بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Perlukah Membuat Blog Dapat Score SEO Chkme 100%?: Salah satu tools yang paling biasa dan sangat popular digunakan oleh blogger-blogger di Malaysia untuk dijadikan rujukan menilai prestasi SEO sesebuah blog adalah Chkme.com - Page Seo Tools!

Tidak dinafikan, BM juga menggunakannya...  Tahap ukuran SEO yang diberikan adalah dalam unit peratusan dan sudah semestinya mendapat score 100% adalah menjadi dambaan buat semua blogger.

Seringkali blogger mengeluh dan kecewa apabila tidak mendapat score SEO Chkme 100%. Mulalah berusaha mendapatkan ilmu dan panduan untuk memperbaiki dan memenuhi kehendak Chkme agar keputusan 100% berjaya dicapai. Bagus juga...boleh belajar meningkatkan ilmu tentang blogging!

Tetapi tidak dinafikan, ada juga yang sanggup membayar upah untuk mendapatkan perkhidmatan dari mereka yang pakar agar keputusan Score SEO Chkme menjadi 100%.


Namun setelah bersusah payah mendapatkan Score SEO Chkme 100%.... Timbul pula persoalan-persoalan berikut;
  • Benarkah tools Chkme dapat membantu anda untuk meningkatkan prestasi blog? 
  • Adakah dengan mencapai score 100% memberikan anda kelebihan dan pencapaian prestasi SEO yang hebat?
  • Membantukah ia dalam menaikkan rangking post anda di SERP (kedudukan di enjin carian)?
  • Pentingkah sesebuah blog untuk mendapat Score SEO Chkme 100%?

Data Report Chkme

Sebelum persoalan-persoalan tersebut dijawab, Kita lihat dahulu apakah informasi yang boleh kita peroleh dari data report Chkme ini.

Secara ringkasnya, berikut adalah data report yang diberi oleh tools Chkme. Dari keputusan inilah yang akan dinilai keseluruhannya dalam unit peratus untuk pencapaian SEO blog anda.
  1. Basic Infos - Alamat url blog dan screenshot
  2. Title - Nama blog anda
  3. Headings - Informasi header tag H1, H2 dan H3
  4. Website Description - Description blog anda
  5. Website Keywords - Kata kunci blog anda
  6. Links - Jumlah link (internal dan external)
  7. Images - Jumlah gambar serta penggunaan meta title dan meta description pada gambar
  8. Flash movies/animations - Jumlah penggunaaan Flash movies/animations
  9. Frames and IFrames Usage - Jumlah penggunaan Frames dan IFrames
Dari data report yang diberikan, tidak dinafikan, tools Chkme dapat memberikan anda informasi asas yang penting dan perlu ada bagi sesebuah blog untuk dibaiki dan dicapai bagi meningkatkan tahap SEO. Oleh itu, mencapai score Chkme 100% amat baik dan digalakkan.

Kekurangan Tools Chkme

Namun begitu, pencapaian score SEO Chkme 100% ini tidaklah boleh dibanggakan sangat kerana sebenarnya ia tidak dapat membantu sepenuhnya blog anda seperti mana yang diinginkan.

Kekurangan paling utama tools Chkme ini adalah ianya hanya boleh memeriksa aplikasi SEO untuk halaman Homepage (halaman hadapan blog) sahaja! Untuk makluman, prestasi dan aplikasi SEO pada halaman Homepage dan Posting (entri) adalah tidak sama dan pasti berbeza.

Lagipun selalunya nama dan alamat/url blog adalah unik... maka halaman Homepage tidak perlu sangat aplikasi SEO optimum pun pasti akan mudah berada di muka hadapan enjin carian.

Ini amat berbeza dengan halaman Posting yang memerlukan aplikasi/teknik SEO On Page dan Off-Page untuk menyerlah atau bersaing melalui kata kunci tertentu agar dapat berada di muka hadapan enjin carian.

Menjawab Persoalan

Ok... Kini kita berbalik semula kepada beberapa persoalan tentang tools Chkme di atas. Berikut adalah jawapan BM:
1. Benarkah tools Chkme dapat membantu anda untuk meningkatkan prestasi SEO blog?
  • BM - Adalah sedikit namun ianya tidak memberi kelebihan yang ketara untuk meningkatkan prestasi SEO blog keseluruhannya.
2. Adakah dengan mencapai score 100% memberikan anda kelebihan dan pencapaian prestasi SEO yang hebat?
  • BM - Tidak kerana jelas chkme score 100% cuma memberikan prestasi SEO asas dan hanya optimasi untuk halaman Homepage sahaja.
3. Membantukah ia dalam menaikkan ranking post anda di SERP (kedudukan di enjin carian)?
  • BM - Sudah tentu tidak! Alasan yang sama iaitu chkme hanya untuk optimasi SEO di halaman Homepage dan bukan di halaman posting blog (entri blog).
4. Pentingkah mendapat Score SEO Chkme 100%?
  • BM - Ianya boleh djawab dengan pertanyaan berikut... Halaman manakah yang lebih penting untuk optimasi SEO yang tinggi serta mendapat rangking yang baik di SERP? Adakah halaman Homepage atau Posting?
  • Jika jawapan anda halaman Posting... maka, janganlah risau atau kecewa jika score Chkme anda tidak mencapai 100%.
  • Namun sekiranya blog anda pentingkan halaman Homepage iaitu nama blog sebagai kata kunci utama yang perlu berada dikedudukan terbaik di SERP maka mencapai Score SEO Chkme 100% mungkin dapat membantu.

Be A Smart Blogger

Setiap tools berbeza keperluannya serta ada kelebihan dan kekurangan. Kita mesti memahami setiap analisa data report yang dikeluarkan oleh tools tersebut dan bukan hanya melihat result score keseluruhannya (final) sahaja.

Jadilah blogger bijak, berilmu dan bukan sekadar mengikut sahaja tanpa mengetahui akan keperluannya. 

Semoga perkongsian ini dapat melegakan sedikit akan rasa sedih dan kecewa blogger yang tidak mencapai atau mendapat Score SEO Chkme 100%. Tanyalah diri sendiri... Adakah blog anda benar-benar perlu mencapainya?

9 comments - "Perlukah Dapat Score Blog SEO Chkme 100%?"

emm..rasanya tak membantu mana tool chkme ni..

Dulu masa mula mula PC berblog...tak tahu langsung apa itu SEO..bila dah tahu nak baiki blog berazam nak score 100%..tapi lama kelamaan berbalik pada nawaitu asal...100% itu rezeki...sokongan kawan kawan itu rezeki...rezeki...rezeki...

Thank u BM atas perkongsian...skrg ni saya dlm proses blajar, nak tingkatkan skill blogging, saye tak aktif sgt dalam mberi komen dan lebih kpd silent reader. Saya baru hasilkan blog kedua tentang blog kerjaya (jobkerjaya.blogspot.com) dan mungkin perlukan pandangan dari BM. Kalau ade kesempatan dan kelapangan masa BM bagi la kritikan/komen membina. Yelah blogging ni takde guru pun, google je lah guru nk blogging ni.hee

nice sharing

Seo Chkme ni tak sgt membantu tapi in jadi asas juga utk kenali rahsia2 asas seo buat newbie dari aspek widget, coding dan yg berkaitan. Cabaran juga nak fahamkan mcm mana nak olah utk dapatkan 100% score tu, belajar try and error agar lebih mesra dgn ilmu berblog... secara tak langsung jadi latihan kefahaman yg baik juga. Apa pun mmg bukan aspek yg utamalah utk guarantee apa2... content yg bnyk main peranan juga kan...

Ya... Nawaitu yang baik, InsyaAllah... Allah akan tunjukkan jalannya.

Saya pun belajar sendiri juge... Google dan pengalaman menjadi gurunya.
Teruskan mengutip ilmu dan amalkan, InsyaAllah...
Saya doakan anda berjaya menggapai impian.

Betul tu... Walaupun tidak sangat membantu SEO blog tetapi ilmu darinya sangat membantu untuk dijadikan rujukan bagi meningkatkan ilmu berblogging.

Betoi BM...chkme ni tak lah berupaya nk tahu seo kah blog kita...tak lah membantu sangat...ia macam seo on page...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap