بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dua Bulan BinMuhammad Bersamamu: Tanpa disedari, sudah genab dua bulan blog BinMuhammad @ www.dammahumnib ini wujud di arena dunia blog. Bermula pada 13 Ogos 2015 dengan entri pertama - Cara Memilih Nama Dan Domain Blog, blog ini kini sudah ada sebanyak 38 entri diterbitkan.

Walaupun jumlah keseluruhannya ada 52 entri tetapi 14 daripadanya adalah entri yang diimport dari blog asal iaitu binmuhammad2.blogspot.com.

Dua Bulan BinMuhammad Bersamamu

Dua bulan adalah satu usia yang teramat muda bagi sebuah blog. Selain dari menerbitkan entri secara konsisten, menjalinkan ukhuwah sesama blogger juga amat penting bagi menaikkan blog untuk mula dikenali ramai serta bagi mendapatkan tempat yang baik di enjin carian.

Ianya berbeza dengan sebuah blog yang mempunyai niche tertentu yang sudah tentu ada pengunjung sama ada dikalangan peminat atau pun pencari maklumat tetapi bagi sebuah blog peribadi, ianya perlukan sesuatu yang istimewa, menarik dan tersendiri untuk memikat pengunjung.

Ada yang melakukannya melalui gaya penulisan, topik, pengisian, peraduan, segmen, blogwalking, teknik seo dan sebagainya. Sesetengahnya pula memang diberi bakat dan kehebatan untuk menyerlah dikalangan blogger.

Namun cara yang paling biasa digunakan adalah menggabungkan kesemuanya (rojak) sehingga menjadikan sebuah blog peribadi kepada blog yang mempunyai pelbagai niche dan topik. 

Bagi Blog BinMuhammad, ia juga tidak terkecuali cuma kali ini ianya tidaklah serojak Blog Relaks Minda. Beberapa topik niche utama telah diasingkan di blog lain.

Blog BinMuhammad hanya menumpukan kepada kisah peribadi, pedoman, pendapat, panduan blogger, informasi semasa terpilih dan perkongsian minat tentang dunia automotif.

Topik berkaitan informasi alam sekitar, keindahan alam semulajadi dan kitar semula boleh anda ikuti di Blog AlamBlogr manakala Blog BMBlogr pula menumpukan pada niche informasi semasa, panduan, rujukan serta affiliate.

Jemputlah singgah...

AlamBlogr - BinMuhammad Blog
BMBlogr - BinMuhammad Blog

Prestasi BinMuhammad

Bagaimana prestasi blog ini setelah dua bulan berlalu? Tetapi sebelum itu, bagaimanakah hendak mengukur prestasi sesebuah blog? Ya...ianya terlalu subjektif serta pelbagai malah mungkin juga bergantung kepada tujuan dan matlamat blog tersebut diwujudkan.

Namun, jika indek ukuran yang digunakan sebagai penilaian,  yang paling biasa dijadikan rujukan adalah Alexa Rank, Pagerank, Pageviews, Bounce Rate, followers, anugerah dan pencapaian, populariti dan sebagainya.

Berbalik pada Blog BinMuhammad, setelah dua bulan tiadalah apa-apa yang boleh dibanggakan. Ianya sama seperti blog peribadi baru yang lain dan perlukan masa untuk mengecapi seperti apa yang telah diperoleh oleh Relaks Minda sebelum ini.

Berikut adalah prestasi Blog BinMuhammad sejak 2 bulan yang lalu :

Prestasi Blog
Prestasi Blog
Perbandingan data prestasi Blog BinMuhammad selama dua bulan: 13 Ogos ~ 13 Sept 2015  VS  14 Sept ~ 13 Okt 2015 (Google Analytics Data)

Setelah dua bulan, kalau tiada peningkatan itu adalah sesuatu yang agak pelik. Perbandingan menunjukkan peningkatan melalui jumlah pageviews. Dari 11K kepada 26K pada bulan kedua. Data Bounce rate juga pada prestasi yang sangat memuaskan.

Prestasi Blog
Blog BinMuhammad Alexa Rank 

Sudah ada angka Alexa Traffic Rank untuk Global Rank walaupun masih berjuta tetapi masih tiada lagi angka Alexa rank di Malaysia. Untuk mendapat kedudukan Alexa rank yang bagus, kekerapan dan konsistensi menerbitkan entri disamping backlink menjadi faktor penentu.

Prestasi Blog
Prestasi BinMuhammad di Enjin Carian - Google Webmaster

Alhamdulillah... Entri-entri yang diterbitkan mula mendapat tempat dikedudukan yang baik di halaman enjin carian melalui beberapa kata kunci tertentu. Ianya menjadi penyumbang trafik tertinggi sejak sebulan yang lalu.

Bagi Pagerank, sudah tentulah blog ini masih pada PR0. Namun kini PR bukanlah algoritma yang penting kerana ianya sudah tidak lagi dikemaskini.

Selain dari data di atas, tiada pencapaian lain. Juga tiada ukuran jumlah followers berikutan tiadanya akaun tertentu bagi setiap blog, di mana kesemuanya di bawah nama dan profile Bin Muhammad atau Relaks Minda.

Penilaian Prestasi Blog

Walaupun sesetengah blogger tidak begitu memikirkan atau mementingkan prestasi blog tetapi bagi BM pula ianya perlu kerana dapat menjadi ukuran untuk melihat perkembangan serta peningkatan sesebuah blog agar dapat dijadikan rujukan untuk penambahbaikan yang perlu.

Ukuran prestasi sesebuah blog dapat meningkatkan motivasi untuk memberikan yang lebih baik dan terus berusaha belajar dan melakukan perubahan agar blog sentiasa meningkat dan konsisten dalam indeks prestasi mahupun kualiti perkongsian.

Anda Dihargai

Terpulang kepada blogger tersebut dan tidak pula menjadi satu keperluan atau kesalahan jika tidak mengendahkan prestasi blog mereka. Masing-masing ada matlamat dan tujuan tertentu.

Akhir kata... Dua Bulan BinMuhammad bersama anda... Jutaan terima kasih kepada sahabat yang sentiasa menyokong dan para tetamu yang berkunjung. Anda semua amat-amat dihargai.

Semoga kewujudan blog ini dapat menjadi bahan bacaan santai disamping memberi ilmu serta memenuhi matlamat carian anda.

Terima Kasih - Dua Bulan BinMuhammad Bersamamu

24 comments - "Dua Bulan BinMuhammad Bersamamu"

ohh kene buat entry ajar saya guna google analytic..saya try byn kali tapi tak boleh masuk.

alhamdulillah peningkatan yang baik..saya yang bertahun pun still rasa baru lagi

Bila dah arif berblog baru atau lama berada di alam maya bukan jadi isunya
Yg jelas kalau bijak mengatur akan nampaklah peningkatan itu.

Cantik perkongsian maya..BM..terbaik Etuza kira

BM sebenarnya blog BM ni dah jadi sumber rujukan yang terbaik...tahnia ya

paridah delete icon 14:40

tahniah..walau blognya baru dua bulan tapi menyaingi blog RELAKS MINDA peningkatannya tandanya viewers sudah kenal n biasa dgn karya2 BM yg sarat berinfo n sentiasa mencarinya.

Kalau dah dua bulan, pasti dua tahun tak lama lagi..:)

Payah juge tu nak buat... InsyaAllah, kalau diizinkan...
but not promise :)

Bulan kedua, itu adalah normal tapi kalau dapat berterusan meningkat hingga tahun kedua... Ha! itu baru hebat! hehe...

Mendalam sungguh kata2 kakzakie ni... Tapi saya bukannya yg dah arif...huhu

Terima kasih cikgu,
Sumber rujukan bagi yg memerlukan tetapi bukanlah yg terbaik...

Belum dapat lagi menyaingi Relaks Minda, mungkin perlukan masa sehingga lebih 6 bulan baru boleh kot. Itu pun kalau konsisten terbit entri...

Jauh lagi 2 tahun tu... entah sampai, entah kan tidak...

pencapaian blog tuan BM jauh lebih baik berbanding blog saya yang berusia 2 tahun..tahniah dan kipidab

Mrs. A delete icon 16:37

Oh! rupanya tuan BM ada banyak blog.
Mrs. A ada satu jer...
Kenapa nak ada lebih dari satu blog? (Busybody jer Mrs. A ni kanssss?)

saya harap tuan boleh buat lagi..ada blogger baru macam saya nak belajar nie..

InsyaAllah... :)

Namun dah berusia 2 tahun itu satu pencapaian yg paling tinggi nilainya... :)

Biasalah... lelaki, mana cukup satu hehe... Perempuan xboleh! kena setia pada yg satu jer ye...

p/s: Sebenarnya nak asingkan topik agar blog ini tidak terlalu rojak sangat isi kandungannya...

Tahniah bro BM.
Kerajinan bro dan kemampuan bro dalam mengupdate entry yang bagus-bagus nampaknya berhasil.
Maafkan ambe sebab agak jarang singgah ke mari memandangkan kesibukan tahap kesatria baja itam. Hehehe...

Alhamdulillah...Banyak peningkatan even baru 2 bulan.

selamat ulang tahun ke dua bulan untuk blog baru BM ini.. aiza doakan semoga BM terus success.. ;)

Sikit-sikit lama lama jadi bukit

ooo...patut saya ada perasaan
kewujudan blog-blog lain tu...tu yang saya agak keliru sebelum ni
tak tahu mana satu nak tuju...yang lelain tu singgah juga
tapi banyak jadi silent reader aje

tahniah BM...dua bulan pun nampak hasil
tapi yelah...bukan senang nak dapat hasil berterusan gitu kan
keep it up...saya akan sentiasa menyokong

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap