بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Rayani Air Syarikat Penerbangan Patuh Syariah Malaysia: Alhamdulillah... Semakin hari semakin tinggi kesedaran umat Islam dalam menjalani kehidupan yang lebih islamik iaitu mengikut kehendak syariat. Adalah menjadi satu kewajiban umat Islam untuk mengamalkan segala perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.

Malaysia dan umat Islam negara ini wajar berbangga dan bersyukur walaupun undang-undang Islam masih belum dapat direalisasikan sepenuhnya serta dengan pelbagai tentangan dari banyak pihak namun Islam terus bersinar dan semakin luas dipraktikan dalam kehidupan dan urusan seharian.

Kini satu lagi anjakan baru dalam dunia penerbangan negara apabila syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara telah mula beroperasi. 

Rayani Air
Rayani Air

Rayani Air

20 Disember 2015 menjadi tarikh keramat apabila Rayani Air, Syarikat penerbangan pertama Malaysia yang patuh syariah memulakan operasi dengan penerbangan sulong dari lapangan terbang KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Konsep penerbangan patuh syariah ini merujuk kepada peraturan operasi syarikat tersebut yang mengikut undang-undang Islam. Antara yang dipraktikkan pada masa kini adalah:
  1. Mewajibkan anak kapal kami yang beragama Islam untuk berpakaian menutup aurat dan kepada yang bukan beragama Islam untuk memakai secara sopan.
  2. Hanya makanan dan minuman halal yang dihidangkan dan dibenarkan
  3. Bacaan doa sebelum pesawat berlepas.
Rayani Air

Buat permulaan, Rayani Air yang berpengkalan di Lapangan Terbang  Antarabangsa Langkawi ini menggunakan dua buah pesawat Boeing 737-400 yang dibeli dari Neptune Air Limited yang mempunyai 16 seat Business class dan 128 seat economy class.

Rayahi Air mempunyai 355 kakitangan termasuk 8 juruterbang dan 50 kru kabin menawarkan perkhidmatan ke KLIA2 di Kuala Lumpur dan Kota Baharu (Kelantan) sebelum ditambah ke Kuching dan Kota Kinabalu pada tahun hadapan.

Rayani Air turut merancang untuk menambah dua buah lagi pesawat Boeing 737-400 dan dua Boeing 737-800 dalam kumpulan pesawat mereka menjelang 2017 sebagai langkah untuk meningkatkan laluan domestik dan kekerapan penerbangan.

Pengarah Urusannya, Jaafar Zamhari berkata, untuk permulaan, syarikat penerbangan itu yang baharu sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam untuk beroperasi, mengambil 'langkah kecil' untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah undang-undang Islam dalam operasi mereka sebelum melaksanakan lebih banyak rancangan dalam beberapa tahun akan datang.

"Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam memperkemaskan langkah kami dari semasa ke semasa dan hasrat utama kami adalah memanfaatkan pasaran (umrah dan haji)," katanya kepada pemberita selepas tiba dengan penerbangan sulung Rayani Air dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di Langkawi, hari ini.

"Harapan kami keputusan menjadikan Langkawi sebagai hab operasi akan menyumbang ke arah menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan iaitu pelancong akan datang ke sini dahulu sebelum ke destinasi pelancongan lain di negara ini," katanya. - sumber

Rayani Air ini wujud hasil perkongsian dua buah syarikau iaitu Merdeka Jayabumi Enterprise dan syarikat perlombongan, Terus Maju Metal bukanlah syarikat penerbangan tambang murah seperti AirAsia. Ia menawarkan perkhidmatan dan servis penuh seperti MAS.

Pilihan Umat Islam

Untuk maklumat bersama Rayani Air merupakan syarikat penerbangan ke-empat di dunia yang diiktiraf sebagai penerbangan patuh syariah di dunia setelah Royal Brunei Airlines (RBA), Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.

Ini merupakan satu perkembangan dan berita baik buat umat Islam di negara ini. Kini kita semua sudah punya pilihan. 

Selain itu, patuh syariah itu luas maksudnya dan bukan sahaja dari sudut apa yang terlihat di depan mata tetapi lebih dari itu iaitu jujur, amanah, menepati masa dan bertanggungjawab dan banyak lagi. Namun diharapkan permulaan yang baik ini akan bertambah baik pada masa akan datang.

Harapan seterusnya agar syarikat ini berupaya menambahkan lokasi serta laluan perkhidmatan secepat mungkin agar dapat dimanfaatkan oleh umat Islam di negara ini. 

Rayani Air menjadi penanda aras baru dan ianya akan terus diperhatikan perkembangannya. Semoga imej yang ditampilkan berkekalan dan terus maju demi menegakkan syiar Islam.

Maklumat dan Informasi Rayani Air
Rayani Air

p/s: Malangnya syarikat penerbangan Rayani Air ini tidak kekal lama dan telah pun di tamatkan perkhidmatannya....

12 comments - "Rayani Air Syarikat Penerbangan Patuh Syariah Malaysia"

tolong...tolong ade kan laluan ke Labuan please! ;)

Wow..amazing BM..pasti b4 buat penerbangan tu ada doa kepada semua penumpang selain doa individu. ada tak begitu. BM ..terbaik ni tau!! tahnia

Allhamdulillah.... cantiknya peramugari2 tu pakai tudung....

Semoga MAS pun dapat mengikut jejak langkah Rayani Air ni

Zool delete icon 19:09

Boleh pergi Langkawi naik Rayani Air.

Harap2 Rayani Air mendengar rintihan anda... :)
Mungkin ada satu hari nanti tu...

YA... Buat masa ini, bacaan doa adalah amalan wajib dilakukan Rayani Air sebelum berlepas.

Kan manis begitu...
Tapi lagi manis kalau tanpa pramugari, hanya pramugara... :)

Ini adalah harapan seluruh umat Islam negara ini agar MAS dapat berubah. Mungkin boleh mulakan dengan hidangan halal dan tanpa alkohol sepenuhnya dan menukar pakaian pramugari sedia ada kepada yang lebih sopan.

Ya! Boleh terbang dengan tenang ke Langkawi! :)

Bagus dengan kewujudan penerbangan patuh syariah seperti rayani air ini..

Dexx delete icon 08:31

Semoga lebih banyak option islamik sebegini dalam sektor-sektor lain. Bukan hanya soal untung, perniagaan patuh syariah perlu disebar dan dititikberatkan. Supaya hidup lebih diberkati dan mengajak manusia kembali ke fitrah...

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap