بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Google sentiasa berusaha agar enjin cariannya kekal relaven dan memenuhi keperluan pengguna masa kini. Berikutan itu, penilaian terhadap Search Engine Optimization atau SEO bagi setiap yang tersenarai di search engine results page (SERP) juga berubah seiring dengan situasi semasa.

Maka, sebagai seorang blogger yang sentiasa mendambakan trafik organik dari enjin carian Google ini, anda perlulah peka dan bertindak segera untuk mengikut sebarang perubahan agar dapat berada di halaman hadapan serta pada kedudukan terbaik dan teratas di enjin carian.

"Apakah penerapan SEO terkini yang sangat diperlukan untuk memenuhi kriteria yang diinginkan oleh enjin carian Google pada masa kini?"

Inilah SEO... yang tidak pernah ada titik noktahnya. Ia akan terus-terusan berubah. Jika dulu ada di antara tekniknya amat penting tetapi mungkin pada masa ini ianya sudah tidak relaven lagi. Jika tidak mahu ketinggalan... jom lakukan 3 langkah terkini bagi meningkatkan SEO blog anda!

Langkah Terkini Tingkatkan SEO Blog

SEO Terkini

Berikut adalah 3 langkah terkini yang perlu dilakukan sekiranya ingin terus kekal bersaing dalam persaingan sengit di Google SERP pada ketika ini.

Langkah 1
Trafik organik blog kini telah berlaku perubahan yang mendadak. Pengguna mobile semakin menguasai jumlah trafik dan berikutan itu enjin carian versi mobile semakin tinggi penggunaannya dan penting sehinggakan telah mengatasi versi desktop!

Maka penerapan SEO untuk mobile (Mobile-Optimization) perlu dilakukan bagi berdaya saing untuk mendapatkan kedudukan terbaik di SERP versi mobile ini.

Oleh itu, langkah pertama untuk tingkatkan SEO blog adalah dengan mengubah blog kepada mobile-friendly website. 

Mobile-friendly website menjadi salah satu algoritma penting dalam penilaian untuk SERP di engine carian Google versi mobile kerana ianya adalah kehendak pengguna semasa yang memerlukan sebuah laman website yang responsive serta mesra dengan pengguna mobile ini.

Mesra mobile bermaksud paparan halaman website atau blog kelihatan ringkas, mesra dilihat walaupun di skin yang kecil, masa loading yang pantas dan senang digunakan apabila melayari menggunakan telefon pintar (smartphone) ataupun tablet.

Cara mudah untuk mendapatkan status mobile-friendly website adalah dengan hanya mengaktifkan mobile template di Blogger Stat. Namun ianya akan memaparkan paparan yang terhad, terlalu minimal dan kurang menarik kerana terpaksa mengikut format template yang telah disediakan oleh Blogger.

Jika mahukan paparan yang lebih menarik, caranya adalah dengan menukar kepada template responsive terlebih dahulu dan barulah aktifkan mobile template di Blogger Stat dengan pilihan custom.

Ketahui lebih lanjut panduan SEO untuk mobile di sini: SEO Google Versi Mobile

Langkah Terkini Tingkatkan SEO Blog
Cara menukar setting kepada tetapan paparan mobile untuk Blogger

Langkah 2
Perkongsian secara ilmiah seperti dulu yang menekankan penulisan yang panjang dan terperinci sudah tidak lagi menjadi penilaian yang penting.

Sebaliknya... Teknik penulisan yang lebih berkualiti, padat dan mudah difahami dengan cara yang kreatif melalui penyampaian melalui video telah dinilai lebih menepati kehendak masa kini. Namun begitu, penerapan SEO on Page masih tidak boleh dipinggirkan.

Ini adalah berikutan perkongsian video semakin meluas dan penggunaan carian melalui Video juga telah meningkat berkali ganda dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan faktor tersebut, video dan infografik telah dinilai sebagai salah satu pengisian kandungan yang penting untuk menjadikan sesebuah artikel tersebut lebih berkualiti dan terkini!

Oleh itu, dengan memasukkan video yang berkaitan di dalam artikel akan dapat meningkatkan SEO dan seterusnya menaikkan kedudukan ranking di SERP.

  • A report by Marketing Land states that videos make for 62% of all Google searches universally. Moreover, Google has started giving attention to blended results/searches. 
  • According to Quicksprout.com, videos get 50 times better organic page ranks in Google as against plain, static text results. 
  • Video searches garner 41% higher click-through rate as compared to plain, static text content, according to Relesoo.com.


Langkah 3
Enjin carian kini tidak lagi hanya memberi fokus kepada website dan blog sahaja dalam senarai di Google Search. Ini berikutan segala informasi terkini sudah semakin mudah dan pantas diperolehi melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, Tumblr, Instagram dan sebagainya.

Google juga berpendapat bahawa pengaruh dan penggunaan meluas media sosial tersebut amat penting dalam menyalurkan informasi yang lebih relaven dan tepat. Sehubungan dengan itu, perkongsian melalui media sosial tersebut turut disenaraikan dan bersaing hebat di Google SERP. Ini membuatkan website dan blog dengan mudah akan terpinggir dan tersingkir!

Kata pepatah, "If we can't beat them, join them". Maka sertai dan gunakan media sosial ini dengan menulis posting ringkas dengan memasukkan kata kunci berserta link url artikel anda sebagai rujukan. Jangan terkejut pula jika satu hari nanti posting ringkas anda di media sosial tersebut lebih tinggi kedudukannya berbanding artikel sebenar di enjin carian!

Selain itu, rajinlah berkongsi (share) artikel dengan menulis kata kunci yang bersesuaian atau yang dikehendaki. Melalui perkongsian tersebut, ianya akan menguatkan SEO artikel anda lalu menjadikan ia lebih relaven serta terkini dan seterusnya meningkatkan kedudukan ranking di Google SERP.

Maka, sebagai blogger... Mahu atau tidak, kini anda juga terpaksa untuk aktif di media sosial.

Langkah Terkini Tingkatkan SEO Blog

SEO Sentiasa Berubah

Dapat kita perhatikan bahawa 3 Langkah terkini yang dikongsikan di atas jelas menunjukkan perubahan ketara SEO pada masa kini. Perkembangan dan perubahan pengguna amat memainkan peranan penting dalam mengubah penilaian di enjin carian Google.

Sudah semestinya Google mahukan enjin carian mereka kekal relaven dan efektif buat pengguna yang sentiasa mahukan keputusan carian yang terbaik dan tepat.

Sekiranya anda inginkan trafik organik melalui enjin carian Google sama ada melalui versi Desktop mahupun Mobile, maka lakukanlah 3 langkah ini... namun penerapan SEO On Page dan Off Page haruslah digunakan bersama. Perlu diingatkan juga... Perubahan penilaian SEO ini tidak akan berhenti di sini. Ianya akan terus berubah seiring dengan perkembangan dan perubahan semasa.

7 comments - "3 Langkah Terkini Tingkatkan SEO Blog 2016"

terima kasih bnyk untuk entry nie!! dah 2 3 hari saya cari macam mana nak jadi kan mobile templete tu semua..

paridah delete icon 15:46

mmg akan ketinggalan kalau xikut rentak media maya masakini cam kak ni heh..heh.

Terima kasih Bro BM...sebenarnya bila tahu serba sedikit mengenai SEO ini buat PC lebih bersemangat untuk terus perbaiki setiap entri yang dikongsi..in sya Allah..

nice sharing

tak abes2 belajar SEO..kene selalu cari ilmu ni kalo tak mmg ketinggalan

Mantap gan informasinya kini saya jadi tahu Tentang SEO yg harus di tetapkan sekarang, makasih banyak gan

terbaik la tuan entri yang menarik.. Dengan youtube juga senang mendapatkan trafik ke blog dulu saya pernah cuba tapi sekarang ni malas nak upload video di sana sebab masalah kelajuan internet membantaskan.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap