بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Perbandingan Perodua Bezza VS Proton Saga Baru (2016). Dua buah kereta buatan tempatan dalam kategori sedan kompak dalam segmen B ini telah menarik perhatian ramai apabila kedua-duanya dilancarkan serentak pada tahun ini.

Perodua Bezza dilancarkan pada bulan Julai 2016 merupakan sedan pertama dari Perodua manakala Proton Saga Baru 2016 adalah model Saga Generasi ke-3 dilancarkan dalam bulan September 2016. Kereta Sedan kompak yang bersaing bagi merebut pasaran kereta sedan paling murah dan ekonomi untuk sebuah keluarga kecil di Malaysia.

Bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan, berikut adalah perbandingan di antara varian model paling tinggi iaitu Perodua Bezza Advance dan Proton Saga Premium untuk melihat kelebihan dan kekurangan model kereta ini dari pelbagai sudut.

Perodua Bezza vs Proton Saga
Harga Perodua Bezza (OTR)
  • Perodua Bezza 1.0L Standard G - MT: RM37,300
  • Perodua Bezza 1.0L Standard G - AT: RM39,300
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X - MT: RM42,800
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X - AT: RM44,800
  • Perodua Bezza 1.3L Advance - AT: RM50,800
Harga Proton Saga (OTR)
  • Proton Saga 1.3L Standard MT - RM36,800
  • Proton Saga 1.3L Standard CVT - RM39,800 
  • Proton Saga 1.3L Executive CVT - RM42,800
  • Proton Saga 1.3L Premium CVT -  RM45,800

Perodua Bezza Advance VS Proton Saga Premium

Untuk penilaian seimbang, perbandingan ini adalah antara Perodua Bezza Advance VS Proton Saga Premium yang dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap penilaian serta ulasan adalah berdasarkan pendapat peribadi.

Spesifikasi Bezza VS Saga - Saiz
Spec Size
Proton Saga 1.3L Premium
Perodua Bezza 1.3L Advance
Fuel Tank Capacity (Litre)
40
36
Tyre/wheel size
185/55 R15 Silverstone Kruizer1 NS800 tyres
175/65 R14 alloy rims (5-spiral-spoke)
Overall L x W x H (mm)
4331 / 1689 / 1491
4150 / 1620 / 1510
Wheelbase (mm)
2465
2455
Kerb Weight (kg)
1075
930
Coef of Drag
0.33
0.28
Turning Radius (m)
5.1
4.5
Luggage capacity (l)
420
508

Perbandingan daripada sudut saiz ini memperlihatkan akan perbezaan ketara bahawa saiz luaran Proton Saga lebih besar berbanding Perodua Bezza namun ianya tidak bermakna semua bahagian dalaman menjadi lebih luas.

Walaupun Proton Saga tampak luas dan selesa dibahagian dalaman namun ianya kecil di bahagian but di mana hanya bersaiz 420L berbanding Perodua Bezza 508L.

Saiz Proton Saga juga menjadikan ia tidak nampak janggal sebagaimana Bezza yang kelihatan meninggi dan kurus. 

Spesifikasi & Rekabentuk Bezza VS Saga - Exterior (Front)
Perodua Bezza vs Proton Saga
Exterior - Front
Proton Saga 1.3L Premium
Perodua Bezza 1.3L Advance
Headlamp
Halogen headlamp
Double-reflector halogen lamp
Side Mirror
Electric With led signal
Electric With led signal
Fog Lamp
Yes
Yes
Suspension
McPherson Strut
McPherson Strut
Antenna
Normal antenna
Shark fin antenna
Front Sensor
Yes
Yes

Tiada perbezaan ketara dari sudut spesifikasi sama ada dari hadapan mahupun sisi kecuali penggunaan antena Shark fin pada Perodua Bezza menampakkan ia sedikit premium.
Rekabentuk
  • Masing-masing memberikan rekabentuk yang agak biasa, kemas dan selamat bagi sebuah model sedan tanpa perlu berlebihan. 
  • Tiada grill hadapan yang besar seperti Axia SE buat Bezza manakala Saga masih mengekalkan dna Saga sebelum ini cuma dengan rekaan lebih membulat serta bumber dengan identiti baru.
Spesifikasi & Rekabentuk Bezza VS Saga - Exterior (Rear)
Perodua Bezza vs Proton Saga
Exterior - Rear
Proton Saga 1.3L Premium
Perodua Bezza 1.3L Advance
Rear Lamp
Dual-Bulb lamp
Led
Fog Lamp
Yes
No
Suspension
Torsion Beam
Torsion Beam
Rear Spoiler
Yes
Yes
Trunk Lid
Manual open
Remote & Manual open
Reverse Sensor
Yes
Yes

Perbandingan dibahagian belakang atau rear paling mencuri tumpuan melalui spesifikasi berbeza pada lampu belakang di mana Bezza Advance menggunakan led manakala Saga Premium menggunakan lampu berkembar dengan mentol sahaja namun Proton telah meletakkan lampu kabus sebagai aksesori tambahan berbanding Bezza dengan reflector sahaja.

Bezza Advance juga menggunakan remote control untuk membuka but belakang yang sesuai dengan namanya yang 'advance'. Proton pula agak kedekut tanpa memberi pelapik trunk lid untuk model Premium. 

Rekabentuk
  • Kelebihan jelas pada rekaan belakang Proton Saga dengan rupabentuk menarik dan segar umpama kebanyakan jentera Eropah manakala Perodua Bezza pula agak biasa-biasa sahaja.
  • Paling ketara mendapat kritikan adalah pandangan Bezza dari belakang yang meninggi, kelihatan agak 'tonggek' dan pelik.

Spesifikasi & Rekabentuk Bezza VS Saga - Interior (Front)
Perodua Bezza vs Proton Saga
Interior - Front
Proton Saga 1.3L Premium
Perodua Bezza 1.3L Advance
Seat
Deluxe Fabric
Leather
Front Seat
Slide, recline & height adjuster
Slide, recline & height adjuster
Audio
Double Din
Touch Screen - Multimedia system with navigation & ‘Smart Link’
Speaker
2 Front and 2 Rear
2 Front and 2 Rear
Push Start Button
No
Yes
Steering
Hydraulic power with audio switches
Electric power with audio switches
Steering Adjuster
Tilt
No
Meter Display
Multi info display
Multi info display
Reverse Camera
At Rear View Mirror
At Audio System
Aircond
Manual
Manual
Cup Holder
2 Front + 2 Door
2 Front + 2 Door
Multipurpose Compartment
Yes
Yes
Power Mirror
Automatic
Automatic

Spesifikasi yang hampir sama namun tidak serupa. Perodua Bezza Advance memberikan pilihan sedikit lebih mewah berbanding Proton Saga dengan Audio Touch Screen, Push Start Button dan Leather Seat. Berpadanan dengan nilai harganya yang lebih tinggi.

Namun agak pelik juga apabila Perodua tidak menggunakn Steering Adjuster lalu memberikan sedikit kelebihan buat Proton Saga.

Segala keperluan asas yang diperlukan pula lengkap disediakan oleh kedua-duanya dan terbaik bagi sebuah model sedan yang paling murah dipasaran.

Rekabentuk
  • Keselesaan ruang dan rekabentuk tempat duduk hadapan adalah setara namun rekaan dashboard Bezza Advance kelihatan lebih menarik, moden dan kemas (sekali imbas macam dashboard Preve) berbanding Saga Premium yang agak ketinggalan sedikit seperti 90an... Umpama rekaan pada Exora pun ada.

Spesifikasi & Rekabentuk Bezza VS Saga - Interior (Rear)
Perodua Bezza vs Proton Saga
Interior - Rear
Proton Saga 1.3L Premium
Perodua Bezza 1.3L Advance
Rear Seat
Bench Fold (60:40) with fix headrest
Bench Fold (60:40) with adjustable headrest
USB
Yes
Yes
Power Mirror
Yes
Yes
Seat Back Pocket
Yes
Yes
Bottle Holder
2 Door
2 Door
Isofix & Top Tether
Yes
Yes

Dari sudut spesifikasi yang ditawarkan, kedua-duanya adalah sama. Tahniah apabila menawarkan tempat duduk yang boleh dilipat untuk lebih fleksibel. Manakala Isofik dan Top Tether pula sudah menjadi satu keperluan wajib ada pada setiap kereta masa kini. 

Hanya Perodua Bezza memberikan kelebihan dengan menggunakan headrest yang boleh dilaraskan. 

Rekabentuk
  • Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Proton Saga mengungguli dengan memberi lebih ruang dan keselesaan serta rekaan tempat duduk yang lebih ergonomik. Amat sesuai untuk perjalanan jauh. 
Spesifikasi Bezza VS Saga - Engine & Power
Perodua Bezza vs Proton Saga
Engine & Power
Proton Saga 1.3L Premium
Perodua Bezza 1.3L Advance
Engine
1.3L VVT, I4 DOHC 16V (timing belt)
1NR-VE with Dual VVT-i (timing chain)
Total Displacement (cc)
1,332
1329
Bore x Stroke (mm x mm)
76.0 x 73.4
72.5 x 80.5
Compression Ratio
10:01
11.5 : 1
Maximum Output (hp[kW]/rpm)
94 / 5750
70 / 6000
Maximum Torque (Nm/rpm)
120 / 4000
121/4000
Transmission
Auto CVT
Automatic 4AT
Fuel Consumption
5.7L/100km (with ECO Drive Assist )
4.5L/100km (with 'Eco Idle' system)

Spesifikasi yang nampak hampir serupa tetapi sebenarnya amat banyak bezanya. Walaupun kedua-duanya menggunakan enjin 1.3L tetapi Proton Saga memberikan lebih kuasa tetapi nilai max torque yang hampir serupa. Ini bermakna, pecutan adalah sama namun kelebihan buat Perodua Bezza kerana lebih ringan.

Perodua juga terus unggul dengan nilai penjimatan bahan api yang mengagumkan sehingga diiktiraf sebagai Kenderaan EEV, namun kredit juga wajar diberikan kepada Proton yang berjaya melakukan penambahbaikan dengan menyediakan ECO Drive Assist untuk lebih kilometer.

Spesifikasi Bezza VS Saga - Safety
Safety Features
Proton Saga 1.3L Premium
Perodua Bezza 1.3L Advance
Front Airbag
Dual Airbag
Dual Airbag
Alarm
Immobiliser
Immobiliser
ABS, EBD, VSC, BA, HSA, TRC
Yes
Yes
Asean NCAP
4 Star (13.33/16)
5 Star (15.38/16)

Kelebihan jelas kepada Perodua Bezza Advance dengan keupayaan mendapat penilaian 5 bintang dari Asean NCAP. Selain dari itu, tiada apa yang kurang pada spesifikasi keselamatan Proton Saga Premium ini.

Kedua-dua pengeluar kereta tempatan ini semakin menitik beratkan aspek keselamatan terhadap model-model terbaru keluaran mereka dan inisiatif ini wajar mendapat pujian.

Informasi lengkap spesifikasi, harga, variant dan gambar di sini:

Penilaian

Setelah menilai perbandingan di atas dapat dirumuskan bahawa kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Jika dibandingkan dari sudut harga, Perodua Bezza Advance memanglah lebih mahal sedikit namun bersesuaian dengan kelebihan yang diberikan terutama dibahagian dalaman (interior) dan aksesori. Mungkin Proton mempunyai perancangan untuk mengeluarkan model Saga SE Baru bagi menyaingi kelebihan tersebut.

Bezza juga menang dari sudut ekonomi dengan penjimatan bahan api yang sangat baik. Walaupun kelebihan sedikit dari sudut keselamatan namun ianya tidak memberikan nilai tambah yang begitu jauh bezanya.

Proton pula memberikan rekabentuk luaran yang sangat menarik dan mempersonakan dari sudut pandangan mata. Selain itu, Saga baru ini amat selesa dengan keluasan ruang dan ergonomik namun tewas dengan ruang but yang kecil berbanding Bezza.

Pilihan

Mahukan keseronokan pemanduan dan keselesaan dalam perjalanan, Proton Saga memberikan apa yang anda mahukan. Sekiranya mahukan sebuah kereta sedan yang jimat minyak, besar muatan bagasi dan praktikal di bandar, maka Perodua Bezza adalah jawapannya.

Pilihan di tangan anda. Kedua-dua produk tempatan ini menawarkan pilihan mengikut kehendak dan keperluan. Pilihlah dengan tepat kerana hanya anda yang tahu apa yang anda inginkan... Disyorkan agar memandu uji kereta-kereta ini terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.

Perbandingan lain: Proton Saga vs Proton Persona vs Perodua Bezza

14 comments - "Perbandingan Perodua Bezza vs Proton Saga"

proton sepoter delete icon 09:46

Penilaian bagus yg teliti dan realiti.

saya suka lagi saga dari bezza

nice sharing

Zool delete icon 22:00

Saya teruja dengan Proton Saga manual yang guna gear box (transmisi) dari Gatrag syarikat Jerman yg supply juga kpd BMW, Audi dan Volvo. Harga pula hanya RM 36,800. Berbaloi.

Nice artikel..nampak sikit perbezaan utk bezza n saga ni.. Apa2 pun plihan di tgn anda..huhu

paridah delete icon 12:15

YANG TERNYATA BEZA RUPA N HARGANYA TU HEH..HEJ..TERPULANG KPD PILIHAN MASING2.

bagasinya sangat luas

sangat keren bodynya

Tanpa Nama delete icon 15:23

Terbaik Saga baru, buatan anak tempatan. Saya sudah test drive, mantap, selesa dan berbaloi.

Tanpa Nama delete icon 08:24

Saga jadi pilihan.

Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. Mana yang rasa minat boleh dapatkanya.

Tanpa Nama delete icon 13:09

Saga cantik, Bezza tonggek

Tanpa Nama delete icon 21:35

"Centre of Gravity" Proton Saga lebih rendah berbanding Bezza. Ini mungkin menyebabkan Bezza mudah terbalik berbanding Saga.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap