بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Proton Saga Baru 2016 dilancarkan secara rasmi pada 28 September 2016. Saga Generasi ke-3 ini meneruskan legasi model kereta ikon Proton yang kini sudah 31 tahun berada dipasaran. Proton Saga berada dalam kategori Sedan Kompak dalam Segmen A yang akan bersaing dengan model Perodua Bezza.

Proton Saga terkenal sebagai sebuah kereta sedan rakyat paling mampu milik yang mempunyai ruang dalaman yang selesa dan sesuai buat sebuah keluarga kecil dan menjadi pilihan sebagai kereta pertama.

Proton Saga Baru 2016 ini menggunakan platform model sebelumnya tetapi pelbagai peningkatan, penambahbaikan dan perubahan spesifikasi, rekabentuk, saiz serta dimensi yang ketara.

Proton Saga Baru 2016

Rekaannya kini lebih membulat berbanding sebelumnya dengan saiz dan keluasan yang bertambah. Rekabentuk yang moden tetapi masih mengekalkan dna atau adentiti Saga disamping keselesaan serta keselamatan tetap diutamakan.

Proton telah menjadikan casis Saga Baru ini 20 peratus lebih keras, memperkenalkan tindakbalas stereng yang lebih pantas (peningkatan sistem hidraulik) dan penutupan pintu yang lebih ringan.

Berikut adalah perbandingan antara Proton Saga Baru 2016 dan Lama (Saga FLX):

Proton Saga 1.3L 2016
Proton Saga 1.3L FLX
Enjin
1.3L VVT
1.3L IAFM+
Kuasa
94HP @ 5,750rpm
94HP @ 6,000rpm
Maksimum Tork
120Nm @ 4,000rpm
120Nm @ 4,000rpm
Transmisi
Manual 5 Kelajuan
Automatik CVT
Manual 5 Kelajuan
Automatik CVT
Pecutan (0-100km/j)
Manual : 12.2 saat
Auto CVT : 13.1 saat
Manual : 13 saat
Auto CVT : 14.5 saat
Jarak Roda
2,465mm
2,465mm
Suspensi
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Saiz (P x L x T)
4,331mm x 1,689mm x 1,491mm
4,278mm x 1,680mm x 1,520mm
Kapasiti Boot
420 liter
413 liter
Penjimatan
Manual : 5.4l/100km
Auto CVT : 5.6l/100km
Manual : 6.0l/100km
Auto CVT : 6.3l/100km
Asean NCAP
4 Bintang
3 Bintang

Selain itu, ECU juga telah ditala semula untuk mempertingkatkan tindak balas CVT, tapak enjin tiga punca untuk memberikan nilai NVH yang lebih baik dan juga perbezaan berikut:
  • Steering rack lebih tepat dan pantas (nisbah 16:1 daripada 20:1)
  • Radius membelok lebih kecil (5.1 m berbanding 5.3 m)
  • Penutupan pintu lebih ringan (15 kgf berbanding 25 kgf)
  • Kuasa stereng lebih ringan (2.75 kgf berbanding 3.0 kgf)
  • Lebih tahan daya kilas (12,000 Nm/deg berbanding 10,000 Nm/deg)
Proton Saga Baru 1.3L 2016 vs Lama 1.3L FLX

Sebagaimana Persona Baru 2016, Proton Saga Baru ini turut mendapat pakej pemanduan dan kawalan yang dipertingkat, diantaranya adalah menggunakan tayar dengan rintangan golek lebih rendah untuk memberi cengkaman atas jalan basah lebih baik (lebih senyap 2db), ABS, EBD dan ESC.

Harga & Spesifikasi

Proton Saga Baru 2016 ini berharga di antara RM36,800-RM45,800 dengan pilihan empat varian. Harga (On The Road) Proton Saga 2016 seperti berikut:
  • Proton Saga 1.3L Standard MT - RM36,800
  • Proton Saga 1.3L Standard CVT - RM39,800 
  • Proton Saga 1.3L Executive CVT - RM42,800
  • Proton Saga 1.3L Premium CVT -  RM45,800
Setiap pembelian turut dilidungi dengan jaminan 3 + 2 tahun atau 150,000km yang mana sampai dahulu. Enam warna pilihan ditawarkan pada model baru Proton Saga 2016
  1. Midnight Black
  2. Metal Grey (warna baharu)
  3. Fire Red
  4. Topaz Blue (warna baharu)
  5. Cotton White
  6. Stirling Silver
Proton Saga Baru 2016 - pilihan warna

Berikut adalah spesifikasi (spec) lengkap untuk setiap varian Proton Saga 2016 yang ditawarkan:

1. 2016 Proton Saga 1.3L Standard MT
2. 2016 Proton Saga 1.3L Standard CVT
  • Enjin 1.3 litre VVT
  • 94 hp, 120 Nm
  • Ecodrive Assist
  • Lampu utama halogen Reflector
  • Lampu kabus belakang
  • Pengesan jarak hadapan dan belakang
  • Rim besi 13 inci (dengan tayar Silverstone Synergy M3 saiz 175/70)
  • Cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat
  • Cermin sisi larasan manual
  • B-pillar warna badan
  • Kemasan dalam hitam
  • Unit audio Single-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
  • Tempat mengecas USB
  • Tempat duduk fabrik serba hitam
  • Tempat duduk pemandu dengan ketinggian yang boleh dilaras
  • Ruang but 420 liter dengan tayar simpanan jimat ruang
  • Tempat duduk belakang boleh lipat 40:60
  • Trim pintu plastik
  • Tapak cangkuk ISOFIX
  • Dua beg udara
  • Brek cakera hadapan dan brek dram belakang
3. 2016 Proton Saga 1.3L Executive CVT (Tambahan dari Model Standard)
  • Brek ABS dengan EBD
  • Lampu kabus hadapan
  • Rim aloi 14 inci ‘snowflake’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/60)
  • Cermin sisi, pemegang pintu dan kemasan belakang berwarna sama seperti badan
  • Cermin sisi berkuasa elektrik
  • B-pillar warna hitam
  • Penghadang angin pada but belakang
  • Kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng
  • Tempat duduk fabrik bercorak mesh
4. 2016 Proton Saga 1.3L Premium CVT (Tambahan dari Model Executive)
  • Rim aloi 15 inci ‘turbine’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/55)
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Hill-hold Assist
  • Unit audio Double-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
  • Kemasan kelabu berkilat pada tombol gear dan sekeliling
  • Tempat duduk fabrik bercorak gelombang
  • Kamera undur (dengan paparan bersepadu pada cermin pandang belakang)
  • Butang kawalan audio pada stereng
Proton Saga 2016 - Exterior
Proton Saga 2016 - Interior
Proton Saga 2016 - Interior

Tak Puas tengok gambar... Layan Video Proton Saga Baru 2016!
Proton Saga Baru 2016 - spesifikasi
sumber info dan gambar: Paultan.org

Model Baru 2016

Keghairahan terhadap model-model kereta baru tempatan kini semakin hebat! Bermula dengan Proton Perdana dan diikuti dengan Perodua Bezza, dunia automotif Malaysia terus meriah dengan pelancaran model Persona. Belum pun reda adrenalinnya... Kini, Proton Saga Baru pula menerjah di pasaran.

Baca Juga:
Sudah pasti, Pekerja Proton merupakan yang paling sibuk! Satu persatu model baru mereka keluarkan dan ianya belum berakhir kerana pada bulan Oktober nanti sebuah MPV Baru dari Proton akan dilancarkan!

Semoga berjaya buat Proton... Teruskan memberikan kami kereta yang menarik, ekonomi, moden, selesa, selamat dan seronok untuk dipandu. Utamakan kualiti, reabiliti dan servis kerana kuantiti sahaja tidak menjamin kejayaan seandainya keutamaan ini diabaikan. 

7 comments - "Proton Saga 2016 Harga, Spesifikasi, Variant & Gambar"

Tanpa Nama delete icon 09:42

Nice outputs by proton. Economy n trendy. Alhamdulillah, can make a decision now.

Tanpa Nama delete icon 23:23

cute...

Tanpa Nama delete icon 09:50

Tahniah Proton.. semakin berdaya saing dengan rekaan yang semakin elegant. Walau lum pernah membeli kereta dari Proton tapi sekarang dah boleh fikir untk third car..Syabas Proton!!

Tanpa Nama delete icon 15:26

Sudah test drive, kereta terbaik dalam kategorinya,

Nampak cantik proton baru ni. Harap tak ada masalah lagi. Terbaik proton.

Ramai yang nampak suka kereta ni. Lebih cantik dari yang sebelum ni.

Handling @ cornering boleh tahan superb..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap