بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum semua.. cuti hari raya aidilfitri akan disambut tidak lama lagi maka pasti ramai yang akan balik kampung lalu meninggalkan rumah kosong dalam tempoh yang agak lama. Selain itu pasti ada yang ingin menggunakan tempoh cuti yang panjang ini untuk melancong dan pelbagai aktiviti lain.

Berikut adalah langkah-langkah, tips serta amalan yang boleh dilakukan agar keselamatan rumah yang ditinggalkan selamat dari diceroboh masuk atau berlakunya kecurian. 

Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong

Tip dari PDRM


  1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
  2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).
  3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 
  4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.
  5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda. 
  6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.
  7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.
  8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 
    1. Nama dan alamat 
    2. Nombor telefon yang mudah dihubungi
    3. Tarikh berlepas dan balik
    4.  Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti
  9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk. 

Tip Cara Islam

Bagi yang beragama Islam, berikut adalah sedikit perkongsian untuk diamalkan semoga dengan ikhtiar ni Allah pelihara rumah serta harta benda kita dari dimasuki oleh percuri atau dimasuki oleh jin,  Insya Allah...

  • Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :
    1. Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
    2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
    3. Baca Ayatul Kursi.. (1x)
    4. Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x) "Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun" Yang Bermaksud : "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".
  • Lafazkan "Bismillahitawakkaltu'Alallah" ; "La haulawala khuwata illabillah 'ill 'Aliyil 'Aziim"


Semoga kita akan tenang dan aman untuk meninggalkan rumah serta mendapat perlindungan Allah SWT. Selamat menyambut hari raya aidilfitri dan selamat bercuti

Doa_Usaha_Ikhtair_tawakal_Redha

10 comments - "Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong"

paridah delete icon 12:50

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DIK BM N FAMILI...

Tips terbaik... Perlu berjaga-jaga lebih-lebih lagi kalau cuti terlalu lama...

Etuza delete icon 07:57

Baca Alfatihah boleh ka saudara Mad..

Etuza delete icon 07:57

Subahanallah ilmu yang baik2 belaka,..terima kasih ya

Mrs. A delete icon 17:40

Good tips.

tips yang baik..Izinkan saya share di blog

salam ziarah

Lepas usaha guna tips-tips tersebut, tawakal kepada Allah.

Wallahua'lam.

Bagus tips ni..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap