بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Impak Kewujudan Telefon Pintar (Smartphone): Setiap saat, jam, hari dan minggu... Senang kata, setiap masa teknologi akan sentiasa berubah. Perubahan yang pantas ini sentiasa membawa manusia kepada kehidupan yang lebih mudah, cepat, pantas, murah, 'advance' dan mesra.

Teknologi yang semakin maju ini telah berubah begitu pantas sehinggakan ada yang tidak mampu untuk mengikutinya. Maklumlah... Sebagai pengguna, untuk mendapatkan teknologi ini kita pasti perlukan wang! Tiada yang percuma di zaman ini.

Namun begitu, setiap teknologi baru tetap akan mendapat perhatian dan sambutan kerana manusia di abad ini sentiasa peka dan tidak mahu lambat atau ketinggalan. Peluang dan ruang terbuka buat mereka yang bijak menggunakan teknologi baru ini.

Ketika ini, anda tidak perlu lagi bergerak kemana-mana. Hanya tinggal di dalam rumah sahaja sudah boleh menjana pendapatan dan membeli belah! Betapa hebatnya teknologi telah merubah kehidupan manusia.

Telefon Pintar (Smartphone)

Smartphone

Hanya sebuah alat yang sebesar 4~6 inci mampu melakukan apa jua mengikut kehendak anda. Bersosial, berhibur, berkomunikasi, membeli-belah, mencari/mendapat informasi, membayar bil, menjana pendapatan dan macam-macam lagi sehinggalah menjadi sebuah lampu suluh!

Itulah telefon pintar (smartphone), kewujudannya telah merubah kehidupan, perkhidmatan dan barangan lain agar sentiasa bergerak maju seiring dengan teknologi yang disediakan. Manusia sentiasa mahukan kerja yang cepat, mudah, murah dan mesra telah menjadikan segalanya boleh dilakukan hanya dihujung jari.

Impak

Impak dan kesannya amat besar sehinggakan beberapa industri lain seperti telekomunikasi, automotive, barangan elektrik, perkhidmatan awam sehinggalah kepada fesyen juga turut berubah dan perlu seiring dengan penggunaan telefon pintar ini.

Telefon Pintar (Smartphone)
Telefon Pintar (Smartphone)

Sebuah kereta, kini terpaksa menyediakan sambungan kuasa dan teknologi yang dapat menghubungkan telefon pintar ini dengan sistem infotainmennya. Percayalah... satu hari nanti, pasti akan ada kereta yang boleh dikawal/digerakkan hanya dengan menggunakan telefon pintar! Begitulah juga dengan barangan elektrik.

Perkhidmatan dan perniagaan secara dalam talian seperti kedai dalam talian (online) semakin mendapat sambutan lalu tumbuh bak cendawan lepas hujan. Begitu juga dengan perkhidmatan awam. Segala transaksi dan permohonan juga perlu dilakukan dalam talian.

Impaknya kini mula memberi kesan dan antaranya adalah perkhidmatan teksi yang semakin terpinggir apabila UBER & Grabcar memulakan operasinya. Adalah tidak mustahil suatu hari nanti perkhidmatan/belian secara manual/tunai menjadi semakin tidak relaven!

Manusia pula menjadi semakin pendiam apabila hanya bersosial dalam talian. Interaksi sesama manusia secara berdepan menjadi janggal. Masing-masing hanya membuat hal sendiri. Di mana-mana sahaja manusia bersahabat setia dengan telefon pintar mereka tanpa mengira masa, ketika dan tempat

Tingkah laku manusia kini telah menjadi bahan hiburan dan tatapan umum. Tiada lagi hak privasi dan semua orang berhak menyatakan pandangan dan pendapat tanpa mengira ianya betul atau salah, sama ada perlu atau tidak.mSetiap perkara yang baik atau buruk, ianya akan terus berlegar di dunia maya dan boleh diakses/dikongsikan oleh sesiapa sahaja tanpa sebarang halangan, sempadan dan batasan!

Inilah realiti kehidupan kesan dari kewujudan telefon pintar... Dari barang kehendak menjadi kepada keperluan yang seterusnya meninggikan permintaannya

Persaingan

Berikutan permintaan inilah juga telah membawa kepada persaingan untuk menerajui teknologi ini sangat sengit dan perlukan kepantasan bertindak kerana terlambat atau terlalai sedikit sahaja, pasti akan tersungkur!

Persaingan yang tidak mengenal erti belas kasihan ini sebenarnya menguntungkan kita sebagai pengguna. Melaluinya kita akan mendapat pilihan barangan dan perkhidmatan yang semakin pantas, berkualiti, mudah dan murah.

Siapa sangka, gergasi alat telekomunikasi Nokia boleh tersungkur! Ini adalah kesan paling jelas apabila tidak mengikut perubahan teknologi dan kehendak semasa. Hanya terlewat sedikit... Nokia sudah tidak mampu untuk bersaing dengan iPhone dan Samsung.

Kini, persaingan dikalangan pengeluar telefon pintar semakin sengit. Permintaan pengguna di dunia ketiga adalah pasaran terbesar mereka. Ini telah merubah evolusi teknologi agar dapat menyediakan telefon pintar yang canggih, berkualiti tetapi pada harga yang murah.

Maka telefon pintar keluaran dari negara China semakin mendapat perhatian dan sambutan. Jenama seperti Huawei, Oppo, Xiaomi dan banyak lagi sudah mula mengganggu gugat gergasi telefon pintar sedia ada.

Penyedia aplikasi juga semakin bersaing untuk memberikan lebih nilai kepada pengguna dengan kepantasan, kecekapan, mudah digunakan dan murah.

Namun akhirnya, sebuah telefon pintar tidak akan bermakna jika tanpa penyedia talian telekomunikasi. Penyedia talian telekomunikasi ini terpaksa bersaing untuk memberikan perkhidmatan talian dengan pakej harga yang terbaik. Pelbagai plan diperkenalkan bagi memenuhi kehendak pengguna mengikut kehendak penggunaan mereka.

Telefon Pintar (Smartphone)

Kuasa Di Tanganmu

Ketahuilah bahawa kuasa yang paling berkuasa adalah kita sebagai pengguna. Kitalah yang merubah segalanya apabila memilih untuk menggunakan telefon pintar ini. Kitalah juga yang mengubah pengeluar dan penyedia perkhidmatan mengikut kehendak kita.

Telah terbukti apabila Maxis telah kehilangan pelanggan setia mereka hanya kerana perkhidmatan dan harga yang tidak berbaloi, sedangkan pesaingnya memberikan penghargaan serta nilai yang lebih baik. Akhirnya mereka akur dan mula berubah tetapi ianya sudah terlambat...

Oleh itu, setiap tindakan kita akan memberi impak yang besar sama ada baik dan buruk. Kuasa di tanganmu... maka gunakanlah ia sebaiknya!

Telefon Pintar Bukan Kepentingan Utama

Begitulah impak/kesan kewujudan telefon pintar kepada kehidupan manusia. Setiap perubahan teknologi akan merubah cara kehidupan kita tetapi terpulang kepada kita sama ada untuk menggunakannya atau tidak.

Sebenarnya tiada istilah ketinggalan atau kolot jika tidak mengggunakan teknologi baru ini. Jika ianya berguna untuk kebaikan, maka gunakanlah ia sebaik-baiknya. Kehidupan di dunia ini ada matlamat lebih utama yang perlu kita capai iaitu mengecapi kebahagiaan hidup di akhirat yang kekal abadi dan bukannya di dunia yang sementara ini.


p/s: Persaingan itu bagus untuk peningkatan mutu dan penambahbaikan untuk kebaikan serta pilihan pengguna dan bukannya monopoli seperti Astro dan TM yang membuli!

12 comments - "Impak Kewujudan Telefon Pintar (Smartphone)"

kadang-kadang rasa teknologi ni meninggalkan kita..tak kejar kita yg ketinggalan tapi kalau terlalu kejar jadi satu masalah jugak kan...kang kuno habis pulak..hmm..hmm..

Andai baik kita mengurus...maka baik impak yang dikecapi...andai sebaliknya...ianya akan membinasakan diri sendiri..

Besar sungguh impaknya kepada kehidupan manusia kan?

betul semakin hari smartpon semakin menguasai manusia

kata orang zaman dulu akan serba robot di abad mendatang

hidup manusia separuhnya diambil smartphone

Assalammualaikum... BM,

Teknologi bagus cuma manusia itu yang menyalahguna.. dan sering terlalai..

mselim3

Kejar apa yang mampu dan berguna jer. Nak hadam semua...memang lelah le...

Ya...apa pun, diri sendiri yg menentukannya. Tak perlu salahkan telefon tu, kan...

Mungkinkah akan menjadi realiti!?

Waalaiumsalam Sahabat,
Ya! Teknologi tak salah...yg menggunakannya perlu bijak!

kemajuan teknologi sekarang mmg berbeza dari dahulu... sekarang semakin cepat dan murah berbanding sebelum ni. Kita perlu sentiasa berubah agar tidak diubah secara paksa nanti oleh kemajuan teknologi dan persaingan manusia.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap