بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Walaupun ada blogger melakukannya secara percuma namun wajarkan blogger menuntut bayaran atau token apabila menerima sebarang jemputan untuk sesebuah event yang memerlukan blogger tersebut membuat artikel review, advertorial atau promosi?

Bagi pendapat BM ianya bergantung kepada persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Pihak blogger sewajarnya menuntut penjelasan dan persetujuan secara hitam putih dari pihak event atau client mengenai bayaran atau token sebelum mereka bersetuju untuk hadir.

Adalah menjadi hak blogger atau sesiapa sahaja untuk menuntut bayaran di atas setiap hasil kerja yang dilakukan.

Mempertikai Bayaran Dan Impak Blogger

Apasal Nak Kena Bayar Blogger??

Masih adakah yang mempertikaikan kenapa blogger perlu dibayar atau mendapat token? Jika ada... Cuba baca luahan seorang blogger ini. Beliau bukan calang-calang blogger pun masih ada yang memperdaya...inikan pula kita... blogger picisan yang tidak dikenali ramai.

“Ben , client tak nak bayar ! Walhal ari tu kata nak bayar laa.. Tapi sekarang pusing cakap!“

Aku mengeluh.. Bukan kali pertama aku kena begini ! Tapi aku redha jer. Aku hanya mampu berkata tiada rezeki buatku hari ini tapi aku bersyukur, aku masih punya rezeki untuk teruskan kehidupan.

Namun kali ini, melibatkan ramai blogger? Apakah aku perlu kata begitu juga? Ada di antara blogger yg jadikan blog ni sumber pendapatan sampingan dan bermakna mereka tak perlu lagi buat kerjaya lain bagi menampung keperluan hidup. Maklumlah, gaji utama tak cukup. Sekurangnya dengan blog, dapat la cover duit belanja anak anak.. Dan aku, blog adalah sumber pendapatan utama.

Bila aku dapat jemputan.. aku akan tengok dari mana. Apakah berbaloi jika aku pergi? Atau adakah aku diberi token ? Hurm.. kalau bagi, apakah memadai atau sekadar bagi ala alaa jer?

Bukan aku nak demand kawan .. Bayangkan eh! Setiap kali aku nak g event/job, banyak perkara aku kena uruskan.. Yang pertama, aku kena keluar awal pagi. Hantar wife dulu ke Putrajaya. Rumah aku nun di Sepang. Kemudian aku kena hantar anak anak ke Cheras. Barulah aku boleh ke lokasi event tersebut. Minyak, tol.. sapa nak cover? Duit jaga budak, camana lak? Ingat free ke? Tak payah bayar orang tua ke??

Pastu di lokasi.. aku bukan duduk borak borak.. Kena buat kerja! Walau pun aku gi tu untuk makan jer! Haaaa.. Bila aku dijemput tu, maknanya , aku diminta buat kerja! Kalau sekadar nak duduk, baik aku lepak ngan anak anak kat rumah! Lagi berbaloi.. Ke tengok X-Men ke.. Tengok Angry Bird pon best.. kan?

Kemudian di rumah.. Nak update blog pasal event tadi.. Masa bila aku nak update? Anak anak ajak bermain.. Aku pon nak g gym lagi.. Kena tunggu diorang tidur, baru boleh update blog.. Masa tu dah jam 2 pagi! Huhh.. Mata dah kuyu. Otak dah beku! Dah tu camana??? Tidur jap ..kang pas subuh je la update!

Bila nak update lak. gambar banyak! Fuhhhh.. makan data ni! Sapa nak bayar data internet ni? Elektrik untuk laptop, camana lak? Arghhh.. Dah tu camana???

Apakah aku berblog ni suka suka? Kalau suka suka, baik aku gi event.. aku cari sesuatu yang best untuk diupdate ! Cari isu panas!  Bukan cari menda biasa biasa jer ! Sapa nak baca kan ? Baca bab kontroversi la best ! Baru meriahhh ! Setakat vvip rasmi majlis , apadahal ! Tapi tak.. blogger tumpu pad isu utama.. tujuan utama ! Fuhhh…

Banyak faktor wooo.. Kalau tak nak bayar, promote la produk tu kat suratkhabar atau kat GoShop di Astro tu.. Free jer! Wat pe kasi blogger yang berbayar. Ada gak blogger yang tak berbayar! Haa.. kasi kat diorang.. Diorang memang share dengan Bank Negara.. Duit banyak la katakan.. Tu pasal tak kisah!

Hurmm.. Blogger nak amik gambar, guna kamera.. guna hp! Nak update blog, kena ada laptop.. Ingat semua tu, jiran sebelah umah kasi ke?

Pastu ada yang kata.. Bila dah bayar blogger, nak impak! Mesti  nak produk dia meletop punyaa! Hek eleee.. baik aku jual produk aku sendiri! Buat apa susah susah promote produk orang! Blogger sekadar membuat awareness dan jugak promosi di media sosial.. Laku atau tidak, terpulang pada kekuatan promosi berterusan pihak client tu dan juga produk tu sendiri!
petikan dari artikel: apasal-nak-kena-bayar-blogger

Sedih apabila mendapat cerita dan keluhan blogger apabila mereka ditipu, diperdaya, tidak dibayar, tidak mendapat bayaran setimpal, tidak dihargai, dikatakan gagal dan sebagainya oleh pihak event atau client.

Siapakah blogger di mata ahli perniagaan sebenarnya? Adakah mereka masih menganggap bahawa blogger ini tiada nilai dan tidak mampu menghasilkan impak seperti yang mereka harapkan? Jika begitu... kenapa blogger perlu dijemput?

Atau sebenarnya mereka tahu akan kelebihan dan impak review atau advertorial oleh blogger ini tetapi masih kedekut untuk mengeluarkan kos peruntukan yang setimpal kerana menganggap blogger hanyalah seperti kanak-kanak yang tidak betah pegang duit yang banyak dan sekadar cukup diberi gula-gula sahaja!

Nilai Blogger

Hanya blogger sendiri yang boleh menaikkan taraf dan menukar persepsi ini sebagaimana mereka menilai cara promosi dengan menggunakan media cetak atau elektronik yang lain kerana ketahuilah bahawa blog pada masa kini sebenarnya amat berkuasa dan memberikan impak yang tidak ternilai berbanding yang lain!

Mereka sebenarnya dah tahu... tapi malangnya ada blogger sendiri yang tidak tahu..

Maka mulai sekarang... berurusanlah secara profesional. Tutup segala ruang yang boleh memperdayakan kita dikemudian hari. Tingkatkan nilai dan berikan sebab, kelebihan serta penjelasan yang konkrit kenapa anda perlu dihargai dan bernilai tinggi! Ada kalanya mereka juga perlu diajar dan mengikut kehendak kita...

6 comments - "Mempertikai Bayaran Dan Impak Blogger "

huhu..nak guna khidmat org tapi kedekut.. kalau kena kat dia macam mana la..

Assalammualaikum... BM,

kesian kekadang blogger yang ditipu nie... walhal mereka kena faham dengan masalah blogger macam kita nie kan..semuanyer memerlukan kos2 tertentu secara tak langsung.

mselim3

Bila dah janji dan mempersetujui satu satu urusan tolonglah jujur..jangan aniaya...tidak akan ke mana pun sebenarnya...bila sudah guna khidmat blogger bayarlah kecuali saling redha dan menghalalkan tanpa bayaran..goes around comes around..janji Allah pasti sama ada pada kebaikkan atau balasan..

paridah delete icon 11:38

Sepatutnya mrk yg gunakan khidmat blogger utk promot product r event apa2 perlu tahu semuatu n sgt bertimbang rasa soal bayaran yg mesti diberi...untuk hasilan yg diharapkan perlu byr kosnya.

kadang-kadang ade blogger yg tak kisah sangat bab menda ni yang impak nyer kene kat blogger lain...

Nak guna khidmat blogger perlulah sediakan bajet sbb impak kpd pembayar bukan sehari dua tetapi berpanjangan lebih besar dari nilai yg di bayar tu sebenarnya. Blogger buat kerja pun bukan free... masa, kos letrik dsb, pengaruh serta kepakaran juga berharga dan bukan boleh dibina semalaman.

Ada blogger yg buat review free terutama blogger berbangsa cina sebagai servis extra kpd klien atas projek2 tertentu yg lebih besar yg diperolehi spt penajaan dsb juga. Tapi tiada yg free... semoga tiada yg nak rosakkan market semata2 nak ada entri dari hasil komersil ni... perkongsian yg menarik sahabat.

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap