بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
10 Oktober 2015, buat julung kalinya negara kita menyambut Hari Sukan Negara secara bersepadu oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di seluruh negara. 

Pada hari tersebut, boleh dikatakan pelbagai program kesukanan yang melibatkan seluruh mesyarakat oleh sama ada dijalankan oleh kerajaan pusat, negeri, agensi tempatan, syarikat swasta mahupun NGO.

Sambutan Hari Sukan Negara 2015

Penduduk Taman Rasa Indah juga tidak terkecuali untuk terlibat sama namun bukan pada 10 Oktober tetapi pada 11 Oktober berikutan kesibukan ramai penduduk terlibat dengan aktiviti Sambutan Hari Sukan Negara di disekolah, tempat kerja dan lain-lain tempat.

Disamping itu, Persatuan Penduduk Taman juga akan menganjurkan Sambutan Hari Keluarga dan Sukaneka 2015 yang diadakan serentak pada hari tersebut.

Objektif utama adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan muhibbah serta semangat kerjasama antara penduduk taman yang berbilang kaum dan bangsa disamping menjalankan kehidupan yang sihat dan bersatu padu.

Petang 10 Oktober 2015

Pada petang 10 Okt, persiapan dilakukan untuk program keesokan harinya. Kerusi dan meja yang disewa dari pihak surau diangkut dan disusun di dewan serbaguna.

Buat pertama kalinya dewan serbaguna ini digunakan. Jika sesiapa yang pernah mengikuti kisah pembinaan dewan serbaguna ini pasti mengetahui bagaimana ianya dibina hasil tulang empat kerat penduduk taman ini secara gotong-royong dihujung minggu.

Setelah berbulan-bulan lamanya, dewan serbaguna ini akhirnya dapat juga disiapkan dan akan menjadi lokasi tetap untuk setiap aktiviti penduduk Taman Rasa Indah ini.

Sambutan Hari Sukan Negara
Semangat sungguh rakan-rakan kejiranan ini bersama-sama bergotong-royong mengangkut dan menyediakan kelengkapan kerusi dan meja untuk aktiviti di dewan serbaguna.

Sambutan Hari Sukan Negara
Sebenarnya permohonan untuk kerusi dan meja telah dipohon pada ADUN Batang Kali namun setelah berbulan-bulan... hanya sepi tanpa berita. Mujurlah pihak surau mempunyai stok kerusi dan meja, maka dapatlah kami sewa.

Sambutan Hari Sukan Negara
Persiapan menghias perkarangan dewan dengan kain rentang hiasan dan bendera. 

Sambutan Hari Sukan Negara
Kaum-kaum ibu juga tidak terkecuali dengan kesibukan mereka sendiri bagi menyediakan juadah jamuan untuk keesokan harinya. 

Pagi 11 Oktober 2015

Seawal jam 8:00 pagi, penduduk Taman Rasa Indah sudah mula berkumpul. Walaupun taman perumahan ini hanya kecil tetapi sambutan dari setiap penduduk amat membanggakan.

Program pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti Senamrobik yang diketuai oleh Jurulatih-Jurulatih PLKN yang sudi bersama untuk menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara di sini.

Setelah berpeluh bersenam, kesemua penduduk taman berkumpul di dewan serbaguna untuk berehat seketika sebelum aktiviti seterusnya iaitu majlis perasmian program serta jamuan sarapan pagi.

Penduduk jati Rasa, Dato Mohd Isa B. Abu Kassim (Ahli Lembaga Pengarah FELDA) menjadi tetamu terhormat yang merasmikan program kami pada hari tersebut.

Sambutan Hari Sukan Negara
Jom bersenam! Beginilah gaya penduduk yang tidak pernah bersenam diwaktu pagi... hehe. Pelbagai gaya dan aksi. Berselipar pun bolehlah... yang penting tetap semangat!

Sambutan Hari Sukan Negara
Masing-masing cuba mengikut aksi dari juratih PLKN. Semua enjoy! BM juga ada disitu... Boleh cam yang mana satu? 


Alhamdulilah... Cuaca juga agak baik, tidak panas. Mungkin bagi sesiapa yang perasan... kini pokok-pokok besar yang merimbun sudah tiada lagi kerana sudah ditebang berikutan semakin merbahaya dan merosakkan longkang.

Sambutan Hari Sukan Negara
Masing-masing sudah kepenatan bersenam. Berkumpul dan berehat seketika di dewan serbaguna sebelum majlis perasmian.dan jamuan sarapan pagi dimulakan.

Sambutan Hari Sukan Negara
Yang Berbahagia Dato Mohd Isa Abu Kassim memberikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan program Sambutan Hari Keluarga dan Sukaneka 2015, Taman Rasa Indah.


Beliau merupakan individu yang banyak membantu dan sentiasa memberi sokongan dan bantuan buat Persatuan Penduduk Taman ini sepanjang ianya ditubuhkan. 

Sambutan Hari Sukan Negara
Satu kejutan pada hari tersebut apabila sekali lagi beliau memberikan dana peruntukan peribadi sebanyak RM1,500 dan sebuah set PA Sistem dari pihak Yayasan Felda buat Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah.  


Bersyukur dan Terima Kasih kami kepada beliau di atas sumbangan yang sangat bermakna dan semoga amal jariah beliau beroleh keberkatan di dunia dan akhirat 

Sambutan Hari Sukan Negara
Sesi bergambar sebelum kepulangan Dato Mohd Isa dan Jurulatih-jurulatih PLKN (berbaju biru) sejurus sebelum aktiviti sukaneka berlangsung.

Setelah selesai majlis perasmian dan jamuan sarapan pagi, aktiviti Sambutan Hari Sukan Negara serta Sambutan Hari Keluarga dan Sukaneka 2015, Taman Rasa Indah diteruskan dengan acara sukaneka.

Pelbagai acara sukaneka melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa menjadi aktiviti kemeriahan dan keharmonian penduduk Taman Rasa Indah pada hari itu.

InsyaAllah... ianya akan diceritakan dalam entri selanjutnya nanti.

p/s: sepanjang minggu lepas amat sibuk dengan kerja dan persediaan program ini maka aktiviti blogging juga amat terhad. Maaf tak dapat balas kunjungan dan terima kasih kepada sahabat... InsyaAllah... akan dibalas jua nanti.

19 comments - "Sambutan Hari Sukan Negara Taman Rasa Indah"

wahh bagus sehati sejiwa la setaman ;)

paridah delete icon 12/10/15

ASSALAM..MERIAH SEKALI SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DI TAMAN RASA INDAH NI YA..

Fida Z Ein delete icon 12/10/15

Taman kami tak buat pun hari sukan...sebab anak-anak ke sekolah sambut hari sukan...mak bapa pun tak ramai....

Macam terasa ada bunga setaman dalam hati...hehe

Waalaikumsalam...
Alhamdulillah, memang agak meriah dan memenatkan...hehe

Atas alasan yang sama lah kami membuat sambutan ini pada hari berikutnya (Ahad, 11 Okt).
Alhamdulillah... Segalanya berjalan dgn lancar

Semoga sentiasa cemerlang. Amin

Mrs. A delete icon 13/10/15

Bersukan, berriadah sambil merapatkan silaturrahim terbaik!

Mizz Aiza delete icon 13/10/15

meriah sambutan hari sukan di sana ya.. ;)

Jie Susanos delete icon 14/10/15

Class org2 kg bm bersenam..huhu..

Etuza Etuza delete icon 15/10/15

Terbaik negara kita utamakan kesihatan secara bersenam beramai2 satu negara

Di bawah kepimpinan tuan pengerusi yg berwibawa... Pasti sentiasa cemerlang!

Itulah objektifnya... Alhamdulillah, tercapai kot...

Sangat meriah! Tapi penat juga lah... Yg penting lancar dan semua happy :)

Kelass sungguh! Haha! Pakai selipar pun...layannn

Setahun sekali... Kalau dapat lakukan hari2 lagi bagus, kan cikgu... :)

ohsempapa delete icon 17/10/15

Maaf sebab baru berpeluang untuk melawat kembali.
Apapun, meriah sungguh aktiviti taman macam ni kan.
Seronok rasanya dapat berkumpul ramai-ramai.

Fiza Rahman delete icon 22/10/15

Wah...bagusnya kejirana sana. Siap sambut HSN tu. Meriah ☺

Yana Yani delete icon 27/10/15

yeke BM ada dalam gambo tu juga
dah berapa kali tertipu ni...tapi kalau betul, rasanya hak pakai cap tu

taman saya ada buat juga aktiviti
tapi saya hanya tengok aje...cam tak ada perasaan nak join...hehe

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap