بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Seringkali kita diberitahu atau mendapat informasi bahawa apabila terlalu banyak makan makanan yang masin iaitu lebih garam pasti akan memudaratkan kesihatan dan menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. 

Ya! Itu adalah fakta dan ianya adalah benar namun semuanya ini berlaku adalah dari kesilapan kita yang tidak mengetahui cara sebenar menggunakan atau memakan garam. 

Garam bukanlah musuh yang merbahaya yang perlu kita elakkan tetapi garam sebenarnya adalah ubat paling mujarab atau penawar kepada pelbagai jenis penyakit serta baik untuk kesihatan!

Garam Itu Penawar Dan Baik Untuk Kesihatan

Garam Penyembuh atau Pembunuh?

Nabi Muhammad  bersabda: "Sebaik-baik lauk adalah GARAM" (Riwayat Al-baihaqi)

Jika Rasulullah ﷺ sendiri menyatakan bahawa garam itu adalah amat baik serta bagus dimakan, kenapa pula kita menganggapnya sebagai punca kepada penyakit?

GARAM sebenarnya bukanlah penyebab penyakit, malah ia adalah penawar yang paling mujarab serta baik untuk kesihatan SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul. Persoalannya... Bagaimanakah cara yang betul menggunakan garam?

Cara Betul Menggunakan Garam 

Sebenarnya garam TIDAK boleh dimasak! YA! Inilah kesilapan kita selama ini. Memasak masakan dengan memasukkan garam untuk menjadikan ia berperisa dan masin adalah satu kemudaratan yang besar!

Garam mengandungi sodium dan potassium dan apabila dimasak pada suhu yang sangat panas atau mendidih, potassium akan berubah menjadi racun serta toksik. Manakala Sodium kekal ada tetapi tubuh badan kita sebenarnya perlukan lebih potassium

Inilah yang menjadi punca kepada masalah kesihatan serta punca kepada pelbagai jenis penyakit terutama darah tinggi.

Berikut adalah cara betul untuk menggunakan garam dalam masakan yang boleh kita amalkan:
  1. Masak makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. Garam hanya akan dimasukkan apabila suhu masakan tadi sudah menjadi suam. Gaul sehingga larut
  2. Sediakan air garam terlebih dahulu dan masukkan dalam masakan yang telah dimasak setelah ianya suam atau sejuk.
  3. Masak makanan tanpa memasukkan garam. Sediakan semangkuk garam disebelah hidangan. Taburkanlah garam tersebut pada makanan yang ingin dimakan mengikut tahap kemasinan atau selera masing-masing.

Amalan terbaik menggunakan garam adalah dengan mengambil secubit garam sebelum menjamah makanan. Ia akan bertindak sebagai pembuka selera serta penambah mineral dalam badan. 

Ini adalah amalan Rasulullah ﷺ iaitu dengan mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Kelebihan Garam

Berikut adalah beberapa kelebihan Garam yang perlu kita ketahui:
  • Mengubati lebih dari 70 jenis penyakit
  • Dapat mengelakkan seseorang itu daripada mati mengejut. 
  • Sihir atau santau dapat dihalang dengan mengikut amalan Rasulullah ﷺ seperti berikut:
  • Sebelum makan, letakkan secalit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.
  • Ketika sampai di tempat baru, ambil garam dulu untuk menyesuaikan hormon badan.
  • Sebagai ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. kerana Allah SWT ciptakan garam untuk penawar toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga merawat unsur-unsur negatif.
  • Garam juga merupakan unsur yang boleh menyeimbangkan sistem tubuh kita.

Berubat & Sihat Cara Islam

Berikut adalah cara perubatan dan amalan yang boleh kita amalkan dengan menggunakan garam untuk rawatan dan menjaga kesihatan mengikut cara Islam
  • Merendam kerang dalam air garam supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut maka garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
  • Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
  • Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Cara merawatnya dengan menanam badan dalam pasir laut. Cara lain adalah dengan menggunakan garam yang digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam tersebut masih panas.
  • Merawat cirit-birit dengan meminum air yang dicampur sedikit garam (contoh komersil - minuman ENO).
  • Merawat mabuk perjalanan. Caranya adalah dengan meminum air bercampur sedikit garam dan madu sebelum memulakan perjalanan.
  • Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
  • Menambah sistem imuniti badan akibat perubahan suhu/hawa/angin. Hanya perlu minum air garam Minum air sejuk bercampur garam untuk menghilangkan penat kerana kerja berat. (contoh komersil seperti 100 plus atau air isotonic)
  • Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Caranya adalah: Garam dibacakan surah Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) lalu ditaburkan disekeliling khemah.
  • Mengelak gangguan syaitan/jin pada bayi. Ada ketikanya bayi akan kerap menangis pada waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang Merah, bawang Putih dan Lada hitam lalu campuran ini dimasukkan dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka dan diletakkan dibahagian kepala bayi.
  • Mengubat orang yang diganggu jin atau dikhianati (disihir). Cara adalah dengan meletakkan garam yang dibacakan al-Fatihah diperdu lidah (Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah) dan buat mandian air bercampur garam tersebut bersama rukyah (doa).

Longgokan garam di Salar De Uyuni, Bolivia
Longgokan garam di Salar De Uyuni, Bolivia

Ketahuilah bahawa sebenarnya garam itu adalah penawar dan baik untuk kesihatan tetapi kesilapan kita menggunakannya menjadikan ia racun dan punca kepada penyakit. Semoga informasi ini bermanfaat buat kita semua.

Sunnah dan amalan Rasullullah ﷺ adalah yang terbaik, bersama kita amalkannya... Sihat cara Islam!

Mengambil Berkat Penuh Keberkatan. Amal Sunah.
WallahuA'lam..والله اعلم 
Diedit dari group whatsApp Rawatan Islam

2 comments - "Garam Itu Penawar Dan Baik Untuk Kesihatan"

Asalam BM..subahanallah..banyak khasiat garam ni,.terima kasih infor kesihatan ni ya

nice sharing

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap