بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Harga, Varian, Spesifikasi (Specs) dan Gambar Proton Persona Baru 2016. Model kereta sedan kategori segmen B terbaru dari Proton! Proton Persona generasi ke-2 ini juga dikenali sebagai Proton Iriz versi sedan telah dilancarkan secara rasmi 23 Ogos 2016.

Setelah pelancaran model terbaru pertama Proton melalui model Proton Perdana 2016, Proton Persona merupakan model kereta terbaru Proton yang ke dua dilancarkan pada tahun 2016 ini. Ia akan bersaing dengan Toyota Vios, Honda City dan Nissan Almera.

Proton Persona 2016 - Harga, variant, Gambar & Spesifikasi

Walaupun Proton Persona 2016 ini bukanlah saingan sepadan kepada Perodua Bezza kerana berlainan segmen dan kelas namun ia tetap dijadikan perbandingan berikutan kedua-duanya adalah kereta sedan keluaran produk tempatan.

Harga, Varian, Spesifikasi (Specs) & Galeri Gambar

Berikut adalah harga dan spesifikasi (Specs) rasmi Proton Persona Baru 2016 bagi setiap varian yang ditawarkan oleh Proton.

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016 secara rasmi (UTR) adalah seperti berikut:
  • Harga Proton Persona 1.6 Standard (Manual) - RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
  • Harga Proton Persona 1.6 Standard (Auto CVT) -RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
  • Harga Proton Persona 1.6 Executive (Auto CVT) - RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
  • Harga Proton Persona 1.6 Premium (Auto CVT) -  RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic) + bodykit RM1,000

Spesifikasi (Specs) Semua Variant:
  • Saiz: 4,387mm x 1,722mm x 1,554mm
  • Jarak Roda: 2,555mm
  • Enjin : 1.6 liter VVT
  • Kuasa : 107 hp at 5,750 rpm, 150 Nm at 4,000 rpm
  • Transmisi : Manual 5 kelajuan dan Automatik CVT
  • Penggunaan Bahan api setiap 100 km (90km/j): 5.6 liter-Manual dan 6.1 liter-Automatik CVT
  • Bantuan Pemanduan: mod ECO
  • Sistem Brek: Vebtilated Disc (Hadapan) & Drum (Belakang)
  • Suspensi: McPherson Strut (Hadapan) & Torsion Beam (Belakang)
  • Kelajuan Pecutan: 0-100 kmj - 10.9 saat.
  • Keluasan but bagasi : 510 liter
  • Tangki Minyak: 40L
  • Pilihan Warna : Midnight Black, Silver Moon Dust, Fire Red, Camelian Brown (warna baharu), Cotton White dan Sterling Silver
Proton Persona Baru 2016 ini akan dikeluarkan dalam Empat Varian iaitu:

1. Proton Persona 1.6 Standard (MT & CVT)

Untuk variant Proton Persona 1.6 Standard, ianya ditawarkan dalam dua pilihan transmisi iaitu Manual 5 kelajuan dan Automatik CVT. Berikut adalah spesifikasi (specs) dan aksesori untuk variant ini:
  • 15-inch wheels in grey (with Silverstone Kruizer tyres)
  • Unpainted side mirrors and door handles
  • Body-coloured B-pillars
  • Remote key fob and manual key start
  • Single-DIN head unit with Bluetooth
  • Fabric seats
  • Height adjustable driver’s seat
  • 2 airbags
  • Lampu hadapan Reflector halogen (height adjustable)
  • Kampu kabus belakang
  • Sensor parking depan dan belakang
  • Front disc brakes, rear drums
  • Power adjustable wing mirrors
  • Height adjustable driver’s seat
  • Penarafan Asean NCAP 5 bintang
  • Isofix child seat anchors with top tether
  • ABS with EBD and BA
  • Vehicle Stability Control (VSC)
  • Hill-hold assist
Harga Proton Persona 1.6 Standard (Manual) - RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
Harga Proton Persona 1.6 Standard (Auto CVT) -RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
Proton Persona 1.6 Standard
Proton Persona 1.6 Standard

2. Proton Persona 1.6 Executive 

Untuk variant Proton Persona 1.6 Executive, hanya transmisi Automatik CVT ditawarkan. Berikut adalah spesifikasi (specs) dan aksesori tambahan berbanding varian Standard:
  • Front fog lamps
  • Body-coloured side mirrors and door handles
  • Rear bootlid spoiler
  • Double-DIN head unit with Bluetooth
  • Gloss grey centre console housing
  • USB charging ports
  • 60:40 split-folding rear seats
  • Fabric door trim
Harga Proton Persona 1.6 Executive (Auto CVT) - RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
Proton Persona 1.6 Executive
Proton Persona 1.6 Executive

3. Proton Persona 1.6 Premium 

Begitu juga untuk variant Proton Persona 1.6 Premium, hanya transmisi Automatik CVT ditawarkan. Berikut adalah spesifikasi (specs) & aksesori tambahan berbanding varian Executive:
  • 15-inch wheels in silver (with Goodyear Assurance tyres)
  • Black B-pillars
  • Keyless entry with push start button
  • Touchscreen head unit (Android-based) with Bluetooth and reverse camera
  • Leather seats and steering wheel
  • Leather door trim
  • Power retractable wing mirrors
  • 6 airbags
Harga Proton Persona 1.6 Premium (Auto CVT) -  RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic) + bodykit RM1,000
Proton Persona 1.6 Premium
Proton Persona 1.6 Premium

Ulasan & Review

Ulasan dan review Proton Persona Baru 2016 - Rekabentuk, Prestasi, Kelebihan, Keistimewaan, Kekurangan dan Perbandingan dengan model sedan setaranya... boleh anda ikuti di sini: Review-model-proton-persona-baru-2016.html


Galeri Gambar Proton Persona 2016: 
klik imej untuk besarkan gambar
Tak puas tengok gambar? Jom! Kita tengok video pula... 

Persona Mempersona!

Proton Persona Baru 2016 akan cuba meledakkan kembali jualan kereta Proton sebelum Proton Saga Baru 2016 yang akan dilancarkan pada bulan hadapan yang akan terus memacu dan menjadi tonggak penguasaan Proton bagi segmen sedan di negara ini.

Ini merupakan satu langkah yang berani dan berisiko kerana dalam tempoh masa yang singkat, 2 buah model sedan ini akan terpaksa bersaing sesama sendiri. Jika berjaya... Ianya pasti akan meningkatkan penguasaan Proton tetapi jika sebaliknya... Amat besar kesannya! Proton mungkin tidak akan mampu untuk bangkit kembali!

Proton juga perlu meningkatkan usaha untuk meyakinkan kembali pengguna terhadap produk mereka terutama berkaitan kos maintenance dan servis penyelenggaraan.

Selain itu, Proton tidak perlulah terlalu bergantung pada pasaran tempatan. Usia Proton sudah terlalu matang untuk keluar dan bersaing di peringkat global. Buktikan bahawa produk Malaysia juga terbaik dan berkualiti.

Bagaimana? Adakah Proton Persona Baru 2016 ini dapat memikat hati anda? Pandu uji dan nilaikanlah sendiri... Mungkin anda akan terpesona!
Proton Persona 2016 Harga, Gambar & Spesifikasi
Sumber rujukan: Paultan.org

15 comments - "Proton Persona 2016 Harga, Gambar & Spesifikasi"

Pesona baru yang mempersona. Cantik nampak.

Harap lepas ni orang kita makin percaya dengan kereta tempatan.

Banyak saingan proton sekarang. Harap dengan kehadiran kereta ni dapat membantu proton untuk terus bersaing.

bolehlah berbangga dengan proton

siapa lagi kalau kitasendiri yang banggain

nice sharing

joe kar delete icon 11:27

rupa depan yg cantik tp pelik cikit d bahagian belakang..ruang dalam ny nampak cantik..harap handling dan injin ny tip top mcm model lama ny..
harap proton dpt lebih menambahbaik servis selepas jualan ny..

nj delete icon 19:50

Tahniah PROTON kerana terus melangkah maju kehadapan. Dgn kehadirian model baru dan memperbaiki kelemahan akan menarik ramai warga tempatan utk menyokong kenderaan keluaran tempatan ini... cuba dulu.. belum cuba tak tahu..hehe

Tanpa Nama delete icon 16:58

Yang penting, after sales service kena mantap

Kita harus support industri tempatan.. jika bukan Malaysian siapa lagi???
Tapi adakan Industri tempatan support Malaysian????????????????
Kereta import..Import Tax, Wharf/go-down tax, custom & eksais , shipment cost dll..
Kereta tempatan cuma goverment tax.... harga melebihi kereta import.

sir delete icon 08:31

Dah tengok hari tu.Terpesona dan ingin memilikinya dlm masa terdekat ni.

Tanpa Nama delete icon 20:48

saiz tayar dngan body nampak tak match. tayar kecil

Zool delete icon 22:11

Persona mempunyai ciri ciri keselamatan yang terbaik di semua varian, ada VSC dan traction control walaupun kepada varian yang termurah.

Tanpa Nama delete icon 20:13

Cantik & terbaik!!!saya tengah usaha untk dapatkan nya.InshaAllah

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap