بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Setelah Tiga Bulan Bersamamu: Begitu pantas masa berlalu, tanpa disedari sudah tiga bulan blog BinMuhammad @ www.dammahumnib.com ini beroperasi. Usia yang masih terlalu muda dalam dunia blogging.

Walaupun tahu blog ini masih tidak punya keupayaan namun tetap tergamak untuk mencuba bersaing dengan blog-blog otai dan ternama dalam contest review lynk.my 2015. Nak menang memang tak ada harapan ler tapi cukuplah sekadar untuk meningkatkan backlink blog ini.

Setelah Tiga Bulan Bersamamu


dammahumnib @ binmuhammad

Sehingga kini, sudah ada sebanyak 71 entri yang telah berjaya diterbitkan termasuklah 14 entri yang dterbitkan semula dari entri yang disekat oleh google di blog Relaks Minda.

Bukan mudah bagi blog baru untuk menaikkan prestasi blog dengan cepat. Salah satu caranya adalah dengan menerbitkan entri yang original, berkualiti dan konsisten. Paling kurang satu entri satu hari namun ianya merupakan satu komitmen yang amat sukar direalisasikan.

Itu belum lagi dengan aktiviti blogwalking yang diperlukan untuk menambah backlink. Adeh! Semput... Harap maaf jika ada yang berkecil hati kerana masih belum berkesempatan untuk menjejaki blog anda semula.

Hanya lakukan apa yang termampu. Ini BM kata, bukan orang kata... "Biar lambat, asal berjaya"

Ukuran Prestasi

13 November 2015, maka genablah tiga bulan usia blog ini. Bagaimana dengan prestasinya? Melalui beberapa indek ukuran prestasi blog, berikut adalah prestasi semasa blog ini.

Google Analytics
Bermula pada 13 Ogos 2015 dengan hanya 23 pageviews hari pertama, kini secara puratanya dapatlah antara kurang lebih 1,000 pv sehari. 3 bulan beroleh 65K pv, agak baik berbanding permulaan blog Relaks Minda.

Data Bounce Rate juga sangat baik di mana secara puratanya setiap visitor akan melihat 3~4 pages apabila singgah di blog ini.

prestasi blog binmuhammad setelah tiga bulan
prestasi blog binmuhammad setelah tiga bulan

Pencapaian blog ini di enjin carian juga semakin baik apabila mencatat lebih 50% visitors datang dari organic search. Jika ianya berterusan, mungkin catatan ini akan bertambah baik. Target untuk melebihi 60% dalam tempoh beberapa bulan lagi.

prestasi blog binmuhammad setelah tiga bulan

Google Webmaster
Jika dibandingkan dengan data sebulan yang lepas, prestasi semasa blog ini melalui webmaster agak menurun. Tidak dinafikan berikutan kurangnya entri berkualiti diterbitkan pada bulan ini.

Boleh lihat data bulan lepas melalui entri berikut: Dua Bulan BinMuhammad Bersamamu

prestasi blog binmuhammad setelah tiga bulan

Alexa Rank
Sudah tiga bulan, adalah sedikit penurunan dalam kedudukan Alexa Traffic Rank Global walaupun angkanya masih berjuta dan masih belum pun tersenarai dalam Alexa Traffic Rank Malaysia.

Sebulan lepas pada kedudukan: 1,842,758

prestasi blog binmuhammad setelah tiga bulan

Komentar Yang Dihargai

Selain itu, jutaan terima kasih kepada tetamu yang berkunjung ke blog ini, semoga beroleh manfaat...

Buat sahabat blogger yang sudi menitipkan komen, anda amat-amat dihargai. InsyaAllah... Akan cuba mencari ruang waktu untuk membalas kunjungan.

List Monthly Top Commentators telah terpahat di sidebar dan anda telah tersenarai di My Bloglist. Kepada para tetamu, jemputlah singgah ke blog-blog mereka yang ramah tamah ini...

Ilmu Dikongsi Bersama

Tiga bulan adalah jangka waktu yang terlalu singkat. Tiada memberi makna yang benar-benar dapat dijadikan penilaian yang kukuh. Masih panjang perjalanan yang perlu ditempuh dan masih banyak rintangan dan cabaran yang bakal diharungi. Semoga mampu bertahan...

Tiga bulan BinMuhammad bersamamu... Semoga tercapai matlamat, "ilmu yang sedikit dikongsi bersama"

17 comments - "Setelah Tiga Bulan Bersamamu"

paridah delete icon 16:10

walau msh baru tapi prestasi blog tetap merangsangkan...tahniah BM.

Wah, kagum la walaupun baru 3 bulan namun sangat impressive kemajuannya

wah... Allhamdulillah... selamat maju jaya.... sy yg dh lama bertahun-tahun ni baru meniarap.... hehe

Tahniah tuan! performance yang sangat memberangsangkan walaupun blog baru berusia 3 bulan :)

Tahniah...semoga akan sentiasa kekal laman yang baru ni...berinformasi sangat....dulu relak minda pun baca...

Alhamdulillah... Terima kasih Akak yang sentiasa menyokong dan rajin singgah sini.

Ye ke... Terima kasih.
Taklah bagus sangat sebab tak cukup rajin... :)

Prestasi mungkin tidak menilaikan keseluruhan pencapaian kerana yg penting adalah mencapai matlamat.
Terima kasih...selamat maju jaya juga buat anda. Belajarlah merangkak pula yer :)

Syukran... Nak naik tu mudah tapi nak kekalkan tu paling payah.
InsyaAllah... mencuba yg terdaya.
Terima kasih di atas sokongannya :)

Terima kasih kerana masih setia bersama dan menyokong.
InsyaAllah...jika tak ade masalah macam Rilaks Minda, akan kekal...

Alhamdulillah tahniah BM... semoga terus sukses berkongsi ilmu utk kebaikan insan... aamiin... :)

Mrs. A delete icon 13:18

Tahniah! Mrs. A ucapkan.
Semoga terus maju jaya.
Tapi nak tanyalah kenapa google sekat entry tu?
Apa sebabnya Mrs. A tak pernah alami lagi.

InsyaAllah... Jika masih diberi kesempatan lagi...

Terima kasih Mrs A.
Entri2 tersebut telah diserang dan jangkiti virus Malware yg dianggap bahaya oleh Google.
Itulah nasib Relaks Minda...huhu

tahniah di atas pencapaian baik ini BM.. semoga BM terus success.. ;)

Terima kasih Aia... Semoga Aiza juga success dalam apa jua yg dilakukan...

Pencapaian yang bagus even baru 3 bulan.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap