بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sambutan Hari Israk dan Mikraj - 27 Rejab 1437H (5 Mei 2016) Salam... buat semua umat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Peristiwa bersejarah yang menguji keimanan umat muslimin dengan pelbagai peristiwa yang di alami sendiri oleh Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam hanya dalam masa 1/3 malam.

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu diraikan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah.

Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Salam Israk Dan Mikraj 1437H (2016)

Peristiwa Israk Dan Mikraj

Israk membawa maksud akan peristiwa perjalanan Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam pada malam hari dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Palestin. Sementara Mikraj pula adalan perjalanan Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam dari bumi (dari masjidil Aqsa) naik ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah SWT di Arasy..

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)

Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam dengan jasad dan tubuhnya adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Ia dikatakan luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam dalam waktu yang singkat , cuma memakan masa 1/3 malam .

Selepas peristiwa Israk dan Mikraj inilah bermulanya kefarduan solat lima waktu yang menjadi salah satu rukun Islam bagi setiap umat muslimin sehinggalah ke hari akhirat kelak.

Menguji Keimanan

Kejadian luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam.

Israk dan Mikraj ini adalah kejadian benar yang dialami sendiri oleh Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam serta telah tertulis dalam al-Quran. Sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah SWT dan mengakui bahawa Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam itu pesuruhNya maka adalah wajib bagi kita untuk mempercayai dan tidak meragui akan peristiwa Israk dan Mikraj ini. Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa dan segalanya boleh berlaku atas kehendakNya

Selamat menyambut Hari Israk dan Mikraj 1437H (2016). Semoga keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT dan RasulNya akan bertambah kukuh serta dipermudahkan dalam menunaikan segala perintahnya... Amiin...

5 comments - "Salam Hari Israk Dan Mikraj 1437H (2016)"

Tanpa Nama delete icon 22:02

salam israk mikraj BM...

paridah delete icon 22:53

SALAM ISRAQ MIKRAJ DIK BM..SEMOGA KITA BEROLEH KEBERKATANNYA.

Salam israk mikraj Bro BM...

Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua... aamiin ya Rabb...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap