بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, BM ingin memanjatkan syukur kepada Allah SWT di atas kurniaan kesejahteraan, kesihatan dan kebahagian buat kita semua... Semoga dipanjangkan umur dan beroleh keberkatan dalam kehidupan di dunia yang sementara ini.

Baru sahaja beberapa hari yang lepas, Blog Relaks Minda beroleh jumlah pageviews (PV) 10 juta, dan hari ini, 24 September 2016; Blog BinMuhammad pula mencapai pageviews (PV) 2 juta. Syukur Alhamdulillah...

Blog ini asalnya diwujudkan berikutan masalah pada Blog Relaks Minda. Pada 13 Ogos 2015 maka entri pertama pun diterbitkan dan kini sudah berusia 1 tahun 11 hari, catatanlah angka 2 juta PV tercatat di Blogger Stats.

Tidak pernah menjangkakan pencapaian sepantas ini namun semuanya menjadi kenyataan hasil dari kunjungan anda semua... Para sahabat dan tetamu Blog BinMuhammad yang amat dikasihi dan dihargai selalu... Terima Kasih.

Setahun Trafik Blog Capai Angka 2 Juta PV

Rahsia Trafik Tinggi

Apakah yang menarik minat pengunjung untuk datang singgah ke Blog yang tidak popular ini? Blog perkongsian minat, informasi, peribadi dan blogging ini bukanlah blog yang sarat dengan perkongsian hebat, sensasi dan viral namun masih dapat juga mencuri sedikit perhatian.

Tunjang trafik blog ini sebenarnya datang dari perkongsian informasi berkaitan industri automotif. Perkogsian minat yang mendalam BM terhadap industri ini tidak dapat dipisahkan berikutan lebih 10 telah bergelumang dalam industri ini sebelum berhenti pada tahun 2010.

Selain daripada perkongsian informasi semasa industri automotif negara, terdapat juga beberapa pandangan dan pendapat serta informasi umum tentang industri ini.

Namun perkongsian topik sebegini bukanlah penentu dan mampu meraih pengunjung yang ramai sekiranya tanpa ada sebarang bantuan dan usaha. Bantuan yang dimaksudkan di sini adalah dari enjin carian Google Search kerana sumber trafik utama adalah dari situ!

Maka perlu ada usaha untuk menjadikan blog mendapat perhatian robot enjin carian agar setiap posting berada di kedudukan yang baik terutama dihalaman hadapan SERP. Caranya hanya satu iaitu SEO!

Topik yang pastinya ditulis oleh ramai blogger dan oleh halaman portal serta berita, maka persaingan amat sengit dan sekiranya tiada kekuatan SEO, pasti akan gagal mendapat perhatian untuk berada diposisi terbaik di enjin carian Google. Inilah sebenarnya rahsia untuk mencapai trafik yang tinggi dan pantas.
Oleh itu... Jika anda juga mahukannya, maka kongsikanlah tentang topik informasi semasa. Namun harus diingat, ianya hanya berjaya sekiranya anda mampu bersaing untuk berada di kedudukan terbaik di enjin carian!

Thank You

Jangan cemburukan blog BM ya... kerana ramai blogger lain yang lagi hebat di luar sana! Jangan pula ada yang kecam, terasa dan annoyimg pula ya... kerana BM hanyalah blogger picisan yang melukut di dunia blogging Malaysia ini. BM hanya berkongsi berdasarkan dari pengalaman dan apa yang dipraktikkan... Ilmu yang sedikit dikongsi bersama.

Setahun Trafik Blog Capai Angka 2 Juta PV - Terima Kasih

Jutaan TERIMA KASIH kepada semua sahabat yang tidak jemu-jemu berkunjung dan memberi sokongan walaupun tiada kunjungan balas atau komen buat anda. BM memang terasa bersalah namun agak sukar buat BM yang kekurangan masa untuk blogwalking. Ampun dan maaf...

Jutaan TERIMA KASIH buat semua tetamu yang singgah di blog BinMuhammad. Semoga anda beroleh manfaat dan mendapat apa yang dihajati. Sekiranya ada kekurangan dan kesilapan... Ampun dan maaf juga dipinta.

Jutaan PV tidak memberi makna andai tiada keikhlasan dan keredaan dari anda semua... Love U All

p/s: Andai 2 juta PV bernilai RM2 juta... Wah! Jutawan ler teman... Boleh kongsi wang bersama anda semua!

3 comments - "Setahun Trafik Blog Capai Angka 2 Juta PV "

tahniah... hebat betul sebab blog tuan banyak backlink berkualiti.

hehehe..tahniah BM

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap