بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tahun 2016 telah berlalu dan membawa pelbagai kenangan manis buat BM sebagai seorang blogger. Tidak pernah menjangka bahawa dengan perkongsian suka-suka melalui Page FB RelexMinda telah menjadi satu titik permulaan BM dalam dunia blogging.

Pada permulaannya bermatlamat sekadar untuk berkongsi apa yang dikongsikan di FB tersebut dengan sedikit coretan akhirnya telah membuka pelbagai lembaran ilmu serta persahabatan dan mampu pula menjana pendapatan buat BM.

Tahun 2016 merupakan tahun di mana blog Relaks Minda mula dapat beroperasi semula setelah disekat Google selama setahun akibat serangan malicious malware. Namun kerana sekatan itu jugalah telah bermulanya Blog BinMuhammad ini dan beberapa blog lain. 
Kejayaan Singkat Blog Dengan Kuasa SEO

Cabaran Blog Baru

Tidak mudah sebenarnya bagi sebuah blog baru untuk meraih nama dan trafik dalam masa yang singkat...

Namun itulah cabaran yang perlu ditempuhi untuk mengatasi kekecewaan setelah Blog Relaks Minda yang mula meraih kedudukan yang baik terpaksa ditinggalkan begitu sahaja...

Semangat berblogging pula sudah semakin pudar pada masa itu. Aktiviti melakukan blogwalking, ping entri dan mempromosikan blog di media sosial bagaikan sudah hilang keterujaannya.

Tanpa aktif bersosial, sudah tentulah agak sukar untuk menaikkan nama blog dan trafik dalam masa yang singkat.

Namun... Hanya ada satu cara yang boleh dicuba iaitu melalui Kuasa SEO. Bagaimana pula SEO mampu membantu untuk menaikkan nama blog dan trafik?

Semua blogger tahu bahawa sumber trafik utama blog adalah dari Enjin Carian. Maka hanya SEO yang mampu memacu artikel anda untuk berada dikedudukan terbaik di Enjin Carian.

Kejayaan Singkat Blog Dengan Kuasa SEO
Sumber trafik utama Blog BinMuhammad

Melalui kata kunci yang dicari ramai dan kuasa SEO, artikel anda pasti akan meraih trafik yang tinggi dari enjin carian ini. Sekiranya banyak artikel anda sering berada di muka hadapan enjin carian, dengan mudahnya nama blog akan mula dikenali.

Operasi Bermula

Maka blog BinMuhammad pun mula dibina dengan menerapkan segala algoritma SEO sebaiknya dengan hanya melalui ilmu dan pengalaman sendiri. Entah kan betul atau tidak... Belasah ajer...

Blog BinMuhammad bak sebuah eksperimen yang belum tentu akan berjaya. Menggunakan template lama dan percuma dari catatan.info, ianya diolah agar kelihatan unik, simple dan tersendiri.


Ilmu SEO yang diperoleh sepanjang bergelar blogger pula cuba diadaptasikan sepenuhnya mengikut sekadar apa yang diketahui. Nama domain pula menggunakan perkataan yang sangat unik dan tiada nilai komersil langsung!

www.dammahumnib.com! Garu kepala sesiapa sahaja yang mula-mula melihat nama domain dan URL blog ini. Maka dapat bayangkanlah betapa sukarnya jalan yang BM ambil untuk memperkenalkan www.dammahumnib.com ini!


Menetapkan Sasaran

Kini... Bagaimana BM hendak mengukur kejayaan blog ini? Bukan kejayaan meraih anugerah ingin dikecapi tetapi mencapai sasaran sendiri yang tetapkan.

Blog ini disasarkan beroleh trafik melebihi 300K sebulan dan nama domain atau URL dammahumnib tidak menjadi asing lagi di dunia blogger Malaysia dalam masa satu tahun.

Persoalannya... Adakah hanya dengan Kuasa SEO mampu mencapai sasaran apa yang BM inginkan? Inilah yang cuba BM buktikan kepada diri sendiri dan anda nilaikan...

Menilai Keupayaan SEO

Untuk menilai keupayaan SEO blog, entri yang diterbitkan perlulah berkisar pada topik dan kata kunci yang tinggi persaingannya di SERP. Berikutan itu, BM memilih topik informasi automotif yang sememangnya menjadi minat berikutan kerjaya BM dibidang tersebut sebelum ini.

BM mensasarkan melalui entri-entri informasi automotif ini dapat memacu trafik blog sekiranya ia mampu berada dikedudukan terbaik di Google SERP. Bulan pertama, blog mencatat prestasi positif dengan mencatat lebih 6K PV.

Entri berkaitan topik automotif terus mendominasi trafik blog. Nampaknya keupayaan SEO blog ini bersaing di SERP agak berjaya apabila kebanyakan artikel berkaitan automotif ini berjaya berada dikedudukan yang baik di SERP lalu memacu trafik blog dengan baik.

Pada bulan ke-6, trafik blog baru mencecah lebih 50K PV sebulan. Namun pada bulan ke-10 dan sehingga kini, trafik blog sentiasa melebihi 300K PV sebulan. Alhamdulillah... Trafik blog telah mencapai tahap yang baik dan berjaya mencapai sasaran.

Kejayaan Singkat Blog Dengan Kuasa SEO
BinMuhammad Blog - Blogger Stats

Menguji SEO

Salah satu cara mudah untuk menguji SEO blog adalah dengan menyertai contest SEO. Ya... Cara ini paling berkesan untuk menguji SEO kerana setiap artikel peserta perlu bersaing dengan kata kunci yang sama.

Selain untuk menang, inilah peluang keemasan untuk belajar dari yang pakar bagaimana untuk menerbitkan artikel yang mesra SEO dengan melihat cara mereka mengolah artikel.

Sehingga kini, Blog BinMuhammad telah menyertai 3 contest SEO dan keputusannya seperti berikut:
  1. Contest Review link.my 2015 (Kata Kunci: Contest Review link.my 2015) - Tiada dalam senarai pemenang
  2. Contest Cari Duit Raya 2016 (Kata Kunci: RF3 World Firmax3 Malaysia) - Tempat Pertama
  3. Pertandingan Blog: Artikel Minyak Herba Asmak (Kata Kunci: Minyak Herba Asmak, Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd, penawar asma pada bayi, penawar asma, minyak asmak) - Tempat Pertama
Kejayaan Singkat Blog Dengan Kuasa SEO
Keputusan SEO Contest Minyak Herba Asmak anjuran MHAM

Alhamdulillah, usaha untuk menjadikan blog mesra SEO berhasil dan dibuktikan dengan pencapaian yang dicapai.

Mencapai Sasaran

Apabila trafik blog dah mulai tinggi dan stabil serta berjaya memenangi beberapa contest SEO, reputasi dan nama blog mulai naik dengan sendirinya. Kini, URL blog www.dammahumnib.com sudah tidak kelihatan asing dan pelik lagi.

Maka... Sasaran yang BM tetapkan untuk Blog BinMuhammad berjaya dicapai hanya dengan menggunakan Kuasa SEO.

Kini... Peluang menjana pendapatan dengan blog juga telah terbuka dengan luas cuma BM tidaklah terlalu serius melakukannya.

Melalui iklan, affiliate dan advertorial... Blog ini dapat juga menjana pendapatan walaupun tidak banyak, tetapi dapatlah melangsaikan semua bil-bil setiap bulan.

Kejayaan Singkat Blog Dengan Kuasa SEO

Terima Kasih

Inilah alkisah sebuah blog BinMuhammad yang menjadi bahan ujikaji untuk membuktikan bahawa sebuah blog boleh berjaya hanya dengan kuasa SEO. Mungkin ianya berjaya buat BM tapi mungkin juga untuk anda dan mungkin tidak.

Semoga ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat dan berguna buat sesiapa sahaja yang memerlukan. Terima kasih membaca coretan ini sehingga ke ayat terakhir...

14 comments - "Kejayaan Singkat Blog Dengan Kuasa SEO"

Alhamdulillah syukur..tahniah Bro BM..moga lebih success ditahun 2017..siapa tahu Allah sertakan rezeki untuk cahayamata yang ada melalui blog..amin.. :)

saya nak kene bnyk belajar lagi skill seo

Alhamdulillah.Tahniah BM..Moga terus maju dan berjaya di masa akan datang..Insyaallah aaminn..

ANIM delete icon 13:20

Tahniah BM...moga terus sukses:-))

paridah delete icon 16:44

Tahniah BM moga terus sukses dgn ilmu SEO...terbaik

Alhamdulillah dapat pendapatan untuk bayar bil tiap-tiap bulan. Tahniah BM! Semoga terus maju...

Pha Is delete icon 16:27

tahniah Bm.. dari dulu lagi tanpa henti BM cuba dan mencuba berjaya dalam bidang blog.. saya ni dah nk macam retired dah,.. update pun kadang2, seo dah tak pandang.. hehehe.. sekadar suka2 je..
tahniah again.. dah lama saya x singgat sini..

tahniah BM. saya tumpang gembira tuk kejayaan BM. usaha yang berbaloi kerana ia gini jelas berhasil. keep it up ye.

p/s-bukan BM ada behutang template SEO dengan saya ke? hehe

Alhamdulillah, tahniah... BM mmg layak.. bnyk ilmu yg boleh dipelajari ni... semoga terus sukses.. aamiin :)

Tahniah bro BM. Bro memang terbaik! KIPIDAP!

Admin delete icon 08:26

Tahniah bm...teruskan dlm dunia blogging ni...

Alhamdulillah..seronok saya mendengarnya.

Alhamdulillah, tahniah BM, saya setuju ilmu seo harus dikuasai oleh semua blogger khasnya jika mahu jana duit dengan berblog.Insha Allah.Lama betul tak singgah sini..selamat berpuasa BM:)

Tahniah.. Terbaik .. ilmu ini masih tak ramai tahu mengenainya. Sangat bagus kepada penulis blog mempelajarinya.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap