بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Cara Jana Income Blog Lumayan: Jika punya blog, pasti tidak akan lengkap tanpa iklan. Selain dari penyeri, sudah tentulah fungsi meletakkan iklan adalah untuk menjana pendapatan atau income. Pelbagai pengendali pengiklanan untuk media sosial boleh dipilih.

Pada masa kini, berebut-rebut para blogger memohon dengan Google Adsense yang dikatakan mampu menjana pendapatan lumayan melalui iklan di blog. Namun tidak semua blogger berjaya kerana syaratnya yang agak ketat. Apakah pilihan pengiklanan yang terbaik selain Adsense yang membayar anda dalam nilai USD?

Sebelum ini, BM ada membuat review beberapa pengiklanan di blog yang boleh dijadikan alternatif buat blogger iaitu Mobicow, Bidvertiser, RevenueHits, Innity, H12 dan kali ini dengan pengiklanan AdsOptimal.

Iklan AdsOptimal - Alternatif Adsense

Review AdsOptimal

AdsOptimal merupakan pengiklanan luar negara yang sangat popular sebagai alternatif Google Adsense kerana ia memaparkan banner yang serupa paparannya dengan Adsense. Maka, pengguna AdsOptimal bolehlah perasan dan bangga seakan-akan menggunakan Adsense yang menjadikan iklan di blog tampak premium! Haha!

Ini adalah kerana AdsOptimal merupakan rakan (partner) kepada Google Adsense, Doubleclick, Criteo dan LifeStreet Media, maka keyakinan terhadap iklan yang dipaparkan adalah selamat, mengikut negara dan bertepatan dengan niche serta keyword blog anda.

Tapi apa yang lebih penting bukanlah paparan banner tersebut tetapi income yang mampu dijana! Sering kita dengar pengguna Adsense mengeluh... Walaupun trafik tinggi tapi income nya cuma ciput! Maka, guna iklan Adsense juga bukanlah bermakna anda pasti akan dapat income tinggi.

Bagaimana dengan AdsOptimal? Lumayankah income jika guna pengiklanan ini? Pasti ia persoalan utama yang ingin diketahui. Sebelum itu kita lihat apakah cara pendapatan yang ditawarkan oleh AdsOptimal.

Iklan AdsOptimal

Sebagaimana pengiklanan antarabangsa yang lain, Ads Optimal menggunakan dua cara untuk menjana pendapatan dengan iklan iaitu melalui PPC dan CPM. Kedua-duanya berjalan serentak.

Terdapat dua pilihan jenis iklan iaitu banner dan mobile ads, Banner boleh diletakkan untuk paparan di desktop, tablet dan juga mobile namun pilihan saiz agak terhad. Kekurangan yang paling ketara adalah format iklannya yang tidak responsive.
  • Pilihan Saiz Banner - 300X250, 728X90, 300X100, 160X600 dan 320X50
Selain tidak responsive, iklan AdsOptimal juga agak lambat untuk loading, namun masih pada tahap boleh diterima.
Iklan AdsOptimal - Jenis-jenis Banner

Manakala untuk Iklan Mobile, anda juga diberi pilihan akan jenis-jenis iklan serta cara paparan iaitu:
  • Banner - Large, Small-Medium dan Sticky Bottom
  • Intertitials
  • Smart Bottom 
Anda digalakkan menggunakan Smart Bottom untuk menjana income yang tinggi. Iklan Smart Bottom juga lebih baik dan mesra viewers berbanding iklan Intertitial kerana tidak mengganggu pengguna dengan halaman Pop-up.

Iklan AdsOptimal - Pilihan iklan Mobile

Income Dari AdsOptimal

Sekarang kita lihat akan jumlah income melalui iklan AdsOptimal ini. Income yang tertera adalah dari blog BM yang bermula pada 8 September yang lalu. BM menggunakan iklan Banner 3 unit dan iklan Smart Bottom.

Alhamdulillah... Dalam tempoh 20 hari, sudah menjana sebanyak 78 USD! Adakah ianya lumayan? Bagi BM ianya agak lumayan dengan nilai purata 4~5 USD setiap hari pada minggu terakhir ini! Tapi mungkin bagi pemilik iklan Google Adsense ianya adalah satu nilai yang kecil... Sekurang-kurangnya, lebih lumayan dari pengiklanan yang lain.

Iklan AdsOptimal - Jumlah Income
Iklan AdsOptimal - Jumlah Income

Cara dan Syarat Permohonan

Untuk memohon menjadi Publisher AdsOptimal memerlukan beberapa syarat yang mudah. Anda mesti mempunyai blog dan trafik dalam lingkungan 100K PV Sebulan. Setiap permohonan akan di review terlebih dahulu dalam beberapa hari untuk kelulusan.

Setelah lulus, blog anda akan diberi status akaun level sama ada Gold, Silver atau Bronze. Sudah tentulah status akaun level Gold mendapat kelebihan Premium yang memberikan nilai tambah yang tinggi untuk perolehan. Antara penilaian untuk mendapat Status Gold adalah Blog yang mempunyai PageRank yang baik iaitu di bawah 600K (Global).
Berita baik buat setiap permohonan yang berjaya, anda akan mendapat secara percuma 15 USD sebagai extra credit! Amat Menarik! Lulus sahaja dah dapat duit! Maka... tak rugi memohon pengiklanan AdsOptimal ini. Cepat Apply! Sebelum tawaran ini berakhir!

Jika anda berminat untuk memohon menjadi Publisher AdsOptimal, sila ke website berikut: AdsOptimal SignUp atau klik sahaja banner di bawah ini:
Iklan AdsOptimal - SignUp

Bagi jumlah pengeluaran pula, minimum 50 USD dan boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila mencapai limit tersebut. Proses bayaran pula menggunakan akaun PayPal

Alternatif Adsense

Buat masa ini, dapat BM rumuskan bahawa pengiklanan di blog yang menjadi alternatif terbaik bagi Google Adsense adalah AdsOptimal. Bukan hanya dari sudut paparan iklan yang hampir sama tetapi perolehan income juga agak lumayan. 

Sekiranya blog anda mempunyai trafik yang tinggi dan bermasalah untuk lulus Google Adsense, AdsOptimal adalah jawapannya.

Semoga review ringkas ini dapat memberi anda pilihan dan mengetahui lebih lanjut tentang pengiklanan AdsOptimal serta sebagai pilihan selain dari Google Adsense buat mereka yang berminat.

p/s: Kenapa BM tak guna iklan Adsense? Bukan tidak mahu tetapi ingin mencuba dan menilai pelbagai pengiklanan lain disamping melihat perolehannya. Jika dah guna Adsense, tidak semua pengiklanan lain boleh diletakkan bersama... 

10 comments - "Income Iklan Blog AdsOptimal Lumayan "

alhamdulillah..blog akak diterima utk pasang google adsense..

nice sharing

Tahniah! Bolehlah akak nanti kongsikan income iklan Adsense. Mesti lumayan!

paridah delete icon 16:22

Tahniah belum cuba pasang iklan lain di blog kecuali nuffnang

Sy dah cuba dan masih lagi dalam proses kenal mengenal. Memang lumayan income BM..;)

Baca sambil tenganga..banyak nyerrr nak kene belajar lagi ni

Boleh pasang pada blog lirik lagu x?

Tidak ada pula syarat niche blog tertentu. Kira bolehlah kalau menepati syarat yg dikehendaki. Tak rugi pun mencuba...

account level tu akan terupdate sendiri ke kalau kite dah dpt reach status gold cmtu?

Anda perlu memohon dgn adsoptimal dan nyatakan sebab account anda perlu dinaikkan tarafnya

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap