,
Terima kasih di atas sokongan. Semoga ukhwah berpanjangan.

Bahrain delete icon 10:56

Wah, dah ada domain sendiri. Dah lama tak jengah sini. Semoga terus sukses dalam dunia blog

salam, bro BM, sy tak tahu kenapa dan apa sebab berlaku kpd blog releks minda tapi sy harap dengan adanya laman baru ini mempu menghasilkan buah tangan yang lbih berkualiti, in Shaa Allah :)

Assalamualaikum BM, lama tak jenguk blog BM. Tahu2 dah ada blog baru. Nanti zumal nak baca kisah tu... Terima kasih kerana berkunjung di blog zumal yer...

Alhamdulillah BM masih ada..tertanya2 gak lama BM xupdate blog..smoga ukhwah kita berpajangan..

Salam.,. BM. Rupanya blog releksminda dah tiada lagi.... 1000 kali sayang. Moga blog baru ini lebih baik lagi daripada sebelumnya. Insha Allah....

sepanjang 3 tahun pun saya telah bertukar banyak blog..dan sehingga sekarang masih membina jenama..SEO belum mantap lagi..nak cepat dapat SEO boleh main kat WP..

walau apapun yang berlaku kena redha sahaja la..

Tahniah BM, memula tadi macam pening duk tangok nama domain..sebenarnya nama BM tetapi diterbalikkan yea..?

InsyaAllah... Semoga segalanya dipermudahkan. Terima kasih ya...

InsyaAllah... Tidak menjanjikan apa apa, cuma perkongsian sama spt Relaks Minda.
Terima kasih krn sudi bertamu...

Waalaikumsalam,
Semoga ukhwah berpanjangan. Terima kasih di atas kunjungan.

InsyaAllah...semangat berblogging itu masih membara...hehe
Terima kasih JS

InsyaAllah...semoga dipermudahkan.
Terima kasih Saudara Kamil...

InsyaAllah...semoga HB mencapai matlamatnya...
Belum bersedia nak guna WP sebab dah tak mampu nak study pasal WP. Akan datang....mungkin?
Thanks HB

Ya! Tepat sekali!
Terima kasih NAR... kunjungan dan sokongan amat-amat dihargai :)

semoga dgn blog baru nie terus berjaya ;)

Assalam BM.. maaf lama tak menyinggah sbb sedikit kekangan berblogging kebelakangan ni.. Apa pun terima kasih sbb maklumkan alamat ke rumah baru.. susah juga klu terjadi mcm tu.. ralat. Tapi takpelah.. dugaan masing2.. saya pun tak tau apa dugaan mendatang dlm berblog ni. Semoga BM tak patah semangat dan terus sukses berblog... aamiin.. :)

Selamat menempuh alam baru... semoga BM terus menghasilkan karya yang bermanfaat untuk semua tidak kira di mana juga blog ini berada... :D

InsyaAllah... Terima kasih IK. Semoga anda juga terus berjaya...

Waalaikumsalam KK,
Saudara Khir adalah blogger hebat yg dihormati & dikagumi, terima kasih di atas sokongan. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.

Salam BM ..Alhamdulillah kemabli berblogging ..Tahniah ya BM dapat buat entri yang best2 kat blog baru hehe..Semoga terus di beri kesempatan dan peluang utk terus menulis yang baik baik..InysaAllah..Best of luck BM..Ok akan terus singgah sini ..Jangan lupa singgah kita punya blog ya ..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap