بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Soalan Paling Popular Di Malaysia: Sebelum ini BM sudah kongsikan bagaimana cara mudah untuk mendapatkan topik entri bagi meningkatkan trafik blog yang tinggi.

Salah satu cara yang diterangkan adalah melalui entri yang memberi jawapan atau informasi mengenai persoalan yang seringkali menjadi bualan dan pertanyaan masyarakat umum.

Jika anda rujuk entri tersebut : Cara Mudah Dapatkan Topik Tingkatkan Trafik Blog, ianya seperti terlalu mudah dan pasti ada yang beranggapan macam tak logik jer... Benarkah cara ini mampu meningkatkan trafik blog?

Ya! Ia adalah fakta dan kebenaran yang boleh dibuktikan! Ketahuilah bahawa topik-topik sebegini seringkali menjadi carian yang tinggi di enjin carian Google.

Mencari jawapan, informasi dan rujukan melalui internet sudah menjadi satu kelaziman pada masa kini manakala enjin carian Google adalah tempat paling utama untuk akses kepada apa sahaja yang ingin dicari.

Maka tidak hairanlah Google Trends turut menyenaraikan soalan-soalan yang paling popular menjadi carian sepanjang tahun.

Ini membuktikan bahawa topik-topik menjurus kepada jawapan atau informasi kepada persoalan adalah sumber trafik blog yang sangat tinggi jika anda mampu kuasai kata kunci ini.

10 Soalan Paling Popular Di Malaysia

Soalan Paling Popular

Berikut disenaraikan soalan-soalan yang paling popular yang digunakan oleh pengguna enjin carian Google di Malaysia untuk sepanjang tahun 2016 yang menjadi sumber trafik yang tinggi kepada blog. Sumber - https://www.google.com/trends/yis/2016/MY/

Kenapa?
  1. Kenapa orang period suka marah
  2. Kenapa mudah penat dan mengantuk
  3. Kenapa permainan tradisional kurang diminati generasi kini
  4. Kenapa sakit di salur peranakan semasa mengandung
  5. Kenapa solenoid gear kereta Vios berbunyi
  6. Kenapa kucing kurang makan
  7. Kenapa kerap kencing
  8. Kenapa kerap berpeluh
  9. Kenapa epal jadi perang
  10. Kenapa bayi tidak mahu tidur dan menangis
Bagaimana?
  1. Bagaimana nak daftar SPMU secara pos
  2. Bagaimana nak aktifkan memori kad
  3. Bagaimana cara import anjing ke Malaysia
  4. Bagaimana terjadinya tahun lompat dalam kiraan matematik
  5. Bagaimana nak daftar SSM
  6. Bagaimana cara menghapus status di Facebook
  7. Bagaimana menjadi pemandu Uber
  8. Bagaimana mengenalpasti cable coolant Viva bocor
  9. Bagaimana mahu atasi semut di rumah
  10. Bagaimana nak promote barang di Facebook
Apakah?
  1. Apakah virus Zika
  2. Apakah bauksit
  3. Apakah gunung rama-rama
  4. Apakah TPPA
  5. Apakah Piagam Madinah
  6. Apakah maksud Pokemon
  7. Apakah tanda tapak kaki kuning
  8. Apakah kelenjar endokrin
  9. Apakah itu darah tinggi
  10. Apakah difteria
Lihat sini: Senarai Top 10 Kereta Paling Popular di Malaysia 2016

Entri Trafik Tinggi

Jika blog anda ada menerbitkan entri dengan tajuk persoalan-persoalan di atas, sudah pasti akan mendapat limpahan trafik yang tinggi.

Senarai di atas hanya top 10 bagi persoalan bermula dengan Kenapa, Bagaimana dan Apakah... belum lagi di senaraikan, Siapa, Bila, Di mana dan lain-lain lagi...

Jika dilihat pada senarai tersebut pula, ianya merupakan topik persoalan biasa bagi masalah kehidupan, kesihatan, sosial dan berita yang sering kita semua dengar dan hadapi.

Tidak sukar membuat entri sebegini, hanya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sendiri. Namun jika berkaitan fakta, perlu juga membuat sedikit rujukan agar maklumat yang diberi adalah tepat.

Menerbitkan entri yang memberi maklumat, informasi serta menjawab persoalan ini bukan sahaja mampu menjadi sumber trafik blog yang tinggi tetapi juga membantu mereka yang memerlukan.

Namun pastikan entri anda bukan sahaja menarik melalui tajuk sahaja tetapi paling penting isi kandungannya yang betul, bertepatan dan lengkap. Harus diingat.. Matlamat menyampaikan itu lebih penting dari trafik blog! Jadilah seorang blogger yang bertanggungjawab.

10 Soalan Paling Popular Di Malaysia

7 comments - "10 Soalan Paling Popular Di Malaysia"

nice sharing

thanks. sharing yang bagus teruatamanya blogger part time nubis macam saya

Salam BM... Nice info BM... Boleh try tips ni nanti...

terima kasih perkongsian ini.

Boleh nak cuba juga.

salam admin. byk nih nk tanya admin. hehehe
http://datoksirkronik.blogspot.my/

Fuhh banyak soalan yang berpotensi sentiasa hijau tu

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap