بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bak namanya, Relaks Minda... blog ini juga semakin relaks dan terus menyepi dari kehangatan dunia blogging masa kini.

Setelah enam bulan sejak Jun 2015, Blog Relaks Minda tiada lagi sebarang entri terkini yang diterbitkan. Walaupun ianya boleh diakses dan dikunjungi tanpa sebarang masalah namun kadangkala ada juga entri yang akan disekat oleh Google.

Jika sebelum ini boleh melakukan sebarang edit pada entri lama dan diterbitkan semula tetapi kini ianya juga disekat oleh google, maka kemaskini entri lama juga tidak dapat dilakukan lagi.

Sehingga kini, sudah ada 35 entri yang terpaksa dikeluarkan dari blogger post akibat dari sekatan pihak Google. Entri-entri tersebut juga terpaksa di "remove URL" dari enjin carian Google melalui Webmaster.

Jika ada entri menarik yang telah disekat, ianya disalin dan diterbitkan semula di blog lain sebagai perkongsian baru yang mungkin bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.

Blog Relaks Minda Yang Semakin Relaks

Relaks Minda Setelah 6 Bulan

Kini... Setelah 6 bulan ditinggalkan, blog Relaks Minda semakin terkesan terutama dari jumlah trafik pengunjung. Anda boleh lihat sendiri perbandingan berikut antara data Google Analytics bulan Jun 2015 dan November 2015.

Data Google Analytics
Jumlah Pageviews (PV) telah menurun sehingga lebih 50% dari 400K pada Jun 2015 kepada hanya 200K pada November 2015. 

Sehingga ke hari ini, jumlah trafik blog Relaks Minda sudah seakan tepu dimana PV sudah stabil dalam lingkungan 5K sehari. Anda boleh lihat pada data bulan November 2015 (warna biru) tersebut, PV sudah seakan satu garis lurus yang mendatar sahaja.

Namun disebalik penurunan tersebut, data bagi purata masa seseorang berada di blog ini (av. time on page) telah meningkat dari 38saat kepada  52saat. Peningkatan sebanyak 35%!

Selari dengan itu, data bounce rate juga semakin baik iaitu dari 17.84% kepada 13.81%. Ini menunjukkan semakin ramai pengunjung yang membuka lebih dari satu page ketika berada di sini.

Data Google Analytics
Berikut pula adalah data Google Analytics Relaks Minda dari bulan Januari hingga November 2015. Di sini kita dapat lihat dengan jelas bagaimana graf penurunan trafik berlaku.

Tidak diketahui sampai bila Relaks Minda mampu menarik minat pengunjung memandangkan semakin hari semakin kurang entri yang berada di halaman hadapan enjin carian. Pada tahun 2015, Relaks Minda hanya dapat mengumpul 4 juta PV sahaja.

Blog Relaks Minda terus bergantung kepada entri topik niche iaitu kreativiti kitar semula untuk meraih trafik. Data berikut jelas membuktikan, tanpa entri terkini sesebuah blog akan terkesan dan semakin suram. 

Relaks Minda Top 10 Popular Post - November 2015
Data Google Analytics

 Relaks Minda Top 10 Popular Post - Jun 2015
Data Google Analytics

Hikmah Di Sebalik Kejadian

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Ianya hanya perlu kita cari dan jadikan ia sebagai panduan untuk kebaikan bersama pada masa kini dan akan datang.

Dari data Blog Relaks Minda ini dapat kita pelajari bahawa topik niche sesebuah blog merupakan tunjang kekuatan sesebuah blog. Sebab itu sesebuah blog perlukan topik niche tertentu agar dapat menguasai beberapa kata kunci tersebut di enjin carian.

Kekuatan Relaks Minda menguasai topik idea kreatif kitar semula dan dekorasi telah membantu blog ini kekal meraih trafik. Setiap carian berkaitan kata kunci topik niche ini pasti akan menyenaraikan Blog Relaks Minda pada kedudukan yang baik di enjin carian.

Selagi entri niche ini tidak disekat oleh Google, InsyaAllah... Blog Relaks Minda akan terus meraih kunjungan.

Topik Relevan Sepanjang Masa

Berbeza dengan topik-topik hangat semasa yang hanya meraih kunjungan pada jangkamasa terhad tetapi topik niche yang relaven sepanjang masa ini akan terus dicari dan menjana trafik.

Topik seperti Resepi, Panduan dan Ilmu, Hobi, Kemahiran, Kerjaya dan Tanaman adalah antara contoh yang boleh anda jadikan topik niche sebagai tunjang trafik berterusan. Lebih mudah sekiranya berkongsi sesuatu yang anda mahir, minat dan suka.

Anda hanya perlu menerbitkan entri topik niche ini sebanyak mungkin agar enjin carian dapat mengenali kata kunci yang mampu menyerlahkan blog anda untuk selalu di indeks.

Semakin lama, ianya akan sinonim dangan blog anda lalu menaikkan status blog pada kedudukan yang baik di enjin carian bagi kata kunci tertentu berkaitan niche tersebut.

Topik-topik sebegini mungkin tidak akan menjanjikan trafik yang terus mencanak tinggi namun ianya akan berterusan tanpa had! Itu lebih bagus kerana entri tersebut punya nilai tinggi dan akan terus dikunjungi walaupun telah bertahun-tahun lamanya ia diterbitkan!

Kekal Di Minda

Relaks Minda akan terus relaks dengan caranya... Walaupun semakin terbiar, ianya tetap tidak sunyi dari kunjungan tetamu. Terima kasih dan semoga ianya dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan selama yang mungkin... "ilmu dikongsi bersama"

Relaks Minda akan terus kekal diingatan sebagai kenangan terindah yang membuka peluang diri ini untuk mengenali dunia blogging dan para sahabat blogger. 

6 comments - "Blog Relaks Minda Yang Semakin Relaks"

hebatnya, tahniah ya

tahniah!~

paridah delete icon 16:17

Blog BM walau terjejas sedikit trafiknya kerana serangan virus blog lama tapi msh mapan keutuhannya n sentiasa dicari viewers yg dh lama biasa dgn n3 penuh info terbitan BM...tahniah.

Begitulah apabila kita menulis artikel yang berkualiti, tetap ramai pembaca walaupun tiada lagi update..:)

Nao Mei delete icon 19:22

Wah hebat...sayang dengan blog rilekminda

Pasti ada hikmahnya.. ternyata BM telah menulis artikel yang baik sehingga masih mendapat kunjungan..

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap