بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kata-kata hikmah @ Mutiara kata : Satu ungkapan ringkas tetapi membawa maksud yang sungguh bermakna dan mendalam sebagai nasihat, panduan serta pedoman hidup.

Alhamdulillah, Hari Jumaat yang mulia kembali lagi, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih dilanjutkan usia untuk menikmati kehidupan di dunia ini.

Istimewa di hari Jumaat yang mulia ini, sedikit perkongsian kata-kata hikmah atau mutiara kata yang boleh kita kongsikan bersama untuk dijadikan renungan, panduan, pedoman, motivasi serta pencetus semangat agar kehidupan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya... InsyaAllah...

Kata-kata hikmah @ Mutiara kata


Kata-kata Hikmah - Mutiara Kata - Pertolongan Allah mungkin datang tidak terlalu cepat dan tidak pula terloalu lambat tetapi ianya selalu datang disaat yang tepat.

Kata-kata Hikmah / Mutiara Kata 1 
"Pertolongan Allah mungkin datang tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat tetapi ianya selalu datang disaat yang tepat!"

Kata-kata Hikmah - Mutiara Kata - Sesiapa yang tidak punya apa-apa tetap memiliki Allah. Sesiapa yang memiliki Allah maka punya segala-galanya.

Kata-kata Hikmah / Mutiara Kata 2
"Sesiapa yang tidak punya apa-apa tetap memiliki Allah. Sesiapa yang memiliki Allah maka punya segala-galanya"


Kata-kata Hikmah - Mutiara Kata - dah boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ianya baik bagi kamu dan boleh jadi ianya buruk bagi kamu dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

Kata-kata Hikmah / Mutiara Kata 3
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ianya baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ianya buruk bagi kamu ...dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya" - surah al-baqarah:216

Kata-kata Hikmah - Mutiara Kata - Ikhlas menerima kesalahan dan belajar dari setiap kesalahan akan menjadikanmu kuat dalam menjalani kehidupan.

Kata-kata Hikmah / Mutiara Kata 4
"Ikhlas menerima kesalahan dan belajar dari setiap kesalahan akan menjadikanmu kuat dalam menjalani kehidupan"
Kata-kata Hikmah - Mutiara Kata - Kita selalu bekerja keras untuk mencari rezeki sehingga lalai beribadah kepada Allah. Kita lupa bahawa rezeki itu bukan hanya datang dari kerja keras tetapi dari Allah

Kata-kata Hikmah / Mutiara Kata 5
Kita selalu bekerja keras untuk mencari rezeki sehingga lalai beribadah kepada Allah. Kita lupa bahawa rezeki itu bukan hanya datang dari kerja keras tetapi dari Allah."


Kata-kata Hikmah - Mutiara Kata - Kamu tidak akan pernah gagal sehinggalah kamu gagal dalam mempercayai Allah

Kata-kata Hikmah / Mutiara Kata 6
"Kamu tidak akan pernah gagal sehinggalah kamu gagal dalam mampercayai Allah"


Kata-kata Hikmah - Mutiara Kata - Dengan kesyukuran, nikmat yang dianggap kecil terasa besar dan dugaan yang dianggap besar terasa kecil

Kata-kata Hikmah / Mutiara Kata 7
"...dengan kesyukuran, nikmat yang dianggap kecil terasa besar dan dugaan yang dianggap besar terasa kecil"


Kata-kata Hikmah - Mutiara Kata - Tak faham diterangkan bukan diketawakan, tak betul dinasihatkan bukan diumpatkan, tak tahu dibetulkan bukan dimarahkan.

Kata-kata Hikmah / Mutiara Kata 8
"Tak faham diterangkan bukan diketawakan, tak betul dinasihatkan bukan diumpatkan, tak tahu dibetulkan bukan dimarahkan."

Kata-kata Hikmah - Mutiara Kata - Jangan sesekali berhenti mendengar nasihat kerana hati akan buta apabila kehilangan nasihat.

Kata-kata Hikmah / Mutiara Kata 9
"Jangan sesekali berhenti mendengar nasihat kerana hati akan buta apabila kehilangan nasihat"

Semoga sedikit perkongsian Kata-kata Hikmah atau Mutiara Kata di hari Jumaat ini dapat memberi manfaat kepada semua sahabat dan tetamu. 

Sebelum anda meneruskan kembara, jangan lupa... marilah bersama-sama kita amalkan dan rebut ganjaran serta pahala mudah di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari ini. 

Kata-kata Hikmah - Mutiara Kata
BinMuhammad

p/s: Entri ini diterbitkan semula dari RM kerana terpaksa di 'delete' berikutan telah disekat oleh Google. Semoga ilmu terus dapat dikongsi bersama...

18 comments - "Perkongsian Kata-Kata Hikmah - Mutiara Kata"

paridah delete icon 09:54

SALAM JUMAAT BM...PERKONGSIAN MUTIARA KATA YANG AMAT INDAH SBG MOTIVASI TERBAIK DLM LANGKAH MENERUSKAN KEHIDUPAN...

salam jumaat ;)

Perkongsian motivasi diri terbaik dari BM.

Etuza delete icon 06:04

Asalam BM..sekali lagi mewangi ilmu permata di laman ini..inilah yng dikatakan PESONA ilmu..subahanallah segar betul melihat..teruskan..boleh copy tak satu ja nak ya..halalkan nanti ya

kata2 hikmat yg mmg membuatkan kita bersemangat..

Waalaikumsalam... Alhamdulillah, semoga bermanfaat.

Waalaikumsalam cikgu...
Nak copy semua pun buleh jer... Semuanya hak Allah jua...

Bersangka baiklah dengan Allah swt..

Kata² penuh makna.

Unknown delete icon 08:38

Assalamualaikum...mohon share kata-kata motivasi ni ye

Tahniah atas kata katanya...
Minta dikongsi bersama....

Terima kasih atas perkongsian.

Unknown delete icon 08:13

Assalamualaikum salam jumaat

Salmiah delete icon 06:34

Terima kasih atas perkongsian..bermanfaat sgt

epin delete icon 14:26

Terima kasih atas perkongsian..bermanfaat sgt...sy mohon share yea

Ina delete icon 10:31

Assalamualaikum tahniah2.. Mohon share ye.. Tksh

Kata kata yang bermotivasi dan memupuk kesedaran diri.

Unknown delete icon 22:11

assalammualaikum wbt kata" ini m'buat kita jdi s'orng tabah

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap