بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Apabila tiba sahaja hujung minggu, inilah masa yang ada untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Dua hari terasa bagaikan terlalu singkat namun kesempatan yang ada perlu dihabiskan dengan sebaik-baiknya.

Hujung minggu baru-baru ini, BM gunakan untuk pulang ke kampung halaman. Bila dah dihujung tahun, masalah cuaca yang seringkali hujan sedikit sebanyak menyekat aktiviti.

Semasa di kampung, kebanyakan masa hanya duduk dalam rumah sahaja. Masa untuk menikmati kerehatan dan ketenangan tanpa sebarang gangguan. Lupakan seketika segala hal harian yang sebelum ini senantiasa mengganggu emosi dan minda.

Susana Aman Di Kampung

Suasana yang segar dan nyaman tanpa sebarang pencemaran udara dan bunyi begitu mendamaikan. Dikelilingi oleh kehijauan pepohon serta nyanyian burung dan unggas, terasa hilang segala kekusutan.

Memori-memori silam mula kembali menerpa difikiran yang adakalanya membuat diri ini tersenyum-senyum sendirian.

Menikmati Ketenangan Suasana Di Kampung
Parit besar di hadapan rumah yang menjadi saliran air sepanjang kampung. Pelbagai jenis ikan air tawar seperti haruan, talapia, puyu dan sepat masih mudah didapati. Pada musim-musim tertentu, uadang pun ada! Inilah juga menjadi lokasi berkubang terutama apabila musim cuti sekolah! Terlalu banyak kenangan di parit ini!

Menikmati Ketenangan Suasana Di Kampung
Teringat masa dulu sebelum jalan ini di tar. Ketika musim hujan terpaksa berkaki ayam sambil menjinjing kasut sekolah untuk keluar dari kampung kerana jalan ini terlalu lecak. Namun kini... Ianya tinggal kenangan manis untuk diingati.

Menikmati Ketenangan Suasana Di Kampung
Kebun dibelakang rumah, kelihatan hijau merimbun pokok buluh tu! Selain dari tanaman utama iaitu kelapa dan kelapa sawit, pokok pisang menjadi sulaman disegenap ruang kosong. Dulu, sebelum kelapa sawit, tanaman utama adalah pokok koko namun terpaksa dimusnahkan akibat serangan penyakit.

Berbudi Dengan Tanah

Kehidupan di kampung yang best adalah adanya tanah yang luas. Maklumlah...kalau dah tinggal dikawasan perumahan, nak jumpa tanah pun susah. Apatah lagi buat mereka yang tinggal di flat, apartmen atau kondo.

Apabila ada tanah yang luas maka peluang untuk berbudi dengan tanah sudah menjadi satu kemestian. Tak betah mata memandang kalau lalang dan rumput memenuhi segenap ruang halaman dan kebun.

Selain dari pokok-pokok bunga yang menjadi penyeri, pelbagai pokok buah-buahan dan sayuran turut menghijaukan segenap ruang tanah yang ada.

Menikmati Ketenangan Suasana Di Kampung
Pokok sukun yang tidak pernah berhenti berbuah. Ini adalah spesis buah berisi warna kuning yang sangat lemak, lembut dan enak sekali kalau di goreng. Klau dah banyak...buat kerepek pun sodap! Layan...kalau makan sambil mengadap televisyen!

Menikmati Ketenangan Suasana Di Kampung
Pokok betik ini menjadi sungguh! Spesis betik panjang yang isinya merah sungguh manis sekali! Walaupun hanya dua pokok tetapi sudah cukup untuk memenuhi selera seluruh kampung!

Menikmati Ketenangan Suasana Di Kampung
Antara spesis terung unik yang tumbuh meliar di pinggir rumah. Lebih dikenali sebagai terung susu kambing, ianya dikatakan menjadi ubat kepada penyakit darah tinggi, kencing manis, buasir dan kanser.

Menikmati Ketenangan Suasana Di Kampung
Memang cemburu melihat hasil tanaman yang segalanya menjadi. Tumbuh subur walaupun tanpa baja dan racun. Pokok kunyit dan temu lawak ini bagaikan tidak diusik biantang atau ulat perosak... subur menghijau. 

Antara pokok buah lain yang ada ditanam di sini adalah, pokok pinang, belimbing buluh, belimbing besi, mangga, putat, nam-nam, limau kasturi, cempedak, nangka, jambu susu, jambu keling dan rambutan.

Selain itu, pokok cili, lengkuas, bunga kantan, serai, ubi kayu, keladi, terung, kesum, daun kari dan daun cekur menjadi tanaman kontan sebagai pelengkap masakan apabila diperlukan,

Bagi BM yang sesekali pulang ke kampung, hasil-hasil dari kampung ini pula menjadi buah tangan yang wajib dikutip untuk dibawa pulang....hehe

Tidak Semuanya Indah

Walaupun dilihat bagaikan segalanya lengkap dan ada di kampung namun tidak bermakna kehidupan di sini senang dan mewah. Tidak semua barang keperluan boleh tanam dan mengeluarkan hasil.

Hasil tanaman utama pula bukanlah boleh dikutip untuk menjana pendapatan setiap hari. Orang ketiga seringkali menjadi duri dalam daging dengan membeli hasil titik peluh orang kampung dengan harga yang terlalu rendah.

Maka hasil tanaman sampingan inilah menjadi harapan buat mengurangkan perbelanjaan dapur dikala semua harga semakin mendadak naik.

Orang-orang kampung sebenarnya amat terkesan sekali apatah lagi tiadanya banyak pilihan  kedai atau pasaraya yang bersaing seperti di bandar.

Jika anda pulang ke kampung, lihatlah perbezaan harga barang keperluan seperti beras, bawang, cili kering, minyak, rempah ratus, susu, lampin pakai buang, tisu dan sebagainya. Ianya amat mahal!

Oleh itu, setiap kali anda pulang ke kampung... bawalah barangan keperluan yang agak murah dibandar sebagai buah tangan apabila pulang ke kampung.

Pulang Ke Kampung

Cuti dua hari bagaikan dua jam. Waktu terasa begitu singkat pabila berada di kampung halaman sendiri. Tidak puas untuk menikmati dan mengenang kembali saat-saat indah ketika membesar di sini.

Walaupun suasana di kampung saban tahun ada perubahan tetapi ianya sedikit pun tidak memusnahkan memori nostalgia silam. Sejauh mana pun aku kembara, satu hari... tetap akan pulang jua ke kampung!  

17 comments - "Menikmati Ketenangan Suasana Di Kampung "

bila balik kampung,nak pulang semula ke bandar memang liat BM,suasana kampung tu takkan ada kat tempat lain..

Ya! Itu memang tepat sekali! Saat yang paling berat untuk kaki melangkah adalah ketika untuk meninggalkan kampung.

Salam singgah sini...Dulu selalu sangat balik kampung bila ada time cuti sekarang dah jarang balik setelah kedua ibubap diana tak ada..rindu sangat suasana kampung yang damai dan tenang..

Rindu nak balik bagan datok

paridah delete icon 11/11/15

ASSALAM...INDAHNYA KAMPUNG BM SARAT DGN TANAMAN YG DIHASILKAN IBUBAPA BM YG RAJIN BERBUDI KPD TANAH...

Terima kasih kerana sudi singgah...
Itu adalah dilema biasa, apabila dah tiada orang tua, akan sukarlah utk pulang ke kampung kerana bagaikan sudah tiada alasan atau sebab untuk balik.
Namun...sesekali tu, usahakanlah untuk pulang ya...

Kalau rindu... pulanglah... :) Pokok nyiur melambai2 tuuu

Waalaikumsalam Kak,
Sebenarnya hanya ibu sahaja bersama abang yg tinggal di kampung. Abang tu lah yang rajin bercucuk tanam. Tangan sejuk...segalanya menjadi!

Mizz Aiza delete icon 12/11/15

Ni buat aiza rasa rindu nak balik kampung.. Aiza pun terkenang kembali nostalgia dahulu bila tengok gambar-gambar tu.. Suasananya lebih kurang sama dengan kampung aiza di perak..

Teringat pula kampung halaman dan ayah tersayang...hu

hanya kat kampung jer dapat nikmati keindahan tanaman parit dsb... kat mana kg tu.... kali pertama saya tengok terung macam tu... hehe

SALAM PERANTAUAN..BILA LA NAK DAPAT BALIK KAMPUNG..APA KHABAR KAMPUNG KU YANG PERMAI..ORANG-ORANG KEDAH TUNGGU CHEK BALIK NOH..

Haha... Kita datang dari negeri yang sama... Mungkinkah dari tempat yg sama? :)

Bolehlah buat plan untuk pulang ketika cuti sekolah nanti...
Pulanglah walau seketika... :)

Kampung kat negeri Perak.
Terung tu memang unik! Warna dan bentuknya sangat menarik kan...

Tu dia... Orang jauh diperantauan merindukan kampung halaman.
InsyaAllah...Planlah untuk pulang.
Semoga selamat sampai ya...

Fiza Rahman delete icon 24/11/15

Uniknya terung tu. Bestlah masih ada kampung.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap