بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kelebihan Produk Review & Advertorial di Blog: Ramai blogger kini menerima pelbagai tawaran untuk membuat advertorial dan produk review di blog mereka. Ia merupakan satu peluang menjana pendapatan yang baik buat blogger.

Kenapakah advertorial dan produk review di blog semakin mendapat perhatian dan mula digemari? Sudah tentu kerana terdapatnya kelebihan-kelebihan yang begitu besar dan semakin diakui kepentingannya pada masa kini dan akan datang!

Kelebihan Produk Review & Advertorial di Blog

Kelebihan Blog

Berikut adalah beberapa kelebihan advertorial dan produk review di blog yang memberikan nilai tinggi serta ada diantaranya tidak mungkin diperoleh melalui media lain.

1. Media yang lengkap
  • Sudah semestinya blog dapat memberikan kaedah yang paling lengkap untuk teknik penyampaian. Tiada had maksimum jumlah perkataan yang boleh digunakan, maka informasi bolehlah disampaikan dengan lengkap agar mudah difahami. 
  • Posting juga boleh disertakan gambar, video, audio, banner serta pautan (link url) yang memberikan nilai tambah serta mempelbagaikan teknik pernyampaian agar lebih menarik dan kreatif dalam mengolah artikel.
  • Perkongsian (share) artikel amat mudah dilakukan serta kemudahan interaksi dua hala secara terus melalui ruang komen memberikan kelebihan untuk berkomunikasi.
2. Gaya hidup masa kini
  • Kepesatan dan kemajuan teknologi komunikasi masa kini telah menjadikan segala informasi boleh diakses hanya secara dalam talian (online). Telefon pintar semakin berkuasa dan menjadi keperluan setiap orang untuk membuat rujukan, membeli, membayar, menjual, bersosial dan sebagainya.
  • Ianya akan terus menjadi cara gaya hidup masa kini dan akan datang. Maka peluang pemasaran secara online ini semakin amat penting dan berpotensi tinggi. Tiada siapa pun dapat menafikan akan perubahan ini dan hanya mereka yang bijak akan merebut peluang yang sedia terhidang.
  • Oleh itu, melalui advertorial dan produk review di blog ini semesitnya akan dapat membuka peluang pendedahan serta promosi yang sangat meluas dan menguntungkan!
3. Promosi meluas tanpa sempadan
  • Blog merupakan media sosial tanpa sempadan yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa dan batasan negara. Ianya menjadi pentas terbaik dan berkesan untuk promosi tanpa had dan boleh menjanjikan kejayaan dalam masa yang singkat serta berterusan.
  • Kelebihan blog yang membenarkan perkongsian (share) artikel dengan mudah ke media sosial lain telah membuka lebih banyak ruang untuk hebahan yang meluas dan bukan sahaja dalam negara malah ke seluruh dunia!
4. Tempoh promosi berpanjangan
  • Tempoh masa adalah kelebihan yang tidak boleh dimiliki oleh media-media lain. Blog menawarkan jangkamasa promosi tanpa had masa selagi posting serta blog tersebut masih wujud. 
  • Ianya memberi jaminan terbaik bagi pengukuhan dan penjenamaan jenama, produk atau perkhidmatan di dalam dunia maya untuk jangkamasa yang sangat panjang.
5. Mengukuhkan Nama
  • Pada masa akan datang, menguasai dunia maya adalah kuasa yang paling diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan. Kata kunci amat penting bagi carian sesebuah jenama, produk serta perkhidmatan perlulah dikuasai untuk bersaing dan mencapai kejayaan.
  • Melalui advertorial dan produk review adalah cara yang mudah dan singkat untuk melonjakkan peluang ini dan seterusnya mengukuhkan serta menguasai kata kunci yang diperlukan untuk penjenamaan di dunia maya ini bagi jangkamasa panjang.
  • Satu kelebihan bagi blog yang mengoptimasikan SEO secara optimum.
6. Murah
  • Harga yang murah dan berbaloi tetapi memberi pulangan yang sangat tidak ternilai melalui kelebihan-kelebihan yang telah diterangkan di atas.

Jelas bahawa hanya mereka yang telah terbuka mata dan minda sahaja yang sanggup melabur untuk menggunakan peluang advertorial dan produk review di blog. Maka... pilihan melakukan promosi, penjenamaan, pengenalan dan hebahan melalui blog adalah yang terbaik kerana kelebihan yang diperolehi sangat berbaloi!

Dilema Caj Harga

Harga yang dicaj masih menjadi perdebatan dan menjadi masalah utama buat blogger (terutama blogger baru) kerana tiada caj harga standard untuk rujukan berikutan ianya terlalu subjektif serta bergantung pada pelbagai faktor.

Penetapan jumlah bayaran selalunya berbeza mengikut populariti, kelebihan dan kekuatan sesebuah blog. Namun begitu, ada blogger yang menerima bayaran advertorial dan produk review dengan nilai caj serendah RM10 atau RM20 adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Kebanyakan syarikat-syarikat tempatan masih belum mengetahui sepenuhnya akan kelebihan-kelebihan promosi, beriklan dan pemasaran melalui advertorial atau produk review di blog ini. Berikutan itu jugalah, mereka masih kurang menghargai dengan memberi caj bayaran atau token yang berpatutan bagi sesebuah posting advertorial atau produk review di blog.

Advertorial atau produk review di blog sebenarnya lebih berkuasa dan bernilai berbanding apa yang mereka boleh diperolehi melalui cara yang sama berbanding di majalah atau suratkhabar yang semakin terhad kelebihannya serta mahal.

Ilmu & Kesefahaman

Namun mereka tetap tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana blogger juga seharusnya berilmu dan berupaya memberi penerangan dengan baik dan jelas kepada mereka akan kelebihan serta betapa bernilainya posting advertorial atau produk review mereka di blog.

Melalui kefahaman dua hala ini sahaja yang dapat menaikkan taraf blogger dan seterusnya beroleh penilaian yang tinggi agar mendapat bayaran yang setimpal dengan perolehan serta kelebihan yang bakal diterima oleh pelanggan melalui posting advertorial atau produk review di blog.

Walaupun tiada jaminan untuk peningkatan jumlah jualan kerana itu bukan matlamat utama posting advertorial atau produk review di blog atau di mana-mana media. Paling penting adalah kelebihan promosi untuk jangka masa panjang bagi hebahan, pengukuhan dan penjenamaan secara berterusan disamping untuk bersaing serta menguasai teknik pemasaran alaf baru di dunia maya atau secara online yang menjanjikan kejayaan yang gemilang di masa hadapan! Selamat datang ke dunia digital!


p/s: Kenapa blog anda dipilih membuat posting advertorial atau produk review? Sudah tentu ada kelebihan pada blog yang sepatutnya anda lebih mengetahuinya! Maka...jangan sesekali terlalu merendah diri kerana sebenarnya nilai blog anda terlalu tinggi di zaman ini. Hargai diri anda... barulah anda akan dihargai. 

9 comments - "Kelebihan Produk Review & Advertorial di Blog"

Terima kasih Bro BM...sebenarnya advertorial atau review ini memberi impak yang besar pada 2 belah pihak..alhamdulillah tambah lagi ilmu PC hari ini.

paridah delete icon 11:43

posting advertorial atau produk review di blog. XPERNAH CUBA BUAT LAGI.XRETI NK TULIS REVIEW JUGA HEH..HEH..

kadang ade yang take advantage atas seseorg blogger tu

Ya benar sekali...
Diharapkan blogger mendapat imbuhan/bayaran setimpal hasil dari impak yang telah dihasilkan

Akak dah banyak buat review percuma... Kalau ada tawaran, cubalah...

Salah blogger juga. Sepatutnya jual mahal sikit...
Malangnya...Ia memberi kesan/impak besar kepada keseluruhan nilai blogger lain.

titan delete icon 23:15

jangan bunuh harga.

itu je aku mampu nasihat.

rm10..rendah sangat.

paling teruk pun, bayar harga ikut harga kita bayar bil internet kita.

kalau RM80 sebulan.

itu yang kita caj.

kalau RM150, itu yang kita caj untuk satu-satu job.

Simple.

Advertorial blog mmg satu landasan promosi dan pemasaran yg berbaloi buat pengusaha perniagaan. Sebagai blogger biarlah agar harga yg dicas pun berbaloi dgn usaha yg dilakukan. Ada blog yg tak ramai pembaca tetapi memiliki kualiti pembaca setia yg ada kuasa belian, begitu juga ada yg ramai pengunjung tetapi sekadar membaca sahaja. Kena pandai nego ketengahkan titik kekuatan blog masing2 sbb klu cas rendah sgt mmg tersgt rugi buat jangka panjang... :)

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap