بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kereta Proton Saga merupakan kereta nasional pertama negara. Ianya menjadi sebuah model kereta paling ikonik buat setiap warganegara Malaysia dan sebagai pemangkin kepada peralihan dari sebuah negara berlandaskan pertanian dan petroliam kepada industri berskala besar.

Kereta Proton Saga mendapat namanya dari buah saga (Adenanthera pavonina) yang dinamakan oleh seorang pesara tentera, Ismail Jaafar melalui peraduan menamakan kereta pertama negara ini. Beliau dipilih sebagai pemenang setelah menamakan SAGA yang membawa maksud Safety, Achievement, Greatness, Ability.

Proton Saga dilancarkan secara rasminya pada 9 July 1985 telah melonjakkan imej negara Malaysia sebagai salah sebuah negara membangun yang berjaya dengan berteknologi tinggi untuk bersaing dalam industri automotif dunia.

Kini, setelah 31 tahun... Model kereta Proton Saga mengalami begitu banyak perubahan. Evolusi yang bukan sahaja dari sudut rekabentuk tetapi kemodenan secara keseluruhan termasuklah teknologi enjin, transmisi, spesifikasi, pemanduan dan tahap keselamatan serta keselesaan mengikut kehendak dan kemajuan arus semasa,

Namun hanya satu yang masih tidak berubah, Proton Saga tetap menjadi kereta rakyat di mana ianya kekal menjadi kereta sedan paling murah dan mampu milik oleh semua golongan di Malaysia.

Model Kereta Proton Saga

Jom kita imbas kembali akan evolusi perubahan model kereta Proton Saga ini sejak dari Generasi Pertama sehinggalah sekarang...

Kereta Proton Saga Generasi Pertama

Proton Saga Generasi Pertama merupakan antara model kereta yang paling lama dikeluarkan iaitu selama 23 tahun iaitu dari 1985 hingga 2008. Sepanjang tempoh tersebut, ia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perubahan utama:

1. Proton Saga (1985–1992)
Proton Saga pertama ini adalah model rebadge kereta Mitsubishi Lancer Fiore yang dikuasakan oleh enjin 1.3L Mitsubishi Orion 4G13 (1985-87). Dalam tempoh ini juga Proton Saga telah mengalami peningkatan dari sudut enjin dan teknikal iaitu kepada Saga Magma (1987-90) dan seterusnya Saga Megavalve (1997-2003).

Selain itu, enjin 1.5L juga diperkenalkan pada Januari 1987 dan versi hatchback yang dikenali sebagai Proton Saga Aeroback turut dilancarkan pada Oktober 1987. Antara yang terkenal adalah varian Saga Knight.

Model Kereta Proton Saga

2. Proton Saga Iswara (1992–2003)
Ianya merupakan model facelift yang dilancarkan pada 15 Ogos 1992. Nama Iswara diambil dari nama spesis rama-rama yang terdapat di Sarawak iaitu 'Papilio iswara'. Proton Saga Iswara hanya mengalami perubahan rekabentuk luaran sahaja untuk model sedan dan juga hatchback.

Namun pada 2001, Proton Saga Aeroback SE (Special Edition) dikeluarkan dan ia merupakan model pertama yang menggunakan kepakaran serta teknologi kawalan dan pemanduan (ride & handling) dari Lotus.

Model Kereta Proton Saga Iswara

3. Proton Saga LMST (2003–2008)
Model facelift terakhir Generasi Pertama ini mendapat sentuhan perubahan bukan sahaja dari sudut luaran tetapi juga dalaman dengan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta Lotus Elise dengan panel digital.

Proton Saga LMST dilancarkan pada 2003 ini hanya menawarkan model hatchback dengan enjin 1.3L. Namun kuasanya telah dipertingkatkan dari 77 kepada 83Hp.

Model Kereta Proton Saga LMST

Kereta Proton Saga Generasi Kedua 

Dari platform model hatchback Proton Savvy, Proton Saga Generasi Kedua dibangunkan dan mula dilancarkan pada 18 Januari 2008. Ianya menggunakan rekaan dan teknologi sepenuhnya dari jurutera Proton dengan bantuan kepakaran Lotus dan LG CNS. Kini sudah hampir 9 tahun dan model ini akan berakhir pada September 2016.

Model Proton Saga Generasi Kedua hanya keluarkan dalam versi sedan (versi hatchback adalah Proton Savvy) dan sebanyak tiga peringkat perubahan dilakukan sepanjang tempoh keluaran model tersebut iaitu:

1. Proton Saga BLM (2008-2010)
Model Saga BLM menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L sebelum model Saga BLM SE muncul pada Julai 2009 dengan menawarkan pilihan enjin CamPro 1.6L. Ianya dikategorikan dalam segmen A sebagai sedan kompak iaitu penurunan dari Segmen B pada Generasi Pertama.

Model Kereta Proton Saga BLM

2. Proton Saga FL (2010-2011)
Mula dilancarkan pada 30 November 2010, Proton Saga FL merupakan facelift rekaan luaran dengan sentuhan yang lebih kemas dan pertambahan spesifikasi. Perubahan ketara adalah pada lampu dan bumper hadapan dan belakang. Saga FL juga dilengkapi dual airbag sebagai standard keselamatan.

Untuk varian 1.6L, Proton Saga FL Executive dilancarkan pada Mei 2011.

Model Kereta Proton Saga FL

3. Proton Saga FLX (2011-2016)
Facelift kali kedua ini dilakukan hanya setelah 8 bulan model FL dikeluarkan. Tiada perubahan rekabentuk tetapi peningkatan dilakukan ke atas enjin, transmisi dan tahap keselamatan.

Enjin CamPro IAFM+ dengan Transmisi Auto CVT dan 5-speed Getrag manual diperkenalkan. Untuk keselamatan, selain dual airbag, kini terdapat pilihan tambahan iaitu sistem anti-lock braking system (ABS) dan electronic brakeforce distribution (EBD).

Varian Proton Saga FLX SE 1.6L IAFM+ turut dilancarkan kemudiannya pada November 2011. Varian Saga FLX SV dengan harga yang lebih murah dilancarkan pada 15 Jun 2013. Akhir sekali varian Saga FLX Plus pada Ogos 2015.

Model Kereta Proton Saga FLX
sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Proton_Saga_(second_generation)

Kereta Proton Saga Generasi Ketiga

Model Terbaru Saga Generasi Ketiga akan dilancarkan pada 28 September 2016. Ianya menggunakan platform Iriz, Proton Saga R (replacement) 2016 ini mendapat sentuhan rekabentuk baru dan terkini namun masih mengekalkan identiti Proton Saga sebelum ini.

Model Kereta Proton Saga Baharu 2016

Perbandingan Spesifikasi Proton Saga 

Proton Saga
Proton Saga Iswara
Proton Saga LMST
Proton Saga BLM/FL/FLX
Proton Saga R(2016)

Sedan
Aeroback
Sedan
Aeroback
Aeroback
Sedan
Sedan
Harga
RM18,800 – RM36,000
RM31,500 – RM45,500
RM37,000 – RM46,000
Jarak Roda (mm)
2,380
2,465
2,465
Panjang (mm)
4,311
4,048
4,278
4,110
4,048
4,278
4,331
Lebar (mm)
1,655
1,655
1,680
1,655
1,626
1,680
1,689
Tinggi (mm)
1,360
1,360
1,520
1,360
1,346
1,520
1,491
Enjin
1.3L Orion/ Magma/ Megavalve 4G13 I4 & 1.5L Orion/ Magma/ Megavalve 4G15 I4
1.3L Orion/ Magma/ Megavalve 4G13 I4 & 1.5L Orion/ Magma/ Megavalve 4G15 I4
1.3L CamPro IAFM & 1.6L CamPro IAFM
1.3L Megavalve 4G13 I4
1.3L Megavalve 4G13 I4
1.3L CamPro IAFM & 1.6L CamPro IAFM
1.3L VVT
Kuasa
77 HP / 92 HP
77 HP / 92 HP
94HP / 110 HP
83 HP
83 HP
94HP / 110 HP
94HP
Transmisi
Manual – 5 Speeds
Auto – 3 Speed
Manual – 5 Speeds

Manual – 5 Speeds
Auto – 4 Speed / CVT
Manual – 5 Speeds
Auto – CVT
Tangki
45 liter
40 liter
40 liter
Suspensi
Depan - MacPherson strut, coil spring & stabilizer bar
Belakang - Trailing arm, coil spring & stabilizer bar
Depan - MacPherson strut
Belakang – Torsion Beam
Depan - MacPherson strut
Belakang – Torsion Beam

Proton Saga merupakan model paling penting dalam keluaran kereta Proton. Ianya sudah sinonim dalam kehidupan rakyat Malaysia. Hampir semua rakyat Malaysia pernah menaiki Proton Saga.

Bagi mereka yang mempunyai sebuah keluarga yang sederhana dan kecil, Proton Saga merupakan pilihan kenderaan paling berbaloi untuk dimiliki.

Walaupun kini tidak lagi menjadi model terlaris dipasaran namun permintaannya masih tinggi dan wajar dikekalkan sebagai satu legasi yang menyaksikan jatuh bangun industri automotif negara.

Proton Saga baru sahaja mencapai generasi ke tiga namun model ini telah berusia lebih 30 tahun! Sudah tiba masanya Proton Saga untuk meneroka pasaran yang lebih luas diseluruh dunia.

7 comments - "Evolusi Model Kereta Proton Saga"

kereta pertama abah saya ialah proton saga panjang tu..hehee..sampai skrg ade lagi dengan plat WCT warna putih ;)

Dah lama kereta saga ni. Cantik maksud di sebalik nama yang dipilih.

Setelah 31 tahun Saga mendapat nama dan pelbagai jenis model di keluarkan.

nice sharing

paridah delete icon 22:18

Menarikk sejarah SAGA ni...kak pernah terfikir juga nak namakan kereta ni SAGA juga tapi xhantar penyertaanpun..simpan dlm hati je heh..heh...

Zool delete icon 22:08

Saya pernah pakai Saga Magma, lepas tu Saga Iswara Sedan. Isteri pula Saga Iswara Aeroback dan Saga BLM. Anak pula Saga FLX. Semua tiada masalah. Sekarang pakai Preve turbo.

dari dulu minat kereta keluaran Proton.. alhamdulillah skrg pkai Saga LMST :)
sangat puas hati, performance pon xpenah hampa :) will always support Proton ^_^

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap