بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Anda seorang blogger? Jika dah bergelar blogger...mesti ada blog. Namun apabila punya blog tak semua akan mendaftar di Google Webmaster atau kini dikenali sebagai Google Search Console.

Terpulanglah... Nak jadi blogger dan punya blog, nak mendaftar ke idok, ia bukanlah sesuatu yang wajib sehingga boleh menyekat anda berblogging. Ianya hanyalah satu keperluan bagi blogger yang inginkan peningkatan dalam mengikut kehendak Google terutama untuk memperbaiki kedudukan di SERP dan meningkat trafik dari enjin carian Google.

Panduan Google Webmaster - Search Appearence
OK... Bagi mereka yang sudah mempunyai Google Webmaster @ Search Console (GSC) pasti anda tahu hendak menggunakannya, kalau tidak... rugilah!

Namun jika tak tahu guna, janganlah pula berasa sedih dan rendah diri. Jom kita sama-sama belajar dan memahami kegunaan GSC ini. Tiada yang terlewat dalam menuntut ilmu...Semoga kita sama-sama beroleh manfaatnya.

Oleh kerana banyak item yang ada dalam GSC ini maka pada entri kali ini kita tumpukan kepada bahagian Search Appearence dahulu.

Search Appearence

Nama tajuknya sahaja sudah menunjukkan bahawa bahagian di sini menumpukan kepada apa yang akan terpapar di halaman enjin carian (Google Search) hasil dari informasi yang anda berikan kepada robot enjin carian.

Semua data report yang berkaitan akan ditunjukkan kepada anda untuk anda selidiki dan perbaiki jika berlaku sebarang masalah atau error.

Mari kita lihat satu persatu akan data report yang disediakan oleh SC tentang blog anda dalam menepati kehendak Google dalam bahagian Search Appearence ini.

1. Data Structure
Struktur data... iaitu struktur informasi yang diperlukan oleh robot enjin carian untuk mengesan dan memahami isi kandungan setiap halaman blog anda.

Setiap informasi data seperti rich snippet, markup dan arahan yang terkandung di dalam blog akan disenaraikan di bahagian ini. Sebarang masalah atau error akan dimaklumkan untuk anda perbaiki.

Anda juga boleh menyemak data stucture setiap halaman blog melalui tools yang disedikan oleh Google di sini: https://developers.google.com/structured-data/testing-tool/

Menyediakan informasi yang betul, lengkap, perlu serta relaven amat penting kerana maklumat inilah juga yang akan digunakan oleh robot enjin carian untuk memahami dan seterusnya memaparkannya di Google Search.

Panduan Google Webmaster - Search Appearence - Data Structure
Apa yang terpapar di Google Search ini mengikut apa yang terkandung dalam data structure setiap page blog anda.
Panduan Google Webmaster - Search Appearence - Data Structure

Kebanyakan template yang mesra seo sudah tersedia format data structure yang diperlukan namun jika template asas, selalunya ia tiada. Namun adakalanya ia tidak lengkap sebagaimana yang anda inginkan.

Bagaimana hendak membuat data structure ini? Sekiranya anda punya ilmu dalam mengedit code html, ianya boleh dilakukan dengan memasukkan meta tag dan schema markup. Boleh juga anda gunakan schema markup generator untuk mengolah data structure ini.

Namun yang paling mudah, gunakan tools yang disediakan oleh GSC iaitu menggunakan Data Highlighter.

2. Data Highlighter
Ini adalah tools yang digunakan untuk membuat data structure bagi halaman blog anda. Ianya bukan automatik default pada semua halaman tetapi anda perlu membuatnya satu persatu pada halaman artikel yang anda inginkan.

Caranya amat mudah, iaitu dengan hanya perlu highlight data yang bertepatan dan diperlukan mengikut markup atau tag yang telah disediakan.

Robot enjin carian akan menggunakan informasi tersebut sebagai data structure untuk memahami dan seterusnya menggunakan ia untuk paparan di Google Search.

Panduan Google Webmaster - Search Appearence - Data Highlighter
Contoh menggunakan Data Highlighter bagi membuat data structure pada halaman artikel anda.

3. HTML Improvement
HTML Improvement pula adalah data report dan analysis yang dilakukan oleh Google terhadap blog anda. Sebarang masalah atau error akan ditunjukkan untuk anda perbaiki. Ianya menjurus kepada apa yang dipaparkan di Google Search.

Walaupun ianya tidak memberi kesan kepada kehadiran robot untuk menganalisa halaman blog anda namun setiap masalah akan merendahkan potensi untuk berada dikedudukan yang baik di SERP.

Selalunya masalah duplicate title tag kerana persamaan tajuk pada paparan desktop dan mobile. Selain itu penggunaan meta description yang terlalu ringkas/panjang atau sama.

Setelah masalah diperbaiki, tunggu robot crawl semula halaman untuk report dan analisa baru. Selalunya proses ini akan memakan masa dalam beberapa minggu.

4. Sitelink
Google cuba memberikan informasi yang relaven dan bertepatan kepada setiap pengguna yang menggunakan Google Search. Sitelink adalah salah satu cara untuk Google search memberi penjelasan tentang isi kandungan blog anda.

Panduan Google Webmaster - Search Appearence - Sitelink
Contoh paparan sitelink di Google Search 

Namun tidak semestinya Google berjaya melakukannya dengan tepat seperti mana yang anda inginkan. Maka melalui bahagian di Sitelink ini, Google memberi peluang kepada kita untuk memberikan link url yang lebih sesuai untuk dipaparkan dengan menggunakan proses Demote.

Google akan menilai dan cuba menggantikannya namun harus diingat... Tidak semestinya ia akan digunakan! Keputusan bergantung kepada penilaian muktamat Google. Selalunya artikel yang paling popular dalam tempoh 90 hari akan mudah terpilih.

5. Accelerated Mobile Pages
Accelerated Mobile Pages (AMP) adalah antara tools baru yang diperkenalkan oleh GSC. Ianya memberi informasi sekiranya terdapat sebarang masalah atau error yang berlaku untuk mengakses halaman blog anda apabila menggunakan mobile (telefon pintar)

Setiap masalah perlu dibaiki segera kerana ia akan mengganggu status halaman tersebut di Google Search (untuk mobile). Ianya memberi kesan yang amat besar berikutan trafik melalui mobile semakin tinggi dan penting.

Kongsi Ilmu

Semoga perkongsian maklumat dan informasi ringkas ini dapat difahami dan memberi sedikit ilmu bagaimana untuk memahami dan menggunakan Google Search Console di bahagian Search Appearence ini.

InsyaAllah... Sekiranya berkesempatan dan ada yang memerlukan, perkongsian yang serupa untuk bahagian lain pula akan diterbitkan.

Kepada yang jarang-jarang melihat GSC ini... Sila lihat dan perhatikan prestasi dan report blog yang dikeluarkan oleh Google untuk maklumat dan tindakan.

Memang ianya terlalu teknikal dan sukar. Perlahan-lahan fahamkan setiap penerangan. Kalau tak faham bertanya...tapi kalau malas nak tahu...tak dapek nak nolong...

10 comments - "Panduan Google Webmaster - Search Appearence"

Bila dapat input macam ni PC suka nak lebih tahu..sangat bermanfaat..terima kasih Bro BM..

alahaiii ni kene sit down baca tenang-tenang dan study nie..kene baca balik malam nie!

nice sharing

Banyak pendedahan berguna untuk blogger menimba ilmu di entri ni.

adeh..byk yg xfhm ttg ini BM...

Mrs. A delete icon 16:45

Thank you BM sangat bermanfaat bagi Mrs. A ;-)

Orang muda macam anda lagi mudah hadam...Slow-slow fahami, InsyaAllah...Ianya akan menjadi mudah

Belajar benda ni tak boleh paksa diri...kena slow-slow dan ada minat. Kalau tidak, susah nak faham

jamkho delete icon 12:13

terima kasih referensinya

Mmg semua ni amat2 membantu... tak rugi study, slow2 pun takpe dari tak study langsung... :)

Komen anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog BinMuhammad - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

p/s: Komen berserta link url aktif ( <a href=http://..... ) akan terus dianggap spam. Harap maklum

 
Copyright © 2015 BinMuhammad - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap