بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kenali YaPEIM - Peranan, Pentadbiran & TanggungjawabYayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) satu yayasan yang sangat penting dan penubuhannya amat besar makna dan ertinya buat umat Islam di negara ini.

YaPEIM berperanan bagi membantu umat Islam yang kurang berupaya, yatim piatu dan miskin untuk mengurangkan beban dan meningkatkan taraf hidup serta ekonomi.

 YaPEIM

Berikut adalah informasi ringkas pengenalan mengenai YaPEIM yang di ambil dari website YaPEIM

PENGENALAN
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952. Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 julai 1984 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.

WAWASAN
“Menjadi sebuah institusi Pembangunan Sosioekonomi yang utama dan Mantap serta mampu berperanan Meningkatkan Martabat dan Kualiti Ummah menjelang 2020”

PENYATAAN MISI
“Membangun Ummah Melalui Budaya Beramal Jariah”
(Membangun Masyarakat melalui Penyempurnaan Tanggungjawab Sosial)

FALSAFAH
Institusi Berteraskan Konsep Amal Jariah bagi Menangani Keperluan dan Cabaran Semasa Umat dan Negara.

NILAI-NILAI UTAMA
Nilai-nilai utama yang dihayati dalam budaya korporat YaPEIM :
  1. Amanah
  2. Jimat Cermat
  3. Bertanggungjawab
  4. Cekap
  5. Profesional
  6. Peka

OBJEKTIF KORPORAT
  1. Menangani Persoalan Masyarakat secara Realistik, Bersepadu, Strategik dan Profesional melalui Usaha Meningkatkan Taraf Sosioekonomi, Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Memantapkan Kebajikan Ummah dan Membangunkan Institusi Islam demi Kepentingan Pembangunan Ummah.
  2. Menghidupkan Budaya Amal Jariah dengan Menyediakan Prasarana yang diyakini untuk Masyarakat melaksanakan Sadaqatul Jariah melalui pendekatan Pengurusan Moden.
  3. Memperkukuhkan Asas Kekuatan YaPEIM melalui Usaha Memantapkan Pengurusan secara Menyeluruh meliputi Aspek Pengurusan Kewangan dan Pelaburan serta Pentadbiran secara Umum

Program Dan Sumber Kewangan

YaPEIM di letak di bawah Y.B. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri memantau perjalanan YaPEIM. Maka, YaPEIM ini ditakbir di bawah tanggungjawab Menteri Hal Ehwal Islam.

Antara program teras yang dianjurkan YaPEIM adalah Program Mikro Kredit Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang membantu golongan peniaga kecil-kecilan dari segi aliran tunai, Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami yang merangkumi projek terjemahan buku-buku Arab ke Bahasa Melayu dan Program Kecemerlangan Komuniti yang termasuk usaha membantu anak yatim dan fakir miskin.

Tiga program teras lain adalah program membangunkan institusi Islam yang merangkumi pembinaan masjid-masjid dan surau-surau untuk kegunaan komuniti setempat serta program pembangunan tanah wakaf dan pemangkin, iaitu program membantu mangsa bencana alam.

Dari segi sumber kewangan, YaPEIM mendapat peruntukan dari kerajaan serta menggalakkan individu dan institusi swasta menyumbang sama ada melalui skim potongan gaji atau skim korporat penyayang. Untuk penjawat awam misalnya, kemudahan potongan gaji boleh dibuat setiap bulan dengan potongan serendah RM5.

Melalui informasi di atas dapatlah kita ketahui akan peranan dan tanggungjawab penubuhan YaPEIM, punca dana serta mereka yang mentadbirnya.

Ianya satu amanah dan tanggungjawab besar kepada mereka yang menguruskannya dan juga satu harapan yang tinggi dari penderma dan seluruh umat Islam di negara ini agar kewujudan YaPEIM mencapai sasarannya!

Skandal YaPEIM

Baru-baru ini timbul kekecohan berikutan terdapatnya salah guna kuasa dan dana YaPEIM yang didedahkan oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW):
  1. Pegang 26 jawatan, jumlah gaji Pengerusi dan Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Bersama Keluarganya mencecah RM154,700 sebulan
  2. Menteri Guna RM410,978 Dana YaPEIM Untuk Ke Amerika Syarikat, Main Golf Dan Shopping?
 YaPEIM

Walaupun belum terbukti benar tetapi ianya pasti menimbulkan rasa kecewa, marah dan curiga terhadap YaPEIM kerana pertuduhan tersebut amat berat dan disertakan dengan bukti yang kukuh tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang penafian berserta fakta sahih bagi menyangkal dakwaan tersebut.

Sekarang ini, diperingkat saman-menyaman pula namun persoalan dari pertuduhan masih tiada sebarang penjelasan serta siasatan.

Seperti biasa... di negara ini, mereka yang membuat pendedahan pasti akan menerima padah dan tindakan namun apa dan sesiapa yang didedahkan pasti tidak akan mendapat sebarang tindakan atau siasatan.

Berdoalah, Semoga kita semua dan negara ini dijauhkan dari segala kemurkaan Allah SWT dan bala bencana.... Amiin.

Kemaskini 18 November 2015
Berikut adalah jawapan YaPEIM terhadap pertuduhan... Anda baca dan fikirlah sendiri ya...
link: YaPEIM Menjawab Pertuduhan NOW

Akhirnya... Tiada saman menyaman, Presiden dan Timbalan Presiden YaPEIM letak semua jawatan dan terus senyap begitu sahaja kes ini... Renung-renungkan lah...

19 comments - "Kenali YaPEIM - Peranan, Pentadbiran & Tanggungjawab"

ANIM delete icon 16:19

Rata2 geng bas sekolah kak buat surat keluar beramai-ramai.Manakan tidak, ada di antara kami yang buat potongan gaji dengan niat murni membantu yapiem sejak dari maktab lagi. sape tak geram dan kecewa dengan berita yang diperolehi. kak ambil sikap tunggu dan lihat dulu. tak nak ambil langkah terburu-buru

Mrs. A delete icon 17:28

Betul tu samalah Mrs. A dan kawan-kawan office pun menyumbang melalui potongan gaji.
Seingat Mrs. A dah pernah dua kali orang YaPEIM datang ke office ni bagi 'talk' berkenaan sumbangan melalui potongan gaji tu. Kita memang ikhlaslah niat buat sumbangan macam ni mudah tak perlu tercari-cari kat mana nak menyumbang yang kita fikirkan layak. Tapi bila dengar pasal scandal ini tak tahu nak cakap apa. Dunia akhir zaman 'amanah' yang disalah gunakan. Memang ada pun officemate yang dah ambil langkah nak tarik balik potongan gaji tu. Mrs. A pun tengah berkira-kira juga.

paridah delete icon 17:36

TIDAK BERAMANAH DLM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YG DIGALAS PASTI AKAN TIMBULKAN KEMURKAAN ALLAH....

Mohon ampun ..terima kasih artikal ini BM..

Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. Info menarik ni. Ramai yang tak tau kewujudan dn fungsi YAPEIM Ni, tq berkongsi sama yer

Jika ianya benar... memang sangat mengecewakan. Tidak langsung mengikut nilai2 yang telah mereka gariskan seperti di atas...
Tidak hairanlah jika ramai yg nak keluar.

Terasa sangat apabila kita yg berpendapatan sedikit ini sanggup menderma namun disalah gunakan... Sangat mengecewakan jika ianya benar...
Namun xkan pokok bergoyang sendiri kan...

Itulah yg paling ditakuti kerana apabila Allah SWT murka, semua orang pasti akan merasai akibatnya.

Mohonlah keampunan dari yg Maha Esa. Semoga kita semua diampunkan...

Assalam & Selamat kembali KA... :)

Ya... ramai yg tidak mengetahui YaPEIM ini namun sejak skandal ni...semakin ramai pula yg ingin mengetahuinya...

Tq sebab berkongsi info ye BM.

Kalau la berlaku perbelanjaan boros, memang sangat mengecewakan. Saya pun ada buat potongan gaji setiap bulan dengan YAPEIM ni..:(

semoga isu berkenaan dapat diselesaikan dengan baik..

Klu nak membantu tak perlu turun bersambut dan bnyk protokol2 kalut. Tp itulah yg bnyk saya dengar rintihan aktivis yg berkaitan isu masyarakat ni. Ada yg kaya akhirnya bantu dgn sebahagian besar sumber pendapatan duit sendiri malah ada juga yg berhempas pulas dptkan sokongan swasta atas nama csr. Mereka usaha kdg2kala tak bergaji pun, tiada escort dan paluan kompang macam raja nasuk kampung... mereka ikhlas, bukan semata2 kemaruk pangkat, claim dan pencen yg tak seberapa tu... memang fedup dgn mereka2 yg perasan bagus ni... wallahualam

YA... SP dan mereka yg menderma pasti paling kecewa jika ianya benar. Namun melihat pada angka2 tersebut... terasa sangat ianya satu pembaziran dan tersasar dari matlamat sebenar YaPEIM ini ditubuhkan

Keikhlasan pemimpin seperti zaman Saidina Umar dulu sudah tiada lagi... Kalau ada pun hanya TG Nik Aziz....namun beliau juga telah meninggalkan kita.
Semoga semua pemimpin masa kini beroleh pedoman dan hidayah hendaknya...

Betul tu BM. Alangkah baik kalau disedekahkan kepada fakir miskin. Ramai sangat orang miskin diluar sana yang amat memerlukan bantuan..:(

Owh...baru dpt pencerahan pasal kes yapeim ni. Ada dgr radia pasal ramai yang dah tarik diri dari bagi sumbangan lagi. Kalau betul lah berita ni, memang amat memalukan bagi institusi islam tu sendiri.

kalau tak kerana isu yang sedang hangat ni
saya sendiri kurang mengenali yayasan ini
kebelakangan ini terlalu banyak perkara tidak elok didengari
tak pasti sama ada ianya hanya fitnah semata
atau sebenarnya terbuka sudah segala yang dilindungi selama ni

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap