بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan: Boleh dikatakan hampir kebanyakan penduduk yang tinggal di pekan, bandar atau bandaraya besar tinggal di kawasan perumahan sama ada ianya rumah banglo, berkembar, teres atau pun di flat, apartment serta kondo.

Ianya telah menukar panggilan tempat yang dulunya dikenali sebagai kampung tetapi kini istilah tersebut hanya sesuai digunakan di kawasan luar bandar.

Komuniti yang tinggal di kawasan perumahan ini lebih padat dan mempunyai keluasan tanah yang terhad. Maka untuk bercucuk tanam itu sesuatu yang amat sukar dilakukan apatah lagi yang tinggal di flat, apartment atau kondo.

Namun ianya tetap tidak menjadi halangan walaupun kawasan tanah tersebut terhad atau pun tiada tanah langsung.

Tanam Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan

Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan

Selain dari menanam pokok bunga, pokok hiasan, sayur-sayuran dan herba, menanam pokok buah-buah juga salah satu yang paling biasa ditanam di rumah-rumah dikawasan perumahan.

Pokok buah-buahan juga menjadi pilihan terbaik selain pokok hiasan bagi menghijau dan meredupkan kawasan rumah kerana ianya boleh memberikan hasil untuk dimakan.

Antara jenis pokok buah-buahan yang biasa ditanam di kawasan perumahan adalah pokok buah Mangga, Rambutan, Pulasan, Mata Kucing, Jambu Batu atau Jambu Air, Cempedak, Nangka, Betik, Amra atau Kedondong, Kurma, Nona, Langsat, Belimbing, Delima, Kelapa, Anggur, Mulberi, Pisang, Limau, Durian Belanda dan banyak lagi. 

Pokok buah-buahan ini juga kini kebanyakan dari jenis pokok kawin, cantuman tunas dan tut yang tidak terlalu besar serta cepat berbuah. Biasanya dalam dua tiga tahun sudah mengeluarkan hasil.

Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan
Pokok mangga ku di depan rumah yang berusia hampir tiga tahun telah berbuah beberapa kali.

Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan
Pokok mangga jiran sebelah yang ditanam dipinggir padang didepan rumah ini berusia tidak sampai setahun dan hanya satu meter tingginya tetapi sudah berbunga dengan lebatnya.

Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan
Pokok mangga jiran ku yang baru beberapa bulan ditanam sudah berbuah! Sibuk pula kucing aku nak berposing sama... :)

Rumah Banglo, Berkembar Dan Teres

Sudah menjadi satu kemestian, setiap rumah banglo, berkembar atau teres pasti ada pagar. Selain untuk langkah keselamatan dan 'privacy', ia juga menjadi garis sempadan tanah.

Jika ada tanah yang terbuka di dalam kawasan pagar, bolehlah ditanam pokok buah-buahan ini. Namun jika kawasan terlalu terhad, pilihan jenis pokok buah-buahan juga terhad kerana pokok buah yang terlalu besar tidak sesuai kerana akan mengganggu struktur bangunan dan juga jiran.

Selain itu kawasan tanah di kaki lima jalan dihadapan rumah juga boleh ditanam pokok buah-buahan ini. Namun, apabila ianya di luar kawasan pagar maka terdedahlah kepada orang ramai untuk memetiknya.

Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan
Pokok mangga jiran yang kini sudah membesar pokoknya. Jika ada kawasan laman yang luas seperti ini, ianya tidak mengganggu jiran-jiran.

Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan
Rumah banglo yang mempunyai tanah yang luas amat sesuai ditanam pokok buah-buahan merendang agar persekitaran menghijau untuk meredupi halaman.

Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan
Kalau pokok buah diluar pagar, dikaki lima jalan... apabila berbuah, jangan marah kalau dijolok atau dipetik orang ya! 

Rumah Flat, Apartment Dan Kondo

Ada ke orang tanam pokok buah-buahan di rumah flat, apartmen dan kondo? Memang tidak adalah sebab tiadanya kawasan tanah untuk bercucuk tanam. 

Kalau ada pun, jenis pokok buah yang boleh ditanam di dalam pasu seperti pokok amra, delima, jambu, mulberi dan jenis buah sayuran yang tidak terlalu besar seperti tomato, terung dan sebagainya boleh dijadikan pilihan.

Namun kini teknik penanaman di dalam pasu juga sudah maju kerana pokok-pokok buah-buahan ini juga boleh dibonsaikan untuk ditanam di dalam pasu. Tak percaya? Lihatlah gambar berikut.

Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan
Pokok buah pun boleh dibonsaikan dan ditanam didalam pasu. Amat menarik apabila berbuah!

Maka, tiada sebab untuk mereka yang tinggal di rumah flat, apartmen dan kondo ini untuk tidak menanam pokok buah-buahan di ruang balkoni rumah mereka. Namun perlulah belajar tekniknya terlebih dahulu ya!

Penjagaan Pokok Buah-Buahan

Apabila menanam pokok buah-buahan sama ada di dalam pagar atau di luar pagar dikawasan perumahan, beberapa perkara mesti dipertimbangkan serta perlu diambil peduli. Diantaranya adalah:
  • Perlulah ditanam dilokasi yang sesuai agar ianya tidak mengganggu atau merosakkan struktur binaan, mengganggu pemandangan, jiran-jiran serta talian elektrik atau telefon.
  • Biasanya pokok-pokok ini menjadi tumpuan serangga, binatang dan ulat maka jagalah ia jangan sampai masuk kerumah anda dan jiran. Pastikan juga tiada binatang berbisa seperti lebah atau tebuan bersarang.
  • Tanamlah pokok buah yang senang dijaga serta tidak mendatangkan bahaya. Menanam pokok durian adalah dilarang sama sekali. Jika menanam pokok kelapa, pastikan jangan sampai buahnya tua di pokok serta pelepahnya perlu sering dibuang. 
  • Dahan-dahan yang terlalu rimbun serta mengganggu dan yang reput perlulah dicantas kerana takut patah pula apabila ditiup angin kuat.
  • Menjaga kebersihan daun-daun dan ranting-ranting kering agar tidak mengotorkan kawasan serta menyumbatkan aliran air di cucuran dan longkang.
  • Hormatilah hak jiran-jiran anda. Sekiranya ditanam berhampiran sempadan, mintalah izin kerana sudah pasti dahannya akan melepasi sempadan.
  • Bertolak ansur dan jangan marah apabila buah-buahan anda dipetik orang terutama jika ianya di luar pagar. Ikhlas memberi dan anggaplah ianya satu sedekah jariah.
Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan
Kalau adalah pokok buah seperti ini, pasti menjadi rebutan untuk di tanam di kawasan perumahan. Satu pokok pelbagai hasil!

Hijaukan Alam Sekitar

Menanam pokok buah-buahan memang menjadi satu amalan yang biasa kita lihat di rumah-rumah di taman-taman perumahan terutama di rumah banglo, berkembar dan teres.

Satu pilihan pokok tanaman yang amat bagus berbanding pokok hiasan yang hanya cantik dipandang tetapi tidak mendatangkan hasil

Hijaukanlah kawasan rumah dan taman perumahan anda dengan pokok buah-buahan. Suasana alam sekitar akan menjadi nyaman dan segar disamping membawa hasil yang boleh dimakan dalam jangkamasa yang panjang.

Namun beberapa perkara harus dipertimbangkan agar ianya tidak membahayakan keselamata serta menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

Pokok buah apa pula yang anda tanam? Cer kongsi cite...

BinMuhammad

31 comments - "Tanam Pokok Buah-Buahan Di Taman Perumahan"

ANIM delete icon 12:53

Selamat bertemu kembali BM. Kak anim pun baru nak bernafas semula. Rumah kak anim ada pokok pisang, amra dan mangga walaupun dok rumah teres..huhu

p/s ternampak kucing BM, teringat my late si Bisu...sama keturunan kot ya..

satu pokok pelbagai buah yg tak menahan tuh..kalau lah ade semua org nak beli benih nyer! :)

Tanam dalam pasu pun ok jugak. Senang nak jaga..:)

akak cuma tanam pkok2 utk kegunaan didapur ja..mcm serai,kunyit,kesum,limau purut...
pokok2 berbuah yg besar2 tu takde tanah yg lapang utk ditanam..

Unknown delete icon 23:32

Lawak la BM kalau ada sepohon pokok yang boleh membuahkan hasil yang bermacam jenis buah...hihi

Bestnya kalau ada pokok yang boleh berbuah dgn berbagai jenis macam tu. Saya pon nak beli gak kalau ada ☺

Kalau ada landed house kan best. NI dok aparrtment yang kawasan tak besar mana pon.

Saya banyak pokok bunga sahaja....letak berderet depan rumah....bila angin tiup masuk...tak adalah terasa bahang panas...sejuk sikit...

Pehh pokok yg last tu mmg tak tahan tengok hahaa... kat area rumah saya pun bnyk pokok mangga. Kalau musim buah mmg bnyk dan manis2 juga... tapi ada sesetengah belum masak dah diambil budak2 terutama yg berdekatan dgn padang riadah... masam2 pun dia org bantai je mcm org kebulur... :D :D

sungguh ke pokok mangga kecik lagi dah berbuah?
saya baru tahu ni
saya ni suka pada pokok...nak menanam aje kurang rajin
biasa suami aje dengan ank bujang yang mengerjakan =)

Etuza delete icon 21:49

sangat kreatif..menarik ..berinformasai ..jadi bahan panduan penanaman pokok menghijaukan alam dan menambah bekalan oksigen di kota besar jika ada tanaman hijau dalam pasu.Gambar menarik

kalaulah ada pokok multi mcm tu.. bahagia nya rase kan...

Depan umah ambe ada tanam satu pokok buah. Pokok jambu mawar. Dikatakan oleh jiran-jiran bahawa pokok tu susah nak dapat sekarang. Benih tu dapat dari tok wifey ambe. Hehehe...

Unknown delete icon 08:45

Saya duduk diapartment....nasib baik dapat rumah bawah dan tepi
jadi dapatlah saya menanam apa yang terasa nak tanam

Pokok buah-buahan:
Beberapa pokok nangka (dah rasa hasilnya) manis...nangka madu
Belimbing buluh pun dah berbuah beberapa kali
Pisang rendah dah berbuah berkali2 juga tapi last last ni kurang cantik saya buang nak tanam pokok pisang yang lebih elok
Ciku berbuah yg ke3 kali. Biasalah buah pertama dimakan tupai dan dicuri orang
Ini tengah lebat berbuah.
Beberapa pokok nona
Nenas tanam kat tanah kurang elok buahnya agak kecik sekarang cuba tanam dalam pasu macam kawan saya yang dah buat experimen
Kelapa pandan dan kelapa gading
Sepohon melinjau selalu petik daun sedekah jiran
Sepohon cempedak
Sepohon longan
Dua2 ni xtau bila nak berbuah

Herbal juga banyak
Serai, serai wangi,lengkuas,lemon,cekor,pokok jintan,cili padi,cili besar, limau kasturi,pokok telang,pandan wangi,pecah kaca,pokok bismillah,kunyit

Pokok bunga
Ros,cempaka putih & kuning,melor berlapis pun ada, bunga kertas,kemuning
Kalau musim berbunga jiran2 seronok dapat menghirup udara yang mewangi dari atas.

Alhamdulillah... Selamat bertemu kembali kak Anim.
Iyelah kot...mungkin sama keturunannya tu, hehhe

Elok kalau Mardi buat penyelidikan, mana tahu ianya tidak mustahil menjadi realiti!

Dalam pasu adalah pilihan terbaik kalau dah xde tanah.

Bagus tu...xdelah kelam kabut asik nak ke kedai jer... Boleh capai kat depan pintu! Jimat dan selamat

Bukan lawak tapi untung tu! haha!

Betul juge... Tapi kalau nak seribu daya, tapi kalau dah tak nak...jangan dipaksa... :)

Pokok bunga juga dapat menghijaukan serta menyamankan suasana. Masing-masing ada minat yg tersendiri dan ianya amat bagus!

Kalau pokok buah kat taman perumahan ni, memang begitulah keadaannya apabila berbuah... Macam kita dulu2 kat kampung...hehe

Singgah jer kat nurseri, memang banyak anak pokok mangga ni dan biasanya dalam 2 tahun dah berbuah malah ada yang kurang dari tu seperti jiran saya ni. Ianya benar!

Betul tu, dah tak nyaman rasanya apabila tinggal di hutan batu. Perlu ada keseimbangan agar udara nyaman dan segar itu masih dapat dinikmati. Hijaukan bumi kita!

Pernah ada kat kampung pokok jambu mawar ni. Bau buah dia memang harum!. Tapi dah kena tebang sebab terlalu merimbun dan mengganggu tanaman lain.

Wah! Seronok saya membacanya! Hebat sekali walaupun hanya tinggal di apartmen tetapi macam2 pokok boleh ditanam!
Tidak rugi kalau berbudi dengan tanah ni. Macam2 yang kita dan orang lain boleh dapat hasilnya.

Bagusnya dapat pokok pelbagai buah...

Unknown delete icon 22:15

salam. kt mne yer bole dpt buah jambu bol ni? isteri sye mengidam sgt2 buah ni . ade pape info bole email kt sye x helmikamarul94@gmail.com

Waalaikumsalam...
Adeh, tak dapat nak nolong... Dikampung ada pokoknya tapi belum lagi musim ia berbuah.
Jika sesiap yang ada buah jambu bol ni, sudi2kanlah bantu sahabat kita ni, Kesian...bini mengidam tu...

Tanpa Nama delete icon 23:43

Jiran sy tanam pokok durian...dah Minta alihkn...tp Masih Belum brtindak...apa yg harus dibuat

mf delete icon 15:55

nak tanya, pokok buah apa yg tidak merosakkan longkang?

Tanpa Nama delete icon 11:51

Sama mcm jiran sy tanam kwasn perumahan tp nk tanam mcm2 tanam pokok durian 2 pokok 1 pokok belakang umh sy pokok mangga dh tinggi melangit Depn umh 1 belakang 2 pokok xkisah nk menanam bila ada pokok xdelah panas sangat tp masalahnya bila tanam bisr tinggi melangit n membahayakan pernah jatuh buah mangga pecah cermin kereta sy xtahu pulk nk ganti..patutnya bila tanam rajin2lah cantas jngn biar tinggi.takat tanam sayur xde hal ini semua pokok nk ditanam ... masalah betul dpt jiran mcm ni

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap