بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pada zaman ini, pengeluar kenderaan sudah semakin cenderung kepada pengeluaran kereta yang mesra alam dan jimat minyak. Maka wujudlah definasi kenderaan EEV atau Enhanced Environmentally Friendly Vehicles iaitu kenderaan yang memenuhi satu set spesifikasi dari segi tahap pelepasan karbon dan penggunaan bahan api.

Namun begitu tiada definisi yang tetap dan tepat untuk EEV kerana penetapan terma dan kriteria untuk kenderaan EEV adalah berbeza mengikut dasar yang dikeluarkan oleh sesebuah negara.

Di Malaysia, Kenderaan EEV mula mendapat perhatian apabila Dasar Automotif Negara 2014 (DAN) diperkenalkan kerana terdapat insentif yang diberi oleh kerajaan bagi kenderaan yang mencapai tahap piawaian ini.

EEV - Energy Efficient Vehicle - Kenderaan Cekap Tenaga di Malaysia

Definasi & Klasifikasi EEV

Institut Automotif Malaysia (MAI) merupakan badan yang bertanggungjawab menetapkan garis panduan klasifikasi dan penarafan sesebuah kenderaan EEV di Malaysia. Menurut MAI, definasi EEV yang diguna pakai di Malaysia adalah:
“Kenderaan yang memenuhi suatu garis panduan dari segi tahap pelepasan carbon (g/km) dan penggunaan bahan api (l/100km). Kenderaan EEV termasuk kenderaan yang cekap penggunaan bahan api, hibrid, EV (kenderaan elektrik) dan kenderaan yang menggunakan bahan api alternatif. Contoh: CNG, LPG, biodiesel, hidrogen dan Fuel Cell.”
Bagi memudahkan rujukan, MAI telah mengeluarkan garis panduan klasifikasi penarafan kenderaan EEV di Malaysia bergantung kepada segmen dan berat dengan bendalir (curb weight) setiap satunya.

EEV - Energy Efficient Vehicle - Kenderaan Cekap Tenaga di Malaysia

Maka jelas di sini, penarafan kenderaan EEV di Malaysia lebih kepada penilaian 'Energy Efficient Vehicle' ataupun Kenderaan Cekap Tenaga iaitu penjimatan bahan api tanpa mementingkan sepenuhnya akan penilaian pelepasan pencemaran.

Walaupun begitu, jumlah penggunaan bahan api ini sudah memadai untuk dijadikan indeks ukuran dalam menilai tahap pelepasan bahan tercemar secara umumnya. Semoga pada masa akan datang, diharapkan ianya akan termasuk dalam penilaian kenderaan EEV oleh MAI.

EEV Pertama Malaysia

Model kereta pertama yang memenuhi garis panduan penarafan EEV di Malaysia adalah Perodua Axia kerana ianya memenuhi kriteria bagi segmen A (berat 801-1000kg) yang mencatat kadar penggunaan bahan api serendah 21.6km/L (ataupun 4.63L/100km) untuk varian transmisi gear manual dan 20.1km/L (ataupun 4.98L/100km) untuk transmisi automatik,

EEV - Energy Efficient Vehicle - Kenderaan Cekap Tenaga di Malaysia

Melalui penarafan status EEV, Perodua Axia seterusnya layak menerima insentif seperti yang telah dibentangkan dalam DAN 2014.

Kenderaan EEV

Namun begitu, beberapa kenderaan yang menggunakan sumber kuasa bahan api alternatif (selain dari minyak petrolium) secara automatiknya telah diiktiraf sebagai kenderaan EEV oleh MAI keran memenuhi kriteria dan klasifikasi yang telah ditetapkan.

Berikut adalah kategori kenderaan terkini yang diiktiraf secara automatik di bawah penarafan status EEV Malaysia.

1. Kenderaan elektrik hibrid (HEV)
Kereta di bawah kategori ini dijana dengan kombinasi enjin dan motor elektrik yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding kenderaan konvensional. Antara contoh kenderaan adalah Toyota Prius, Honda Jazz Hybrid

2. Kenderaan plug-in elektrik hibrid (PHEV)
Hampir sama seperti HEV tetapi memiliki bateri besar yang boleh di caj menggunakan sumber kuasa luar dengan kebolehan untuk dipandu sebagai kenderaan EV melalui penggunaan tenaga elektrik yang disimpan di bateri atau diperanti simpanan tenaga. Ford C-Max Energi, Volvo V60 Plug-in Hybrid antara contoh kereta dibawah kategori ini.

3. Kenderaan elektrik bateri (BEV)
Dikuasakan sepenuhnya dengan sistem motor elektrik yang disambungkan dengan bateri berkapasiti tinggi; paling terkini lithium ion. Antara kereta yang popular adalah Tesla, Nissan LEAF dan Mitsubishi I-Miev

4. Kenderaan elektrik sel bahan api (Fuel Cell) (FCEV)
Kereta ini menggunakan hidrogen sebagai sumber tenaga yang bertindakbalas dengan oksigen dalam sel bahan api lalu menjana tenaga elektrik untuk kuasa enjin dengan hanya melepaskan air sebagai bahan buangan. Model pertama kereta ini di dunia adalah Toyota Mirai

EEV - Energy Efficient Vehicle - Kenderaan Cekap Tenaga di Malaysia
rujukan: BH

Semoga informasi dan maklumat ini dapat memberikan anda penjelasan yang mudah difahami serta jelas tentang definasi, kriteria dan kategori kenderaan EEV di Malaysia.

BinMuhammad

12 comments - "Definasi Dan Kategori Kenderaan EEV di Malaysia "

Dunia semakin maju dan sumber alam spt minyak pun akan terus berkurangan... bagus bila ada teknologi spt ini utk kebaikan semua...

Mrs. A delete icon 10:41

Tahu EEV tu tapi bila baca ini barulah dapat gambaran sebenar.
Nice sharing.

paridah delete icon 22:44

EEV JENIS KENDERAAN YG SESUAI UTK MASAKINI KOT...

semua kendaraan harus beralih ke ramah lingkungan

polusi asap kendaraan berpengaruh besar kepada alam

alam rusak akibat polusi udara termasuk polusi kendaraan

Teknologi senantiasa menambah baik setiap kekurangan dan memudahkan. Walaupun ia memberi kesan positif namun ada impak kepada perkara lain pula...

Tidak dinafikan... Jika kenderaan EEV ini murah dan mampu milik, semua orang nak guna!

Sangat-sangat sesuai... Paling penting di zaman serba mahal ni, dapat gak jimat kos minyak!

apakah "insentif" yang diterima oleh pengeluar EEV? Harga yang kita terpaksa bayar adalah sama sebelum dan selepas, dan "insentif" yang diberi kepada pengeluar hanya diketahui oleh beberapa orang di MITI dan syarikat pengeluar. Sepertinya kita sebagai pengguna tak akan mendapat faedah secara langsung dari program ini, melainkan pengurangan kos penggunaan. Harga HEV dan EV bukan berkurang, bahkan meningkat. eg nissan leaf dari 120,000 kepada 180,000.

fuel consumption tu untuk highway ke, bandar ke, ke combined?

Tanpa Nama delete icon 23:30

Fuel consumption tersebut adalah hasil dari ujian yang dilakukan oleh pihak pengeluar dengan MAI. Sudah pasti ianya bukan berdasarkan pemanduan sebenar pengguna di jalanraya.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap