بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Artikel ini merupakan kesinambungan tentang informasi dan prestasi Blog Relaks Minda untuk tahun 2015. Anda boleh ikuti entri berkaitan prestasi suku pertama Blog Relaks Minda melalui entri berikut:  Trafik Blog Suku Pertama 2015 - 1.25 Juta Pageviews!

Agak menarik membicarakan tentang prestasi Blog Relaks Minda tatkala ianya kini sudah tidak aktif dan tanpa sebarang entri terkini. Mampukah Blog Relaks Minda mengekalkan prestasinya? Amat sukar ditelah buat masa ini.

Setelah setengah tahun 2015 berlalu, prestasi keseluruhan blog Relaks Minda agak baik.

Trafik Blog Pertengahan Tahun 2015 - 2.4 Juta Pageviews!
Trafik Blog Pertengahan Tahun 2015
Sehingga penghujung tahun 2015, Blog Relaks Minda berjaya mendapatkan trafik sebanyak 2.42 juta Pageviews (PV). Secara keseluruhannya, jumlah pengunjung begitu stabil di antara 10K hingga 20K PV sehari.

Jika dibandingkan prestasi blog pada pertengahan tahun 2014, PV telah meningkat sebanyak 15.27% iaitu dari 2.1 juta kepada 2.4 juta. Namun begitu, beberapa data seperti page/session dan session duration mengalami kemorosotan prestasi.

Trafik Blog Pertengahan Tahun 2015 - 2.4 Juta Pageviews!
Perbandingan Pertengahan tahun 2014 dan 2015

Blog Relaks Minda tidak akan mampu meningkatkan PV untuk bulan-bulan mendatang berikutan tiada lagi entri terbaru yang diterbitkan semenjak bulan Jun 2015. Walaupun agak kecewa namun ianya satu yang menarik untuk dilihat.

Pada entri akan datang, akan saya kongsikan bagaimana untuk menaikkan semula trafik entri (artikel) lama agar kembali meraih kunjungan dan relaven. Mungkin dengan cara ini ianya akan tetap mampu mengekalkan prestasi serta kekal di SERP... InsyaAllah

Pertengahan kedua tahun 2015 adalah masa untuk melihat bagaimana prestasi sebenar sesebuah blog yang tidak lagi aktif. Mampukah Relaks Minda mengekalkan prestasi dengan meraih lebih 10K PV sehari? Nantikan entri seterusnya tentang prestasi Blog Relaks Minda pada suku ketiga tahun 2015 nanti.

Terima kasih kepada pengunjung Relaks Minda... dan kini bersama Blog BinMuhammad.

2 comments - "Trafik Blog Pertengahan Tahun 2015 - 2.4 Juta Pageviews!"

Dulu saya rajin juga singgah ke sana, sekarang ke sini pula..semoga bertambah la traficnya ye BM...

Seronoknya tgk pv harian smpai 10 ke 20K. Uhukkk, kita pun dah berbulan2 tinggalkan blog. Baru bulan ni ada semangat balik menulis. Setakat ni hanya mampu 1K pv je harian. Nk kena berusaha sungguh2 dah pasni.
Btw tahniah BM

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap