Sungguh pantas masa berlalu, dah masuk bulan Februari 2017! Ianya dirasakan lebih pantas berikutan rutin harian BM pada tahun ini agak berbeza dan penuh dengan pengalaman baru dalam hidup ini.
Susah juga ya menjadi seorang bapa...hehe tapi amat mengujakan. Alhamdulillah, buat masa ini semuanya berjaya di atasi dan berjalan dengan lancar. Bayi pun dah semakin membesar dengan sihat.
Tumpuan perhatian dan kesibukan menjadi seorang ayah telah menyebabkan blog ini agak terabai. Jumlah entri yang diterbitkan semakin lama semakin sedikit.
Susah juga ya menjadi seorang bapa...hehe tapi amat mengujakan. Alhamdulillah, buat masa ini semuanya berjaya di atasi dan berjalan dengan lancar. Bayi pun dah semakin membesar dengan sihat.
Tumpuan perhatian dan kesibukan menjadi seorang ayah telah menyebabkan blog ini agak terabai. Jumlah entri yang diterbitkan semakin lama semakin sedikit.
- Bulan November 2016 - 6 Artikel
- Bulan Desember 2016 - 8 Artikel
- Bulan Januari 2017 - 3 Artikel
Selain itu, BM bagaikan sudah ketandusan idea. Sebu untuk mengolah entri. Inilah perkara biasa yang sering menjadi igauan ngeri seorang blogger... Ya! Hanya blogger yang memahami...
Walaupun trafik blog ini masih melebihi PV 300K pada bulan lepas tetapi kini setiap hari, jumlah trafiknya semakin menurun. Ini adalah kesan ketara apabila kurangnya entri baru yang diterbitkan untuk memacu trafik blog.
Paling mudah untuk melihat dan menilai prestasi blog yang semakin kurang aktif adalah melalui Alexa Traffic Ranks. Nah! Graf ini sahaja sudah cukup memberi gambaran jelas!
Walaupun trafik blog ini masih melebihi PV 300K pada bulan lepas tetapi kini setiap hari, jumlah trafiknya semakin menurun. Ini adalah kesan ketara apabila kurangnya entri baru yang diterbitkan untuk memacu trafik blog.
Paling mudah untuk melihat dan menilai prestasi blog yang semakin kurang aktif adalah melalui Alexa Traffic Ranks. Nah! Graf ini sahaja sudah cukup memberi gambaran jelas!
Kekal Relevan
Seorang blogger akan menjadi sejarah sekiranya tiada entri diterbitkan lagi. Dilema ini sudah acap kali terjadi dan sudah ramai blogger yang dulunya sangat aktif tetapi kini sudah menyepi.Inilah dilema biasa sebagai seorang blogger kerana blogging bukanlah kerjaya utama tetapi sekadar sampingan atau hobi yang sudah semestinya komitmen diletakkan bukan ditempat pertama.
Andai tiba masanya apabila sudah ketandusan idea, hilang minat atau terlalu sibuk dengan komitmen lain yang lebih penting, blog akan ditinggalkan...
Namun... walaupun sudah tiada entri baharu diterbitkan, ada blog yang masih mampu meraih trafik terutama dari sumber enjin carian kerana perkongsian entri berkaitan informasi, ilmu dan minat yang kekal relevan sepanjang masa akan terus dicari.
Ada juga blogger yang tenggelam timbul. Setelah sekian lama menyepi... tiba-tiba kembali aktif dan ada juga yang sekejap aktif sekejap tidak. Ini adalah perkara biasa kerana blog kekal wujud dan boleh diaktifkan bila-bila masa.
Awas bagi blogger yang menggunakan hosting dan domain berbayar, walaupun tidak aktif tetapi untuk memastikan nama blog anda kekal wujud... jangan lupa 'renew' ya. kalau guna wordpress atau blogspot percuma... anda tak perlu risau apa-apa.
Thank You
Buat masa ini BM belum lagilah terlintas untuk terus berhenti berblogging, cuma kurang aktif menerbitkan entri sahaja. InsyaAllah...Terima kasih kepada sahabat blogger dan tetamu blog BinMuhammad. Kunjungan anda semua di sini amat-amat dihargai.
Terima kasih kerana membaca coretan yang tidak menarik ini...
16 comments - "Dilema Seorang Blogger Dengan Blognya "
Tak apa Bro BM...dahukukan yang utama..lunaskan yang menuntut hak...sampaikan salam pada baby ya...mungkin sesekali boleh ceritakan kisah baby...
Hehhehhe... betullah tu Mrs. A pun kadang-kadang dilema dengan blog sendiri
Don't worry BM... InsyaAllah BM akan kembali semula... Datangnya rezeki anak, Allah beri BM untuk adjust balik jadual rutin harian, bila dah biasa nanti, BM akan dapat idea baru...
Salam Jumaat BM.. baby nanges tak awal pagi? hehee... salam ceria selalu :) :)
Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Moga terus maju jaya yer BM
Bila sibuk memang blog pun tak sempat tengok.
Tak apa. Lepas ni boleh menulis balik.
Wah teruja sungguh melayan si kecil penyeri hidup ya
saya pembaca setia blog anda.
ramai kawan2 blog akak dah tinggal sejarah..
biasa la tu.. dunia blog pun ada naik turun dia..
macam saya. kejap on kejap off. hehe
Itu la... susah jugak nak konsisten tulis at least 30 artikel dalam sebulan... dilema sungguh ni.
Asalam..tiba2 tercari2 laman BM..tak apa lakukan kerja2 di hadapan yang maha penting ya.Blog bukan kewajipan.Cuma bila ada time updated lah ya..rindu nak baca artikal BM ni. Selain tu nak tengok anak anda ..pasti comel
Salam BM, lama tak dengar khabar BM, sebab sy pun dah tak aktif berblog sebelum ini iaitu sepanjang tahun 2017, beberapa minggu ini baru rindu berblog dtg semula.hehe..Tahniah BM, dah jadi ayah, semoga diberikan pinjaman masa untuk aktif berblog:)
Blogger sememangnya ada pasang surut entrinya cuma ingat jangan putus asa je
Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum