بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Teringinkah anda memiliki Plat no. F1 atau V1? Kini peluang terbuka kepada mereka yang berminat untuk memiliki nombor plat yang cantik dan menarik apabila siri huruf baru pendaftaran kenderaan akan diperkenalkan iaitu 'F' bagi menggantikan plat 'putrajaya' bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 'V' bagi WP Kuala Lumpur menggantikan huruf 'W'.

Menurut timbalan menteri pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi; Pemilihan abjad-abjad awalan tersebut telah dipilih selepas menerima permohonan dari Perbadanan Putrajaya berikutan plat dengan perkataan putrajaya terlalu panjang dan pilihan huruf F paling sesuai kerana merujuk kepada 'Federal'.

Nombor Plat Siri Baru F & V Menjana Wang Kerajaan

Manakala pertukaran huruf W kepada V pula berikutan plat WP Kuala Lumpur ketika ini kurang menarik berikutan terdapat tambahan huruf dihujungnya...

Namun kedua-dua siri plat baru yang bernombor menarik ini tidak semudah itu untuk anda miliki. Pihak Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) akan menggunakan sistem tender untuk pemilikan pendaftaran baru ini untuk nombor 1 hingga 9999! Maka anda perlu membida dan bersaing harga untuk memiliki nombor idaman sekiranya ia turut diminati oleh orang lain!

Siri no plate F akan mula dibuka tender untuk bidaan pada 1 Jun hingga 14 Jun 2016 manakala Siri no plate V akan di umumkan tarikh bukaan tender untuk bidaan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Nombor Plat Siri Baru F & V Menjana Wang Kerajaan

Pendapatan Tambahan

Wah! Ianya satu cara mudah untuk mendapat sumber kewangan tambahan! Hanya tukar siri huruf plat dan buka tender untuk bidaan!

Bagi pendapat BM, sepatutnya inilah cara yang patut difikir dan digunakan oleh kerajaan dalam menjana pendapatan tambahan. Ianya tidak secara paksaan dan mampu menarik golongan yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi untuk mengeluarkan wang mereka secara ikhlas untuk kerajaan. Kerajaan juga tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk melaksanakannya.

Satu idea yang bernas! Berbeza dengan perlaksanaan cukai GST yang boleh dikatakan secara paksa dan dikenakan pada semua golongan serta peringkat usia secara sama rata.

Walaupun ianya bukanlah pendapatan yang boleh memberi impak tinggi secara berterusan tetapi para pemimpin dan bijak pandai di negara ini wajar memikirkan teknik dan idea pendapatan sebegini yang menjurus kepada situasi menang-menang bagi kedua-dua belah pihak dan tiada sesiapa pun yang tertindas.

Selain itu, ianya menjadi satu bidang pelaburan baru yang sangat lumayan! Sama seperti membeli sebuah rumah, nombor plat ini juga pasti akan semakin tinggi nilainya di pasaran pada masa akan datang. Nombor-nombor plat lama yang cantik, menarik dan unik turut menerima tempiasnya dan menjadikan ia semakin berharga.

Pendapat anda pula bagaimana?

Harga Plat Termahal

Harga tertinggi yang pernah tercatat bagi plat nombor di Malaysia ialah RM748,000 untuk ‘W1N’ oleh Sultan Ibrahim Ismail, yang turut membayar RM520,000 untuk ‘WWW 1’ pada tahun 2012. Manakala pembeli bagi plat nombor istimewa PATRIOT 1 pula dilaporkan membayar sehingga RM1,308,000.


Dengar perkhabaran... Datuk Seri Vida berminat untuk membida nombor plate F1 dan V1... Berapalah harganya ya! Mungkinkah siri plat baru ini akan mencatat rekod baru bagi harga plat termahal di Malaysia? Kita tunggu dan lihat...

Kalau diikutkan hati, pasti setiap orang inginkan no. plate yang cantik dan menarik. Nombor idaman yang pasti membawa pelbagai makna buat pemiliknya. Namun jika tidak mampu... Dalam hati hanya berkata... "Apalah yang ada pada no plat, hanya sekadar plat".

Sekiranya ada wang lebih tu bolehlah melabur untuk membeli salah satu nombor menarik dalam siri baru nombor plat F dan V ini. Mungkin satu hari nanti nilainya akan berganda-ganda!

3 comments - "Nombor Plat Baru F&V - Cara Kutip Duit Tanpa Paksaan"

Salam Jumaat BM...

nice sharing

Ada yang sememangnya tunggu saat begini ada yang bias biasa sahaja...atau ada yang membeli sekadar ikut negeri kelahiran apabila beli di negeri tempat bertugas.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap