بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Di Malaysia, Kereta sedan adalah antara pilihan pengguna yang paling popular dan digemari. Ianya mempunyai pasaran yang sangat luas dengan pelbagai model kereta dari pelbagai jenama pengeluar bersaing untuk memikat pembeli.

Bagi sebuah keluarga kecil dan sederhana, memilih kereta sedan adalah pilihan terbaik kerana dapat membawa penumpang dengan selesa disamping ruang bagasi yang besar. Begitu juga sebuah syarikat yang memilih kereta sedan sebagai kereta syarikat di atas faktor yang serupa.

Kereta kompak (compact) sedan dalam Segmen A dan B merupakan model pilihan terbanyak dan popular berikutan beberapa kriteria yang menjadi faktor pengguna membuat pilihan. Antaranya yang utama adalah:
  • Harga mampu milik
  • Ekonomi atau jimat minyak
  • Saiz dan ruang bagasi
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia
Apakah model kereta sedan terkini yang paling popular menjadi pilihan rakyat Malaysia? Pasti sukar membuat pilihan jika anda mempunyai bajet terhad namun yang pasti setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan, maka perlulah bijak membuat pilihan mengikut minat, kesesuaian, keperluan dan kemampuan.
Ketahui di sini: 10 model kereta paling popular di Malaysia 2016

Perkongsian kali ini memberi sedikit informasi akan model kereta kompak (compact) sedan yang terdapat di pasaran negara ini untuk memudahkan sesiapa sahaja yang ingin membuat pilihan.

Pilihan Kereta Sedan Segmen A & B di Malaysia

Berikut adalah pilihan serta perbandingan harga, rekabentuk dan spesifikasi setiap model dan jenama kereta sedan popular serta mampu milik Saiz Ultracompact - segmen A & Saiz Compact - Segmen B (harga di bawah RM100,000) terkini yang ditawarkan di pasaran Malaysia.

Segmen A - UltraCompact Sedan

Perbandingan Perodua Bezza 1.3L vs Proton Saga 1.3L

Perodua Bezza 1.3
Proton Saga FLX 1.3
Saiz (PxLxT)
4,150mm x 1,620mm x 1,510mm
4,278mm x 1,680mm x 1,520mm
Jarak Roda
2,455mm
2,465mm
Suspensi
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Sistem Brek
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Berat
900kg – 930kg
1,017kg – 1,080
Enjin
1.3L Dual VVT-i
1.3L CamPro IAFM
Transmisi
4 Speed Auto & Manual
Auto CVT & Manual
Kuasa (HP)
101HP
94HP
Ruang But
508L
413L
Tangki Minyak
36L
40L

Perodua Bezza 1.3L
Perodua Bezza merupakan model kereta sedan pertama keluaran Perodua dengan menggunakan platform Axia.  Terdapat 2 pilihan enjin iaitu 1.0L dan 1.3L. Kereta sedan kompak yang paling ekonomi serta menjimatkan!
  • Enjin: 1.3L (1,329cc)
  • Max. output (DIN) kW[PS]/rpm - 70/6000
  • Max. torque (DIN) Nm[kg.m]/rpm - 121/4000
Berikut adalah harga rasmi Perodua Bezza untuk setiap variant:
  • Perodua Bezza 1.0L Standard G - Manual: RM37,300
  • Perodua Bezza 1.0L Standard G - Automatik: RM39,300
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X - Manual: RM42,800
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X - Automatik: RM44,800
  • Perodua Bezza 1.3L Advance - Automatik: RM50,800
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Perodua Bezza
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Proton Saga
Kereta Sedan pertama keluaran Proton ini merupakan model kereta sedan terlaris di Malaysia. Kini ianya akan memasuki generasi ke tiga yang dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2016
  • Enjin: 1.3L (1,332cc)
  • Maximum Output (hp[kW]/rpm)  - 94 (70) / 5750
  • Maximum Torque (Nm/rpm) - 120 / 4000
Berikut adalah harga rasmi Proton Saga untuk setiap variant:
  • Saga Plus Manual - RM34,420.00 / Metallic & RM33,970.00 / Solid
  • Saga Plus Auto CVT - RM38,080.00 / Metallic & RM37,630.00 / Solid
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Proton Saga
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Segmen B - Compact Sedan

Perbandingan Volkswagen Vento 1.6L vs Kia Rio Sedan 1.4L vs Proton Persona 1.6L

Volkswagen Vento 1.6L Comfortline
Kia Rio Sedan 1.4L
Proton Persona 1.6 (2016)
Saiz (PxLxT)
4,384mm x 1,699mm x 1,466mm
4,365mm x 1,720mm x 1,455mm
 4,387mm x 1,722mm x 1,554mm
Jarak Roda
2,552mm
2,570mm
2,555mm
Suspensi
Depan – McPherson Strut
Belakang – Semi Independent Trailing Arm
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Sistem Brek
Depan – Ventilated Disc
Belakang – Solid Disc
Depan – Ventilated Disc
Belakang – Solid Disc
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Berat
1,178kg
1,093kg – 1,141kg
1,020kg - 1,130kg
Enjin
1.6L 4 Cylinder DOHC 16V
1.4L Gamma DOHC CVVT
1.6L VVT
Transmisi
6 Speed Auto with Tiptronic
4 Speed Auto
Auto CVT & Manual
Kuasa (HP)
105HP
109HP
107HP
Ruang But
494L
389L
510L
Tangki Minyak
55L
45L
40L

Volkswagen Vento
Ianya merupakan kereta versi sedan bagi model Polo yang dulunya juga dikenali sebagai Polo Sedan. Volkswagen Vento adalah pilihan buat mereka yang inginkan sebuah kereta sedan buatan German dengan harga mampu milik.
  • Enjin: 1.6L (1,1598cc)
  • Max. Output, kW (PS) at rpm - 77 (105)/5250
  • Max. Torque, Nm at rpm - 153/3800
Berikut adalah harga rasmi Volkswagen Vento untuk setiap variant:
  • Volkswagen Vento 1.6L Trendline - RM79,888.00
  • Volkswagen  Vento 1.6L Comfortline - RM86,888.00
  • Volkswagen  Vento 1.2TSI Highline - RM93,888.00
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Volkswagen Vento
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Kia Rio Sedan
Satu-satunya sedan kompak dari jenama kereta Korea yang bersaing dalam kategori ini. Pilihan alternatif bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan dan sukakan k-pop!
  • Enjin: 1.4L (1,396cc)
  • Max Power 80 kw (109 ps)/6,300 rpm
  • Max Torque 137 Nm (14.0 kg.m)/4,200 rpm
Berikut adalah harga rasmi Kia Rio Sedan untuk setiap variant:
  • Kia Rio Sedan - RM72,888
  • Kia Rio Sedan X - RM77,888
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Kia Rio Sedan
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Proton Persona
Model Proton Persona sebelum ini adalah dalam segmen C namun dengan pengstrukturan semula model Proton, Persona kini berada dalam segmen B. Ianya juga adalah versi kereta sedan bagi model Iriz. Persona baru ini menawarkan anda keselesaan, teknologi, keselamatan dan rekabentuk terkini pada harga yang paling berbaloi berbanding pesaingnya!
  • 1.6L (1,597cc)
  • Max. Output, kW (PS) at rpm - 107 hp at 5,750 rpm
  • Max. Torque, Nm at rpm - 150 Nm at 4,000 rpm
Berikut adalah harga rasmi Proton Persona 2016 untuk setiap variant:
  • Harga Proton Persona 1.6 Standard (Manual) - RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
  • Harga Proton Persona 1.6 Standard (Auto CVT) -RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
  • Harga Proton Persona 1.6 Executive (Auto CVT) - RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
  • Harga Proton Persona 1.6 Premium (Auto CVT) -  RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic) + bodykit RM1,000
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Proton Persona
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Perbandingan Honda City 1.5L vs Toyota Vios 1.5L vs Nissan Almera 1.5L

Honda City 1.5
Toyota Vios 1.5
Nissan Almera 1.5
Saiz (PxLxT)
4,440mm x 1,695mm x 1,477mm
4,410mm x 1,700mm x 1,475mm
4.425mm x 1,695mm x 1,500mm
Jarak Roda
2,600mm
2,550mm
2,600mm
Suspensi
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Sistem Brek
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Berat
1,075kg  – 1,106kg
1,050kg -1,095kg
1,020kg – 1,045kg
Enjin
1.5L i-VTEC
1.5L VVT-i
1.5L DOHC CVTC
Transmisi
Auto CVT
4 Speed Auto & Manual
4 Speed Auto & Manual
Kuasa (HP)
120HP
109HP
102HP
Ruang But
536L
500L
490L
Tangki Minyak
40L
42L
41L

Honda City
Ianya merupakan model kereta sedan segmen B paling laris pada masa kini. Honda City memberikan nilai pada setiap spesifikasi yang ditawarkan serta dengan rekabentuk yang menarik.
  • Enjin: 1.5L (1,497cc)
  • Maximum power  - 120PS (88kW) @ 6,600rpm
  • Maximum Torque (Nm[kg- m] @ rpm) - 145 (14.8) @ 4,600
Berikut adalah harga rasmi Honda City untuk setiap variant:
  • Honda CITY 1.5L S - RM73,438.85
  • Honda CITY 1.5L S+  - RM76,556.17
  • Honda CITY 1.5L E - RM81,718.37
  • Honda CITY 1.5L V - RM88,897.89
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Honda City
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Nissan Almera
Nissan Almera adalah kesinambungan kepada legasi Nissan Sunny yang dulunya cukup popular dalam segmen B ini. Jangan hanya memandang pada rupabentuk kerana ada kelebihan lain yang mungkin akan memikat anda.
  • Enjin: 1.5L (1,498cc)
  • Max. Power kW (PS / rpm) - 75 (102) / 6,000
  • Max. Torque (Nm (kg-m) / rpm) - 139 (14.2) / 4,000
Berikut adalah harga rasmi Nissan Almera untuk setiap variant:
  • Nissan Almera E manual (RM64,960 OTR without insurance),
  • Nissan Almera E automatic (RM67,882),
  • Nissan Almera V (RM74,700), and
  • Nissan Almera VL (RM77,622)
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Nissan Almera
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Toyota Vios
Toyota Vios tidak perlu diperkenalkan lagi. Ianya telah lama memegang tahta model kereta sedan segmen B bukan nasional paling laris sebelum ini. Kehebatan dan keyakinan pada jenama sememangnya mempengaruhi pembeli.
  • Enjin: 1.5L (1,497cc)
  • Max. Output (SAE-NET) kW(PS) / rpm80kW - (109PS)/6,000rpm
  • Max. Torque (SAE-NET) Nm / rpm - 141Nm (14.4kg-m)/4,200rpm
Berikut adalah harga rasmi Toyota Vios untuk setiap variant:
  • VIOS 1.5 TRD SPORTIVO - From RM 97,980.00
  • VIOS 1.5G (AT) - From RM 93,380.00
  • VIOS 1.5E (AT) - From RM 87,580.00
  • VIOS 1.5J (AT) - From RM 81,880.00 & (MT) From RM 77,980.00
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Toyota Vios
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Perbandingan Mazda2 Sedan 1.5L vs Ford Fiesta Sedan 1.5L vs Mitsubishi Attrage 1.2L

Mazda2 Sedan 1.5
Ford Fiesta 1.5 Titanium
Mitsubishi Attrage 1.2
Saiz (PxLxT)
4,320mm x 1,695mm x 1,495mm
4,323mm x 1,722mm x 1,489mm
4,245mm x 1,670mm x 1,515mm
Jarak Roda
2,455mm
2,489mm
2,550mm
Suspensi
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Depan – McPherson Strut
Belakang – Twist Beam
Depan – McPherson Strut
Belakang – Torsion Beam
Sistem Brek
Depan – Ventilated Disc
Belakang – Solid Disc
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Depan – Ventilated Disc
Belakang - Drum
Berat
1,065kg
1,088kg
905kg
Enjin
1.5L Skyactive
1.5L Ti-VCT, DOHC, 16V
1.2L 3 Cylinder, DOHC Mivec (3A92)
Transmisi
6 Speed Auto
Powershift 6 Speed Auto
CVT Auto
Kuasa (HP)
114HP
82HP
80HP
Ruang But
410L
500L
450L
Tangki Minyak
44L
43L
42L

Mazda2 Sedan
Mazda2 semakin dikenali dan mula menjadi pilihan. Rekabentuk Mazda2 Sedan kali ini begitu menawan dan menonjolkan karektor Mazda. Mahukan sesuatu yang segar... Mazda mungkin pilihan yang tepat!
  • Enjin: 1.5L (1,496cc)
  • Maximum Output - 114 / 6,000 Hp/rpm
  • Maximum Torque - 148 / 4,000 Nm/rpm
Berikut adalah harga rasmi Mazda2 Sedan:
  • Mazda2 Sedan - RM85,466.30
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Mazda2 Sedan
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Ford Fiesta Sedan
Melalui model hatchback, ianya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, namun model Ford Fiesta Sedan ini mungkin kelihatan sedikit janggal bentuknya. Jika anda pentingkan kualiti dan spesifikasi, ia adalah antara pilihan terbaik!
  • Enjin: 1.5L (1,499cc)
  • Maximum Power (Ps (kW)/rpm) - 112 (82) @ 6300
  • Maximum Torque Nm (kg.m)/rpm) - 140 (14) @ 4400
Berikut adalah harga rasmi Ford Fiesta Titanium (sedan):
  • Ford Fiesta 1.5L Titanium - RM88,388.00
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Ford Fiesta Sedan
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Mitsubishi Attrage
Model sedan yang menawarkan pilihan enjin terkecil dalam segmen B. Ianya adalah versi sedan bagi model Mirage. Jika anda peminat setia kereta Mitsubishi dan enjin Mivec, pasti anda tidak akan menoleh pada model kereta yang lain.
  • Enjin: 1.2L (1,193cc)
  • Max. Output (kW(PS)/rpm) - 59(80)/6,000
  • Max. Torque (Nm(kg-m)/rpm) - 106(10.8)/4,000
Berikut adalah harga rasmi Mitsubishi Attrage:
  • Mitsubishi Attrage GS - RM77,590.00
Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia - Mitsubishi Attrage
Spesifikasi lengkap di link berikut:

Pilihan Ditangan Anda

Semoga maklumat dan informasi di atas dapat memberi serba sedikit garis panduan dan gambaran akan model kereta kompak sedan yang mungkin termasuk dalam pertimbangan pilihan anda. Namun harus diingat, ianya tidak semestinya tepat dan memenuhi kehendak anda sepenuhnya.

Anda digalakkan untuk pergi sendiri ke pusat jualan dan lihat sendiri di depan mata. Terbaik sekiranya ada uji pandu terlebih dahulu kerana apa yang tertera di atas kertas serta gambar sahaja mungkin tidak serupa dengan keadaan sebenar dan mungkin sebaliknya.

Buatlah pilihan mengikut kemampuan, tujuan serta yang terbaik kerana kereta bukanlah satu pelaburan dan ianya perlukan kos penyelenggaraan secara berterusan. Biarlah sedikit cerewet kerana menyesal kemudian tiada gunanya.

Kereta Sedan Kompak adalah pilihan kereta popular rakyat Malaysia... Tepuk dada tanya selera... Pilihan ditangan anda...

11 comments - "Kereta Compact Sedan Popular di Malaysia"

Pada saya nak beli kereta bagus yang jarang kena baiki. Jika beli kejap asyik masuk bengkel aje penat juga dibuatnya.

Semua menarik hati. Cari yang mampu milik dan kurang kos masuk keluar bengkel antara pilihan di hati.

nice sharing

Pha Is delete icon 31/8/16

hebat perkongsian BM dengan spesifikasi semua lengkap..
sekarang belum lagi berhasrat untuk memiliki kereta sebab masih selesa dengan moto. tapi nk tak nk dah nk kahwin nanti kna jugak ada kereta sebiji. so, buat masa sekrang cuam survey je la yg mana berkenan dihati.. nnti bila dah sampai masa, terus beli je..
lain la kalau bakal bini dah ada kereta sendiri, buat apa banyak2 sampai 2 kereta kalau saya sendiri selesa dengan moto. hehehe..
perkongsian yg baik.. boleh saya konsider dalam pilihan kereta yg hendak dibeli nanti..

Pha Is delete icon 31/8/16

lain orang lain priority dalam meilih kereta.. ikut mana kehendak hati la.. baru puas hati. hehe.. ada yg pentingkan rupa. ada yg pentingkan penjimatan minyak, ada yg pentingkan resell value.. lain orang lain citarasa..

Pha Is delete icon 31/8/16

betol2, yg ni saya pun setuju..

Hang cari jer lah bakal bini yang dah ada kereta... Selesai masalah :)

Detail sgt infonya. Jamu mata jer lah tgk keta² ni.

Zool delete icon 8/9/16

Setelah lihat spec kereta kereta di atas, saya rasa Preve 1.6 turbo saya terbaik. Kereta di atas semua suspension belakang jenis torsion beam yg lebih murah, Preve saya independent suspension with stabilizer bar kat belakang. Kereta di atas paling kuat CVT 6 gear. Preve saya CVT 7 gear. Kereta di atas paling kuat kuasa kuda (Hp) 120, Preve saya 138 Hp.

Tanpa Nama delete icon 8/9/16

Tapi Preve bukan dalam kategori segmen A dan B @ compact sedan. Ianya dalam segmen C... Memanglah tak setanding dgn kereta2 di atas.

Tanpa Nama delete icon 9/9/16

Berbaloi beli Preve 1.6 turbo sebab ciri keselamatan sebenarnya setanding atau lebih baik dari kereta segment C tetapi harga lebih rendah dari setengah kereta segment A dan B. HRV pun guna torsion beam untuk suspension belakang?

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap