بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Memilih Mesin Penapis Air (Water Dispenser) Terbaik & Berkualiti: Apa khabar sahabat dan tetamu BinMuhammad? Syukur Alhamdulillah, bersua kembali. Sejak kebelakangan ini blog agak sejuk... Pada bulan July 2016, hanya 5 entri sahaja diterbitkan, huhu... Harap-harap tak beku dah la...

Sekarang ni, bila pergi mana-mana rumah... ramai yang dah guna mesin water dispenser (penapis air) yang boleh keluarkan air panas atau sejuk tu dengan hanya tekan jer! Bukan sahaja bersih tetapi sangat memudahkan! Anda dah ada?

Balik kampung pun, orang kampung dah guna... Tapi nak bagitau pun malu... BM masih belum guna lagi. Masih masak air guna cerek yang bersiul tu setiap kali nak air panas! Huhu... Ketinggalan zaman betullah!

Panduan Memilih Mesin Penapis Air (Water Dispenser)

Nak Juga...

Sejak bulan lepas, puan rumah BM dah mula berbicara tentang mesin water dispenser ni. Hampir setiap hari dok cerita kebaikan dan mudahnya kalau ada! Paham-paham jer la.... Nak benda tu ler!

Sayangkan isteri dan demi kemudahan serta kesihatannya yang dah semakin memboyot tu, Sejak minggu lepas... Mulalah asyik survey jenis dan jenama yang berbaloi untuk dibeli. Rupanya ada banyak jenama dan jenis rupanya!

Ada yang letak atas meja dan lantai. Ada air panas dan sejuk (2 in 1)  dan ada sehingga 4 in 1. Ada penapis untuk air mineral, alkali atau RO. Jenama pula... ada pelbagai. Pakej pun macam-macam tawaran... Adeh! Semuanya bikin pening kepala nak pilih! Perlu diingat... Membeli mesin penapis air ini bukannya murah dan barang pakai buang maka anda perlu cerewet sedikit untuk memilih... Lainlah kalau anda kayo!

7 Panduan Memilih 

Sebagai sedikit panduan, berikut adalah cara BM (orang yang tak kayo, terpaksa cerewet) untuk memilih water dispenser (penapis air) yang terbaik untuk kegunaan di rumah:

1. Jenis Air
Pastikan pilihan hasil air tapisan yang anda inginkan. Pilihan yang ada adalah Mineral, Alkali dan RO. Selalunya pilihan RO adalah yang paling bersih dan mahal tetapi ada juga kekurangannya. Begitu juga untuk pilihan air mineral dan alkali. Maka fahami apakah kelebihan dan kekurangan jenis air ini dahulu dan buatlah pilihan yang tepat.

Bagi pilihan BM, tak perlulah sampai guna air RO kerana bukan ada penyakit kronik atau alahan sehingga perlukan air RO yang pure water (hanya H20) maka pilihan BM, air beralkali sudah memadai.

2. Mesin Penapis Air
Ada pelbagai pilihan mesin dan cantik=cantik serta moden design nya. Ada pilihan sama ada nak letak atas meja atau berdiri di lantai... namun ketahui juga ia berbeza kuantiti simpanan airnya. Jika untuk kegunaan ramai dan cepat, Mesin berdiri di lantai lebih sesuai kerana tangkinya lebih besar.

Pilihan mesin juga perlu mengikut keperluan sama ada mahukan air panas, sejuk, suam  atau air biasa. Ada yang beri dua pilihan, tiga dan empat. Maka pilihlah mesin yang dapat memenuhi kehendak anda. Warranti juga penting kerana ia menjadi aras ukur kualiti dan ketahanannya.

BM hanya perlukan air panas dan biasa jer, sebab air sejuk dah ada peti sejuk tetapi pilihan BM tak ada dua pilihan tersebut maka terpaksalah BM ambil yang ada tiga iaitu air panas, sejuk dan biasa.

3. Harga
Ini adalah perkara yang paling perlu diambil perhatian. Harga yang ditawarkan agak berbeza mengikut jenama, jenis mesin dan air serta pakej yang ditawarkan. Jenama antarabangsa dan terkenal biasanya sudah tentu lebih mahal tetapi amat berkualiti. Maka pilihan anda perlulah mengikut kemampuan dan kualiti atau ketahanan jangka panjang. Alah membeli, biar menang memakai...

Jika ada sebarang promosi, ianya paling perlu diberi perhatian. Dapat harga promosi amat berbaloi namun pastikan harga yang ditawarkan adalah lengkap sama seperti yang sedang dipromosikan. Tanya selengkapnya tentang setiap apa yang akan anda perolehi. Jangan terus terpikat dengan harga tanpa soal selidik ya!

Pilihan BM adalah yang berbaloi iaitu pada harga promosi dan jenama yang telah terbukti diyakini.

4. Pakej Bayaran
Seperti biasa, ada pilihan bayaran sama ada sekali bayar atau secara ansuran. Jika sekali bayar biasanya akan ada bayaran setiap kali servis dilakukan manakala secara ansuran pula biasanya telah termasuk sekali kos servis selama tempoh bayaran.

Namun tidak semestinya sebegitu, ia bergantung pada jenama maka anda perlu diteliti setiap kontrak agar tidak tertipu. Pastikan anda faham dan mampu terutama untuk cara bayaran secara ansuran. Jangan sampai ianya menyusahkan dan membebankan anda dikemudian hari.

Pilihan BM adalah yang sekali bayar kerana BM tak suka berhutang. Sebab itu juga, BM kena pilih yang murah tetapi diyakini kualiti serta servis lepas jualan.

5. Servis Lepas Jualan
Ianya sangat penting kerana mesin penapis air ini bukan barangan pakai buang. Ianya boleh digunakan sehinggalah ia kaput. Maka, untuk mengekalkan mesin dalam keadaan sentiasa elok dan berfungsi dengan baik, servis berkala sangat diperlukan.

Ada pilihan di sini kerana ada jenama yang menawarkan pakej servis termasuk dalam bayaran bulanan, tak perlu risau apa-apa dah! Jika tiada, maka pastikan anda tahu harga untuk setiap kali servis. Antaranya yang perlu diketahui adalah harga kos servis... selain kos alat ganti, adakah ia termasuk kos pengangkutan dan tenaga buruh? Selain itu, pastikan juga syarikat atau jenama pilihan anda aktif serta mudah dihubungi.

Ia antara pertimbangan penting buat BM. Oleh kerana pilihan BM sudah tentu servis tidak termasuk dalam bayaran maka survey BM lebih kepada testimoni dan feedback pembeli untuk mengetahui kepuasan hati mereka bagi servis lepas jualan ini. Tiada komplen...maknanya baguslah!

6. Pastikan Halal 
Jangan pelik pula kenapa air pun nak pastikan ianya halal? Sudah tentu air paip itu suci. Sebenarnya halal yang diperlukan di sini adalah penapis yang digunakan adalah halal kerana ada kandungan penapis yang diperbuat dari bahan yang tidak suci.

Jika jenama tersebut telah mendapat sijil halal dari JAKIM, maka yakinlah nak beli. Ingat! Jangan sesekali ambil mudah kerana air ini akan masuk ke dalam badan kita lalu menjadi darah daging!

7. Tujuan
Paling penting adalah tujuan anda beli untuk apa? Adakah ianya satu keperluan? Adakah ia membebankan? Adakah untuk kesihatan? Adakah sekadar untuk mengikut trend semasa? Adakah untuk menunjuk-nunjuk? Adakah untuk nampak bergaya dan moden?

Hanya anda yang tahu... Walau apa jua tujuannya... pastikan ia bukanlah satu pembaziran, tidak membebankan dan akan menyusahkan anda dikemudian hari.

Pilihan BM

Mesin penapis air ini bukanlah satu barangan yang murah dan mampu dimiliki oleh semua orang. Namun jika mampu dan perlu... Ianya amat baik untuk kesihatan dan memudahkan kerja di dapur. Pilihlah mengikut kemampuan dan keperluan.

Pasti anda juga ada cara tersendiri untuk memilih namun dengan sedikit panduan ini dapat memudahkan dan memberi sedikit pengetahuan untuk memilih dan membeli mesin penapis air (water dispenser) yang terbaik untuk kegunaan di rumah dengan cara BM.

Apakah pilihan mesin penapis air BM? Buat isteri tersayang dan untuk kesihatan serta memudahkan BM dikemudian hari apabila dah ada baby nanti... maka BM belilah satu. Ini adalah pilihan BM, Tidak terlalu mahal, menyihatkan, untuk kegunaan harian, halal, diyakini kualiti serta servis dan oleh syarikat bumiputera (walaupun product made in Korea...hehe).

Mesin Penapis Air (Water Dispenser) di rumah
Harga promosi bergantung pada stok.

p/s: Jika berminat beli boleh hubungi no. whatsapp:011-33300172. Bayaran hanya selepas mesin telah siap dipasang dan setelah anda puas hati!

11 comments - "Panduan Memilih Mesin Penapis Air Terbaik"

Bagus tips ni. Kena pilih yang halal. Itu yang terbaik. Sebab air akan jadi darah daging kita.

Ada dalam perancangan juga nak cari benda ni. air sumber kehidupan.

YANG HALALitu sangat perlu diutamakan kemudian pilih harga ikut kemampuan..terima kasih Bro BM..

nice sharing

mcm2 jenama..mcm2 services sekarang ni..yg penting tgk poket sendiri sebelum membeli..

paridah delete icon 17:23

Wah mesin penapis airpun perlu ada logo halal JAKIM baru tau.

Terima kasih atas tips2 tuan

Tanpa Nama delete icon 06:30

Tetima kasih tuan. Semoga dipermudahkan urusan tuan di masa akan dtg.

terima kasih di atas tips yang berguna

Olie delete icon 22:52

Kami menawarkan khidmat service water filter untuk k.l Dan selangor.

Juga ada water filter luar rumah

Hubungi raznan untuk promosi terkini 012 2267509

Info yg berguna.. Tq for sharing

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap